Langkau ke kandungan utama

Mencari Konklusi - 9

Pagi itu, Rauhah dan Mahirah akan pulang dahulu ke Seremban, bertemankan Hardee. Mulanya, Rauhah menolak untuk ditumpangkan tetapi bila diberitahu yang abahnya punya urusan lain yang perlu diselesaikan segera hari itu, Rauhah terpaksa menurut perintah. Dia terasa lain bila terpaksa duduk satu kereta dengan lelaki yang satu masa dulu pernah dibenci dia.

"Balik nanti, kita jumpa kat rumah", pesan abah.
"Ok, abah jaga diri tau...", pesan Rauhah seperti selalu sambil memeluk erat bahu abah kesayangannya itu.
"Ye, dik...adik tak payahlah risau"

Selepas dia dan Mahirah juga Hardee bersalam dengan Rahman, Haji Ismail serta ibu Hardee, Hardee memandu meninggalkan kawasan rumah tersebut.

"Harap Adik dah ok dengan Along", kata Rahman.
"Akak pun harap macam tu jugak"
"Saya kesian tengok Along, mahu kena buli je nanti"
"Abah yakin Along boleh lembutkan Adik..."

Sepanjang perjalanan, Mahirah yang lebih banyak berbual-bual dengan Hardee. Rauhah yang pada mulanya tak mahu duduk di sebelah Hardee, terpaksa mengalah dengan Mahirah.

"Kenapa senyap je?", soal Hardee.
"Ha?", soal Rauhah yang mengelamun, terkejut.
"Sorry...awak tidur ke? Tak perasan"

Mahirah di belakang sudah pun dibuai mimpi.

"Saya tak tahu nak borak apa...", kata Rauhah, malu.
"Ish, Irah ni...dia pulak yang tidur", getus hati Rauhah.
"Biarlah Mahirah tidur. Penat dah layan saya borak", tegur Hardee seakan tahu apa yang ada dalam hati Rauhah.
"Err...hehehe"
"Saya sampai sekarang masih tak percaya, awaklah orang yang selalu ibu cerita"
"Apa makcik Senah cakap pasal saya?", soal Rauhah, berminat.
"Ibu puji awak baik, awak cantik... Alang pun cakap awak bijak masa kat sekolah dulu. Tapi dengan Alang, saya selalu tak sempat borak panjang dan tak sangka pulak awak senior Alang...err, I mean...Hanisah. Alang cakap lagi, awak ni terkenal masa kat sekolah sampai semua orang suka awak"
"I see. Tak adalah sampai semua orang suka... Saya manusia biasa macam doc jugak"
"Janggal pulak bila awak panggil saya doc..."
"Janggal? Peliklah..."
"Tiba-tiba je saya rasa macam... Entahlah. Susah nak describe rasa tu"

Rauhah gelak perlahan.

"Awak dengan pakcik Rahman memang rapat eh?"

Rauhah terkejut mendengar soalan itu.

"Kenapa...doktor tanya soalan macam tu?"
"Ha? Salah soalan ke ni?"
"Eh... Taklah. Saya tanya kenapa?"
"Saya tanya awak...awak tanya saya balik, pulak?"
"Haha...memang saya sangat rapat dengan abah. Sejak dari kecik lagi. Along, Angah dengan Achik dah tak larat nak jealous. Hehe"
"Oh, macam tu"
"Itu je?"
"Takdelah. Nampak manjanya dia dengan abah dia"
"Lepas mak meninggal, lagilah saya rapat dengan abah"
"Oh... Nanti kalau awak kahwin, agak-agak macam mana?"

Sekali lagi Rauhah terkejut.

"Aduh! Dah kenapa pulak dengan mamat sorang ni? Petah pulak tanya itu ini... Irah! Bangun lah!", jerit Rauhah dalam hati.
"Eh...sorilah. Banyak soal pulak saya ni. Saja je tanya", kata Hardee lagi, tersipu.

Leka berborak, Rauhah tidak perasan yang mereka sudah masuk ke kawasan hospital. Belum sempat Hardee ke tempat letak kereta, Rauhah minta diberhentikan di hadapan bahagian Kecemasan saja.

"Petang nanti balik macam mana?"
"Bas kan ada"
"Irah...dah sampai ni", kejut Rauhah yang sedang mengambil beg di tempat duduk belakang.
"Ha? Dah sampai?", jawab Mahirah sedikit terkejut.
"Betul tak nak saya tumpangkan balik ni?", jawab Hardee.

Rauhah senyum mengangguk. Mereka berpisah di depan Kecemasan. Sampai di bahagian Radiologi, mereka terserempak dengan Hardee yang sedang berdiri di kaunter. Sempat Rauhah melemparkan senyuman paling manis yang pernah Hardee lihat selama 6 bulan mereka bekerjasama.

"Amboi...kau..."
"Hahahah... Dia tu kalau tenung orang macam tak ada orang lain dah kat dunia ni"
"Tenung cinta hati kot...mestilah feel lebih sikit"

Hardee tersedar bila ada yang memanggil namanya lalu memandang ke tempat lain. Rauhah dan Mahirah berpisah di depan pintu masuk bilik kumpulan Rauhah.

Sepanjang hari, Rauhah tidak sempat bertemu dengan Hardee seperti selalu dan sempat juga Hardee menghantar pesanan ringkas padanya yang minggu itu adalah minggu paling sibuk. Hati Rauhah mula terasa rindu bila tak bertembung dengan teman di hatinya itu kini.

"Makanlah makcik... Tunggu abang sayang ke?", usik Mahirah.
"Siapalah abang sayang dia tu ye?", soal Huzaimah pula.
"Janganlah kau percaya cakap si Irah ni. Siapalah nak kat aku ni ha?"
"Merendah diri pulak dia..."

Selesai makan, mereka ke surau dan sementara masih berbaki masa, sempat juga mereka melelapkan mata. Penat juga hari itu kerana ramai pesakit yang terpaksa menjalani pemeriksaan sinaran-X disebabkan berlakunya satu kemalangan ngeri di sempadan Negeri Sembilan malam sebelum itu.

"Rauhah...ikut saya sekejap", perintah Hardee yang nampak tergesa-gesa itu.
"Ya, doc"

Talha dan Zahirah berpandangan sesama sendiri. Tiada lagi suara protes Rauhah yang tidak puas hati dengan segala arahan Hardee seperti sebelum ini. Tidak lagi kedengaran suara keras Hardee bertegang urat dengan Rauhah sepertinya selalu. Bilik itu kini tenang dari hingar-bingar suara dua orang itu. Mereka semua pelik tetapi tidak seorang pun yang mahu membuka mulut dan bertanya.

"Ada sesiapa tanya awak, apa-apa?", soal Hardee sambil Rauhah berjalan di sebelahnya.
"Tak ada pulak. Diorang tak perasan apa-apa kot"
"Ok...jom, saya nak ajar awak buat ni... Lepas tu awak boleh tunjuk pada kawan-kawan tapi saya akan ajarkan semula nanti sebab saya betul-betul sibuk sekarang. Ini pun saya cuba celah-celah mana yang boleh", terang Hardee panjang lebar.

Rauhah mendengar sahaja tanpa sedikitpun membantah.

"Macam tak best pulak tak gaduh...hahahah..."
"Nak sangat ke?"
"Huish! Tak naklah...takut saya nak dekat...dah lah susah nak pujuk"
"Hai...mengeluh?"
"Mana ada mengeluh, mencurah perasaan yang dah lama terpendam ni je"
"Doc ni pendendam ke?"
"Awak tekalah...awak kena tahu pasal saya kan?"

Selesai menunjuk ajar Rauhah, Hardee menyambung tugasan-tugasan yang ditinggalkan tadi. Dia cuba mengawal dua hal yang berbeza dan tidak mahu orang mengata yang dia tak tahu beza yang mana personal, mana pulak tanggungjawab terhadap kerja.

Petang itu sebelum balik, Rauhah dan Mahirah menanti Hardee di pintu masuk bahagian Radiologi selepas Hardee menghantar pesanan ringkas ke telefon bimbit Rauhah tadi.

"Ok, Har...balik dululah", kata Danish.
"Alright!"

Hardee berjalan ke kerusi tempat Mahirah dan Rauhah yang sedang menantinya.

"Jom...", ajak Hardee.
"Nak ke mana pulak ni?", soal Rauhah, terpinga-pinga.
"Kau takkan tak tahu dia nak ajak kita ke mana?", soal Mahirah separuh berbisik.

Rauhah menggeleng. Walaupun begitu, mereka tetap mengikut ke mana saja kaki Hardee melangkah. Sempat juga mereka bertiga terserempak dengan teman-teman yang masih belum pulang dan juga rakan sekerja Hardee yang kebetulan melalui jalan yang sama.

"You...nak kemana ni?", Rauhah bertanya tanpa segan dan silu lagi bila dia sudah berada di sebelah Hardee.
"Nak ajak you dengan Mahirah minum petang"
"Wah, i you sekarang kau... Sejak bila ni?"

Hardee dan Rauhah sama-sama terdiam.

"Aah la. Haha, aku pun tak perasan. Tiba-tiba je. Spontan gitu"
"Eh? Yelah...tiba-tiba pulak"
"Sweet sangat... Sehati sejiwa la ni konon?", perli Mahirah.
"Serious la. Aku pun tak sangka nak panggil doktor Hardee as you je. Haha"

Mahirah senyum.

"Dah... Dah... Stop dulu pasal ni. So, kemana kita?"
"You yang ajak kitorang...you tanya I?"
"Ok, I bagi you all buat pilihan"
"Tak rasa nak makan apa-apa", jawab Rauhah.
"Kau ni...potong betullah. Aku dah kelaparan ni...", seloroh Mahirah.
"Ok...ok. Minggu ni kan I sibuk. So, I ingat nak belanja you and Mahirah makan-makan"
"Saja nak usik-usik you je...heheheh"
"Tengok kawan awak ni, Mahirah..."
"Mengadanya? Mengadu-ngadu pulak... By the way, selama ni pun kita memang tak pernah nak lunch sama kan"

Hardee pula tersenyum.

"Masa tu, I tak tahu awak cucu Tok Mail...dulu kan pernah cuba nak lunch dengan you tapi, you la tak lalu makan bila tengok I..."
"Sudah...sudah. Tak elok bertekak... Bilalah telinga ni nak free dari dengar orang yang suka bergaduh ni?"
"Sebab gaduhlah, jatuhnya sayang..."
"Sekarang, sayalah mangsa korang nampaknya...lain kali tak nak teman dah..."
"Eh...janganlah. Tadi mintak izin pun uncle Rahman dah pesan suruh bawak awak sekali"
"Tahu pun takut... Oh ye, doc tak payahlah panggil saya Mahirah. Skema sangat dengarnya. Dengan ini, saya benarkan doc panggil saya macam Hah panggil saya...ok?"
"Oh eh? Ok...ok... Dahlah nama kamu berdua ni panjang-panjang belaka...nasib baik senang nak sebut"

Petang itu, mereka bertiga menghabiskan masa bersama-sama. Menjelang Maghrib, Hardee dan Mahirah ke surau untuk solat sementara Rauhah hanya menanti di luar.

"Letih?", soal Hardee yang sedang memakai kasut di sebelah Rauhah.
"No"
"Kalau nak balik, jomlah... Esok ada banyak kerja kan?"
"I ok lagi"
"Serious? Larat tak ni?"
"Boleh..."
"Kau betul ni, Hah? Jangan nanti pengsan pulak"
"Betul"

Mahirah yang bimbang akan keadaan Rauhah yang nampak sedikit pucat itu membuatkan dia teringat kisah lama hingga membawa Rauhah ke hospital dan selepas diperiksa, Rauhah perlu dibedah kerana doktor terjumpa satu ketulan asing di dalam badannya di bahagian perut. Tetapi, kalau mengikut laporan doktor peratus untuk penyakit itu kembali adalah sangat sedikit.

"Doc, saya rasa baik kami balik dululah. Sebab pucat sangat dah Hah ni"

Hardee memandang wajah Rauhah. Benar apa yang dikatakan Mahirah. Tangannya laju meletakkan tangannya ke dahi Hardee sebelum sempat Rauhah mengelak. Tindakkannya itu tidak lebih dari seorang doktor kepada pesakit.

"Sejuk semacam je you ni. Jom pergi klinik
"Tak payahlah. I ok je"

Mahirah memimpin tangan Rauhah, menurut perintah Hardee. Bimbang kembali menghantui Mahirah dan dia berharap Rauhah tak apa-apa. Sampainya mereka di klinik, Hardee mendaftarkan nama Rauhah. Kebetulan pula, Hardee pernah "lokum" di klinik tersebut.

"Rauhah Nazifa", panggil seorang pembantu klinik yang bertugas.
"Saya tunggu kat luar", kata Hardee kepada Rauhah.

Mahirah memimpin tangan Rauhah masuk ke dalam bilik doktor. Hardee di luar hanya duduk menanti dengan penuh sabar. Dalam hati, hanya Allah yang tahu.

"How is she?", soal Hardee, risau.
"Doktor kata, buat masa ni Hah cuma kurang darah je. Tapi, saya rasa esok kena buat pemeriksaan lanjutlah doc..."
"Kenapa awak cakap macam tu?"
"I have something to share with you..."
"On the way...cerita pada saya"

Mahirah mengangguk.

"Rauhah Nazifa", panggil pembantu klinik di kaunter.

Hardee bangun dan ke kaunter. Selesai membayar dan mengambil ubat, dia memberi isyarat kepada Mahirah untuk ke kereta.

"Macam ni, doc. Dulu masa nak dekat PMR, dia selalu mengadu sakit perut. Bila pergi klinik, doktor selalu kata tak ada apa-apa"
"Diorang tak bagi apa surat suruh refer ke?"
"Tak ada pulak tapi tak tahulah kalau dengan Rauhah... Tok tak puas hati, dia bawak Hah pergi specialist. Akhirnya dapat tahu yang Hah ada ketumbuhan dalam perut tapi dah operate and the doctor jamin yang penyakit tu takkan datang balik"
"Hmmm...macam awak cakap tadi, saya rasa elok esok bawak dia jumpa pakar. Esok pagi-pagi saya setkan appointment Rauhah"
"Thanks doc. Saya harap apa yang saya fikir ni tak betul"
"Awak janganlah risau. Doakan yang terbaik", pesan Hardee.

Sesampainya mereka di depan kediaman keluarga Rauhah, Hardee berjumpa dengan Rahman lalu menceritakan segalanya.

"Thanks, Along. Uncle harap sangat Adik ok"
"InsyaAllah, uncle. Esok, Rah temankan Hah jumpa pakar"
"Yelah...apa-apa hal, tolong inform uncle?"
"Ok, uncle. Jangan risau sangat... Saya minta diri dulu"
==================================================
Pagi itu, Rauhah bangun awal seperti biasa. Semuanya normal, tidak seperti malam sebelumnya.

"Kau dah ok?", soal Mahirah.
"Ok je, kenapa?"
"Muka kau semalam, gila pucat aku tengok. Risau aku dibuatnya"
"Semalam tu aku penat je lah..."
"Kau sedar tak, kita pergi klinik tu semua?"
"Sedarlah...sampai apa yang kau cerita kat orang tua tu pun aku sedar"
"Sorry...aku terpaksa. Lagipun aku risau tengok kau"
"Tak apa. Sekurang-kurangnya dia akan alert dengan keadaan aku"
"Thank God, kau tak marah"
"Buat apa nak marah. Bukan salah pun...malah aku terhutang budi kat kau"

Mahirah memeluk bahu Rauhah erat. Biarpun mereka sangat rapat dan saling mengenali, Mahirah masih tahu apa yang perlu dan tidak dikongsi.

Mahirah memandu kereta Rauhah menuju ke hospital. Sampai di pintu masuk Radiologi, mereka bertembung dengan Hardee.

"Cik Rauhah Nazifa... I dah set appointment you dengan kawan I. Nanti pergi dengan Rah dalam pukul 11 pagi?"
"You... I bukannya budak-budak lagi. I tahu diri I"
"Kalau lambat-lambat, nanti melarat"
"Tak apa, doc... Perempuan ni nak kena heret je... Doc tak payah risau, her twin always by her side"
"You dengar tu? Ok, nanti I jumpa doktor"
"Ok, take care ye... Kesian abah"
"Abah? Amboi?", soal Rauhah.
"Belajar-belajar je. Semalam uncle pun tersasul-sasul jugak tau"
"Really? Abah pun tak sabar nak dapat menantu agaknya..."

Selepas bersarapan pagi di kantin hospital, Rauhah ditemani Mahirah ke klinik pakar yang terdapat di dalam hospital.

"Nanti dah lepas jumpa, masuk bilik I?", Hardee mengingatkan.
"InsyaAllah...kitorang pergi dulu"

Nasib Rauhah agak baik pagi itu kerana pesakit masih belum ramai yang datang ke klinik tersebut. Baru saja sampai dan menunggu tidak sampai 15 minit, namanya sudah dipanggil jururawat.

"Tak apalah, Rah. Kau tunggu je kat sini, nanti kalau ada apa-apa...nurse panggil kau"
"Ok"
                                      ==================================================
"What the doctor said?"
"Buat masa ni, kena tunggu ujian darah dulu. Dalam sejam lagi, dapatlah"
"Alright. Ada ubat tak?"
"Ubat tahan sakit je. Lagipun hari ni, I ok la... You tak payahlah risau"
"Mana boleh tak risau. Macam mana Rah risau, macam tu lah jugak I bimbangkan you"
"Agak-agak kalau kahwin, masih caring tak?"
"Siapa nak kahwin dengan you?", usik Hardee.
"I tak kata you kahwin dengan I pun...", Rauhah tidak mahu mengalah.
"Ha...ha...mulalah tu?", tegur Mahirah.
"Aiyok! Makcik dah marah...", kata Hardee.
"Oklah, I dengan Rah nak sambung buat kerja. Nanti orang buat spekulasi, payah kita"
"Apa yang payahnya? Lagi mudah kerja kita"
"Permisi ya tuan doktor", seloroh Rauhah, diikuti Mahirah.

Hardee tersenyum melihat gelagat dua orang wanita di depannya tadi. Bila dikenang-kenang, agak kelakar perjalanan hidup bertemu dengan insan-insan itu.

Tengah hari itu, Hardee tidak sesibuk semalam. Selepas mengambil keputusan ujian darah Rauhah, dia bertemu Rauhah dan Mahirah untuk makan tengah hari bersama-sama.

"I nak ambil result darah I kejap"
"I dah ambilkan. And tak ada apa-apa masalah. Alhamdulillah"
"Really? Kan I dah cakap, I ok. Cuma semalam penat je"
"Alhamdulillah doc...risaunya saya"
"Ok, kebetulan I tak busy...apa kata kita makan kat luar?"
"Hmmm, tak payahlah tengah hari ni. Takut terkocoh-kocoh pulak"
"Rah macam mana?"
"Saya ikut je"
"Baguslah awak ni...tak payah fikir panjang-panjang. Beruntung siapa jadi suami awak"
"Entah-entah Rah dulu yang kahwin", kata Rauhah.
"Iye? Siapa bakal suami awak?"
"Dia jiran kat rumah Tok. I think you know him..."
"Ye ke? Let me guess..."
"Halim, anak pak Seman tu", jawab Mahirah tanpa malu-malu.
"La...itu kawan Angah. Adik saya yang kedua"
"Ye ke? Serius saya sangat terpegun dengan perancangan Allah. Semuanya indah-indah belaka"
"Adik you kat mana? Tak nampak pun hari tu?"
"Dia kat Jepun, sambung Master. Tahun depan, insyaAllah dia balik"
"Oh...dia ambil course apa ye?"
"Business"
"Wah...jadi businesswoman la ye?"
"Dia ada business kat KL tapi one of our cousin yang tolong jaga"
"I see..."
"Malam ni kita dinner?", cadang Hardee.
"Oh ye, abah baru sms...dia ajak you datang makan malam ni kat rumah...abah nak masak special"
"Really? Rajinnya?"
"For your info, abah adalah tukang masak paling bagus yang pernah I jumpa...of course la sebab dia abah I"
"Aah, doc... Jomlah datang..."
"Awak tak datang ke?"
"Saya ni doc, boleh dikata hari-hari ke sana...insyaAllah malam ni pun saya ada...nanti ada orang tak lalu makan pulak"
"Rah??? Nasib baik ni kafe tau...kalau tak, aku dah kejar kau"
"Korang memang macam ni ke? Suka bergurau?"
"Sorry...sorry... Aah, memang kegemaran kitorang bergurau ni...", kata Mahirah.
"Eh, apa pulak mintak maaf kat saya...saja je tanya. Nasib lain-lain kumpulan...kalau tak, tak jadi kerja agaknya"
"Pembetulan...dalam kelas, walaupun duduk sebelah...kitorang tak pernah bergurau. Seriously..."
"Ok lah...saya ada kerja ni, jumpa malam ni?"

Rauhah dan Mahirah mengangguk.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mencari Konklusi - 5

Sebelum masuk ke bahagian Radiologi, Rauhah dan Hardee terserempak di depan kaunter. Masing-masing terkejut sebenarnya sampaikan Rauhah pula yang tak tahu nak buat apa. "Hi!", tegur Hardee. "Assalamualaikum", ucap Rauhah perlahan tidak segalak biasa. "Wa'alaikumsalam", jawab Hardee. "Saya masuk dulu ye, doc", sambung Rauhah cuba melarikan diri dari pandangan Hardee. Hardee ke biliknya lalu duduk di kerusi. Hatinya kembali bergetar. "Hai, Rauhah? Lain macam je aku tengok kau dengan abang kesayangan tu?", tegur Khairun. "Apa yang lainnya?" "Selalu kalau jumpa macam kucing dengan anjing...tadi dah macam kau ni tikus dia tu kucing..." "Orang tengah bahagialah tu", sambung Azmil pula. "Nasib aku baik hati hari ni...kalau tak lama dah aku cincang kau tau" "Beranilah sangat kan..." "Siapa kata aku tak berani?" Sedang sibuk membuat tugasan masing-masing, Hardee sem

Mencari Konklusi - 3.

Sudah seminggu Rauhah dan Mahirah menjalani praktikal di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Dan sudah seminggu juga Rauhah di bawah penilaian Hardee. Hardee semakin berpuas hati dengan perubahan yang ditunjukkan oleh Rauhah. Sekali sekali mereka bertekak juga bila apa yang diminta Hardee, tidak dilaksanakan Rauhah. Akhirnya Hardee mengalah kerana tak mahu memanjangkan perkara kecil. Teman-teman yang sekumpulan dengan Rauhah juga selalu melihat akan gelagat Rauhah yang nakal itu dan semakin faham akan kerenah wanita yang seorang itu. “Wei, kau ni berani kan? Aku tengok doktor Hardee dah habis tegas dengan kau”, tegur Khairun. “Asyik nak cari pasal je dengan aku, siapa suruh? Penat dengar dia membebel” “Dah tau tak nak dia membebel, kau ikut je lah arahan dia tu”, celah Shahrul pula. “Masalahnya sekarang, suruh aku buat kerja-kerja kerani, buat itu ini untuk dialah...bukan dalam tugasan kita kan?” “Tak ingat ke encik Arif kata apa? Buat apa saja pegawai penilai kita suruh”, sambung Khairu

Hanya Dia - 9.

"Jom turun, Uncle?", ajak Ameer. "Ameer turun dululah...Uncle ingat nak rest kejap" "Ok then . Ameer turun dulu" Imran mengangguk lalu ke balkoni melihat-lihat pemandangan di luar. Dia suka melihat matahari yang terbenam waktu senja dan segera mengambil kamera kesayangannya. Puas hatinya bila dia dapat mengambil gambar-gambar itu semua. "Takkan ambil gambar pemandangan je?", tegur seseorang di balkoni sebelah biliknya. "Eh? Ingat suara siapa tadi", jawab Imran yang masih memegang kamera kesayangannya sambil memandang ke arah Imelda di sebelah. "Tak turun dengan Ameer tadi?", soal Imelda. "Ingat nak rehat kejap...lupa yang dah hampir senja. Itu yang capture gambar sekejap...awak tak turun?" "Kejap lagi kot" Imran mengangguk tanda faham. Sesekali bila Imelda memandang ke arah yang lain, Imran cepat-cepat mengambil peluang dan merakam gambar Imelda. " Ok lah awak...saya masuk dulu. Dah Maghr