Langkau ke kandungan utama

Mencari Konklusi - 8

Malam itu selepas berpenat lelah di hospital, Rauhah dan keluarganya pulang ke kampung semula. Turut serta ialah teman baiknya, Mahirah. Sepanjang perjalanan, tak habis-habis dia memikirkan tentang keputusan yang bakal diberitahu kepada Haji Ismail nanti. Berkali-kali juga Mahirah bertanya, apakah dia benar-benar tekad dengan keputusan itu?

"Kau ok, Hah?"
"Macam apa yang kau nampak sekarang, kau rasa aku ok?"
"Sorry, aku tanya je"

Mahirah tidak berani untuk bertanya lagi bila mendengarkan jawapan Rauhah tadi. Sesekali dia juga gerun melihat Rauhah bila meradang.

Sesampainya mereka di kampung, Rauhah dan Mahirah terus mengetuk pintu rumah Haji Ismail. Kebetulan Haji Ismail baru selesai menunaikan solat Isya'.

"Wa'alaikumsalam...", jawab Haji Ismail.
 
Haji Ismail membuka pintu rumahnya lalu Rauhah terus menerpa dan memeluk datuknya erat-erat. Rauhah teresak menahan tangis. Berhenti sekejap, dia menangis semula.

"Kenapa ni Adik?"

Tiada sebarang jawapan yang keluar dari mulut cucunya. Haji Ismail diserang rasa bersalah.

"Adik? Tak apalah kalau Adik tak setuju dengan cadangan Tok, cadangan abah", Haji Ismail menyapu-nyapu pipi cucunya itu.
"Bukan tu Tok...Adik buntu...berbelah bahagi"
"Tak apa, kita bincang elok-elok. Kebetulan pulak, anak Senah balik tadi petang. Dia kerja kat hospital tempat Adik praktikal"
"Siapa nama dia, Tok?", soal Mahirah, terkejut.
"Tok pun tak berapa ingat sebab Tok panggil dia Along je"
"Esok kita jumpa dia dengan keluarga dia"

Mahirah pula yang resah memikirkan siapakah gerangan lelaki yang dimaksudkan datuk Rauhah tadi.

"Rah...kau agak-agak siapa orang tu?"
"Aku pun tengah bingung fikir. Tak dapat nak point siapa sekarang ni"
"Hmmm...aku harap aku dapat buat keputusan yang terbaik dalam hidup aku"
"Aku pun doakan macam tu"

Rauhah tidur dalam pujukan Mahirah. Kadang-kadang, lagaknya Rauhah sama seperti anak-anak kecil. Nasib dia baik, punya teman sesetia Mahirah. Biarpun adakalanya Mahirah jadi 'punching bag' Rauhah, Mahirah masih tetap sayangkan temannya itu.

"Tak tahu pulak Man yang anak kak Senah tu kerja kat hospital di bandar tu"
"Abah dah lama nak beritahu tapi asyik terlupa saja... Ingat Along tu lagi?"
"Ingat-ingat lupa. Last jumpa masa dia nak masuk asrama tingkatan 4 dulu. Mesti banyak berubah dia sekarang"
"Makin tegap dah dia. Masih jugak malu-malu bila jumpa abah tapi dia pandai bergaul dengan orang"
"Oh...dah lama ke dia kat hospital tu?"
"Baru 2 tahun gitu. Sebelum ni habis belajar terus kerajaan hantar pergi Sabah, Sarawak. Senah ada suruh dia mintak yang dekat sini tapi katanya belum dapat lagi"
"Yelah, dengar-dengar doktor makin kurang sekarang. Kalau tak perlu sangat, tak dapatlah nak tukar"
"Macam tu lah... Tadi dia balik, sempat jugak abah berbual dengan dia"
"Lama ke dia cuti?"
"Along kata dalam 2 hari. Itupun kalau tak ada kecemasan"

Rahman mengangguk-angguk mendengar kata-kata ayahnya. Sesekali terfikirkan anak daranya seorang itu. Serba salah pun ya, berbelah bahagi pun ada juga. Semuanya berselang seli silih berganti bermain di benaknya.

"Abah...", panggil Rauhah persis anak-anak kecil sambil memeluk bahu Rahman.
"Tak tidur lagi? Irah mana?"
"Irah dah tidur"
"Adik kenapa tak tidur lagi?", soal Haji Ismail.

Ketika itu, mereka semua duduk di beranda rumah sambil menghilangkan rasa bahang malam itu.

"Adik belum mengantuk lagi. Lagipun..."
"Tak sabar nak jumpa bakalnya ke?", usik abahnya.
"Abah ni..."
"Ok..ok... Tak mengantuk ke?"
"Mengantuk jugak tapi mata ni tak nak tutup pulak"
"Jadi, macam mano keputusan eh? Adik terimo ko tak?"
"Adik pun tak pasti lagi. Tunggulah bila Adik jumpa lelaki tu dulu"
"Kalau ok atau tak, beritahu Tok esok?"
"InsyaAllah Tok. Adik harap sangat Adik dapat buat keputusan yangterbaik"

Malam semakin larut, bila nampak anak bongsunya menguap berkali-kali dan akhirnya terlelap di meja, Rahman mengejutkan Rauhah untuk tidur di biliknya.
==================================================
Pagi itu, Rauhah bangun awal bersama-sama dengan Mahirah membantu Rahman menyiapkan sarapan pagi. Bila melihat mood Rauhah agak baik, Mahirah cuba menegur.

"Takut jugak kau dengan aku kan?"
"Bukan takut tapi, gerun"
"Macam mana Irah tak gerun? Baru tanya satu je soalan, Adik dah buat muka", Rahman mencelah sambil menggoreng cempedak.
"Sorry sangat-sangat. Aku tak sengaja. Bingung sangat semalam. Lagipun bukan aku marah kau, aku marah dengan diri aku sendiri ni"
"Nasib baik Irah ni tak merajuk", kata Rahman lagi.
"Beranilah nak merajuk-merajuk", gurau Rauhah.
"Agak-agak nak jumpa diorang pukul berapa?", soal Haji Ismail yang baru masuk ke dapur.
"Petang ni, bolehlah agaknya. Kak Senah tak kata apa-apa ke, bah?"
"Senah ajak minum petang kat rumah dia nanti"
"Hmmm, Adik macam mana?"
"Adik ikutkan saja"

Tidak seperti selalu, Rauhah tidak senang duduk. Sekejap dia ke depan, sekejap ke dapur. Memikirkan pertemuan yang bakal berlangsung petang nanti. Sudahnya, Rauhah terlelap di kerusi di ruang tamu.
==================================================
Rahman dan keluarga menghadiri jemputan minum petang di rumah jiran bapanya. Pada mulanya, Rauhah tiba-tiba berubah fikiran untuk sama-sama ke rumah Senah tapi bila sudah dipujuk berkali-kali oleh datuknya, akhirnya Rauhah mengalah.

"Relaks lah Hah...baru nak jumpa kot"
"Kau rasa tangan aku ni, dah macam main ais dah sejuknya"
"Wah...orang tengah berpeluh-peluh, kau boleh sejuk?"

Bila saja dijemput masuk ke dalam rumah, Hardee pula masih di dapur.

"Along...ni ha, pakcik Rahman dengan Haji Mail dah datang", panggil Senah.

Tiada jawapan yang kedengaran tetapi bunyi derapan kaki Hardee yang semakin hampir, membuatkan degupan jantung Rauhah juga semakin pantas.

"Assalamualaikum", ucap Hardee, mesra sambil bersalaman dengan ahli keluarga Rauhah.
"Wa'alaikumsalam... Ini Along? Lama dah tak jumpa"

Rauhah terkesima mendengar suara Hardee kerana dia pasti itu suara yang amat dia kenali tetapi masih tidak melihat wajah lelaki yang kini berada di depannya. Mahirah pula sudah lama terlopong melihat Hardee.

Tidak dia sangka-sangka lelaki yang selalu disebut-sebut ahli keluarga angkatnya itu, orang yang dia dan Rauhah kenal lebih 5 bulan lalu.

"Hah...tengoklah siapa tu. I'm speechless ok!", cuit Mahirah berkali-kali.

Rauhah masih tunduk memandang ke lantai.

"Hi, Rauhah Nazifa", ucap Hardee sambil memandang Rauhah, penuh makna.
"Err...ha... Doktor Hardee??? What are you doing here?", soal Rauhah, terkejut melihat susuk tubuh lelaki yang sangat dia kenal itu lalu memandang Mahirah di sebelah.
"Ini rumah keluarga saya", jawab Hardee tenang.

Mahirah membalas genggaman tangan Rauhah. Dia dan Rauhah benar-benar terkejut bila melihat Hardee. Berkali-kali juga matanya berkelip kerana tidak percaya.

"Kamu dah kenal?", soal Haji Ismail, pelik.
"Ye, Tok...Rauhah Nazifa, pelajar praktikal bawah jagaan saya", terang Hardee.
"La...ye ke dik?", kata Rahman pula.

Rauhah mengangguk. Petang itu berakhir dengan senyuman dan kegembiraan kedua buah keluarga yang semakin hampir dengan penyatuan dua hati.

"Pakcik, Tok...boleh saya jumpa dengan Rauhah sekejap?", Hardee meminta izin.
"Eh, boleh...boleh. Sila... Tapi Irah kena ikut sekali"
"Baik, Tok"

Hardee menanti Rauhah bangun dan keluar rumah dahulu. Rauhah pula lambat-lambat bangun dari kerusi. Dia masih berasa dia sedang bermimpi.

"Rah, kau cubit pipi aku kejap"

Mahirah menurut permintaan Rauhah.

"Aduh!!!", jerit Rauhah dan Hardee sama-sama bertentang mata dengannya yang sedang memegang pipi yang merah.

Hardee hanya tersenyum memandang gelagat dua sahabat baik itu.

"Apa yang doktor nak cakap dengan saya?", soal Rauhah, tegas.
"Duduklah dulu"

Mereka bertiga sama-sama duduk di pangkin bawah pokok ciku yang dibuat oleh arwah ayah Hardee 10 tahun yang dulu.

"Sebenarnya...saya nak mintak maaf dengan awak. Dengan apa yang berlaku selama ini"

Lama Hardee diam.

"Itu je?"

Hardee masih diam. Dia cuba mengumpul semangat yang masih berbaki untuk berdepan dengan insan yang sudah benar-benar dia kasihi itu.

"Awak maafkan saya?"

Rauhah pula yang tergamam. Mahirah hanya memandang.

"Siapa yang marahkan doktor?", Rauhah cuba mengelak terus disoal.
"Habis tu, kenapa selama ni awak larikan diri dari saya?"

Sekali lagi Rauhah terkedu.

"Sebab...", Rauhah mati kata-kata.
"Dia sebenarnya malu dengan doktor", sambung Mahirah.

Rauhah memandang Mahirah tanpa sebarang reaksi.

"Malu? Kenapa?"

Rauhah dan Mahirah terus sama-sama diam.

"Tak ada apa-apa lagi kan? Kami balik dulu"
"Nak balik?"soal Hardee.
"Eh, taklah...nak tanam pokok kat depan ha..."

Hardee tersenyum. Dia yakin Rauhah cuma bergurau dan seperti kata Mahirah, dia memang perlukan masa untuk mengambil hati Rauhah.

"Oklah, doc. Faham-faham jelah ye...tak tidur malamlah doc malam ni", usik Mahirah sambil tersenyum.
"Pandailah awak kan...kirim salam makcik tu ye"
"Amboi...habislah saya lepas ni. Dua-dua macam jual mahal je? Sayalah mangsanyaye? Ok, doc...malam nanti kalau ada masa...boleh borak panjang-panjang lagi"

Hardee melambai sambil mengangguk. Terubat rasa di hati bila melihat sendiri gerangan insan yang bakal menghuni hatinya tak lama lagi. Kerja Allah memang indah setiapnya. Tak dia sangka, orang yang dia suka selama ini, itulah insyaAllah orang yang dirisik ibunya. Syukur dia yang teramat kepada Tuhan Yang Maha Esa. Tak terucap rasa itu dengan kata-kata.

Pulang ke rumah, Rauhah tak sudah-sudah asyik tersenyum. Inilah yang dinamakan cinta rupanya!

"Wah Adik...tak lama lagi makan nasi minyaklah kita ye", usik Achik.
"Nak makan nasi minyak kat mana-mana pun Adik boleh belanja..."
"Tadi bukan main lagi senyum sampai ke telinga...ni, marah pulak?", tegur Angah.
"Orang tengah dilamun cinta, jangan diusik-usik", kata Rahman pula.

Rauhah tidak peduli dengan usikan-usikan tersebut. Tidak pernah dia mimpi yang dia akan berkasihan dengan orang yang pernah buat dia rasa benci yang teramat sangat. Dia tertawa mengenang masa-masa lalu sejak kali pertama dia bertembung dengan lelaki itu. Dia sebenarnya sudah lama sediakan ruang dalam hatinya untuk lelaki bersusuk tegap itu.

"Sudah-sudahlah makcik..."
"Apa?"
"Aku kan kembar kau, bak kata abang tersayang kau tu... Aku tahu apa ada dalam hati kau tu"
"Yelah tu..."
"Oh ye, masa kau masuk rumah dulu tadi, abang kau kirim salam. Kata dia, kirim salam kat makcik"
"Wah, suka-suka kata aku makcik? Tak sedar, dia dah tua"
"Reaksi yang positif! Senanglah aku lepas ni, korang dah berbaik-baik"
"Sorry, siapa kata aku nak baik-baik dengan dia?"
"Kau ni, cubalah buang ego tu jauh-jauh. Kalau jadilah kan, dia tu bakal jadi suami kau tak lama lagi"
"What ever!"
"What ever lah kau...suka hati. Lepas Maghrib aku nak lepak-lepak kat beranda, dah janji nak borak-borak dengan dia", pancing Mahirah.
"Do I look like a care?"
"Ok, jangan menyesal...jangan jeles tau?", usik Mahirah lagi.

Rauhah terus ke bilik air untuk membersihkan diri dan seterusnya berjemaah dengan keluarganya Maghrib itu.

"Sikit je makan malam ni, dik?", tegur Along.
"Dah kenyang", jawabnya ringkas.
"Kenyang ke, tak lalu makan? Nak datinglah tu", celah Achik pula.
"Hep! Hep! Jangan main serkap jarang je...", gurau Rauhah.
"Kalau dating pun, dengan Rah je", bela temannya.
"Nak jumpa, jumpalah tapi Irah mesti temankan..."
"Bukan Irah je, bah...anak-anak jantan abah ni pun akan temankan diorang sekali"
"Menyibuk je tau", kata Rauhah.
"Kan, betu? Nak dating sampai tak lalu makan"

Mereka sekeluarga tertawa. Wajah Rauhah mula merah padam. Rauhah dan Mahirah ke beranda rumah sambil berehat dan berbual-bual. Walaupun setiap hari, mereka berjumpa tetap juga akan berborak panjang seperti sudah lama tak bersua.

"Assalamualaikum", ucap seseorang dari belakang Rauhah.
"Wa'alaikumsalam", jawab kedua teman baik itu dan Rauhah bangun lalu memusingkan badannya menghadap Hardee.
"Ingat tak jadi nak jumpa lagi", kata Mahirah.

Rauhah tidak keruan bila mata Hardee asyik memendang dia tidak berkelip.

"Hai, doc? Dah tak nampak saya kat sini agaknya?", usik Mahirah.
"Eh...? Sorry... Saya nampaklah awak kat situ. Awak berdua dah makan, ke?"
"Dah...dah. Baru je lepas makan. Doc?"
"Baru jugak"

Rauhah yang biasanya petah berbicara itu, senyap 1000 bahasa. Dia nak pandang Hardee seperti selalunya tapi dia malu.

"Doc, saya rasa yang saya dah terlalu banyak bercakaplah kali ni"
"Ada orang tak sudi nak cakap dengan saya, nak buat macam mana"
"Doc ni, kena pandai tackle hati dia"
"Ok, saya cuba ye"

Rauhah tertawa mendengar. Pandai juga Hardee berlawak, getus hatinya.

"Wah...tak payah tunggu-tunggu dah, doc dah berjaya!"
"Really?"
"Petua-petua saya bagi hari tu dah tak berguna lagilah nampaknya"
"Eh? Petua apa ni?", soal Rauhah, ragu-ragu.
"Dengar jugak suara dia akhirnya. Mana ada petua-petualah...kawan baik awak ni nak tolong saya macam mana nak ambil hati awak"
"Ye ke?"

Hardee mengangguk. Lega hatinya bila Rauhah sudah mula tersenyum dan cuba untuk berbual-bual dengannya.

"Awak berdua balik Seremban, bila?"
"Esok pagi-pagi dari sini terus ke hospital"
"Kalau mcam tu, kita pergi hospital sama-sama?", cadang Hardee.
"Boleh ke?", soal Mahirah.
"Boleh..."
"Tunggu dapat permission Tok dengan abah dulu", kata Mahirah lagi.
"Jadi, betullah awak berdua ni kembar tak seiras?"
"Ha???", soal Rauhah dan Mahirah, terkejut lalu berderai gelak mereka.
"Dah tu, kenapa Mahirah sebut abah tadi?"
"Kami ni kawan sejak kecil lagi doc. Kira macam keluarga saya jugaklah"
"I see...saya memang ingat kamu berdua ni kembar... Hahahaha..."
"Jarang dengar doc gelak-gelak macam ni. Selalu tu, serius je kan?"
"Sebab kita tak pernah jumpa macam ni, jadi kamu takkan pernah dengar saya gelak. Lagipun, hal kerja kenalah serius"
"Kira, doc taklah serius 24 jam kan?", kata Rauhah pula.
"Tak kenal, maka tak cinta kata orang"
"Aiceh...ceh ceh? Pandai mengusik jugak rupanya", kata Mahirah.
"Saya macam kamu semua jugaklah. Ada masanya saya memang suka gelak. Tapi bila tiba bab kerja, saya akan serius"
"Dengar tu Hah..."
"Eh eh? Apasal aku pulak?"
"Erm, oklah doc. Malam dah ni...esok lambat pulak bangun. Selalu doc gerak dari sini pukul berapa?"
"Dalam 6.30 pagi macam tu"
"Alright doc"
"Thanks for the inviting...", ucap Rauhah, lembut.
"Kami masuk dululah"
"Ok..."

Mereka berpisah di hadapan rumah Haji Ismail. Sempat juga Hardee melihat Rauhah dari jauh sambil berjalan pulang ke rumahnya.

"Dah, tidur...esok lambat bangun, tak pasal-pasal kena tinggal"
"Abah kan ada..."
"Kau lupa, ke? Esok abah dengan abang-abang kau tu ada hal?"
"Bas banyak..."
"Ada saja jawabnya kan?"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mencari Konklusi - 5

Sebelum masuk ke bahagian Radiologi, Rauhah dan Hardee terserempak di depan kaunter. Masing-masing terkejut sebenarnya sampaikan Rauhah pula yang tak tahu nak buat apa. "Hi!", tegur Hardee. "Assalamualaikum", ucap Rauhah perlahan tidak segalak biasa. "Wa'alaikumsalam", jawab Hardee. "Saya masuk dulu ye, doc", sambung Rauhah cuba melarikan diri dari pandangan Hardee. Hardee ke biliknya lalu duduk di kerusi. Hatinya kembali bergetar. "Hai, Rauhah? Lain macam je aku tengok kau dengan abang kesayangan tu?", tegur Khairun. "Apa yang lainnya?" "Selalu kalau jumpa macam kucing dengan anjing...tadi dah macam kau ni tikus dia tu kucing..." "Orang tengah bahagialah tu", sambung Azmil pula. "Nasib aku baik hati hari ni...kalau tak lama dah aku cincang kau tau" "Beranilah sangat kan..." "Siapa kata aku tak berani?" Sedang sibuk membuat tugasan masing-masing, Hardee sem

Mencari Konklusi - 3.

Sudah seminggu Rauhah dan Mahirah menjalani praktikal di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Dan sudah seminggu juga Rauhah di bawah penilaian Hardee. Hardee semakin berpuas hati dengan perubahan yang ditunjukkan oleh Rauhah. Sekali sekali mereka bertekak juga bila apa yang diminta Hardee, tidak dilaksanakan Rauhah. Akhirnya Hardee mengalah kerana tak mahu memanjangkan perkara kecil. Teman-teman yang sekumpulan dengan Rauhah juga selalu melihat akan gelagat Rauhah yang nakal itu dan semakin faham akan kerenah wanita yang seorang itu. “Wei, kau ni berani kan? Aku tengok doktor Hardee dah habis tegas dengan kau”, tegur Khairun. “Asyik nak cari pasal je dengan aku, siapa suruh? Penat dengar dia membebel” “Dah tau tak nak dia membebel, kau ikut je lah arahan dia tu”, celah Shahrul pula. “Masalahnya sekarang, suruh aku buat kerja-kerja kerani, buat itu ini untuk dialah...bukan dalam tugasan kita kan?” “Tak ingat ke encik Arif kata apa? Buat apa saja pegawai penilai kita suruh”, sambung Khairu

Hanya Dia - 9.

"Jom turun, Uncle?", ajak Ameer. "Ameer turun dululah...Uncle ingat nak rest kejap" "Ok then . Ameer turun dulu" Imran mengangguk lalu ke balkoni melihat-lihat pemandangan di luar. Dia suka melihat matahari yang terbenam waktu senja dan segera mengambil kamera kesayangannya. Puas hatinya bila dia dapat mengambil gambar-gambar itu semua. "Takkan ambil gambar pemandangan je?", tegur seseorang di balkoni sebelah biliknya. "Eh? Ingat suara siapa tadi", jawab Imran yang masih memegang kamera kesayangannya sambil memandang ke arah Imelda di sebelah. "Tak turun dengan Ameer tadi?", soal Imelda. "Ingat nak rehat kejap...lupa yang dah hampir senja. Itu yang capture gambar sekejap...awak tak turun?" "Kejap lagi kot" Imran mengangguk tanda faham. Sesekali bila Imelda memandang ke arah yang lain, Imran cepat-cepat mengambil peluang dan merakam gambar Imelda. " Ok lah awak...saya masuk dulu. Dah Maghr