Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2010

Hanya Dia - 5.

Pagi itu Imran ke hospital seperti biasa tetapi hatinya resah... Resah kerana Imelda. Sejak Imran bangun pagi itu, tidak sekalipun panggilannya dijawab wanita itu. Dia cuba pula dengan pesanan ringkas tetapi tiada balasan. Fikir Imran mungkin Imelda sibuk dengan kerja-kerja di pejabat memandangkan itu adalah hari pertama selepas 2 minggu Imelda tidak bekerja. "Morning doc!", sapa Hajar. Tiada reaksi seperti selalu dari Imran. Hajar, jururawat yang bertugas di hospital dan jabatan yang sama dengan Imran dan agak rapat dengan Imran tetapi dia menganggap Imran tidak lebih dari seorang abang kepada dirinya. Imran juga begitu, biarpun ramai yang menyangka antara mereka punya hubungan istimewa. Imran ke biliknya dan seketika kemudian dia keluar semula. "Hajar..." "Eh? Ingat tak nampak saya lagi?", perli Hajar. "Sorry...ada hal sikit tadi" "It's ok" Biarpun pagi Imran tidak seceria biasa, fokusnya tetap pada kerja. &&&