Langkau ke kandungan utama

Pencarian - 1

"I have been waiting for you all these while but where have you been?", marah Zahra Malaeka.
Di depan Zahra Malaeka berdirinya seorang lelaki berbadan tegap.

Tunduk. Bisu.

"Tell me now!", sekali lagi Zahra Malaeka menyoal dan sedikit keras suaranya.
Zahra Malaeka sangat marahkan lelaki itu. Kemarahannya sudah tidak dapat dibendung lagi.
Ditolak-tolak badan lelaki itu. Tetap juga lelaki tersebut tidak berganjak apatahlagi memberi apa-apa reaksi.

Zahra Malaeka akhirnya mengalah. Dia kemudiannya terus menaiki kereta miliknya. Belum sempat dia menghidupkan enjin kereta, laju saja tangan lelaki tersebut membuka pintu kereta milik Zahra Malaeka.

"Now...what do you want?", soal Zahra Malaeka dalam esak tangis yang ditahan-tahan.

Lelaki tersebut menutup pintu kereta Zahra Malaeka, perlahan tanpa sebarang bicara.
Dia berpusing dan berlalu pergi.
Zahra Malaeka keluar dari kereta dan cuba mendapatkan lelaki itu.

"Kaklong...kaklong!"
Zahra Malaeka berpaling ke arah suara tersebut.

"Kaklong...bangun, kaklong. Kaklong mengigau ni"
Zahra Malaeka bingkas bangun bila tersedar dari tidur.
Laju airmata Zahra Malaeka mengalir membasahi pipi.

"Kaklong...kaklong ok tak? Menjerit macam kena histeria. Ni siap menangis bagai. Terkejut Kakngah...apesal ni kaklong?", soal Zahra Malika, adik kedua Zahra Malaeka.

Zahra Malaeka yang dipanggil kaklong oleh adiknya itu bangun dan duduk di birai katilnya. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya dan melepaskannya perlahan dalam tangisannya.
Lalu, Zahra Malaeka ke bilik air mencuci muka. Jam di dinding menunjukkan hampir ke pukul 6 petang.
Kata orang, tidur selepas Asar mewarisi kegilaan. Mungkin kerana itulah tidurnya disulami mimpi ngeri hingga membuatkan dia menangis semahunya.
Keluar dari bilik air, dia diasak dengan soalan dari Zahra Malika.

"Kaklong mimpi...dia", Zahra Malaeka memberitahu selepas begitu lama membisu dalam suara yang terputus-putus.
"Dia? Siapa? Yang tinggalkan kaklong macam tu je? Habis tu, kenapa sampai menangis bagai?"
Zahra Malaeka kembali membisu.
"Takkan kaklong nak cakap dia tengah rindu kaklong?", tsambung Zahra Malika lagi sambil meneka.

Zahra Malaeka diam lagi. Ada seorang seniornya pernah nyatakan kalau kita mimpikan seseorang tapi tidak berbual dengan kita, maksudnya seseorang itu sedang rindukan kita.
Itu pun kata seniornya, orang yang cakap.
Dia juga berkongsi "fakta" tersebut dengan adiknya. Disebabkan itulah dia tidak marah bila Zahra Malika bertanyakan soalan tersebut.

"Please, kaklong. Move on...he is not meant for you, kaklong", sambung kakngah lagi.
"Tapi, kaklong tahu dan yakin dia masih tunggu kaklong", Zahra Malaeka menjawab selamba.
"Kalau betullah dia masih tunggu kaklong, kenapa dia tinggalkan kaklong? Kalau kakngah jumpa dia, kakngah rasa nak tumbuk je muka dia tu", luah Zahra Malika.

Zahra Malaeka sedikit terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut adiknya.
Itulah satu-satunya adik perempuan yang dia ada.
Itulah juga teman dia bergaduh, bergurau dan apa jua aktiviti dilakukan bersama-sama.

"Kakngah tak faham!", tegas Zahra Malaeka.
Kali ini giliran Zahra Malika pula yang terkejut. Hampir terlepas buku yang dipegangnya.

"What's wrong with you kaklong? Mana kaklong yang kakngah kenal dulu? Mana kaklong yang selalu senyum walaupun paling teruk kakngah kenakan kaklong? Mana kaklong yang langsung tak tahu marah? Mana?", ikutkan hati mahu saja Zahra Malika menjerit.
Zahra Malaeka kembali membisu. Tersentak dia mendengar hamburan kata-kata adiknya. Benar, dia salah. Tapi, hatinya masih tetap pada lelaki yang sedang mereka berdua bincangkan.
Lelaki yang masuk dalam mimpi Zahra Malaeka tadi.
Dia sendiri tidak tahu kenapa dia masih nantikan lelaki itu sedangkan dia ditinggalkan tanpa bicara.
Tiada kata-kata terakhir dari lelaki itu.

Mulanya, dia menangis semahunya. Sekejap dia berhentuli dan mengenangkan betapa bodohnya dia kerana masih mengharapkan lelaki itu.

Zahra Malika tidak pernah sekalipun berhenti memujuk supaya kakaknya melupakan lelaki itu. Ada masanya, terpaksa juga Zahra Malika bertindak tegas terhadap kakaknya.
Dia benci bila kakak sulungnya masih ingatkan lelaki itu. Pada dasarnya, dia tahu kenapa kakaknya beria-ia tidak mahu lupaka lelaki itu. Walaupun tiada satu perkara tidak elok berlaku antara kakaknya dengan lelaki itu, tetap juga dia rasakan tindakan lelaki itu sangat kejam.
Berkali-kali dia memikirkan apa silap kakaknya sampai lelaki itu sanggup bersikap kejam seperti itu.
Biarpun lelaki itu tidak pernah menjanjikan apa-apa, tetapi dia faham yang kakaknya memang ada menaruh hati pada lelaki itu.
Tiada rahsia di antara Zahra Malika dan kakaknya Zahra Malaeka. Segalanya diceritakan kepada adiknya. Dia percayakan Zahra Malika.

"Kaklong nak cari dia balik. Kaklong tahu dia masih nak cari kaklong"
"Eh...kaklong! Kaklong dengar apa kakngah nak cakap. Kaklong ni masih berpijak di bumi yang nyata atau rasa dah tak berTuhan? Kaklong tahu tak apa kaklong cakap ni? Istighfar banyak-banyak kaklong. Tolonglah!"

Hampir hilang pertimbangan dibuatnya. Kalau ikutkan perasaan mungkin tangan Zahra Malika dah sampai ke pipi mungil kaklongnya. Tapi, Ummi Baba selalu pesan hormatkan kaklong. Itu satu-satunya kaklong yang dia ada di dunia ini.
Tangan Zahra Malika hanya digenggam dan menumbuk dinding melepaskan geram.

"Kakngah...!", jerit Zahra Malaeka.
Ditarik tangan adiknya dan membawa adiknya duduk di birai katil.

Siapa pujuk siapa pula ni?

"Please, kaklong! Demi kakngah, Ummi dengan Baba. Tolong percaya yang jodoh, maut rezeki tu semua dari Allah..."
"Kaklong tahu. Kaklong faham. Tapi..."
"Tapi, apa? Kalau kaklong masih nak teruskan harap dia datang melutut kat kaki kaklong...kaklong lupakanlah kakngah ni. Kakngah tak tahu nak cakap macam mana lagi dah dengan kaklong"

Pergaduhan kecil mereka berakhir di situ, di birai katil Zahra Malaeka. Zahra Malika keluar dari bilik yang dikongsi bersama kakaknya dan berlalu ke ruang tamu.
Zahra Malika terpaksa menjauhkan jarak antara mereka berdua.
Tidak tahu akan berpanjangan selama mana.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mencari Konklusi - 9

Pagi itu, Rauhah dan Mahirah akan pulang dahulu ke Seremban, bertemankan Hardee. Mulanya, Rauhah menolak untuk ditumpangkan tetapi bila diberitahu yang abahnya punya urusan lain yang perlu diselesaikan segera hari itu, Rauhah terpaksa menurut perintah. Dia terasa lain bila terpaksa duduk satu kereta dengan lelaki yang satu masa dulu pernah dibenci dia. "Balik nanti, kita jumpa kat rumah", pesan abah. "Ok, abah jaga diri tau...", pesan Rauhah seperti selalu sambil memeluk erat bahu abah kesayangannya itu. "Ye, dik...adik tak payahlah risau" Selepas dia dan Mahirah juga Hardee bersalam dengan Rahman, Haji Ismail serta ibu Hardee, Hardee memandu meninggalkan kawasan rumah tersebut. "Harap Adik dah ok dengan Along", kata Rahman. "Akak pun harap macam tu jugak" "Saya kesian tengok Along, mahu kena buli je nanti" "Abah yakin Along boleh lembutkan Adik..." Sepanjang perjalanan, Mahirah yang lebih banyak berbual...

Mencari Konklusi - 8

Malam itu selepas berpenat lelah di hospital, Rauhah dan keluarganya pulang ke kampung semula. Turut serta ialah teman baiknya, Mahirah. Sepanjang perjalanan, tak habis-habis dia memikirkan tentang keputusan yang bakal diberitahu kepada Haji Ismail nanti. Berkali-kali juga Mahirah bertanya, apakah dia benar-benar tekad dengan keputusan itu? "Kau ok, Hah?" "Macam apa yang kau nampak sekarang, kau rasa aku ok?" "Sorry, aku tanya je" Mahirah tidak berani untuk bertanya lagi bila mendengarkan jawapan Rauhah tadi. Sesekali dia juga gerun melihat Rauhah bila meradang. Sesampainya mereka di kampung, Rauhah dan Mahirah terus mengetuk pintu rumah Haji Ismail. Kebetulan Haji Ismail baru selesai menunaikan solat Isya'. "Wa'alaikumsalam...", jawab Haji Ismail.   Haji Ismail membuka pintu rumahnya lalu Rauhah terus menerpa dan memeluk datuknya erat-erat. Rauhah teresak menahan tangis. Berhenti sekejap, dia menangis semula. "Kenapa ni...