Langkau ke kandungan utama

Hanya Dia - 13

Sabtu yang dinanti, akhirnya tiba. Raihan, teman baik Imelda sudah lama sampai di biliknya ditemani Alyana, Ibtisam dan anak-anak buah Imelda. Majlis Pertunangan akan bermula selepas Zohor nanti. Sementara menanti tengah hari, Raihan sempat membetulkan sedikit baju yang bakal disarung Imelda nanti.

"Kau ni kan Im, makin lama makin keding je aku tengok. Patut gembira nak jadi tunangan orang"
"Aly, dia ni nama je makan banyak tapi...alahai"
"Amboi mak hayam berdua ni...dah aku dilahirkan macam ni, wak guano"
"Mulut tu cuba diajar untuk tidak terlalu open", tegur Alyana.
"Yolah, makcik-makcik tersayang..."
"Siapa makcik? Walaupun mak ni lembut, mak tetap lelaki sejati tau"
"Dah kalau lelaki kenapa rela dipanggil mak hayam?"
"Dengan korang je aku boleh layan bergurau. Dengan orang lain, siaplah aku cili-cili"
"Ada hati nak cilikan orang", perli Imelda.

Pintu bilik dikuak seseorang.

"Ude, Jiddah suruh ajak makan..."
"Ada...Aimy? Ingat tak ada...", tegur Raihan.
"Ada, Aimy tolong Ummi dengan Jiddah. Uncle sihat?", soal Aimy, ramah.
"Sihat... Aimy? Lama tak jumpa, Aimy nampak makin cantik"
"Ehem...ehem", tegur Imelda.
"Mak puji betul-betul tau...ikhlas dari hati lagi..."
"Dah, jom turun makan. Kang tak sempat pulak nak mekap aku"
"Yelah..."

Di ruang makan, seluruh ahli keluarga Imelda sudah menanti. Di luar rumah yang tinggal cuma, pekerja-pekerja catering yang ditempah Humairah sebulan yang lalu.

"Cepat duduk makan...dah pukul berapa ni?", ajak Faridah.
"Ma...Angah, mana?"
"On-Call kan? Tapi, tadi kak Dilla kata kejap lagi dia sampai...semata-mata sebab adik tersayang, dia cuba balik awal. Nasib baik patient dah tak ada yang admit lagi"
"Ye ke? Alhamdulillah. Sayang jugak Angah kat Im...", kata Imelda sambil tangannya ditaupkan ke muka tanda syukur.
"Angah memang sayang Im dari Im baby lagi...cuma Im tu kadang degil, Angah diam je"
"Mama ni...segan tau Im... Tapi, tu dulu kan ma?", peluk Im di pinggang ibunya.
"Ary dengan Nashreen mana, Aly?", soal Faridah.
"Ada kat rumah. Petang nanti Ary kena mekap pengantin, Nashreen ikut papa dia balik kampung kejap lagi"
"Kenapa tak diajak sekali?"
"Hadzim ada kelas tambahan hari ni. Ary ada hal, Nashreen pulak tak berapa sihat"
"Oh...demam ke?"
"Perut meragam. Mulalah tak ada mood"
"Samalah macam kau kan kecik-kecik dulu?", gurau Imelda.
"Hahahaha...ingat lagi kau ye?"
"Mestilah ingat...datang sekolah mesti nangis. Barulah aku tahu yang kau sakit perut rupanya"

Selepas makan, mereka bertiga ke bilik Imelda semula. Masa hanya tinggal beberapa jam saja lagi sebelum rombongan bakal tunang Imelda tiba. Disebabkan Imelda telah meminta untuk mekap yang tidak terlalu tebal, masa yang diambil Raihan tidak lama. Lagipun, kata Raihan lebih baik mekap tidak tebal, nanti hilang seri pengantin.

Selepas menunaikan fardhu Zuhur, keluarga besar Imelda mula bersiap-siap untuk menanti kehadiran rombongan keluarga Imran.

"You...I dengan family on the way", sms diterima Imelda.
"Amboi, dapat sms...senyum sampai nak terkoyak aku tengok muka tu. Sian Raihan mekap cantik-cantik"
"Ha??? Eh...mana adalah...Imran beritahu yang dia dah nak tiba"
"Sudah-sudah tu cik Imelda. Cubalah di simpan kejap handphone tu...naik lemas mak hayam tengok tau. Mak hayam pun ramai peminat, tapi ada kau nampak mak hayam asyik dengan phone sajo?"
"Mak hayam, tak baik cakap banyak tau..."

Mereka tertawa. Tidak lama selepas itu, Faridah masuk sebentar ke dalam bilik Imelda memberi isyarat supaya bersiap sedia. Rombongan pihak lelaki sudah tiba di perkarangan rumah.

Raihan dan Alyana setia menemani Imelda sepanjang majlis berlangsung. Selepas beberapa ketika, ibu Imelda mengiringi ibu Imran serta beberapa orang saudara-mara perempuan Imran untuk acara menyarungkan cincin ke jari Imelda.

Imelda semakin kuat menggenggam tangan Alyana. Debar hatinya, hanya Allah saja yang tahu. Imelda menghulurkan salam bila ibu Imran sudah berdiri di depannya kini. Sejuk tangan Imelda bila menyentuh tangan bakal mertuanya itu.

"Terima kasih Im, terima Imran... Tahniah, sayang", ucap ibu Imran, Mariya.
"Thanks, aunty...doakan jodoh kami", jawab Imelda.
"Lepas ni kena lembut-lembutkan lidah panggil mama", usik Mariya disambut derai tawa mereka yang ada dalam bilik Imelda.

Selesai menyarung cincin, kesemua tetamu yang tadinya masuk bersama-sama keluar ke ruang makan yang telah disediakan oleh keluarga Imelda sendiri. Majlis itu sangat ringkas, lebih ringkas dari majlis pertunangan Imelda yang dulu. Semua itu dibuat atas permintaan Imelda. Imelda tak mahu kenangan lalu mengusik jiwanya kembali.

"So, dah lega ke?", tanya Raihan.
"Lega? Tak sangat kot. Tiba-tiba bahu ni rasa berat je...tanggungjawab makin bertambah, aku risau aku tak mampu"
"InsyaAllah kau boleh...", kata Alyana pula.

Dari jauh, Imran memandang wajah kekasih yang kini tunangannya.

"Wo...asyiknya dia tenung? Tak lari gunung dikejar", tegur Zameer, mengusik.
"Haha... Itu gunung, ini orang... Tapi tiba-tiba aku tengok dia sangat lain hari ni"
"Adik-beradik lawa kot..."
"Tak nak kalah jugak kau kan... Tak sangka bakal berbiras dengan kau? Gila tak boleh blah"
"Itu kan ketentuan Allah... Apapun, congrats bro. Semoga sampai hujung nyawa tau. Jaga kakak kitorang tu baik-baik. Apa-apa jadi, kau orang pertama aku cari... We're watching you"
"Pergh.. Belum apa-apa dah warning. InsyaAllah aku cuba buat sebaiknya"

Imelda berjalan bersama teman-temannya lalu ke meja tempat duduk Imran dan Zameer.

"Dah makan?", soal Imelda, ramah.
"Belum. Tunggu you"
"Nampaknya mak ni kena beransur dululah ye... Taknak kacau pasangan romantis ni...", celah Raihan.
"Mengada-ngada tau, jom makan sekali. Im, this is my best friends. Raihan and Alyana"

Alyana hanya senyum dan mengangguk, Raihan pula bersalaman dengan Imran dan Zameer.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pencarian - 1

"I have been waiting for you all these while but where have you been?", marah Zahra Malaeka. Di depan Zahra Malaeka berdirinya seorang lelaki berbadan tegap. Tunduk. Bisu. "Tell me now!", sekali lagi Zahra Malaeka menyoal dan sedikit keras suaranya. Zahra Malaeka sangat marahkan lelaki itu. Kemarahannya sudah tidak dapat dibendung lagi. Ditolak-tolak badan lelaki itu. Tetap juga lelaki tersebut tidak berganjak apatahlagi memberi apa-apa reaksi. Zahra Malaeka akhirnya mengalah. Dia kemudiannya terus menaiki kereta miliknya. Belum sempat dia menghidupkan enjin kereta, laju saja tangan lelaki tersebut membuka pintu kereta milik Zahra Malaeka. "Now...what do you want?", soal Zahra Malaeka dalam esak tangis yang ditahan-tahan. Lelaki tersebut menutup pintu kereta Zahra Malaeka, perlahan tanpa sebarang bicara. Dia berpusing dan berlalu pergi. Zahra Malaeka keluar dari kereta dan cuba mendapatkan lelaki itu. "Kaklong...kaklong!...

Mencari Konklusi - 8

Malam itu selepas berpenat lelah di hospital, Rauhah dan keluarganya pulang ke kampung semula. Turut serta ialah teman baiknya, Mahirah. Sepanjang perjalanan, tak habis-habis dia memikirkan tentang keputusan yang bakal diberitahu kepada Haji Ismail nanti. Berkali-kali juga Mahirah bertanya, apakah dia benar-benar tekad dengan keputusan itu? "Kau ok, Hah?" "Macam apa yang kau nampak sekarang, kau rasa aku ok?" "Sorry, aku tanya je" Mahirah tidak berani untuk bertanya lagi bila mendengarkan jawapan Rauhah tadi. Sesekali dia juga gerun melihat Rauhah bila meradang. Sesampainya mereka di kampung, Rauhah dan Mahirah terus mengetuk pintu rumah Haji Ismail. Kebetulan Haji Ismail baru selesai menunaikan solat Isya'. "Wa'alaikumsalam...", jawab Haji Ismail.   Haji Ismail membuka pintu rumahnya lalu Rauhah terus menerpa dan memeluk datuknya erat-erat. Rauhah teresak menahan tangis. Berhenti sekejap, dia menangis semula. "Kenapa ni...

Mencari Konklusi - 11

Petang itu, Rauhah bertemankan Mahirah membeli barang-barang hantaran untuk dirinya sendiri. Selepas berbincang dengan Hardee, bakal tunangnya itu Rauhah hanya membeli barang-barang yang bakal digunakan semasa majlis perkahwinan mereka nanti. Janji Rauhah, selepas selesai membeli apa yang perlu dia akan bertemu Hardee dan adik kedua Hardee yang baru pulang dari Jepun. Kebetulan sekarang adalah waktu cuti adiknya di sana jadi, sempatlah bersama-sama dengan semua ahli keluarganya meraikan hari bahagianya nanti.          Sayang...dah habis beli barang ke? Satu pesanan ringkas masuk. Rauhah membaca pesanan tersebut yang datangnya dari Hardee.           Ooo, perli I eh? Tinggal nak cari reben je ni... U kat mana?           Im on the way to your place. Seremban 2 kan?           Iye, Sayangku... Wait at the usual place tau.           Alright then. I tak rush pun...tapi, ...