Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2010

Mencari Konklusi - 9

Pagi itu, Rauhah dan Mahirah akan pulang dahulu ke Seremban, bertemankan Hardee. Mulanya, Rauhah menolak untuk ditumpangkan tetapi bila diberitahu yang abahnya punya urusan lain yang perlu diselesaikan segera hari itu, Rauhah terpaksa menurut perintah. Dia terasa lain bila terpaksa duduk satu kereta dengan lelaki yang satu masa dulu pernah dibenci dia. "Balik nanti, kita jumpa kat rumah", pesan abah. "Ok, abah jaga diri tau...", pesan Rauhah seperti selalu sambil memeluk erat bahu abah kesayangannya itu. "Ye, dik...adik tak payahlah risau" Selepas dia dan Mahirah juga Hardee bersalam dengan Rahman, Haji Ismail serta ibu Hardee, Hardee memandu meninggalkan kawasan rumah tersebut. "Harap Adik dah ok dengan Along", kata Rahman. "Akak pun harap macam tu jugak" "Saya kesian tengok Along, mahu kena buli je nanti" "Abah yakin Along boleh lembutkan Adik..." Sepanjang perjalanan, Mahirah yang lebih banyak berbual