Langkau ke kandungan utama

Mencari Konklusi - 11

Petang itu, Rauhah bertemankan Mahirah membeli barang-barang hantaran untuk dirinya sendiri. Selepas berbincang dengan Hardee, bakal tunangnya itu Rauhah hanya membeli barang-barang yang bakal digunakan semasa majlis perkahwinan mereka nanti. Janji Rauhah, selepas selesai membeli apa yang perlu dia akan bertemu Hardee dan adik kedua Hardee yang baru pulang dari Jepun. Kebetulan sekarang adalah waktu cuti adiknya di sana jadi, sempatlah bersama-sama dengan semua ahli keluarganya meraikan hari bahagianya nanti.

         Sayang...dah habis beli barang ke?

Satu pesanan ringkas masuk. Rauhah membaca pesanan tersebut yang datangnya dari Hardee.

          Ooo, perli I eh? Tinggal nak cari reben je ni... U kat mana?
          Im on the way to your place. Seremban 2 kan?
          Iye, Sayangku... Wait at the usual place tau.
          Alright then. I tak rush pun...tapi, memang nak sampai dah...
          Hamboi, drift ke? Careful dear, please!

"Sengal abemu ni tau. Tadi kata on the way. Lepas tu cakap dah nak sampai?"
"Sama je korang ni...", jawab Mahirah selamba.
"Kan? Haha... Kau ada apa-apa nak beli lagi tak?"
"Tak ada kot. Aku ikut apa yang kau minta je. Ke kau nak tambah apa-apa?"
"Taknaklah... Serabut je kang. Naya aku. Tau je lah abah tu macam mana kan?"

Mahirah mengangguk laju. Selesai membayar di kaunter, mereka menuju ke dalam Aeon Seremban 2 yang dulunya dikenali sebagai Jusco S2. Mahirah mengambil tempat di dalam satu restoran kegemaran mereka berdua. Dan selepas beberapa kali Mahirah menemani Rauhah bertemu Hardee, kini Hardee juga telah menjadi penggemar restoran tersebut. Pengaruh mereka selalunya menjadi.

Belum pun sempat Rauhah melabuhkan punggung, Hardee sudah kelihatan di pintu masuk. Terkejut Rauhah melihat.

"Eh? Lajunya you ni? Lari ke jalan ni?"
"Assalamualaikum...", ucap Hardee.
"Wa'alaikumsalam...", jawab Rauhah, sedikit terkejut.
"Hehe...macam berlari jugaklah. Dari tempat parking lagi I dah nampak u berdua. Tak sempat nak toleh dah hilang", terang Hardee.
"Dr ni macam tak kenal kawan baik saya ni. Memang dia jalan laju gila kot. Sosak napeh den dibuek eh", celah Mahirah.
"Eh, lupa nak kenalkan... Inilah adik I yang study kat Jepun tu. Sorry, Angah...", kata Hardee, tersengih.
"Hawa... Hawa Emani", Hawa memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangannya lalu disambut Rauhah dan Mahirah.
"Rauhah Nazifa and this is my friend, Mahirah Kirana", balas Rauhah.
"Muda kot akak ipar Angah ni, Along?", kata Hawa, spontan.

Rauhah dan Mahirah tersenyum simpul.

"Jodoh, katanya", jawab Hardee.
"Eh, jemputlah duduk", ajak Mahirah bila tersedar mereka semua masih berdiri.
"Bila err... Hawa sampai?", soal Rauhah, ragu-ragu memulakan perbualan.
"Panggil Angah je, kak Long. Angah pon kena panggil kak Long jugak mulai sekarang ni. Semalam baru sampai dari Subang. Saja menjenguk sedara sambil update bisnes. Sampai Malaysia dah 3 hari. Ikutkan, masih jet lagged tapi kena paksa dengan Along ni...", usik Hawa sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya.
"Kak Long? Hehehe... Segan pulak err...kak Long. Kesian Angah, penat lagi dah kena datang temankan Along", Rauhah sengaja kuatkan perkataan Along sambil memandang Hardee.
"Apa salah I pulak? Eh... Angah pon insist nak jumpa you jugaklah. You tak kenal adik I ni lagi. Dia memang sangat suka mengusik orang. Dah 5 tahun tak balik, dia memang ambil kesempatan nak usik I tau"
"So, cuti lama ke... Angah?", soal Rauhah lagi.

Belum pun sempat Hawa membuka mulut menjawab soalan Rauhah, Hardee mencelah.

"Tak kesian I ke... Lapar ni. Makan roti sekeping je pagi tadi semata-mata nak lunch dengan you tau...", Hardee cuba menagih simpati dari Rauhah.
"Yelah...yelah... Cepat order. Nanti pengsan pulak"

Hardee memanggil pelayan restoran sambil tersenyum. Rauhah juga tersenyum tetapi senyuman penuh makna. Hardee faham makna di sebalik senyuman Rauhah itu.

         Buatlah perangai tu ye. U saja je kan? Takpe, next time I ajak Angah, Uda dengan Achik pulak ikut I...siaplah u...
         U ni, gurau sikit pon nak marah. I memang suka tengok u marah. Sebab u kalau marah kan nampak bersungguh. Hehe. Love u Sayang.
         Love u too... Kalau dapat cubit sampai biru tangan u tu pon sedap tu. baru I puas hati.
         Sampai hati dia nak birukan bakal tunang dia ni? ;(
         Benci la u ni. Tarik balik Sayang tadi...

"Along ni kenapa? Kejap sengih, kejap kang gelak. Are u ok, Along?"

Mahirah memandang sambil tersenyum.

"Cik Hawa tak payah pelik tengok doktor Hardee macam ni. Saya dah biasa sangat bila dia pelik-pelik macam tu. sebab ada yang melayan"
"Tak payahlah bercik...cik dengan saya. Panggil Angah je"
"Hmmm, ok...thanks. Angah..."
"Siapa yang rajin melayan tu, Rah?"

Muncung Mahirah menunjuk kepada Rauhah. Rauhah dan Hardee masih tidak perasan yang mereka sedang diperhatikan Hawa dan Mahirah.

"Patutlah tak dengar bila orang cakap", luah Hawa.
"Ye? Apa dia, Angah?"
"Tak adalah... Angah dengan Rah nak pesan sup handphone untuk Along... Nak?"

Hardee terus menyimpan telefonnya. Begitu juga dengan Rauhah.

"Sorry...emergency sikit tadi"
"Yelah tu...", spontan jawapan Mahirah dan Hawa.

Tidak lama kemudian, pesanan mereka tiba. Mereka menikmati makan tengah hari tanpa seorang pun yang bercakap hinggalah semuanya selesai. Rauhah seperti biasa, tidak berapa lalu makan bila saja berjumpa Hardee. 

"Kak Long, kenapa tak habis makan?", soal Hawa.
"Kak Long Angah memang macam ni. Tiapkali jumpa Along memang makannya tak banyak. Kadang Along beli satu portion je, then we share it together. Tapi, biasanya kak Long share dengan Rah...", terang Hardee.
"Lepas ni, kemana kita?", soal Hardee.
"Angah kan ada appoinment dengan client. Ni tengah tunggu dia datang"
"Oh ya... Lupa pulak. Angah janji dengan ibu nak balik pukul berapa?"
"Sebelum Maghrib, insyaAllah. Takpe, Along pegi la dengan kak Long and Rah. Lagipun meeting Angah ni lama kot. Have fun, ya...", ucap Hawa sambil bersalam dan memeluk bakal kakak iparnya itu. Tak lupa juga sahabat baik Rauhah dan akhir sekali satu-satunya abang tunggal kesayangan dia.
"Hati-hati tu. Kalau ada masalah, call Angah cepat", pesan Hardee.
"Along ni... Walaupun Angah dah 5 tahun tak balik... Angah tau Malaysia ni macam mana. Don't worry. Worry about your future fiancee tu... Hehe, kalau Along degil...kak Long cubit je dia", gurau Hawa, tersenyum manis.

Mereka berpisah di hadapan restoran. Hardee, Rauhah dan Mahirah menuju ke dalam Aeon manakala Hawa pula ke satu tempat yang telah dia janji untuk bertemu seseorang.

Sesekali Hardee cuba untuk memegang tangan Rauhah tetapi Rauhah selalunya lebih pantas menarik tangannya laju dari disentuh lelaki yang bukan muhrim. Itu pesan Atok, pesan abah dan abang-abangnya. Begitu juga Mahirah. Mungkin dulu, Rauhah lebih bebas untuk berpegangan tangan dengan kawan-kawan lelakinya. Bertepuk tampar tiapkali bertemu itu sudah jadi lumrah. Mahirah sering mengingatkan jangan terlalu bebas dan mudah sangat biarkan sesiapa menyentuh. Akhirnya Rauhah sedar dan kembali kepada fitrah.

Sejak berkenalan dengan Rauhah jugalah, Hardee berubah menjadi seorang muslim yang menurut tuntutan agama Islam. Dia masih tahu solat cuma, kerana kesibukkan kerja telah menyebabkan dia mengambil semua ini sambil lewa. Solat bila teringat sahaja. Ibu adalah orang yang paling tidak pernah lupa untuk mengingatkan Hardee sejak dulu lagi tentang solat.

Dan selepas bertemu Rauhah, sehari demi sehari dia juga mula berubah. Mula solat ikut waktu, bersama-sama solat berjemaah, solat juga diawal waktu. Dan barulah dia sedar sejak dia mulai berubah, segalanya berjalan lancar dan juga dia semakin kurang naik darah dengan orang di sekeliling. Bersyukur dia teramat sangat kerana masih diberi kesempatan untuk berubah. Biarpun hanya kerana orang lain, yang dia sayang sekarang.

"U? Termenung lagi? Are u ok or not?", soal Rauhah bila dia mencuit baju dipakai Hardee.
"Eh? Mana ada I termenung... I ok je, don't worry please...", pinta Hardee.
"Manalah I tak risau kalau I seorang je bercakap lepas tu orang sebelah I termenung pandang I dalam-dalam. I am in front of U, here"
"I am so sorry my dear. Saja tengok U. Hehehe... Ha, kata Halim nak datang? Mananya?"
"Dia baru habis photoshoot post wedding dengan pengantin. Dalam setengah jam lagi sampailah tu, insyaAllah", jawab Mahirah.
"Asar dah kan?"

Rauhah dan Mahirah mengangguk.

"Kami tunggu U kat luar", Rauhah memberitahu, malu-malu.
"Haa, ok. Macam kembar siam dah kan?"

Rauhah dan Mahirah senyum. Hardee melangkah masuk ke dalam surau yang telah disediakan pihak pasaraya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Ok... Take care", kata Mahirah menamatkan perbualan.
"Halim?", Rauhah meneka.

Mahirah mengangguk ceria.

"Datang tak?"
"InsyaAllah datang", jawab Mahirah.
"Mana Halim?", soal Hardee seraya mencapai jam tangannya yang diberi pada Rauhah tadi.
"Baru habis photoshoot. Nanti dah sampai, dia cari kita", jawab Mahirah lagi.
"Sebenarnya kan, dah lama saya nak tanya. Macam mana boleh kenal dengan Halim?", soal Hardee.
"Panjang cito eh", celah Rauhah.
"Saya kan dah lama kawan dengan Hah. Selalu jugaklah ikut Hah balik kampung. Dah macam cucu Tok jugak katanya. Lepas tu adalah satu hari tu terserempak dengan mamat tu...", terang Mahirah, memendekkan cerita.
"Itu je? Just now your bff ni cakap, panjang?"
"Memanglah panjang tapi saya takut doc yang pening...hehehe"
"Ada-ada aje korang ni. So, nak kemana kita lepas ni?"
"Tunggu Halim tapi sesambil jom la masuk situ. Mana tau ada apa-apa u all nak beli ke", cadang Mahirah.

Mereka bertiga bersama-sama masuk ke dalam pasaraya. Ada beberapa barang yang menambat hati Rauhah dan Hardee. Dalam hal ini, mereka memang sekepala. Jarang sekali Mahirah mendengar pasangan ini bertekak hanya kerana membeli barang. Dan mereka juga sudah tidak lagi bermasam hanya kerana perkara kecil yang tak masuk akal.

"Rauhah? Mahirah? Doktor Hardee pun ada sekali?", tegur seseorang.
"Eh? Allahu Akbar... Buat apa kat sini? Dating yeh?", soal Rauah, meneka.
"Baru sampai la. Jap lagi nak tengok wayang... Ramai lagi ada. Lama dah korang kat sini?", jawab Talha.
"Lama tak lama jugak. Sempat lunch tadi", jawab Mahirah pula.
"Doktor Hardee?", soal Nazirah bila dilihat Hardee tidak bersuara.
"Hmmm, ye?"
"Relakslah doc. Kami pun dah lama tak jumpa doc kan? Is it we will receive any good news?", teka Nazirah.

Talha hanya tersenyum memandang kerana dia juga sudah tahu semuanya. Abang tunggalnya adalah sahabat karib Hardee.

"InsyaAllah", jawab Hardee sepatah seperti selalunya dia.
"Dengan siapa?", soal Nazirah pula dan kali ini wajah Talha berubah dan pebuh dengan pertanyaan.
"Nazirah ni, tak nampak ke buat-buat tak nampak?", getus hati Talha seraya memandang Mahirah.
"Haa? Hmmm, takpe...nanti kami pos kad tu pada kamu semua"

Selepas berbual-bual sementara menanti waktu tayangan filem bermula, mereka berpisah di pintu keluar pasaraya. Dan Halim baru saja tiba dalam 10 minit.

"Kau dengar apa Nazirah tanya?", soal Mahirah.
"Dengar je...", jawab Rauhah selamba.
"Lepas tu?"

Rauhah dan Hardee tergelak melihat kerisauan di wajah Mahirah.

"Kenapa susah hati sangat ni?", soal Halim yang sedari tadi senyap.
"Sebab ada orang dah lama suka kat doc", jawab Mahirah.

Dan sekali lagi Rauhah dan Hardee tergelak.

"Please don't tell me that I didn't know anything?"
"Yes you are, my dear... Talha tu kan adiknya doktor Danish...", terang Rauhah.
"Then?"
"Hahaha, adoi la... Lambat betullah kau kan. Dan kebetulan, dia kawan kita masa praktikum kan?", soal Rauhah lagi.
"Yes... Ohhhh... Kenapalah lampi sangat aku ni?"
"Selalu tu kau laju je kan? Talha dah cakap kat aku siapa orangnya. Doktor Danish ada cerita apa-apa kat you?", soal Rauhah.
"Kami ni manalah suka gosip... Kan, Halim?"
"Tolong...nak pengsan...", jawab Rauhah.
"So, siapakan gerangannya yang ada hati kat bakal suami kau ni?"
"Hahaha... Orang yang bertanya itulah"
"Is it?"
"Kau pun tak percaya, kan? Mulanya aku ingatkan cik Khairun tu ha. Rupanya silap orang..."
"I see..."
"Khairun dah bertunang sebenarnya. Semua orang pun tak pernah tahu pasal ni"
"Oooo... Banyak rupanya benda yang aku tak tahu eh?"
"Bagus jugak tak tahu. Sebab tu I suka you...", Halim mencelah.
"Amboi... You tengoklah adik and bff you ni. Romantik sangat"
"At least we noticed it, kan... You dengan I, kita je tahu"
"Eh? Kalau orang tahu, tak eksklusif dah la..."
"Encik Halim kalau nak tahu, doktor kami ni dengan kawan I kegemaran dorang ialah asyik berlawan cakap je... Penat telinga ni dengar"
"Doakan dorang terus kahwin je"
"Tapi, kawan baik awek kau ni Halim...tak nak pulak. Aku anytime je"
"Hello! You yang kata nak tunang dulu...salahkan kita pulak"

Mahirah dan Halim berlalu meninggalkan pasangan tersebut. Dari jauh, Rauhah terkumat-kamit memarahi tindakan Mahirah. Mahirah pula hanya tersenyum.

"Kan dah kena tinggal... Cakap banyak lagi", usik Hardee.
"I don't mind, anyway. Hahaha. Bagilah peluang kat dorang pulak. Kesian, jarang sangat dapat jumpa. Asyik teman kita je"
"Adik...", jerit seseorang.

Rauhah berpaling ke arah suara tersebut. Lalu dia hampir menjerit melihat seorang wanita sebaya arwah ibunya.

"Mama! What are you doing here? Rindunya...", Rauhah sedikit berlari mendapatkan insan yang dipanggil mama itu.
"Mama baru je touchdown semalam. Saja jalan-jalan dengan Abe Am lepas tu nak singgah rumah"
"Singgah je? Jomlah tidur"
"InsyaAllah. Kebetulan Abe Am ada kerja dekat hospital Seremban"

Hardee memandang dengan penuh tanda tanya.

"Oh ye, ini bakal tunang Adik. Doktor Hardee. Entah-entah Abe Am kenal kot"
"Hardee. Aunty sihat?"
"Alhamdulillah. Just call me Mama"

Hardee masih memandang wajah wanita itu. Masih terkejut, mungkin.

"She is my late Ibu's twin la. I tahu mesti you speechless"
"I see... Serupa sangat"
"Ramai dah cakap benda yang sama. So, Hardee pun kat hospital Seremban?", soal wanita itu, Zafirah.
"Yes. But, end of this year transfer to HKL sambung study. Mama dari mana tadi?", soal Hardee pula.

Hardee memang bijak memulakan bicara dengan yang lebih berusia darinya. Terkadang, dia mampu berbual-bual hingga berjam-jam lamanya. Rauhah juga semakin memahami akan bakal tunangnya itu.

"I see. I think I knew him. Dulu, pernah belajar di kolej yang sama 2 tahun. Patutlah tadi macam pernah nampak Mama. And yeah, Hah pernah tunjuk gambar arwah ibu..."
"Masa mula-mula adik Mama meninggal, Mama lah yang selalu kena ada dekat dengan Adik. Sampai Mama kena tunggu Adik tidur, barulah Mama balik. Masa tu, rumah Mama dekat je. Tapi, sebab Papa kena pindah overseas...terpaksalah Mama dengan Abe Am ikut sekali"
"I see... I see. So, Amirul kat hospital la sekarang?"
"Dari pagi tadi dia kata ada urusan di hospital. Mama tak nak ganggu. Mungkin mesyuarat agaknya. Hardee, off hari ni?"
"Aah, post call"
"Mama lama ke cuti? Papa mana?"
"I am back for good. Papa ada hal hari ni. Dia janji nak balik secepat mungkin"
"Really? Alhamdulillah. Sejak Ibu meninggal... Adik selalu harap Mama ada dekat dengan Adik. Adik rindu Mama sangat-sangat"
"Mama, walau sehari pun tak pernah lupakan adik dengan yang lain. Kalau boleh, hari-hari Mama nak call Adik. Nasib baik Abe Am pun dah habis semua urusan kat sana, jadi Papa decide nak balik Malaysia terus"

Rauhah langsung tidak melepaskan pelukan di pinggang Zafirah seolahnya bimbang akan 'kehilangan' Mamanya itu.

"Macam inilah Adik selalunya. Takut Mama pergi lagi eh? Don't worry, Adik. Mma will always be by your side. Hardee kalau nak tahu, dulu Abe Am sampai merajuk dengan Mama sebab lebihkan Adik. Tapi, lepas Papa dengan Mama slow talk dengan Abe Am...terus Abe Am jadi baik dan sangat rapat dengan Adik. Abe Am sayang Adik macam adik dia sendiri. Maklumlah, seorang tu je anak Mama"
"Saya tengok Adik ni memang sangat manja dengan semua orang kecuali saya"
"Belum nampak lagi tu. dia dengan lelaki memang garang. Nak marah saja..."
"Haha, betullah Mama. Saya ingat, sayalah yang paling garang...rupanya dia lebih garang sampai saya pun takut nak dekat"

Rauhah tidak pedulikan semua yang didengarinya kala itu. Dia cuma rindukan Mamanya itu. Itu sajalah satu-satunya keluarga yang arwah Ibunya ada. Ibu dengan Mama hanya 2 beradik dan kebetulan mereka adalah pasangan kembar. Bezanya cuma Mama lahir 5 minit awal dari Ibu.

"You, I rasa I balik dululah. Dah nak Maghrib ni", Hardee meminta diri untuk pulang.
"You balik Palong ke Seremban Jaya?"
"SJ je. I janji dengan Ibu nak balik esok petang"
"Oh ok... You take care yeah? Esok kalau sempat, I text you before you habis kerja", janji Rauhah.
"Ok. Rah dengan Halim, mana?"
"Aah. Call pun tak"

Tidak lama kemudian, muncul pasangan muda itu entah dari mana.

"Kau balik mana, Lim?"
"Rumah sewa aku... Kenapa?"
"Jom...aku hantarkan"
"Oh ye...kebetulan tadi kawan pengantin yang hantarkan aku ke sini. Nasib baik kau tanya. Hahaha, hampir terlupa pulak. Kau nak gerak sekarang, ke?"
"Maghrib dulu jap. Lepas tu kita chow..."

Halim mengangguk.

"Ma, inilah kawan baik Adik. Mahirah... Mama ingat lagi tak?"
"Mestilah ingat. Dia ni soranglah kawan baik Adik sejak tadika lagi, kan?"
"Mama sihat? Bila Mama sampai dari US?"
"Semalam pagi. Kebetulan Abe Am ada hal kat Seremban"
"I see..."

Hardee, Halim, Zafirah, Mahirah dan Rauhah berpisah di luar pintu AEON Seremban 2. Halim mengikut Hardee ke kereta milik Hardee. Manakala Rauhah ditemani Zafirah dan Mahirah menuju ke kereta Mahirah. Sepanjang perjalanan, masing-masing rancak berborak dan kebanyakkannya luahan rindu Rauhah terhadap ibu saudara kesayangannya itu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mencari Konklusi - 5

Sebelum masuk ke bahagian Radiologi, Rauhah dan Hardee terserempak di depan kaunter. Masing-masing terkejut sebenarnya sampaikan Rauhah pula yang tak tahu nak buat apa. "Hi!", tegur Hardee. "Assalamualaikum", ucap Rauhah perlahan tidak segalak biasa. "Wa'alaikumsalam", jawab Hardee. "Saya masuk dulu ye, doc", sambung Rauhah cuba melarikan diri dari pandangan Hardee. Hardee ke biliknya lalu duduk di kerusi. Hatinya kembali bergetar. "Hai, Rauhah? Lain macam je aku tengok kau dengan abang kesayangan tu?", tegur Khairun. "Apa yang lainnya?" "Selalu kalau jumpa macam kucing dengan anjing...tadi dah macam kau ni tikus dia tu kucing..." "Orang tengah bahagialah tu", sambung Azmil pula. "Nasib aku baik hati hari ni...kalau tak lama dah aku cincang kau tau" "Beranilah sangat kan..." "Siapa kata aku tak berani?" Sedang sibuk membuat tugasan masing-masing, Hardee sem

Mencari Konklusi - 3.

Sudah seminggu Rauhah dan Mahirah menjalani praktikal di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Dan sudah seminggu juga Rauhah di bawah penilaian Hardee. Hardee semakin berpuas hati dengan perubahan yang ditunjukkan oleh Rauhah. Sekali sekali mereka bertekak juga bila apa yang diminta Hardee, tidak dilaksanakan Rauhah. Akhirnya Hardee mengalah kerana tak mahu memanjangkan perkara kecil. Teman-teman yang sekumpulan dengan Rauhah juga selalu melihat akan gelagat Rauhah yang nakal itu dan semakin faham akan kerenah wanita yang seorang itu. “Wei, kau ni berani kan? Aku tengok doktor Hardee dah habis tegas dengan kau”, tegur Khairun. “Asyik nak cari pasal je dengan aku, siapa suruh? Penat dengar dia membebel” “Dah tau tak nak dia membebel, kau ikut je lah arahan dia tu”, celah Shahrul pula. “Masalahnya sekarang, suruh aku buat kerja-kerja kerani, buat itu ini untuk dialah...bukan dalam tugasan kita kan?” “Tak ingat ke encik Arif kata apa? Buat apa saja pegawai penilai kita suruh”, sambung Khairu

Hanya Dia - 9.

"Jom turun, Uncle?", ajak Ameer. "Ameer turun dululah...Uncle ingat nak rest kejap" "Ok then . Ameer turun dulu" Imran mengangguk lalu ke balkoni melihat-lihat pemandangan di luar. Dia suka melihat matahari yang terbenam waktu senja dan segera mengambil kamera kesayangannya. Puas hatinya bila dia dapat mengambil gambar-gambar itu semua. "Takkan ambil gambar pemandangan je?", tegur seseorang di balkoni sebelah biliknya. "Eh? Ingat suara siapa tadi", jawab Imran yang masih memegang kamera kesayangannya sambil memandang ke arah Imelda di sebelah. "Tak turun dengan Ameer tadi?", soal Imelda. "Ingat nak rehat kejap...lupa yang dah hampir senja. Itu yang capture gambar sekejap...awak tak turun?" "Kejap lagi kot" Imran mengangguk tanda faham. Sesekali bila Imelda memandang ke arah yang lain, Imran cepat-cepat mengambil peluang dan merakam gambar Imelda. " Ok lah awak...saya masuk dulu. Dah Maghr