Langkau ke kandungan utama

Hanya Dia - 12

Hari Sabtu semakin hampir. Imelda dan Imran masih sibuk seperti selalu. Walaupun begitu, mereka masih ingat akan hari yang bakal menjadi titik tolak perhubungan mereka. 


"Im, esok ambil cuti eh?", soal mama.
"InsyaAllah ma. Sebab minggu depan dah mula nak bertolak ke sekolah-sekolah"
"Mama tahu tu. Tapi Sabtu ni, jangan lupa...kalau boleh, mama nak habiskan semua cepat-cepat"
"Ok, apa-apa hal Im akan beritahu mama"


Imelda mematikan talian. Dia menyandarkan kepalanya ke kerusi. Macam-macam yang dia rasakan sekarang. Semakin hari, dia semakin berdebar-debar. Selalu juga dia terfikir, apakah dia sudah bersedia memikul tanggungjawab bila menjadi isteri orang nanti? Mampukah dia menjadi menantu yang baik di depan mata mama dan papa mertuanya? 


Sedang termenung, telefon bimbitnya berbunyi dan tertera nama bakal tunangnya.



"Wa'alaikumsalam. Tak kerja ke?"
"Baru habis On-Call. Awak sibuk eh?"
"Tak berapa sibuklah. Kenapa?"
"Saya ingat nak lunch dengan awak, boleh ke?"
"Suka tanya macam tu tau...insyaAllah boleh. Pukul berapa?"
"Dalam pukul 12.30 tengah hari, ok?"
"Ok. Saya pun tak ada hal penting hari ni"
"Ok, see you soon...Assalamualaikum"


Imelda kembali menyambung tugasan yang masih terbengkalai di atas meja. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia tinggalkan semua kerja-kerjanya dan kembali ke rumah menyiapkan apa-apa yang patut. 


"Hani...masuk kejap"


Tidak lama kemudian, Hani datang membawa diari seperti selalu.


"Kenapa ni, cik Im?"
"Entahlah. Makin nak sampai ke hari Sabtu, semakin berdebar-debar pulak rasanya'
"Biasalah tu, cik Im. Cik Im jangan terlalu berfikir. Bertenang selalu"
"Nampak sangat ke saya tengah berfikir?"
"Cik Im ni, risau sangatlah. InsyaAllah ok semuanya. Saya dulu pun macam tu jugak"
"Semoga, semuanya berjalan lancarlah ye. Macam ni, esok sampai Sabtu mama dah booked saya untuk tidak bekerja. Which means, Isnin depan baru saya masuk pejabat semula. Kalau ada apa-apa tolong inform saya cepat-cepat. Rasanya tak ada agenda penting seminggu ni kan?"
"Tak ada. Tapi semalam ada orang call nak set appointment dengan cik Im. Saya setkan Khamis minggu depan"
"Alright. Lunch ni awak kemana?"
"Suami saya datang nanti. Katanya nak lunch sama-sama"
"Ok. Ingat nak ajak awak teman sekali"
"Kalau macam tu, saya cancel dengan husband sayalah"
"Eh, janganlah macam tu. Tak penting sangat pun. Imran pun nak datang lunch dengan saya"
"Ok...ok. Selamat dating ye, cik Im?"
"Ish awak ni...nak berbincang pasal Sabtu ni je kot"

===============================================
"Aimy, jom ikut Jiddah pergi butik ibu aunty Aly?"
"Kenapa nak ke sana?"
"Lupa ke, minggu ni Ude nak bertunang?"
"Oh...ok. Aimy siap-siap dulu"

Sejak peristiwa yang lepas, Aimy lebih banyak duduk di rumah. Habis saja waktu belajar di kolej, dia akan terus pulang. Dia tak mahu lagi jadi seperti itu, seperti dulu. Dia tekad untuk berubah. Keluarga adalah keutamaan Aimy sekarang.

"Ok, Jiddah. Aimy dah siap"
"Jom. Kawan Jiddah dah call"

Pakcik Kamil adalah insan yang telah banyak berbudi dengan keluarga besar itu. Sejak anak-anak Farid dan Faridah kecil lagi, pakcik Kamil yang pergi menghantar Farid ke pejabat, Faridah ke pasar dan anak-anak majikannya ke sekolah. Tetapi, sejak akhir-akhir ni pakcik Kamil sering tidak sihat. Kadang-kadang, tugasnya diambil alih anak lelakinya yang masih belajar di IPT tempatan.

"Kamil sihat?"
"Sihat, alhamdulillah datin"
"Mana Amran?"
"Dia ada kelas hari ni"
"Oh. Yelah. Kalau tak sihat, jangan lupa jumpa doktor. Kita dah semakin berusia, macam-macam penyakit datang. Kamilah sihat?"
"Sihat, alhamdulillah. Dia kirim salam"
"Wa'alaikumsalam. Lama tak jumpa dia"
"Kita nak bergerak sekarang ke, datin?"
"A'ah. Ke butikibunya Aly. Saya dah janji nak sampai sana lunch ni"


Pakcik Kamil memandu menuju ke tempat yang diarahkan. Selepas 1/2 jam, mereka tiba di tempat meletak kenderaan pasaraya besar yang menempatkan butik ibu Alyana. Pakcik Kamil sama-sama ikut masuk ke dalam pasaraya besar tersebut tetapi mengambil haluan yang lain. Kebetulan pula, isterinya Kamilah sudah memesannya membelikan sedikit barang-barang dapur.


"Wa'alaikumsalam...mama...Aimy? Masuklah", jemput Alyana yang ketika itu sedang mengemas butik.
"Ibu mana? Aly sihat?"
"Ibu keluar sekejap. Sihat, alhamdulillah. Mama sihat? Aimy?"
"Sihat...sibuk ke?"
"Biasalah, ma...ini pun baru lepas entertain client. Mama dengan Aimy duduk kejap, Aly nak pergi dapur kejap"
"Tak payahlah susah-susah"


Alyana hanya tersenyum. Aimy pula mengikutnya ke dapur.


"Aimy tak ada kelas hari ni?"
"Tak. Aimy ambil cuti rehat"
"Oh, I see. Muram je Aunty tengok?"
"Ye ke? Tak adalah, Aimy penat sikit"
"Erm... Ude kat pejabat? Bila dia nak off?"
"Entahlah Aunty. Workaholic sangat. Kitorang yang menghadap dia pun sesak nafas. Tapi, Jiddah dah cakap dengan Ude, suruh cuti sampai Sabtu ni"

"Itulah Ude kamu. Majlis dia, orang lain yang risau..."


Aimy membantu sahabat baik ibu saudaranya membawa air dan sedikit kuih ke ruang tamu butik. Faridah pula sedang sibuk membelek-belek baju yang bakal dipakai Imelda Sabtu ini.


"Assalamualaikum, sorry lambat sikit", ucap ibu Alyana.
"Wa'alaikumsalam. It's ok. I faham dah kerja you. Jumpa siapa?"
"Pergi kedai roti kat bawah sekejap. Tak dan lagi nak jamah apa-apa"
"La, awat you tak lunch dulu?"
"Dah kebetulan waktu lunch ni, jom I belanja"
"Eh, tak payahlah. Ganggu you je. Lagipun saja I nak tengok baju Im ni ha. Kelas kerja tangan you"
"I cuba cubat setakat yang termampu je. Nasib baik ada masa nak siapkan, kalau tak...habis I"
"You ni, serous sangat. I faham sangatlah waktu kerja you. Kalau you tak buat pun, Aly kan ada"
"Jomlah, I belanja. Bukan selalu pun, lagipun dah lama kita tak keluar sama-sama"
"Ikut you la. Kamil pun ada kat bawah, so tak payahlah you drive"
"Yelah...nak lunch kat mana?"
"You nak belanja, you decide"
"Ok, Aly tolong booked kat hotel Indah. 4 pax"
"Aly tak dapat nak join kot ibu. Ada client janji nak datang kejap lagi"
"Oklah kalau macam tu. Kami pergi dulu"



===============================================
"Dah lama tunggu, cik Im?"
"Baru nak tunggu ni ha...jammed ke?"
"Macam biasa, orang semua keluar pejabat nak lunch. Dah sedia?"
"Dah siap pun. Kita nak lunch kat mana?"
"Mana-mana pun tak kisah kan?"
"Yelah, saya ikutkan je"
"Hani? Tak join sekali?", tegur Imran.
"It's ok doc. Saya tengah tunggu husband"
"Betul ni, Hani? Tak menyesal? Kitorang tak kisah kalau awak nak ikut sekali", ajak Imelda pula.

Hani menggeleng menolak permintaan bosnya. Imran dan Imelda melangkah keluar dari pejabat dan terus hilang dari pandangan. Tidak lama kemudian, suami Hani pula muncul.

"Yang, sorry lambat. Jalan jammed"
"Nasib baik belum pukul 1 tau. Abang dari mana?"
"Dari pejabat terus balik rumah kejap. Lepas dorang dah makan, abang hantar pergi rumah kak Senah"
"Ok, tadi kak Senah dah call beritahu. So, kat mana nak lunch?"
"Mana-mana pun ok. Lama tak dating, kan?"
"Abang ni kan..."
"Bukan selalu pun nak romantis-romantis. Cik Im mana? Awal pulak dia keluar?"
"Bakal tunang dia ajak dia keluar. Sabtu ni majlis tunang dia. Dia ajak kita semua pergi"
"Rasanya Sabtu ni, abang free. Bolehlah pergi"
"Ha, itulah yang Hani nak dengar. Kalau tak, memanjang sibuk je"
"Nama pun Pembantu Perubatan. Sibuknya lebih kurang sikit je dari doktor"


Imelda duduk di kerusi tempat dia dan Imran makan tengah hari ini. Mereka seperti biasa, malu-malu bila keluar berdua. Sebab itulah mereka lebih selesa bertemu bila ada teman yang sudi ikut. Tapi, hari itu, mereka mahu atau tidak, keluar juga berdua. Itupun sebab nak berbincang hal mereka Sabtu ini.

"Thanks...", ucap Imelda bila pesanannya dan Imran selesai diambil pelayan restoran.
"So, dah siap semuanya ke?", soal Imran, ceria.
"Setakat ni, alhamdulillah. Mama dah bising suruh ambil cuti. Kebetulan pulak minggu ni tak berapa sibuk. So, esok saya mula bercuti sampai Sabtu ni"
"Baguslah. Kita ni asyik sibuk je, kan? Kesian mama, pening fikir pasal kita berdua"
"Itulah. Nak fikir pasal kerja tu, sampai bila-bila pun takkan selesai. Saya harap saya boleh bahagikan masa saya betul-betul. Mama, Along and kak Adilla is the best women in my life. Diorang tu banyak bagi sokongan. Dan diorang jugalah contoh terbaik untuk saya"
"Saya pun harap saya boleh jalankan kewajipan dan tanggungjawab saya nanti. Saya pun harap awak boleh bantu saya"


Selepas makan tengah hari, mereka berdua mengambil masa yang ada untuk mencari cincin yang bakal disarungkan ke jari manis Imelda nanti. Mulanya Imelda menolak untuk sama-sama ke kedai emas berdekatan, kerana katanya dia terima apa saja yang diberi tetapi selepas diajak beberapa kali, Imelda akhirnya kalah dengan bakal tunangnya itu.


"Saya seganlah beli cincin berdua dengan awak"
"Segan? Kenapa pulak?"
"Entahlah...belum biasa lagi dengan awak kot"
"Awak...nak pilih cincin je..."


Belum sempat Imelda membalas, telefon bimbit Imran berbunyi.


"Yes, ma?"
"Im kat mana?"
"Kat Tomei, tengah nak pilih cincin Im"
"Im pakai cincin jugak ke Sabtu ni?"
"Im, menantu mama to be la"
"Oh...kan dah confused, nama sama je"
"Mama ni...Im ada kat sebelah ni. Malu nak memilih kata dia"
"Tomei mana yang Im pergi tu?"
"Yang dekat dengan One Utama ni"
"Ok, kebetulan mama ada lunch dengan kawan dekat-dekat sini. Im tunggu dulu, kejap lagi mama sampai"
"Alright, ma..see you then!"


Imelda memandang Imran.


"Mama call. Macam tahu-tahu je yang bakal menantu dia ni demanding kan..."
"Demanding? Kenapa pulak?"
"Maksud saya, fikiran awak dengan mama macam sama je. Tiba-tiba, mama pun ada kat sini jugak. Sekejap lagi mama sampai. Silalah pilih bersama-sama"
"Hmm, macam merajuk je?"
"Taklah. Saya tak merajuk pun"
"Yelah tu kan..."
"There you are. Sorry I'm late. Nasib baik kat sini je"
"Aunty datang dengan siapa?"
"Kawan. Kebetulan je kami lunch kat sini. Dah pilih cincin?"
"Menantu mama ni memang macam mama. Segan pulak dia...so, tugas Im dah selesai. Mama take over ye"
"Pulak dah Im ni...yelah, tapi jangan marah kalau kami lambat pilih"
"Im dah faham sangat"

Imran tertawa mendengar. Imelda pula sebenarnya masih perlukan Imran menemaninya tetapi dari pandangan mata Imran, Imelda faham yang pilihan bakal ibu mertuanya pasti tidak akan mengecewakan. Selesai memilih, Imran kembali bersama mama dan bakal tunangnya.


"Puas hati tak?", soal Imran.
"Apalah Im ni pergi tanya soalan macam tu?", tegur mama.
"Dah tu? Im tanya elok-elok kan, ma?"
"Ye tapi tak proper. Malu Im tau"
"Ok, Im sorry"
"Oklah, mama nak balik dulu. Kamu berdua jangan lama-lama sangat keluar, tak elok. Orang asyik memerhati"
"Baik, Aunty. Thanks", kata Imelda lalu mencium tangan dan pipi wanita itu.
"Ingat tu Im..."


Imran mengangguk.


"Saya minta maaf ye pasal tanya soalan macam tu"
"Actually, saya ok cuma betullah cakap mama awak. Tak manis tanya macam tu"
"But, why?"
"Yelah, saya ni kan perempuan. Kalau tak ok sekalipun, saya takkan jawab depan-depan kat public macam ni, nak-nak depan mama awak"
"Oh, eh? Saya ni kan lelaki...so kadang-kadang benda macam ni saya ambil remeh je"
"Semua orang pernah buat silap"


Habis membeli-belah, Imran terus menghantar Imelda pulang ke Bangi. Selepas itu, dia juga bergegas pulang ke rumahnya.


"Tak masuk dulu ke Im tu?", soal Farid.
"Dia nak rehat. Sebenarnya hari ni dia rehat lepas post-call tadi tapi degil sangat nak keluar"
"Tak reti penat agaknya"


Imelda senyum dan meminta diri masuk ke biliknya. Sebelum membersihkan diri, Imelda mengambil sedikit masa untuk berehat-rehat di bilik. Sudah lama dia tidak memanjakan dirinya di mana-mana pusat kecantikan diri. Kalau ikutkan oenat, mungkin dia dah lama tarik diri untuk terus membantu papa membangunkan syarikat.


"Awak, dah sampai text saya", Imelda menghantar pesanan ringkas kepada Imran.
"Saya baru je sampai depan pintu pagar rumah"
"Cepatnya sampai?"
"Mana ada cepat. Saya masih pemandu yang berhemah. Orang belum balik kerja kan...tak jammed"
"Mengada...dah, pergi rehat. Esok nak kerja"
"Thanks, cik Im"

===============================================
"Ude...jom minum petang", panggil Aimy.
"Aimy, kejap!", panggil Imelda yang sedang mengeringkan rambutnya.

Aimy duduk di sofa di dalam bilik Imelda. Agak-agak rambut sudah sedikit kering, Imelda pula mengambil tempat di sebelah Aimy.


"Aimy dah ok?'
"Setakat ni, ok..."
"Setakat ni je?"


Aimy mengangguk. Dia terlalu hormatkan Imelda hingga takut untuk terlalu berterus-terang dengan ibu saudaranya itu.

"Kenapa diam? Aimy ada benda nak cakap tapi takut?"


Aimy menggeleng.


"Ude harap sangat-sangat Aimy dah berubah. Semua orang dalam rumah ni sayangkan Aimy. Aimy bukdan baby lagi yang boleh Ude dukung-dukung bila menangis, suapkan makan bila lapar, nyanyikan lagu masa nak tidur. Cuma, Ude nak Aimy jangan lupakan Allah dan kami semua. Mungkin Ude yang dulu dan yang sekarang ada depan Aimy ni tak sama tapi percayalah yang Ude tetap dan masih sayangkan Aimy sama macam hari pertama Ummi lahirkan Aimy dulu. Ude mungkin tak pandai express the feelings tapi Ude tak nak anak-anak Ude semuanya tersasar dari jalan Allah...ingat tu"


Aimy masih diam tetapi selepas itu perlahan-lahan dia mendekati Imelda lalu memeluknya erat-erat. Sedu-sedan mula kedengaran. Akhirnya mereka berkongsi tangisan.


"La, kat sini rupanya 2 beranak ni? Jomlah, turun...", tegur Humairah.
"Ummi! Aimy minta ampun, minta maaf...Aimy janji Aimy tak buat lagi"


Humairah membalas pelukan Aimy. Sungguh dia juga terharu dengan anak sulungnya itu. Sudah lama dia menantikan saat-saat itu. 


"Sudahlah tu, Aimy. Dah lama Ummi maafkan Aimy. Ummi tahu Aimy keliru..."


Mereka bertiga turun ke ruang tamu bersama-sama.

"Salam, Im. Barang-barang hantaran, boleh amek Jumaat ni lepas solat Jumaat", Raihan menghantar pesanan ringkas.
"Alright, thanks a lot...ko jangan lupa datang eh. Tapi, dah alang-alang nak mai...ko je la bawakkan datang sini...boleh?"
"Mengada tau anak manja mak ni. Yelah2, aku datang Sabtu pagi2. Majlis pukul berapa? Aku lupa"
"Sampai hati lupa kan? Kan ke ko yang nak mekapkan aku nanti?"
"Mak ni nyah, biasalah asek lupa...ok2, t mak mai na. Jangan lupa nasi kunyit special"
"Yelah, mak..."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mencari Konklusi - 5

Sebelum masuk ke bahagian Radiologi, Rauhah dan Hardee terserempak di depan kaunter. Masing-masing terkejut sebenarnya sampaikan Rauhah pula yang tak tahu nak buat apa. "Hi!", tegur Hardee. "Assalamualaikum", ucap Rauhah perlahan tidak segalak biasa. "Wa'alaikumsalam", jawab Hardee. "Saya masuk dulu ye, doc", sambung Rauhah cuba melarikan diri dari pandangan Hardee. Hardee ke biliknya lalu duduk di kerusi. Hatinya kembali bergetar. "Hai, Rauhah? Lain macam je aku tengok kau dengan abang kesayangan tu?", tegur Khairun. "Apa yang lainnya?" "Selalu kalau jumpa macam kucing dengan anjing...tadi dah macam kau ni tikus dia tu kucing..." "Orang tengah bahagialah tu", sambung Azmil pula. "Nasib aku baik hati hari ni...kalau tak lama dah aku cincang kau tau" "Beranilah sangat kan..." "Siapa kata aku tak berani?" Sedang sibuk membuat tugasan masing-masing, Hardee sem

Mencari Konklusi - 3.

Sudah seminggu Rauhah dan Mahirah menjalani praktikal di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Dan sudah seminggu juga Rauhah di bawah penilaian Hardee. Hardee semakin berpuas hati dengan perubahan yang ditunjukkan oleh Rauhah. Sekali sekali mereka bertekak juga bila apa yang diminta Hardee, tidak dilaksanakan Rauhah. Akhirnya Hardee mengalah kerana tak mahu memanjangkan perkara kecil. Teman-teman yang sekumpulan dengan Rauhah juga selalu melihat akan gelagat Rauhah yang nakal itu dan semakin faham akan kerenah wanita yang seorang itu. “Wei, kau ni berani kan? Aku tengok doktor Hardee dah habis tegas dengan kau”, tegur Khairun. “Asyik nak cari pasal je dengan aku, siapa suruh? Penat dengar dia membebel” “Dah tau tak nak dia membebel, kau ikut je lah arahan dia tu”, celah Shahrul pula. “Masalahnya sekarang, suruh aku buat kerja-kerja kerani, buat itu ini untuk dialah...bukan dalam tugasan kita kan?” “Tak ingat ke encik Arif kata apa? Buat apa saja pegawai penilai kita suruh”, sambung Khairu

Hanya Dia - 9.

"Jom turun, Uncle?", ajak Ameer. "Ameer turun dululah...Uncle ingat nak rest kejap" "Ok then . Ameer turun dulu" Imran mengangguk lalu ke balkoni melihat-lihat pemandangan di luar. Dia suka melihat matahari yang terbenam waktu senja dan segera mengambil kamera kesayangannya. Puas hatinya bila dia dapat mengambil gambar-gambar itu semua. "Takkan ambil gambar pemandangan je?", tegur seseorang di balkoni sebelah biliknya. "Eh? Ingat suara siapa tadi", jawab Imran yang masih memegang kamera kesayangannya sambil memandang ke arah Imelda di sebelah. "Tak turun dengan Ameer tadi?", soal Imelda. "Ingat nak rehat kejap...lupa yang dah hampir senja. Itu yang capture gambar sekejap...awak tak turun?" "Kejap lagi kot" Imran mengangguk tanda faham. Sesekali bila Imelda memandang ke arah yang lain, Imran cepat-cepat mengambil peluang dan merakam gambar Imelda. " Ok lah awak...saya masuk dulu. Dah Maghr