Langkau ke kandungan utama

Mencari Konklusi - 7

"Pagi, doc!", ucap Mahirah.
"Pagi...", jawab Hardee perlahan, tidak seceria selalu.

Lama Hardee berdiri memandang Mahirah hinggalah Mahirah memegang tombol pintu ilik tempat dia selalu berada.

"Mahirah...", panggil Hardee.
 "Yes, doc?"

Hardee diam kembali. Hatinya serba salah untuk bertanya tetapi dia cuba untuk bertanya.

"Ada apa, doc? Saya ada kerja ni", soal Mahirah pura-pura sedangkan dia tahu apa yang Hardee mahukan.
"Hmmm...mana kembar awak?"
"Eh? Sejak bila saya ada kembar pulak ni?"
"Maksud saya... Rauhah. Mana dia?"
"Lain kali, straight to the point je. Saya tak pandai berkias-kias ni"
"Ok, saya minta maaf. Saya nak tahu mana dia?"
"Dia ada hal kat kampung"
"Serious?"
"Do I look like a joker?", soal Mahirah, tegas.
"Tolong sampaikan maaf saya pada dia", mohon Hardee.
"Saya rasa, lebih baik doc sendiri minta maaf kat dia. Saya tak tahu macam mana nak lembutkan hati dia dah"
"By the way, dia balik kampung kenapa ya?"
"Doc, walaupun dia kawan baik saya...tak semua hal dia saya tahu. Oklah, doc. Saya betul-betul banyak kerja ni"

Hardee mengangguk lalu ke biliknya. Wajahnya sugul, tidak seperti sebelum dia bertemu Rauhah Nazifa. Dia bukanlah seorang yang terlalu periang tapi sejak akhir-akhir ini, sejak dia asyik bertelagah dengan Rauhah, dia berubah.

Mahirah kasihan dengan Hardee tetapi dia telah berjanji dengan Rauhah untuk merahsiakan keberadaan teman baiknya itu tika ini.

"Har? Are you ok?", tegur teman sekerja.
"I'm fine, thanks..."

Walaupun hatinya dipagut keresahan dan rasa bersalah, dia masih tetap mampu menjalankan tugas seperti biasa. Semua yang berlaku ditolak ketepi sebentar.
===============================================
"Wei makcik,  kesian kot aku tengok dia", Mahirah menghantar pesanan ringkas kepada Rauhah.
"Biar ah dia. Bukan masalah aku pun. Siapa suruh cari pasal dengan aku?"
"Kau ni, aku tengok dah macam dia"
"Apahal pulak nak samakan aku dengan dia?"
"Dah tu, nak ikut sangat rasa marah kau tu...aku rasa dia betul-betul nak mintak maaf kat kau"
"Malas ah nak cite pasal dia dah...GTG!"

Mahirah tersepit di antara keduanya. Dengan keduanya juga dia simpati.

Tengah hari itu, Mahirah makan seorang di kantin hospital. Ada juga yang mengajak tapi dia mahu bersendirian. Sedang termenung sambil menguis-nguis makanan di atas pinggan, seseorang menegur.

"Seorang je? Rauhah mana?"
"Eh, doktor Danish. Rauhah ada emergency kat kampung. Jemput makan, doc?"
"It's ok. Saya pun baru je lepas lunch. Makanlah...kacau awak je"
"Eh, tak adalah. Saya tak terganggu pun"

Danish meminta diri dan sementara menanti waktu bekerja semula, dia sempat singgah ke bilik Hardee.

"Tak lunch?"
"Aku tak ada selera la..."
"Apahal? Moody je kau sehari ni?"
"Nothing. Letih sangat agaknya"
"Betul? Takkan taknak jamah sikit pun?"
"Taklah kot. Balik nanti, kalau ada mood...aku makan"
"Kau ok ke? Lain macam je aku tengok?"
"Aku, ok...nothing to worry la..."

Danish keluar dari bilik Hardee bila jam menunjukkan ke pukul 2 petang. Hardee juga turut bersiap-siap untuk menyiapkan segala tugasan. Hatinya masih ingat pada Rauhah tetapi dikuatkan juga untuk menghadapi hari itu.

Petang itu, habis waktu kerja, Hardee menanti Mahirah keluar dari bilik. Dia memang perlu bercakap dengan teman rapat Rauhah itu.

"Ok...esok jumpa", kata Mahirah pada teman-temannya.

Mahirah ke kaunter mengisi buku kedatangan.

"Mahirah...", panggil Hardee.

Langkah Mahirah terhenti lalu memalingkan kepalanya ke arah suara Hardee.

"Saya ada hal nak cakap dengan awak"
"Penting sangat ke doc?"
"Penting...sangat penting"

Mahirah dan Hardee berjalan menuju ke kereta masing-masing dan sambil itu mereka berbual-bual.

"Jadi?", soal Mahirah.
"Jadi?", soal Hardee, bingung.
"Yelah, apa yang doc nak saya buat sebenarnya?"
"Nak awak tolong saya jumpakan dengan Rauhah"
"Eh? Dia ada hal kat kampung..."
"Saya tahu, maksud saya bila dia dah balik sini nanti"
"Doc, dia tu pelajar di bawah penilaian doc. Tentulah doc hari-hari akan jumpa dia"
"Saya tahu tu...tapi, saya yakin yang dia mesti takkan sesenang selalu nak jumpa saya dah"
"Doc, saya peliklah..."
"Apa yang awak pelikkan?"
"Yelah, tak pernah sekalipun sepanjang hidup saya...saya jumpa lelaki yang macam doc ni. Bukan ke lelaki itu penuh dengan keegoan?"
"Itu kalau dia tak ada rasa sayang..."
"Jadi, doc ada hati pada Rauhah?"

Hardee diam. Dia sendiri tak menyangka yang dia akan berterus terang dengan Mahirah semudah itu. Selama ini dia simpan saja rasa dalam hatinya.

"Doc, saya tanya ni... Suka sangat mengelamun tiba-tiba. Doc ada hati kat "kembar" saya tu ke?"
"Awak rasa?"
"Main rasa-rasa pulak dah, doc ni"
"Saya sendiri tak tahu apa yang saya rasa sekarang ni. Awak perempuan, saya pasti awak mesti boleh perasan semua benda, kan?"
"Maksudnya lelaki ni kurang sensitif ke?"
"Bukanlah begitu, tapi saya tahu awak faham maksud saya"
"Whatever it is, saya doakan doc berjaya. For your info, Rauhah adalah kawan paling rapat dengan saya dan seorang perempuan paling keras hati yang pernah saya jumpa"

Hardee diam lagi.

"Tak bermakna doc tak boleh ubah hati dia kan?"
"Sampai ke situ pulak awak ni"
"The choice is yours. Either you want it or not. Itu je"
"Saya cuba...tapi saya nak awak tolong saya"
"Saya boleh tolong tapi tak semua"

Mereka akhirnya berpisah dan pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan, Mahirah sibuk memikirkan hal yang satu ini. Ibarat ditelan mati mak, diluah mati bapa. Makin kusut fikiran yang dah sedia kusut itu.
===============================================
"Irah, ko sibuk ke?"
"Tak sangat. Apahal?", soal Mahirah kembali bila Rauhah menelefon dia.
"Aku ada hal besar gile ni"
"Awat? Hang nak menikah ka?"
"Lebih kurang ke arah tu la..."
"What? Seriously?"
"Ko dengar pun dah macam nak pengsan. Aku ni lagilah. Aku ingat, balik kampung bolehlah release tension kejap. Makin banyak masalah yang datang, adalah"
"Sape yang malang sangat nak kat ko tu?"
"Amboi mulut? Dah tak sayang sangat ke?"
"Ek eleh, usik sikit dah nak melenting"
"Ko ingat tak anak jiran sebelah rumah Tok tu?"
"Ok..."
"Yang junior aku masa sekolah dulu"
"Aku ni tak lah tua sangat kot nak lupa kat budak tu"
"Bagus...bagus... Ok, mak dia datang merisik aku tadi"
"What?", sekali lagi Mahirah menjerit.
"Ko ni asyik, what je...apahal? Ko terkejut suka ke, tak?"
"Aku sendiri tak tau apa aku rasa"
"Aku naik rimas...bingung dah"
"Kenapa pulak?"
"Tok dah beria-ia suruh terima. Abah, macam biasa ikut je keputusan aku tapi nampak gaya macam nak jugak suruh aku terima"
"Along, angah achik cakap apa?'
"Along kata, fikir betul-betul. Yang lagi 2 orang tu 50-50 je"
"Macam nak kena hukuman gantung pulak kan?"
"Ko rasa macam mana? Dah lah tak pernah jumpa anak jantan dia tu. Pening kepala aku ni"
"Istikharah?"
"Memang nak buat tapi..."
"I smell something fishy now"
"Menyampah la ko ni. Aku betul-betul kot"
"Ok, macam ni. Suruh Tok bagi masa seminggu?"
"Takkan kot?"
"5 hari?"
"Kejam ah ko ni"
"Kalau tak, 24 hours je...cukup tak?"
"Suka blackmail orang kan? Ok, lepas tu?"
"Ko baliklah sini dulu. Lagipun sehari ko takde, aku tengok doktor Hardee macam orang hilang pedoman dah...walaupun pun memang dia tak campur adukkan hal kerja dengan hal peribadi"
"Sempat jugak selit pasal dia, kan?"
"Sebab aku pun hadapi hari yang hangat dengan dia...aku kena jugak cerita kat ko. Bila ko nak balik?"
"Aku terus datang hospital dari kampung. Don't worry..."
"Ok, jumpa esok"
===============================================
Pagi itu, seawal yang mungkin Rauhah dan keluarganya bertolak dari kampung datuknya.

"Jangan lamo na buek keputusan. Tok tahu inilah yang terbaik untuk Adik. Tapi, kalau Adik rasa-rasa tak nak, khobar yo. Tok tak pakso...tapi Tok harap Adik bijak buat keputusan"
"Iyolah Tok. Adik pun sebolehnya tak nak kecilkan hati sapo-sapo termasuklah Tok dengan abah...Adik sayang dua-dua sekali"
"Yolah, bah... Kami balik dulu yo? Apo-apo hal, jangan lupo telefon"

Datuk Rauhah melambai-lambai ke arah mereka. Dari anak mata datuknya, Rauhah nampak sinar yang mengharapkan Rauhah setuju dengan permintaannya.

Perjalanan yang mengambil masa selama 1 jam itu, akhirnya membawa mereka di hadapan hospital besar tempat Rauhah menjalani praktikum yang masih berbaki 2 bulan lagi itu.

"Ingat pesan Tok tadi. Abah pun tak nak paksa-paksa Adik. Ini masa depan Adik...Adik je yang berhak tentukan"
"InsyaAllah bah. Nanti balik, kita bincang lagi"

Rauhah bersalaman dengan abah dan abang-abangnya sambil mencium tangan mereka. Itu sahaja harta yang dia ada dan paling dia sayang.

"Hah!", panggil seseorang.
"Rah!", balas Rauhah.
"Ingat kau lambat...Tok sihat?"
"Sihat, dia kirim salam. Halim, kau tak nak tahu ke?"
"Macam tahu-tahu je aku nak tanya kau soalan tu..."
"Dia pun sihat. Ada jugak dia tanya pasal kau. Oh ye, minggu depan dia akan mula kerja kat Seremban ni. Photographer syarikat apa entah dia cakap semalam"
"Ye ke?"
"Sukalah kau kan...hari-harilah kau boleh tengok dia, dating dengan dia"
"Kalau nak kena pancung, beranilah buat"
"Abang Long pun dah lama tunggu orang ambil adik dia ni agaknya"
"Pandailah kau"
"Jomlah masuk...", ajak Rauhah sambil menarik tangan Mahirah.
"Eh..."

Belum sempat Mahirah memberitahu Rauhah sesuatu, mereka sudahpun berada di depan Jabatan Radiologi. Rauhah terpana melihat seseorang. Matanya kembali melihat Mahirah yang berada di sebelahnya.

"Aku baru nak cakap, kau dah tarik tangan aku suruh masuk"
"Whatever!"

Rauhah melepaskan genggaman tangan Mahirah dengan rakus sekali. Dia benar-benar marah dengan apa yang baru dia lihat.

"Nampak muka saya pun macam dia nampak hantu, kan?"
"Itu sebablah saya kata tadi, doc jangan duduk sini. Dia tu lain sikit doc"

Hardee terus masuk ke biliknya. Sejak hari itu, Hardee hanya menilai Rauhah dari jauh. Baru saja hendak bersuara dan bercakap dengan Rauhah, pasti Rauhah akan mengelak dari bertemunya. Dia sendiri tak tahu macam mana nak mendekati Rauhah buat masa ini. Sesekali, dia meminta Mahirah membantunya untuk mendekati Rauhah.

"Hah...kau ni kenapa?"
"Aku bukan marah kat kau. Kau kawan baik aku. Aku tahu apa yang kau buat selama ni pun sebab kau sayangkan aku...aku tahu tu. Tapi, bila melibatkan orang yang aku benci sangat-sangat, aku takut nanti kita akan bermusuh"
"Hah, kan aku dah cakap...dia betul-betul nak mintak maaf kat kau"
"Alah, kalau betullah dia nak mintak maaf...macam-macam cara dia boleh buat. Ini tak, asal sikit nak sakitkan hati aku"
"Ye, aku pun faham jugak. Eh, masa untuk kau bagi keputusan kat Tok tinggal 2 hari je lagi kan?"
"A'ah. Dan aku masih belum ada keputusan lagi"
"Kenapa? Apa yang tengah kau fikirkan sekarang selain keputusan tu?"
"Entahlah...aku buntu sangat-sangat"
"Allah Maha Mendengar segalanya. InsyaAllah akan ada keputusan yang terbaik untuk kau nanti"
"Aku pun harap macam tu jugak"
===============================================
Sedang Hardee berehat di bilik rumah sewanya, telefonnya berbunyi.

"Wa'alaikumsalam, ibu. Ibu sihat?"
"Ibu sihat, Along?"
"Along sihat jugak. Letih sikit"
"Dah makan?"
"Baru je lepas makan"
"Masak ke beli?"
"Macam biasalah ibu, tak sempat nak masak pun"
"Along...kalau ibu cakap, ibu harap Along tak marah ibu"
"Ada apa, bu?"
"Minggu lepas, malam yang Along balik tu...ibu pergi rumah Tok Mail"
"Ok...lepas tu?"
"Ibu dah risik cucu Tok Mail"
"Untuk?"
"Untuk Alonglah...ibu ada anak jantan lain ke?"
"Betul ke ibu ni?"
"Along, soal jodoh...hidup mati tak elok dibuat main-main. Lagipun ibu tak ada masa nak gurau-gurau"
"Along tak tahu nak kata apa..."
"Along marah ibu ke?"
"Tak...Along tahu semua tu untuk kebaikkan Along. Along hargai cara ibu. Cuma..."
"Cuma apa?"
"Tak ada apalah ibu...jadi, diorang terima ke?"
"Tok Mail minta tempoh seminggu. Cucunya yang kata nak berfikir"
"Yelah, tiba-tiba ibu datang...terkejut budak tu. Along terima je semuanya"
"Betul? Walaupun Along tak kenal dia?"
"Kalau ada jodoh, insyaAllah Along boleh kenal dengan dia"
"Kalau macam tu, lega hati ni. Ibu risau kalau-kalau Along akan terasa hati dengan tindakan ibu"
"InsyaAllah Along faham"
"Oklah Along. Ibu tak mengharap sangat Along setuju tapi ibu nak Along fikir dalam-dalam dulu ye, nak?"
"Ibu doakan Along mampu buat keputusan..."
"Rehat cukup-cukup. Jangan terlalu ghairah bekerja. Kalau Along sendiri tak sihat, macam mana nak rawat orang lain?"
"Baik, bu. Ibu pun jangan lupa jaga kesihatan. Kalau ada apa-apa, beritahu Along cepat-cepat. Nanti kirim salam dengan adik-adik"
"Yelah, tuan doktor. Saya ingat...assalamualaikum"
"Wa'alaikumsalam"
===============================================
"Assalamualaikum, Adik", ucap Tok Mail.
"Wa'alaikumsalam. Tok sihat?"
"Tok sihat. Kenapa ni? Sedih je suara?"
"Tak adalah Tok ni. Adik macam biasa je"
"Yolah tu an. Tok ni kona cucu Tok. Salu tu cerio yo kalau tahu Tok yang telipun"
"Alah Tok ni...tak ada apa-apa"
"Jadi eh cemano tu? Dah pikir masak-masak lom?"
"Adik tak tahu apa sebenarnya keputusan yang patut Adik buat, Tok?"
"Kenapo? Adik raso terpakso ko?"
"Tak...bukan. Adik tak rasa macam tu tapi, Adik takut nak buat apa-apa keputusan. Takut nanti, Adik salah perhitungan"
"Adik...Tok mintak Adik dapat buat keputusan yang terbaik. Ini masa depan Adik. Tok tak nak Adik rasa Adik dipaksa ikut cakap Tok, cakap abah..."
"Tok, boleh Adik mintak tempoh lagi sehari?"
"Adik fikirlah sedalam-dalamnya. Yang penting, tak ada seorang pun yang akan terasa hati dengan sebarang keputusan Adik nanti"
"InsyaAllah, Tok. Terima kasih Tok. Adik sayang Tok sangat-sangat"

Rauhah termenung di tepi jendela biliknya. Segalanya menyesakkan kotak fikirannya sekarang dan Hardee adalah subejk utama yang sedang bermain di benaknya kini.

Sejak pertengkarannya dengan Hardee tempoh hari, lelaki itu pasti adalah yang paling atas dalam senarai pemikirannya. Sudah berkali-kali dicuba untuk menghilangkan memori terhadap Hardee tetapi makin dicuba, makin dia tak boleh lupakan lelaki itu.
===============================================
Balik dari tandas dan sebelum masuk ke bilik tempat dia menjalani praktikum, Hardee menahan Rauhah di tepi pintu.

"Tolong jangan ganggu saya", Rauhah berkata dengan tegas.
"Saya perlu bercakap dengan awak!", kata Hardee juga tegas tetapi cukup untuk membuatkan mereka berdua sahaja yang mendengar.
"Saya tak ada masa", kata Rauhah lagi sambil tangannya hendak menolak pintu masuk.
"Saya peduli apa dengan masa awak tu. Awak ingat saya ni tak ada kerja lain? Asyik nak menghadap awak semata-mata nak padam rasa bersalah saya ni? Kalau awak bukan orang yang saya kenal dan perlu buat penilaian ke atas awak, saya pun tak akan kisah langsung la"
"So, tak perlu susah payah tahan-tahan saya. Lagipun, tak lama je lagi saya akan pergi dari sini"

Kali ini, Rauhah bertindak lebih berani. Habis sahaja bercakap, dia terus masuk. Dia tidak peduli siapapun lelaki itu. Sabarnya sudah sampai hadnya. Hardee cuba juga menahan tapi dia kalah akhirnya.

Kata-kata terakhir Rauhah buat Hardee sangat terkesan. Sekaligus, hatinya diserang rasa bersalah. Dia tidak tahu kenapa dia perlu bertindak sebegitu rupa. Sedangkan wanita itulah yang telah berjaya menarik perhatiannya dan mendapat tempat di hatinya saat pertama mereka bertembung dulu. Semakin hari dia melihat Rauhah, semakin timbul rasa kasih terhadap wanita itu.
===============================================
"What are you trying to do, doc? Doc dah mencabar kesabaran dia...kata nak mintak maaf dengan dia? Kenapa doc buat dia lagi sakit hati? Buat dia lari lagi jauh dari doc?", kata Mahirah seperti sedang menasihat seorang adik.
"Ok, fine. Saya tahu semuanya salah saya. Tapi saya tak tahu kenapa saya bodoh sangat buat macam tu kat dia. Sedangkan sebenarnya saya nak mintak maaf dengan dia"
"Sebab doktor dah sayang dia. Tu sebab doktor buat macam ni. I bet you are!"
"Dah banyak saya susahkan awak, saya mintak maaf..."
"Sebenarnya doktor, Rauhah pun silap jugak. Dia pulak yang terlebih ego. Saya ni kawan baik dia pun susah nak lembutkan hati dia"
"Tapi awak perempuan..."
"Ok, beza antara kita cuma jantina. Tapi tak semua perempuan bijak melawan hati perempuan yang lain. Dalam situasi sekarang, doc memang kena berusaha sungguh-sungguh"
"Kalau ikut hati, lama dah saya give up"
"Eh doc ni...sabarlah. Nak tackle Rauhah kena ada cara. Kena gaya, lembutlah dia"
"Saya cuba..."

Sedang rancak berborak, nama Mahirah dipanggil dari jauh.

"Sorry doc, cinta hati doc dah panggil-panggil saya tu. Pantang lambat, tarik muka"
"Yelah...kirim salam kat dia"
"Jangan lupa teruskan usaha"
"Ok, thanks..."

Rauhah membebel-bebel ke arah Mahirah sambil menjeling tajam ke arah Hardee.

Hardee diam, bungkam.

"Apa yang dia mengadu kat kau? Beria-ia aku tengok kau borak dengan dia?"
"Hal-hal biasa je. Tak penting sangatlah"
"You better watch out, babe! Aku tak nak apa-apa jadi antara kita satu masa nanti"
"Apasal? Kau nak buang aku dari hidup kau?"
"Eh, taklah sampai macam tu...aku pun tak harap kita bergaduh hanya kerana seorang lelaki"
"Bertindaklah seperti orang dewasa"
"Kau ingat aku ni tak ada usaha nak baik-baik dengan orang? Aku dah naik lemas dengan perangai dia"
"Ok, kalau macam tu, tolong terima apa adanya dia"
"Tengoklah kalau-kalau aku ada hati nak maafkan dia nanti"
"Aku rasa kau ni sebenarnya dah jatuh hati kat dia, kan?", teka Mahirah.
"Merapu je...aku ni kan susah nak suka kat orang, apatahlagi nak jatuh hati"
"Yelah, kata orang benci-benci lama-lama jatuh sayang"
"Siapa kata?"
"Oranglah kata...takkan kucing pulak?"
"Melawak pulak..."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hanya Dia - 10

Habis saja kelas, Adlin ke pondok bacaan sementara menunggu Adilla datang menjemput. Adlian mengambil kesempatan untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah yang cikgu beri tadi. "Eleh, buat kerja sekolah konon!", perli seorang kawan kelas Adlin. Adlin diam. Malas nak campur. "Korang ni kalau tak usik Adlin sehari, tak senang hidup eh?", sergah Aqilah. "Yang kau nak backing si Adlin ni apahal? Ada aku kacau hidup kau ke?", jawab Salina. "Dah lah Aqilah. Duduk je...", Adlin akhirnya bersuara. "Ok, senang cerita aku straight to the point je. Aku nak ingatkan kau Adlin, jangan cuba-cuba nak main api dengan aku", Salina memberi amaran. "Aku ada buat apa sebenarnya dekat kau sampai kau tak puas hati macam ni?", soal Adlin. "Buat-buat tak tahu pulak minah saleh celup ni", celah Samirah. Adlin bingung. Dia betul-betul tidak faham apakah maksud Salina dan temannya, Samirah. "Nama je pandai, benda senang macam ni

Mencari Konklusi - 5

Sebelum masuk ke bahagian Radiologi, Rauhah dan Hardee terserempak di depan kaunter. Masing-masing terkejut sebenarnya sampaikan Rauhah pula yang tak tahu nak buat apa. "Hi!", tegur Hardee. "Assalamualaikum", ucap Rauhah perlahan tidak segalak biasa. "Wa'alaikumsalam", jawab Hardee. "Saya masuk dulu ye, doc", sambung Rauhah cuba melarikan diri dari pandangan Hardee. Hardee ke biliknya lalu duduk di kerusi. Hatinya kembali bergetar. "Hai, Rauhah? Lain macam je aku tengok kau dengan abang kesayangan tu?", tegur Khairun. "Apa yang lainnya?" "Selalu kalau jumpa macam kucing dengan anjing...tadi dah macam kau ni tikus dia tu kucing..." "Orang tengah bahagialah tu", sambung Azmil pula. "Nasib aku baik hati hari ni...kalau tak lama dah aku cincang kau tau" "Beranilah sangat kan..." "Siapa kata aku tak berani?" Sedang sibuk membuat tugasan masing-masing, Hardee sem

Mencari Konklusi - 2.

Rauhah dan teman-teman barunya seramai 3 orang bertemu semula dengan Hardee. Pelajar-pelajar lain pula dengan doktor-doktor mereka seperti yang telah diarahkan sebelum ini. Sepanjang petang itu, tidak banyak perkara yang perlu dipelajari memandangkan hari itu adalah hari paling sibuk di bilik tersebut kerana terdapat banyak kes yang melibatkan X-Ray yang perlu diselesaikan segera oleh doktor yang bertugas serta juru X-Ray yang lain. "Jadi, saya harap awak semua dah faham dengan apa yang saya terangkan hari ini. Ada apa-apa soalan setakat ini?" Masing-masing mengangguk tanda faham. "Rauhah, saya nak jumpa awak sekejap" "Oh bulan...", usik Azmil. "Diamlah...", kata Rauhah geram. Rauhah mengikut Hardee masuk kebiliknya untuk kali yang kedua. "Doktor nak apa sebenarnya ni? Kenapa doktor buat saya macam ni?", tak semena-mena Rauhah bersuara. Hardee senyum melihat gelagat Rauhah. Rauhah pelik melihat Hardee. "Ap