Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Mencari Konklusi - 9

Pagi itu, Rauhah dan Mahirah akan pulang dahulu ke Seremban, bertemankan Hardee. Mulanya, Rauhah menolak untuk ditumpangkan tetapi bila diberitahu yang abahnya punya urusan lain yang perlu diselesaikan segera hari itu, Rauhah terpaksa menurut perintah. Dia terasa lain bila terpaksa duduk satu kereta dengan lelaki yang satu masa dulu pernah dibenci dia. "Balik nanti, kita jumpa kat rumah", pesan abah. "Ok, abah jaga diri tau...", pesan Rauhah seperti selalu sambil memeluk erat bahu abah kesayangannya itu. "Ye, dik...adik tak payahlah risau" Selepas dia dan Mahirah juga Hardee bersalam dengan Rahman, Haji Ismail serta ibu Hardee, Hardee memandu meninggalkan kawasan rumah tersebut. "Harap Adik dah ok dengan Along", kata Rahman. "Akak pun harap macam tu jugak" "Saya kesian tengok Along, mahu kena buli je nanti" "Abah yakin Along boleh lembutkan Adik..." Sepanjang perjalanan, Mahirah yang lebih banyak berbual...

Mencari Konklusi - 8

Malam itu selepas berpenat lelah di hospital, Rauhah dan keluarganya pulang ke kampung semula. Turut serta ialah teman baiknya, Mahirah. Sepanjang perjalanan, tak habis-habis dia memikirkan tentang keputusan yang bakal diberitahu kepada Haji Ismail nanti. Berkali-kali juga Mahirah bertanya, apakah dia benar-benar tekad dengan keputusan itu? "Kau ok, Hah?" "Macam apa yang kau nampak sekarang, kau rasa aku ok?" "Sorry, aku tanya je" Mahirah tidak berani untuk bertanya lagi bila mendengarkan jawapan Rauhah tadi. Sesekali dia juga gerun melihat Rauhah bila meradang. Sesampainya mereka di kampung, Rauhah dan Mahirah terus mengetuk pintu rumah Haji Ismail. Kebetulan Haji Ismail baru selesai menunaikan solat Isya'. "Wa'alaikumsalam...", jawab Haji Ismail.   Haji Ismail membuka pintu rumahnya lalu Rauhah terus menerpa dan memeluk datuknya erat-erat. Rauhah teresak menahan tangis. Berhenti sekejap, dia menangis semula. "Kenapa ni...

Mencari Konklusi - 7

"Pagi, doc!", ucap Mahirah. "Pagi...", jawab Hardee perlahan, tidak seceria selalu. Lama Hardee berdiri memandang Mahirah hinggalah Mahirah memegang tombol pintu ilik tempat dia selalu berada. "Mahirah...", panggil Hardee.  "Yes, doc?" Hardee diam kembali. Hatinya serba salah untuk bertanya tetapi dia cuba untuk bertanya. "Ada apa, doc? Saya ada kerja ni", soal Mahirah pura-pura sedangkan dia tahu apa yang Hardee mahukan. "Hmmm...mana kembar awak?" "Eh? Sejak bila saya ada kembar pulak ni?" "Maksud saya... Rauhah. Mana dia?" "Lain kali, straight to the point je. Saya tak pandai berkias-kias ni" "Ok, saya minta maaf. Saya nak tahu mana dia?" "Dia ada hal kat kampung" "Serious?" "Do I look like a joker?", soal Mahirah, tegas. "Tolong sampaikan maaf saya pada dia", mohon Hardee. "Saya rasa, lebih baik doc sendiri minta maaf ka...

Hanya Dia - 12

Hari Sabtu semakin hampir. Imelda dan Imran masih sibuk seperti selalu. Walaupun begitu, mereka masih ingat akan hari yang bakal menjadi titik tolak perhubungan mereka.  "Im, esok ambil cuti eh?", soal mama. "InsyaAllah ma. Sebab minggu depan dah mula nak bertolak ke sekolah-sekolah" "Mama tahu tu. Tapi Sabtu ni, jangan lupa...kalau boleh, mama nak habiskan semua cepat-cepat" "Ok, apa-apa hal Im akan beritahu mama" Imelda mematikan talian. Dia menyandarkan kepalanya ke kerusi. Macam-macam yang dia rasakan sekarang. Semakin hari, dia semakin berdebar-debar. Selalu juga dia terfikir, apakah dia sudah bersedia memikul tanggungjawab bila menjadi isteri orang nanti? Mampukah dia menjadi menantu yang baik di depan mata mama dan papa mertuanya?  Sedang termenung, telefon bimbitnya berbunyi dan tertera nama bakal tunangnya.

Mencari Konklusi - 6

"Adik...termenung je? Ada masalah ke?" "Tak ada apalah abah...adik pun tak tahu kenapa adik tiba-tiba termenung" "Ye ke? Atau adik ada apa-apa nak cerita pada abah?" "Eh, tak adalah abah...bosan pulak Irah takde" "Hmmm, kalau ada apa-apa, abah kat depan" Mata Rauhah mengekori gerak ayahnya. Rindu mencengkam di dada bila teringatkan pada ibunya tiba-tiba. Sudah 10 tahun ibunya pergi meninggalkan mereka semua. Kalau dia sedih, orang paling cepat tahu, ibunya itulah. Walau dah lama pergi, Rauhah tetap sedih tiapkali mengenangkan arwah. "Adik...kenapa ni? Abah kata adik termenung je. Nak cerita apa-apa kat Along?" "Tak ada apa-apa. Biasalah adik ni. Macam Along tak faham kan... Along dari mana ni?" "Office. Kerja banyak sangat sampai kena OT" Rauhah mengangguk dan mula berkongsi dengan satu-satunya abang yang selalu cuba ambil perhatiannya macam apa yang pernah arwah ibu diorang buat dulu. "Al...

Hanya Dia - 11

"Wa'alaikumsalam...Han, eh sorry sangat-sangat tak pergi butik" "Kau tu asyik busy je apahal? Jenuh aku tunggu kau. Kalau kau ni customer aku, memang aku bahankan kau cukup-cukup" "Aku bukan apa, kenduri Ibti kan tak habis lagi last month, tu yang sibuk mengalahkan pengantin" "Kau sibuk-sibuk...kau bila lagi?" "Ini yang aku nak cerita. Sebab kau adalah kawan baik aku sejak dulu lagi...aku tak agak-agak nak kongsi dengan kau" "Apahal?" "Segan pulak nak mulakan cerita" "Mengada-ngada je nak malu dengan aku. Apa dia yang?" "InsyaAllah hujung bulan ni I will be someone's fiancee" "Alhamdulillah...tahniah! Serius?" Imelda mengangguk perlahan. Hanya Raihan yang benar-benar memahami dirinya selain Alyana. Raihan juga satu-satunya teman lelaki yang dia ada. Sejak mereka bertemu di kolej, hingga hari ini mereka tetap rapat. "Mak terharu dik non..." "Eceh! Ka...

Mencari Konklusi - 5

Sebelum masuk ke bahagian Radiologi, Rauhah dan Hardee terserempak di depan kaunter. Masing-masing terkejut sebenarnya sampaikan Rauhah pula yang tak tahu nak buat apa. "Hi!", tegur Hardee. "Assalamualaikum", ucap Rauhah perlahan tidak segalak biasa. "Wa'alaikumsalam", jawab Hardee. "Saya masuk dulu ye, doc", sambung Rauhah cuba melarikan diri dari pandangan Hardee. Hardee ke biliknya lalu duduk di kerusi. Hatinya kembali bergetar. "Hai, Rauhah? Lain macam je aku tengok kau dengan abang kesayangan tu?", tegur Khairun. "Apa yang lainnya?" "Selalu kalau jumpa macam kucing dengan anjing...tadi dah macam kau ni tikus dia tu kucing..." "Orang tengah bahagialah tu", sambung Azmil pula. "Nasib aku baik hati hari ni...kalau tak lama dah aku cincang kau tau" "Beranilah sangat kan..." "Siapa kata aku tak berani?" Sedang sibuk membuat tugasan masing-masing, Hardee sem...

Mencari Konklusi - 4

"Assalamualaikum!", ucap Rauhah dari luar rumah datuknya. Haji Ismail yang sedang sibuk memberi makan kepada ternakannya tidak perasan akan kehadiran anak dan cucu-cucunya. "Ada kat belakang tu agaknya Rahman", tegur seorang wanita yang sedikit muda dari bapanya. "Eh, Kak Senah. Apa khabar?" "Alhamdulillah sihat. Kamu dari mana?" "Dari rumah. Lama tak balik, anak-anak pun kebetulan semuanya ada..." Senah yang juga jiran sebelah rumah Haji Ismail hanya mengangguk dan meminta diri masuk ke dalam rumah dahulu. "Jom Rah, kita surprise Tok" "Dibuatnya pengsan orangtua tu nanti...aku tak masuk campur", Mahirah mengingatkan. "Alah, dia takkan pengsan punya...kurang-kurang pun melatah je" "Kau ni memang tak makan saman kan?" Rauhah dan Mahirah perlahan-lahan ke bahagian belakang rumah datuknya. Dari jauh sudah terdengar suara datuknya sibuk memberi makanan kepada itik-itik dan ayam-ayam yang dipeliha...