Langkau ke kandungan utama

Catatan

Pencarian - 1

"I have been waiting for you all these while but where have you been?", marah Zahra Malaeka. Di depan Zahra Malaeka berdirinya seorang lelaki berbadan tegap. Tunduk. Bisu. "Tell me now!", sekali lagi Zahra Malaeka menyoal dan sedikit keras suaranya. Zahra Malaeka sangat marahkan lelaki itu. Kemarahannya sudah tidak dapat dibendung lagi. Ditolak-tolak badan lelaki itu. Tetap juga lelaki tersebut tidak berganjak apatahlagi memberi apa-apa reaksi. Zahra Malaeka akhirnya mengalah. Dia kemudiannya terus menaiki kereta miliknya. Belum sempat dia menghidupkan enjin kereta, laju saja tangan lelaki tersebut membuka pintu kereta milik Zahra Malaeka. "Now...what do you want?", soal Zahra Malaeka dalam esak tangis yang ditahan-tahan. Lelaki tersebut menutup pintu kereta Zahra Malaeka, perlahan tanpa sebarang bicara. Dia berpusing dan berlalu pergi. Zahra Malaeka keluar dari kereta dan cuba mendapatkan lelaki itu. "Kaklong...kaklong!"
Catatan terbaharu

Mencari Konklusi - 11

Petang itu, Rauhah bertemankan Mahirah membeli barang-barang hantaran untuk dirinya sendiri. Selepas berbincang dengan Hardee, bakal tunangnya itu Rauhah hanya membeli barang-barang yang bakal digunakan semasa majlis perkahwinan mereka nanti. Janji Rauhah, selepas selesai membeli apa yang perlu dia akan bertemu Hardee dan adik kedua Hardee yang baru pulang dari Jepun. Kebetulan sekarang adalah waktu cuti adiknya di sana jadi, sempatlah bersama-sama dengan semua ahli keluarganya meraikan hari bahagianya nanti.          Sayang...dah habis beli barang ke? Satu pesanan ringkas masuk. Rauhah membaca pesanan tersebut yang datangnya dari Hardee.           Ooo, perli I eh? Tinggal nak cari reben je ni... U kat mana?           Im on the way to your place. Seremban 2 kan?           Iye, Sayangku... Wait at the usual place tau.           Alright then. I tak rush pun...tapi, memang nak sampai dah...           Hamboi, drift ke? Careful dear, please! "Sengal abemu ni tau. Tadi kata on the way.

Hanya Dia - 14

"Oklah, mama, papa... Im pergi office dulu?", kata Imelda sambil dia mencium tangan dan pipi kedua orang tua yang dia sayang itu. "Ok, hati-hati...ingat ye yang awak tu berdarah manis sekarang ni...", pesan Faridah. "Baiklah mama sayang... Im takkan lupa semua pesan mama...pesan papa... Pesan semua orang kat Im. Ok ma, pa... Im pergi dulu" Dari dalam kereta, Imelda melambai kedua orang tuanya hingga hilang dari pandangan. Pagi itu, kalau mengikut apa yang telah dirancang sebulan yang lalu, Imelda dan beberapa orang stafnya akan memulakan lawatan ke sekolah-sekolah yang telah dibincangkan seperti di dalam mesyuarat. Di pejabat, Imelda memulakan tugasnya seperti hari-hari biasa tetapi dia sedar yang ada sesuatu yang lain dirasakan kini. Kini dia tunangan orang! Dia sedar yang dia bakal membawa gelaran itu untuk beberapa ketika. Dia sepatutnya sudah mula persiapkan diri menuju ke arah membina keluarga. Itulah janji dia pada diri sendiri dan keluargany

Hanya Dia - 13

Sabtu yang dinanti, akhirnya tiba. Raihan, teman baik Imelda sudah lama sampai di biliknya ditemani Alyana, Ibtisam dan anak-anak buah Imelda. Majlis Pertunangan akan bermula selepas Zohor nanti. Sementara menanti tengah hari, Raihan sempat membetulkan sedikit baju yang bakal disarung Imelda nanti. "Kau ni kan Im, makin lama makin keding je aku tengok. Patut gembira nak jadi tunangan orang" "Aly, dia ni nama je makan banyak tapi...alahai" "Amboi mak hayam berdua ni...dah aku dilahirkan macam ni, wak guano" "Mulut tu cuba diajar untuk tidak terlalu open", tegur Alyana. "Yolah, makcik-makcik tersayang..." "Siapa makcik? Walaupun mak ni lembut, mak tetap lelaki sejati tau" "Dah kalau lelaki kenapa rela dipanggil mak hayam?" "Dengan korang je aku boleh layan bergurau. Dengan orang lain, siaplah aku cili-cili" "Ada hati nak cilikan orang", perli Imelda. Pintu bilik dikuak seseo

Mencari Konklusi - 10

"So, semalam macam mana?" "What do you mean by macam mana?", soal Rauhah kembali. "Kau ni mimpi ke mengigau? Dah tentu la pasal 'abang' kau tu" "Oh...hahahahah...sorry la mek. Aku blur hari ni. Tu yang mengong kejap. Dia, ok jek. Along ada cakap nak masuk meminang kak Iman so, the day after...my 'abang' pulak nak datang" "Wah! Ok...so, berapa hari bulan?" "End of the semester kot. Sebab 2 minggu terakhir tu je masa yang ada plus masuk sem baru nanti nak final...tak sangka nak final year dah" "Alhamdulillah...syukurnya, bukan je dapat ilmu baru kat sini...siap temu jodoh pulak lagi..." "Amin...aku dapat agak, tak lama lepas aku bertunang...kau pulak yang akan menyusul" "Pandai je kau ni. Siapalah yang nak kat aku ni kan?" "Kau jual mahal la...Halim cari yang lain, baru tahu" "Kau boleh tolong doakan yang baik-baik tak?" "Sentap pulak makwe aku ni..

Mencari Konklusi - 9

Pagi itu, Rauhah dan Mahirah akan pulang dahulu ke Seremban, bertemankan Hardee. Mulanya, Rauhah menolak untuk ditumpangkan tetapi bila diberitahu yang abahnya punya urusan lain yang perlu diselesaikan segera hari itu, Rauhah terpaksa menurut perintah. Dia terasa lain bila terpaksa duduk satu kereta dengan lelaki yang satu masa dulu pernah dibenci dia. "Balik nanti, kita jumpa kat rumah", pesan abah. "Ok, abah jaga diri tau...", pesan Rauhah seperti selalu sambil memeluk erat bahu abah kesayangannya itu. "Ye, dik...adik tak payahlah risau" Selepas dia dan Mahirah juga Hardee bersalam dengan Rahman, Haji Ismail serta ibu Hardee, Hardee memandu meninggalkan kawasan rumah tersebut. "Harap Adik dah ok dengan Along", kata Rahman. "Akak pun harap macam tu jugak" "Saya kesian tengok Along, mahu kena buli je nanti" "Abah yakin Along boleh lembutkan Adik..." Sepanjang perjalanan, Mahirah yang lebih banyak berbual

Mencari Konklusi - 8

Malam itu selepas berpenat lelah di hospital, Rauhah dan keluarganya pulang ke kampung semula. Turut serta ialah teman baiknya, Mahirah. Sepanjang perjalanan, tak habis-habis dia memikirkan tentang keputusan yang bakal diberitahu kepada Haji Ismail nanti. Berkali-kali juga Mahirah bertanya, apakah dia benar-benar tekad dengan keputusan itu? "Kau ok, Hah?" "Macam apa yang kau nampak sekarang, kau rasa aku ok?" "Sorry, aku tanya je" Mahirah tidak berani untuk bertanya lagi bila mendengarkan jawapan Rauhah tadi. Sesekali dia juga gerun melihat Rauhah bila meradang. Sesampainya mereka di kampung, Rauhah dan Mahirah terus mengetuk pintu rumah Haji Ismail. Kebetulan Haji Ismail baru selesai menunaikan solat Isya'. "Wa'alaikumsalam...", jawab Haji Ismail.   Haji Ismail membuka pintu rumahnya lalu Rauhah terus menerpa dan memeluk datuknya erat-erat. Rauhah teresak menahan tangis. Berhenti sekejap, dia menangis semula. "Kenapa ni