Langkau ke kandungan utama

Hanya Dia - 5.

Pagi itu Imran ke hospital seperti biasa tetapi hatinya resah... Resah kerana Imelda. Sejak Imran bangun pagi itu, tidak sekalipun panggilannya dijawab wanita itu. Dia cuba pula dengan pesanan ringkas tetapi tiada balasan. Fikir Imran mungkin Imelda sibuk dengan kerja-kerja di pejabat memandangkan itu adalah hari pertama selepas 2 minggu Imelda tidak bekerja.

"Morning doc!", sapa Hajar.

Tiada reaksi seperti selalu dari Imran. Hajar, jururawat yang bertugas di hospital dan jabatan yang sama dengan Imran dan agak rapat dengan Imran tetapi dia menganggap Imran tidak lebih dari seorang abang kepada dirinya. Imran juga begitu, biarpun ramai yang menyangka antara mereka punya hubungan istimewa.

Imran ke biliknya dan seketika kemudian dia keluar semula.

"Hajar..."
"Eh? Ingat tak nampak saya lagi?", perli Hajar.
"Sorry...ada hal sikit tadi"
"It's ok"

Biarpun pagi Imran tidak seceria biasa, fokusnya tetap pada kerja.
&&&&&&&&&&
Habis mesyuarat dengan semua staf syarikat, Imelda kembali ke biliknya. Banyak kerja yang tertangguh sejak dia cuti. Baru hendak mulakan kerja, telefon bimbitnya berbunyi tanda pesanan ringkas masuk. Tertera nama Imran di skrin.
Salam... I call u like 100 times tapi tak dapat. Sori, kalau I ganggu u... 
Imelda hanya membaca tetapi tidak membalas. Dia tidak mahu diganggu ketika bekerja. Baginya, kerja lebih penting dari hal peribadi yang begitu. Imelda cuba kembali fokus dengan kerja-kerjanya. Entah kenapa, tumpuannya hanya pada Imran ketika ini. Puas dicuba untuk buang wajah lelaki itu dari kotak fikiran...sia-sia saja. Semakin dia cuba, semakin wajah Imran mendekat.

"Masuk...", pelawa Imelda bila terdengar ketukan pintu biliknya.
"Ye, Hani? Ada apa?"
"Tengah hari ni cik Im kena pergi Restoran Kampung Melayu, ada perbincangan kat sana"
"Hampir je saya lupa. Thanks Hani"
"Hari ni, Karmila akan pergi dengan cik Im. Pak Saleh tunggu di lobi", sambung Hani.
"Ok, thanks again"

Hani mengangguk lalu meminta diri ke tempatnya semula selepas membantu Imelda menyiapkan kertas kerja yang perlu dibawa bersama. Sepanjang perjalanan, Imelda lebih banyak termenung dan masih teringatkan mesej daripada Imran tadi. Karmila di sebelah memandang dengan 1001 persoalan dibenaknya. Selama dia bekerja di syarikat itu di bawah pengurusan Imelda, tidak sekalipun dia lihat Imelda begitu. Imelda walaupun tegas orangnya tetapi dia seorang yang ceria dan sangat dekat dengan semua staf.

"Cik Im? Are you alright?"
"Yes Karmila?"
"Saya tanya...cik Im ok ke ni? Dari tadi asyik termenung je saya tengok"
"Saya ok je. Dah lama tak kerja kot", Imelda cuba berdalih.
"Kalau macam tu, tak apalah. Tapi kalau ada apa-apa, beritahu saya ya?"
"Ok"
&&&&&&&&&&
"Hi doc!", sapa Hajar yang kebetulan melalui kafetaria hospital.

Imran yang sedang mengelamun tidak membalas. Makanan di depannya juga tidak disentuh.

"Imran?", tegur kawan sekerjanya, Rizal.
"Ha?"
"Apahal dengan kau ni? Hajar panggil pun kau tak sedar"
"Eh, Hajar? Sorry...tak perasan"
"Yelah tu tak perasan. Doktor ni, dari pagi tadi asyik termenung. Kenapa ni doktor?"
"Tak ada apa-apalah Hajar", Imran cuba mengelak.
"Aku naik dululah...ada kes pulak. Ok, Hajar", celah Rizal.
"Ok doktor"

Hajar yang pada mulanya hanya ingin membeli makanan terus duduk di hadapan Imran. Tidak pernah dia lihat Imran begitu. Kalau tidak, pantang bersua ada saja usikan dari Imran dan paling tidak pun, dia yang akan mengusik Imran kembali.

"Kenapa awak pandang saya macam tu, Hajar?"
"Doktor sakit? Ataupun ada story panas tapi tak nak kongsi dengan saya?", duga Hajar.
"Saya tak sakitlah...risau jugak awak kat saya ya?"
"Katanya abang kesayangan kan... so, what's up doc?"
"Mana nak mula ya?", Imran menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
"Malulah pulak...cerita je lah"
"Rasanya sekarang bukan masa yang sesuai. Hmmm...macam ni, weekend ni awak pergi kenduri  doktor Zameer tak?"
"InsyaAllah kalau tak kerja. Kenapa?"
"Masa tu, saya kenalkan awak dengan dia"
"Dah agak dah..."
"Apa yang awak agak?"
"Doktor jadi macam ni kerana seorang wanita..."
"Kenapa awak cakap macam tu?"
"Yelah, orang kalau dah dilamun cinta...memang macam ni. Siapalah gerangan wanita yang malang tu ye?", Hajar mengusik.
"Sampai hati awak cakap saya macam tu?"
"Merajuk pulak. Sejak dah ada calon isteri ni, dah tahu merajuk ya? Taklah, gurau je... Siapa nama dia?"
"Imelda. Our parents are besfriends"
"I see. Tahniah doktor! Tak lama lagi boleh saya makan nasi minyak doktor pulak"
"Doakanlah ya..."
"Muram balik...kenapa pulak ni doktor?"
 &&&&&&&&&&
Pulang dari restoran, Imelda terus masuk ke biliknya dengan harapan dia dapat menyiapkan serba sedikit kerja-kerja yang tertangguh. Ibtisam sudah banyak kali mengingatkan dia untuk pulang lebih awal petang ini kerana hendak membawa dia dan keluarga keluar makan malam di luar. Semakin dia cuba menumpukan perhatian, semakin kerap pula wajah Imran muncul.

"Cik Im, encik Mansor dah sampai", kata Hani melalui interkom.

Tiada balasan dari Imelda kerana sedang asyik termenung. Hani kemudiannya mengetuk cermin bilik Imelda. Imelda terkejut lalu dipandangnya cermin. Hani memberikan isyarat untuk bercakap melalui interkom.

"Sorry Hani... Ada apa ye?"
"Encik Mansor dah sampai ni"
"Ok...ok... Suruh dia masuk"
&&&&&&&&&&
Imelda cuba menyelesaikan kerja-kerja yang masih berbaki. Tetapi ingatannya tetap pada lelaki itu, Imran. Atas meja masih berlambak fail-fail yang perlu diperiksa tapi baru disentuh, mood untuk kerja hilang begitu saja.

"Hani, saya rasa saya balik dululah", kata Imelda selepas selesai mesyuarat.
"Erm, baiklah cik Im"
"Ada apa-apa temujanji lain lagi petang ni untuk saya?"
"Tak ada. Esok cuma makan tengah hari je"
"Oklah kalau macam tu. Saya balik dululah"
"Alright. Hati-hati memandu ye cik Im?"
"Thanks. Awak balik dengan siapa?"
"Suami. Semalam ambil anak-anak dari kampung"
"Dia kursus?"
"Macam biasa..."
"Oklah...kalau ada apa-apa hal, call saya"

Imelda mengemaskan mejanya lantas keluar dari bilik. Dia sempat menyapa staf-stafnya yang kebetulan berjalan di hadapannya ketika itu. tanpa berlengah, Imelda terus ke lobi pejabat dan memandu pulang ke rumah. Makin dicuba untuk menenangkan fikiran, semakin dia tidak dapat melupakan Imran.

"Ye Ibti?"
"Kak Im kat mana?"
"Kak Im on the way back. Why?"
"Nothing...ingatkan kak Im kat ofis lagi...careful"
"Ok"

Hampir sahaja Ibtisam menjadi mangsa kemarahannya kerana sejak tengah hari lagi Ibtisam sibuk mengingatkan dia tentang rancangan makan malam ini.Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, masih lagi wajah Imran yang menguasai fikirannya ketika ini. Kebetulan Imelda sedang berhenti di lampu merah, telefonnya berdering.

"Yes, doktor Imran... May I help you?"
"Imran? Wah, dah pandai kawan aku sorang ni... Siapa doktor Imran tu?"

Imelda memandang ke skrin telefon bimbitnya dan tertera nama teman baiknya, Raihan. Merah padam wajah Imelda dibuatnya. Selepas beberapa saat, Imelda menyambung kembali bercakap dengan Raihan.

"Sorry, Han... Aku ingat doktor keluarga aku tadi... Sorry...", kata Imelda cuba bercselindung.
"Really? Entah-entah mamat yang kau selalu elak masa Ibti kahwin tu tak?", Raihan cuba meneka.
"Eh, pandai je kau ni... Taklah, memang ni doktor kitorang pun..."
"Ok... Kau kat mana ni?"
"On the way back to Bangi. Kenapa call ni?"
"Saja je ni. Aku ingat nak ajak kau datang rumah aku Rabu ni. Ada design baru yang aku nak tunjuk kat kau"
"Berhenti je kerja sekarang, buka butik...senang kan"
"Itu memang tujuan aku pun tapi tunggulah simpanan dah agak-agak mencukupi barulah aku buka butik aku"
"Design apa yang kau nak suruh aku tengok ni?"
"Ada client aku ni suruh aku buat 1 design Kurung Moden untuk dia nikah tapi dia nak lain dari yang lain tapi bukanlah nampak pelik"
"Alright. Aku cuba datang rumah kau nanti. Apa-apa hal aku inform kau"
"Ok. Hati-hati ye makcik... Jangan berangankan doktor Imran kau tu je"
"Raihan??? Siap kau Rabu ni eh..."

Imelda melangkah longlai masuk ke dalam biliknya. Sekali lagi dia teringatkan Imran.

"Kenapalah dengan aku ni? Siapa Imran sebenarnya? Kenapa aku perlu ingat pada dia?", soal hatinya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mencari Konklusi - 5

Sebelum masuk ke bahagian Radiologi, Rauhah dan Hardee terserempak di depan kaunter. Masing-masing terkejut sebenarnya sampaikan Rauhah pula yang tak tahu nak buat apa. "Hi!", tegur Hardee. "Assalamualaikum", ucap Rauhah perlahan tidak segalak biasa. "Wa'alaikumsalam", jawab Hardee. "Saya masuk dulu ye, doc", sambung Rauhah cuba melarikan diri dari pandangan Hardee. Hardee ke biliknya lalu duduk di kerusi. Hatinya kembali bergetar. "Hai, Rauhah? Lain macam je aku tengok kau dengan abang kesayangan tu?", tegur Khairun. "Apa yang lainnya?" "Selalu kalau jumpa macam kucing dengan anjing...tadi dah macam kau ni tikus dia tu kucing..." "Orang tengah bahagialah tu", sambung Azmil pula. "Nasib aku baik hati hari ni...kalau tak lama dah aku cincang kau tau" "Beranilah sangat kan..." "Siapa kata aku tak berani?" Sedang sibuk membuat tugasan masing-masing, Hardee sem

Mencari Konklusi - 3.

Sudah seminggu Rauhah dan Mahirah menjalani praktikal di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Dan sudah seminggu juga Rauhah di bawah penilaian Hardee. Hardee semakin berpuas hati dengan perubahan yang ditunjukkan oleh Rauhah. Sekali sekali mereka bertekak juga bila apa yang diminta Hardee, tidak dilaksanakan Rauhah. Akhirnya Hardee mengalah kerana tak mahu memanjangkan perkara kecil. Teman-teman yang sekumpulan dengan Rauhah juga selalu melihat akan gelagat Rauhah yang nakal itu dan semakin faham akan kerenah wanita yang seorang itu. “Wei, kau ni berani kan? Aku tengok doktor Hardee dah habis tegas dengan kau”, tegur Khairun. “Asyik nak cari pasal je dengan aku, siapa suruh? Penat dengar dia membebel” “Dah tau tak nak dia membebel, kau ikut je lah arahan dia tu”, celah Shahrul pula. “Masalahnya sekarang, suruh aku buat kerja-kerja kerani, buat itu ini untuk dialah...bukan dalam tugasan kita kan?” “Tak ingat ke encik Arif kata apa? Buat apa saja pegawai penilai kita suruh”, sambung Khairu

Hanya Dia - 9.

"Jom turun, Uncle?", ajak Ameer. "Ameer turun dululah...Uncle ingat nak rest kejap" "Ok then . Ameer turun dulu" Imran mengangguk lalu ke balkoni melihat-lihat pemandangan di luar. Dia suka melihat matahari yang terbenam waktu senja dan segera mengambil kamera kesayangannya. Puas hatinya bila dia dapat mengambil gambar-gambar itu semua. "Takkan ambil gambar pemandangan je?", tegur seseorang di balkoni sebelah biliknya. "Eh? Ingat suara siapa tadi", jawab Imran yang masih memegang kamera kesayangannya sambil memandang ke arah Imelda di sebelah. "Tak turun dengan Ameer tadi?", soal Imelda. "Ingat nak rehat kejap...lupa yang dah hampir senja. Itu yang capture gambar sekejap...awak tak turun?" "Kejap lagi kot" Imran mengangguk tanda faham. Sesekali bila Imelda memandang ke arah yang lain, Imran cepat-cepat mengambil peluang dan merakam gambar Imelda. " Ok lah awak...saya masuk dulu. Dah Maghr