Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2015

Pencarian - 1

"I have been waiting for you all these while but where have you been?", marah Zahra Malaeka. Di depan Zahra Malaeka berdirinya seorang lelaki berbadan tegap. Tunduk. Bisu. "Tell me now!", sekali lagi Zahra Malaeka menyoal dan sedikit keras suaranya. Zahra Malaeka sangat marahkan lelaki itu. Kemarahannya sudah tidak dapat dibendung lagi. Ditolak-tolak badan lelaki itu. Tetap juga lelaki tersebut tidak berganjak apatahlagi memberi apa-apa reaksi. Zahra Malaeka akhirnya mengalah. Dia kemudiannya terus menaiki kereta miliknya. Belum sempat dia menghidupkan enjin kereta, laju saja tangan lelaki tersebut membuka pintu kereta milik Zahra Malaeka. "Now...what do you want?", soal Zahra Malaeka dalam esak tangis yang ditahan-tahan. Lelaki tersebut menutup pintu kereta Zahra Malaeka, perlahan tanpa sebarang bicara. Dia berpusing dan berlalu pergi. Zahra Malaeka keluar dari kereta dan cuba mendapatkan lelaki itu. "Kaklong...kaklong!"