Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2012

Hanya Dia - 14

"Oklah, mama, papa... Im pergi office dulu?", kata Imelda sambil dia mencium tangan dan pipi kedua orang tua yang dia sayang itu. "Ok, hati-hati...ingat ye yang awak tu berdarah manis sekarang ni...", pesan Faridah. "Baiklah mama sayang... Im takkan lupa semua pesan mama...pesan papa... Pesan semua orang kat Im. Ok ma, pa... Im pergi dulu" Dari dalam kereta, Imelda melambai kedua orang tuanya hingga hilang dari pandangan. Pagi itu, kalau mengikut apa yang telah dirancang sebulan yang lalu, Imelda dan beberapa orang stafnya akan memulakan lawatan ke sekolah-sekolah yang telah dibincangkan seperti di dalam mesyuarat. Di pejabat, Imelda memulakan tugasnya seperti hari-hari biasa tetapi dia sedar yang ada sesuatu yang lain dirasakan kini. Kini dia tunangan orang! Dia sedar yang dia bakal membawa gelaran itu untuk beberapa ketika. Dia sepatutnya sudah mula persiapkan diri menuju ke arah membina keluarga. Itulah janji dia pada diri sendiri dan keluargany