Langkau ke kandungan utama

Hanya Dia - 14

"Oklah, mama, papa... Im pergi office dulu?", kata Imelda sambil dia mencium tangan dan pipi kedua orang tua yang dia sayang itu.

"Ok, hati-hati...ingat ye yang awak tu berdarah manis sekarang ni...", pesan Faridah.

"Baiklah mama sayang... Im takkan lupa semua pesan mama...pesan papa... Pesan semua orang kat Im. Ok ma, pa... Im pergi dulu"

Dari dalam kereta, Imelda melambai kedua orang tuanya hingga hilang dari pandangan. Pagi itu, kalau mengikut apa yang telah dirancang sebulan yang lalu, Imelda dan beberapa orang stafnya akan memulakan lawatan ke sekolah-sekolah yang telah dibincangkan seperti di dalam mesyuarat.

Di pejabat, Imelda memulakan tugasnya seperti hari-hari biasa tetapi dia sedar yang ada sesuatu yang lain dirasakan kini. Kini dia tunangan orang! Dia sedar yang dia bakal membawa gelaran itu untuk beberapa ketika. Dia sepatutnya sudah mula persiapkan diri menuju ke arah membina keluarga. Itulah janji dia pada diri sendiri dan keluarganya satu ketika dulu...tapi, itu dulu!

Kini, dia adalah Imelda yang baru. Dia bersyukur atas segala nikmat yang Allah beri padanya. Kalau ikutkan rasa mengalah, mungkin dia juga takkan kenal siapa dia sampai sekarang ini, di mana dia duduk kini.

"Assalamualaikum cik Im... Tahniah! Tak sabar tunggu kenduri besar cik Im and doktor Im...", ucap staf-staf Imelda di pejabatnya.

"Walaikumussalam... Terkejut saya, awak semua ni... Alhamdulillah. Terima kasih sangat-sangat. Kenapa tak datang makan kenduri?", soal Imelda kembali.

"Maaflah cik Im. Masing-masing sibuk, hujung minggu kan? InsyaAllah kenduri besar, kami datang punyalah... Barulah surprise kan? Dan kamilah juga yang akan meriahkan hari besar cik nanti...", kata salah seorang staf Imelda.

"Doakanlah ya. Moga sampai ke harinya tu", pesan Imelda.

"Amin...Amin...Amin..."

"Oklah, semuanya dah siap sedia untuk esok?"

"Setakat ini segalanya seperti yang telah dirancang. Cuma adalah beberapa hal yang akan diselesaikan petang ini, insyaAllah", kata Azri, staf Imelda yang baru 2 bulan berkhidmat di pejabatnya, lulusan dari United Kingdom.

Imelda dan beberapa stafnya yang tidak turut serta dalam jelajah pertama ini menuju ke bilik mesyuarat untuk membincangkan beberapa perkara mustahak sepanjang Imelda dan kumpulan pertama yang akan mengikut Imelda nanti.

Imran di hospital tempat dia berkhidmat, sibuk seperti biasa. Hingga ditegur Hajar, tak sempat dia hendak membalas sapaan 'si adik'.

Tengah hari itu, Imran sepatutnya akan makan tengah hari dengan Imelda tetapi memandangkan Imelda sibuk dan dirinya juga tak menang tangan dengan kes-kes yang baru tiba. Dengan segala kudrat yang ada, dia perlu selesaikan semuanya dengan kadar segera.

Hajar yang kebetulan lalu di wad kecemasan di mana Imran berada kini, sempat menyapa Imran untuk kesekian kalinya. Tika itu, Imran sedang sibuk menyiapkan laporan berkenaan pesakit di bawah jagaannya.

"Yes, cik Hajar. Ada apa-apa yang perlu saya bantu?"

"Amboi, seriusnya doktor? Nyesal tegur tadi"

"Eh awak ni? Macam tak biasa pulak... Awak mesti faham keadaan saya sekarang ni kan? So, what's up?"

"Tak ada apa pun, saja tegur doktor. Tak lunch ke?"

"Sepatutnya dengan bakal kakak awak tu tapi tengoklah betapa sibuknya department kecemasan ni? Awak pulak? Thank God yang dia pun tengah sibuk dengan kerja-kerja kat office dia... Kalau tak, bersalah sungguh saya dengan dia"

"Nak lunch la ni...temannya nggak ada. Mana pergi entah adik doktor lagi seorang tu. Tadi pagi katanya pening-pening"

"Pulak dah. Dah cuba call?"

"Dah, tak jawab-jawab pulak. Oklah doktor, saya pergi dulu. Nak tapau apa-apa ke?"

"Nanti kalau tak busy, saya sms awak...kalau saya tak sms, awak makanlah dulu. Dah selesai nanti saya tahulah nak cari makan"

"Ok, doktor...makan jangan lupa", pesan Hajar sebelum berlalu meninggalkan Bahagian Kecemasan.

Itulah Hajar, satu-satunya jururawat yang sangat rapat dengan dia sejak dia mula bertugas di hospital berkenaan. Apa saja yang tidak pernah mereka lalui? Sudah lali diumpat, dikata, digosip punyai hubungan istimewa antara mereka berdua. Tapi, Imran atau Hajar hanya senyum mendengar khabar angin yang tidak benar sama sekali... Sampai mereka sendiri tak tahu mahu dikhabar bagaimana lagi?

Pernah juga Hajar mengamuk tetapi belum pun sempat bersemuka dengan 'yang membawa cerita', Imran sempat menahan Hajar.

"Siapa yang tak geram, doktor? Nak kata malu tu, saya dah immune, doc...", keluh Hajar satu masa dulu. Lama dulu...

"Tak apalah Hajar, saya dan awak je tahu kebenarannya. Lagipun tak semua orang tahu yang awak dah bertunang, kan?"

"Haha, doc... Kalau tahu pun saya pasti yang dorang akan buat cerita jugak... I bet you!"

"Tak payah kisahkan apa orang nak kata. Tak luak pun. Saya dah anggap awak sebahagian keluarga saya... Both of our family pun tahu apa yang sebenarnya, kan? Tak mahu lah marah-marah lagi. Tak ngaku adik kang"

"Ugut nampak?"

Imran ke katil pesakit semula selepas dipanggil seorang jururawat.

Imelda di pejabat pula masih sibuk dengan mesyuarat dengan staf-staf sebelum memulakan perjalanan ke luar kota esok selepas Subuh.

Selepas makan tengah hari, Imelda sempat memaklumkan sekali lagi tentang urusan yang akan menyebabkan dia mungkin tidak dapat dihubungi oleh Imran dalam seminggu dua ini kepada Imran.

"Wa'alaikumussalam, Sayang... Alhamdulillah, saya dah makan. Im di sana dah lunch ke?"
"Baru je tolak pinggan. Awak lunch apa?"
"Nasi campur. Petang balik pukul berapa?"
"EnshaAllah pukul 4. Sebab nak packing kat rumah"
"Ok...ingat nak ajak keluar"
"Datang rumah je. Saya takut tak sempat"
"Orait, kalau sempat saya singgah... Take care"
Mesej ringkas berhenti di situ. Masing-masing seolah-olah memahami bahawa situasi mereka sekarang sangat sibuk dengan macam-macam perkara yang perlu diselesaikan mengikut apa yang telah dirancang. Tidak kira Imran mahupun Imelda...mereka sudah mula berusaha dengan cara masing-masing untuk cuba bertoleransi dengan kesibukan antara mereka.

Petang itu, selepas memastikan yang Imran sudah siap segala kerja, Imran bersiap-siap untuk pulang ke rumah keluarganya. Sedang memandu, fikirannya menerawang memikirkan Imelda yang bakal meninggalkan dia untuk beberapa ketika. Bukan hak Imran untuk menghalang, sementelah itu memang kerjaya Imelda ketika ini. Malah, jauh di sudut hati Imran, dia sangat menyokong kerjaya Imelda dan akan terus menyokong bakal isterinya itu sampai bila-bila selagi diizinkan Allah. Tetapi, adakala dia sangat bimbangkan keadaan Imelda.

Imelda yang dia kenal sekarang, sangat kental semangat dan tak mudah berubah fikiran atas sesuatu keputusan yang dia dah pilih. Cakaplah apapun, buatlah apa cara sekalipun, Imelda tetap Imelda. Benar, ada masanya Imran kalah dengan Imelda bila berdebat... Semuanya kerana Imelda tegas dengan segala keputusannya.
"Lepas Maghrib, Im datang rumah... Harap sempat jumpa Im ye?"
Satu mesej ringkas dihantar Imran.

"Assalamua'alaikum...", ucap Imelda apabila membuka pintu.

"Wa'alaikumussalam", jawab mama yang kebetulan sedang menuang kopi di dalam cawan untuk papa.

"Penatnya mama tengok Im ni... Mari sini, minum petang...", jemput mama.

"Penat sangat-sangat ma... Malam ni nak pack barang-barang. Esok pagi-pagi nak bertolak ke Pahang"

"Siapa drive?", soal papa.

"Flight, pa... Tak nak penatkan lagi staf-staf kita. Kesian dah Im tengok diorang. Nasib baik yang bujang lebih ramai walaupun ramai yang dah berkeluarga sanggup nak tolong tapi Im tak sanggup nak bawa jauh-jauh. Yang dekat-dekat nanti baru Im bawa. Senang sikit kalau masa tu diorang nak bawa family"

"Baguslah kalau macam tu. Bukan senang nak jaga hati semua orang. Walaupun diorang cuma staf kita tapi, diorang tetap manusia, kan? Lagi-lagi yang dah berkeluarga tu"

"Oh ye, tadi Im sms. Dia nak datang sini lepas Maghrib"

"Eh, I thought he only text me?", kata Imelda.

"Jangan tak tahu Im, sekarang Imran tu kawan baik mama tau", usik papa.

"Untunglah mama, belum apa-apa dah ada kawan baik", balas Imelda.

Anak-beranak itu ketawa bersama-sama.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mencari Konklusi - 5

Sebelum masuk ke bahagian Radiologi, Rauhah dan Hardee terserempak di depan kaunter. Masing-masing terkejut sebenarnya sampaikan Rauhah pula yang tak tahu nak buat apa. "Hi!", tegur Hardee. "Assalamualaikum", ucap Rauhah perlahan tidak segalak biasa. "Wa'alaikumsalam", jawab Hardee. "Saya masuk dulu ye, doc", sambung Rauhah cuba melarikan diri dari pandangan Hardee. Hardee ke biliknya lalu duduk di kerusi. Hatinya kembali bergetar. "Hai, Rauhah? Lain macam je aku tengok kau dengan abang kesayangan tu?", tegur Khairun. "Apa yang lainnya?" "Selalu kalau jumpa macam kucing dengan anjing...tadi dah macam kau ni tikus dia tu kucing..." "Orang tengah bahagialah tu", sambung Azmil pula. "Nasib aku baik hati hari ni...kalau tak lama dah aku cincang kau tau" "Beranilah sangat kan..." "Siapa kata aku tak berani?" Sedang sibuk membuat tugasan masing-masing, Hardee sem

Mencari Konklusi - 3.

Sudah seminggu Rauhah dan Mahirah menjalani praktikal di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Dan sudah seminggu juga Rauhah di bawah penilaian Hardee. Hardee semakin berpuas hati dengan perubahan yang ditunjukkan oleh Rauhah. Sekali sekali mereka bertekak juga bila apa yang diminta Hardee, tidak dilaksanakan Rauhah. Akhirnya Hardee mengalah kerana tak mahu memanjangkan perkara kecil. Teman-teman yang sekumpulan dengan Rauhah juga selalu melihat akan gelagat Rauhah yang nakal itu dan semakin faham akan kerenah wanita yang seorang itu. “Wei, kau ni berani kan? Aku tengok doktor Hardee dah habis tegas dengan kau”, tegur Khairun. “Asyik nak cari pasal je dengan aku, siapa suruh? Penat dengar dia membebel” “Dah tau tak nak dia membebel, kau ikut je lah arahan dia tu”, celah Shahrul pula. “Masalahnya sekarang, suruh aku buat kerja-kerja kerani, buat itu ini untuk dialah...bukan dalam tugasan kita kan?” “Tak ingat ke encik Arif kata apa? Buat apa saja pegawai penilai kita suruh”, sambung Khairu

Hanya Dia - 9.

"Jom turun, Uncle?", ajak Ameer. "Ameer turun dululah...Uncle ingat nak rest kejap" "Ok then . Ameer turun dulu" Imran mengangguk lalu ke balkoni melihat-lihat pemandangan di luar. Dia suka melihat matahari yang terbenam waktu senja dan segera mengambil kamera kesayangannya. Puas hatinya bila dia dapat mengambil gambar-gambar itu semua. "Takkan ambil gambar pemandangan je?", tegur seseorang di balkoni sebelah biliknya. "Eh? Ingat suara siapa tadi", jawab Imran yang masih memegang kamera kesayangannya sambil memandang ke arah Imelda di sebelah. "Tak turun dengan Ameer tadi?", soal Imelda. "Ingat nak rehat kejap...lupa yang dah hampir senja. Itu yang capture gambar sekejap...awak tak turun?" "Kejap lagi kot" Imran mengangguk tanda faham. Sesekali bila Imelda memandang ke arah yang lain, Imran cepat-cepat mengambil peluang dan merakam gambar Imelda. " Ok lah awak...saya masuk dulu. Dah Maghr