Langkau ke kandungan utama

Mencari Konklusi - 6

"Adik...termenung je? Ada masalah ke?"
"Tak ada apalah abah...adik pun tak tahu kenapa adik tiba-tiba termenung"
"Ye ke? Atau adik ada apa-apa nak cerita pada abah?"
"Eh, tak adalah abah...bosan pulak Irah takde"
"Hmmm, kalau ada apa-apa, abah kat depan"

Mata Rauhah mengekori gerak ayahnya. Rindu mencengkam di dada bila teringatkan pada ibunya tiba-tiba. Sudah 10 tahun ibunya pergi meninggalkan mereka semua. Kalau dia sedih, orang paling cepat tahu, ibunya itulah. Walau dah lama pergi, Rauhah tetap sedih tiapkali mengenangkan arwah.

"Adik...kenapa ni? Abah kata adik termenung je. Nak cerita apa-apa kat Along?"
"Tak ada apa-apa. Biasalah adik ni. Macam Along tak faham kan... Along dari mana ni?"
"Office. Kerja banyak sangat sampai kena OT"

Rauhah mengangguk dan mula berkongsi dengan satu-satunya abang yang selalu cuba ambil perhatiannya macam apa yang pernah arwah ibu diorang buat dulu.

"Along..."
"Ya?"
"Bila nak kahwin?"
"Apasal adik tanya macam tu? Belum jumpa jodoh lagi, macam mana nak kahwin?"
"Ye ke? Tu yang kat handphoe tu siapa?"
"Itu? Hmmm..."
"Baik cakap cepat...", ugut Rauhah sambil ketawa.
"Kawan je lah dik"
"Kawanlah sangat kan, sampai gambar pun letak kat handphone"
"Ok...ok...nama dia Nuriman Ilham. Kawan Along kat office"
"Mengaku pun...cantiklah dia"
"Cantik ke? Hehehe..."
"Hehehehe...gelak pulak. Suka eh?"
"Baru kawan-kawan je"
"Baguslah...adik harap dia dapat jadi kakak ipar Adik..."
"Hamboi Adik ni...orang risaukan dia, dia ubah topik pulak ye?"
"Adik pun tak tahu nak mula macam mana. Serba salah pulak..."
"Adik masih tak kenal Along ke?"
"Adik tahu Along sayang Adik tapi..."
"Kenapa? Rahsia sangat ke? Atau belum sedia nak cerita apa-apa kat Along?"
"Long..."
"Ye?"
"Apa tu cinta?"
"Eh? Kenapa tiba-tiba tanya? Adik cintakan sesiapa ke?"
"Along ni...Adik tanya je..."
"Along kenal Adik dari hari pertama Adik keluar dari perut mak lagi. Along tahu apa yang Adik nak, Adik suka, Adik tak suka...segalanya... Mak selalu pesan suruh jaga Adik dengan yang lain... Jadi, mesti ada sebab kenapa Adik tanya macam tu?"

Rauhah berkongsi segalanya dengan abang sulungnya itu. Sudah lama sebenarnya dia tidak bercerita tentang rahsia dia pada abangnya itu.

"Apa yang penting sekarang ni Adik tumpukan pada study dulu. Fokus dengan apa yang sedang Adik hadapi sekarang. Bab-bab cinta tu, kalau dah orang tu jodoh Adik, insyaAllah tak kemana kan? Siapa gerangannya tu dik?"
"Hahaha...Adik tak sedia lagi nak cerita lebih lanjut. Sebab Adik sendiri kurang pasti dengan apa yang Adik rasa sekarang ni..."
"Oklah kalau macam tu. Along takkan paksa. Tapi, apa-apa hal nak Along tolong...macam biasalah ye"

Rauhah mengangguk. Matanya memandang hingga Alongnya hilang dari pandangan. Dia kembali seorang dan termenung.
===============================================
"Mahirah...", panggil Hardee dari jauh.
"Ye, doc?"
"Mana Rauhah?", soalnya.
"Dia tak ada dalam bilik ke?"
"Tadi pagi saya ada nampak dia...hari ni, doktor lain gantikan tempat saya sebab saya memang sibuk"
"Oh...dia keluar kejap agaknya tu"
"Hmmm, oklah. Sorry ganggu awak"
"Eh, tak ganggu pun...sama-sama"

Mahirah pelik melihat sikap Hardee. Entah kenapa tiba-tiba hati Mahirah terasa seperti ada sesuatu sedang berlaku antara Hardee dan teman baiknya itu.

"Apa yang kau pandang tu Rah?", tegur Rauhah.
"Astaghfirullah...kau ni kan, kalau tak buat aku terkejut, tak boleh agaknya?"
"La, aku cuit pun terkejut jugak?"
"Yelah...tiba-tiba..."
"Ok, aku minta maaf... Kau pandang apa tu?"
"Aku tengah berfikir sesuatu..."
"Sesuatu?"
"Sesuatu antara kau dengan doktor kau"
"Doktor Hardee?"
"Yolah, sapo laei?"
"Kenapa dengan dia?"
"Tibo yo datang tanyo pasal kau...kau kemana tadi?"
"Aku pergi tingkat 4 dengan encik Hazim sebab nak buat X-Ray kat patient"
"Oh...ok...ok! Dia kata dia ada nampak kau pagi tadi, tiba petang ni kau tak ada pulak"
"Then?"
"Tak tahulah aku apa dia nak. Cuba kau pergi jumpa dia"
"Rimas aku la..."
"Pergilah, agaknya hal kerja kot?"

Rauhah berjalan malas ke bilik Hardee. Malas dia nak menghadap Hardee petang itu. Rauhah mengetuk pintu dan bila Hardee memanggil masuk, dia menguak pintu bilik itu.

"Doktor cari saya?"
"A'ah. Awak kemana?"
"Ikut encik Hazim jumpa patient kat tingkat 4"
"Kenapa tak mention saya?"
"Saya dah tulis kat whiteboard"
"Lain kali beritahu saya dulu"

Rauhah diam. Malas dia nak bertekak dengan lelaki di depannya itu. Dia buntu memikirkan apa yang sedang dia lalui tika ini. Apa salah dia, sehingga perlu dimarahi hingga begitu?

"Awak marah?"

Rauhah masih diam. Hatinya keras untuk menjawab. Dia tak mahu kalah dengan rasanya sendiri.

"Kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu"

Belum sempat Hardee bersuara, Rauhah dah hilang dari pandangan. Sesal dibuatnya sebab marahkan Rauhah. Rauhah langsung tak bersalah , cuma dia saja yang tertekan dengan segala benda yang jadi di kelilingnya.

Sepanjang petang yang masih bersisa itu, Rauhah hanya menyiapkan kerja-kerja yang diamanahkan, sedikitpun dia tak pandang Hardee. Kalau terpandang pun, cepat-cepat dia alihkan pandangannya ke tempat lain. Sakit hati bila melihatkan lelaki itu. Nasib saja itu pegawai penilai untuk praktikal 6 bulan ini. Kalau ikut hati, lama dah dia lari dari tempat itu.

"Rauhah...", panggil Hardee dari jauh.

Rauhah dengar namanya dipanggil tapi dia tidak memalingkan langsung muka ke arah Hardee. Sekali lagi Hardee memanggil Rauhah dan sekali lagi Rauhah tidak memandang Hardee.

"Hah...doktor Hardee panggil tu", Talha menegur.
"Hmmm", getus Rauhah.

"Rauhah Nazifa!", kali ini suara Hardee lebih keras hingga semua yang berada di situ terdiam dan tergamam.

Rauhah berdiri kaku dan terkedu. Tidak dia sangka Hardee begitu. Baru saja nak melangkah, dia ditarik Talha.

"Yang lain sambung buat kerja, Rauhah masuk bilik saya... Sekarang!"

Tanpa berlengah lagi, Rauhah berjalan ke bilik Hardee. Dia semakin geram dengan tindakan Hardee.

"What do you want from me?", soal Rauhah separuh menjerit tanpa ragu-ragu lagi.

Hardee terdiam melihat perlakuan Rauhah.

"Oh ooo... Something bad happen...", teka Nazri.
"Irah ke mana?", soal Talha.
"Dalam bilik kumpulan diorang la..."
"Aku risau la..."
"Kenapa?"
"Kau tak dengar suara Rauhah tu? Mahu bergaduh diorang dalam tu"
"Perempuan dengan lelaki, gaduh mulut je. Lama-lama ok la tu"
"Lelaki ni semua sama je...suka ambil mudah"
"Kau tu yang panik sangat. Relaks...aku yakin diorang tak ada apa-apa tu"

Tidak lama selepas itu Rauhah keluar dari bilik lantas ke bilik Mahirah dan mereka kelihatan tergesa-gesa untuk pulang. Hardee tidak langsung mengejar Rauhah.

"What are you trying to do, Har?", tegur seorang teman.

Hardee tidak menjawab sepatah pun.

Malam itu lepas pulang, sekalipun Rauhah tidak keluar dari biliknya. Hatinya terlalu sakit dibuat sebegitu rupa. Apa salah dia? Menangis itu bukan sifatnya tetapi bila dia rasa terlalu sakit dalam hati...akhirnya airmata jatuh juga. Puas abang-abangnya cuba melembutkan hatinya, tidak langsung dipedulikan Rauhah.

"Macam mana dengan Hah, abah?", soal Mahirah yang baru tiba.
"Abah pun tak tahu. Sejak balik, keluar bilik pun tak. Abah risau apa-apa jadi pada dia"
"Abah tenang je. Irah yakin Hah tak apa-apa. Dia moody sikit je petang ni"
"Apa sebenarnya yang jadi ni, Irah? Cuba terangkan kat Achik?"
"Nanti-nantilah Irah cerita. Irah naik pujuk Hah kejap ye"

Mahirah hilang dari ruang tamu rumah besar itu. Sebelum mengetuk pintu bilik Rauhah, dia cuba bertenang dahulu.

"Hah...bukak pintu kejap"

Lama Rauhah bertindak. Sepatah perkataan pun tak keluar dari mulutnya. Selepas masuk dan mengunci pintu, Mahirah tanpa disuruh terus duduk di birai katil Rauhah.

"Kau marah lagi?"

Rauhah tidak menjawab.

"Apa sebenarnya yang jadi tadi? Nasib baik doktor Nadira dah habis lecture"

Rauhah masih diam seribu bahasa. 

"Kesian abah kat bawah...abang-abang kau tanya, aku tak tahu nak jawab apa. Apa yang jadi ni Hah?"
"Orang gila tu tiba-tiba nak mengamuk dengan aku...apa salah aku dengan dia? Dia masih dendam dengan aku pasal hal 3 bulan dulu tu ke? Dia ingat aku ni apa? Suka-suka je nak marah orang?"
"La? Pasal tu je ke? Tapi kan, aku rasa dia tu melampau dah sekarang ni"
"Aku jawab elok-elok pun kena marah jugak...aku dah letih nak bertekak"
"Lelaki macam tu memang kena ajar sikit"
"Amboi? Emosi pulak minah ni. Aku ni ok je cuma aku geram teramat sangat so aku duduk je dalam bilik. Nanti tak pasal-pasal semua orang dalam rumah ni merajuk sebab aku naik angin je"
"Kau ni...orang risaukan dia, boleh ke kata saja-saja? Aku kat rumah tadi, Achik telefon aku kata kau tak keluar bilik... Aku terus datang sini"
"Aku ke Achik yang kau risaukan ni?"
"Ha, mulalah nak merapu tu. Habis tu, esok macam mana?"

"Macam mana apa? Aku buat macam biasa je sudahlah... Aku dah penat nak pretend like nothing happen. Kalau dia mengamuk lagi, aku buat macam dia tak wujud je"
"Yelah tu kan. Kejap je tu...dia tu lalu belakang kita pun boleh nampak bayang-bayang"

Rauhah dan Mahirah gelak terbahak-bahak. Hati Rauhah kembali riang seperti selalu. Mahirah tahu mengambil hatinya. Dia sayang Mahirah sama macam dia sayang adik-beradik dia.

"Ok dah, adik?", tegur Angah.
"Adik memang ok...Angah tu je macam tak berapa ok"
"Eh? Orang tanya, dia loyar buruk pulak"

"Merajuk pulak abang tua adik ni. Adik ok je, trust me. Adik perlukan masa je tadi. Don't worry"
"Baguslah kalau macam tu. Kesian Irah berlari datang sini..."
"Wah, abah... Tipu sangatlah kalau berlari. Biru muka kot berlari...", celah Achik.
===============================================
"Assalamualaikum....", Hardee memberi salam bila ternampak kelibat Rauhah.

Rauhah langsung tak berhenti atau membalas salam tersebut. Rauhah memandang sekilas tetapi dengan pandangan yang sungguh tajam. Hardee lantas memalingkan wajahnya ke tempat lain. 

"Hi, Rauhah... Amacam? Hari ni ok?", tegur doktor Halily.
"Hi, doc. InsyaAllah ok..."

Rauhah memulakan harinya seperti biasa. Biarpun dia sedar yang Hardee selalu cuba mendekatinya andai ada sedikit masa tetapi dia tetap berkeras tak mahu pedulikan lelaki itu lagi. Makin dia cuba membenci dan mengelak, makin dia didekati lelaki tersebut.

"Jom, lunch!", panggil Mahirah.
"Rauhah!", panggil Halily.
"Yup, doc?"
"Awak berdua nak kemana?"
"Lunch. Doktor nak join?", soal Rauhah dan Mahirah serentak.
"Erm, boleh jugak...kejap ye"

Lepas saja Halily mengambil dompet di dalam bilik, mereka bertiga beriringan ke kantin hospital. Sambil berjalan, sambil berbual-bual sampai tak sedar yang mereka dah ada di depan lauk-lauk tengah hari tu.

"Awak berdua nak makan apa?"
"Tak tahulah doc, hari-hari macam sama je", luah Rauhah.
"Itulah kan...awak 6 bulan je kat sini. Kami ni semua bertahun-tahun kat sini. Kadang kalau dah terlalu bosan, keluar jugak mencari makanan lain. Tapi, jarang sangat dapat masa yang banyak"
"Lain kali kita set masa makan tengah hari kat luar, nak tak doc?", soal Mahirah pula.
"Ok jugak tu. Tapi kena tengok jadual sayalah nampaknya ye"

Selesai membayar, mereka ke meja yang masih kosong.

"Doktor ni, susah-susah je belanja kitorang. Dah lah jarang dapat jumpa doktor"
"Susah apanya, bukan selalu pun kan"
"Seganlah doc. Tapi, terima kasih banyak-banyak ye. Lain kali boleh belanja lagi", seloroh Rauhah.
"Boleh je. Eh, awak berdua dari kolej mana?"
"Kat UM. Doc?"
"Saya kat HUKM je"
"Kenapa doc kata je?"
"Yelah, orang lain kat overseas...saya ni mampu kat sini je"
"Relakslah doc. Ramai je doc lain dari Malaysia jugak kan. Doktor Hardee pun kan?", kata Mahirah.
"Dia tu junior saya. Pernah jugak terserempak masa study dulu"

Rauhah tiba-tiba diam bila nama lelaki yang dia benci itu disbut berkali-kali.

"Awak diam, kenapa?"
"Tak ada apalah, doc"
"Rauhah ni biasalah doc. Tiba angin, dia senyap...senyap je"
"Oh...hahaha... Ingatkan kenapalah"
"Kalau doktor Hardee junior doc, doktor pulak umur berapa?"
"Saya? 34"
"Oh...muda lagi tu"
"Muda apanya, kalau kahwin dah 5 anak kot"
"Ish doc ni. Belum jodoh lagi namanya tu"
"Pandai kamu ni kan...mak saya dah bising-bising suruh cari calon"
"So?"
"Takkan saya pulak nak pergi cari? Arwah abah pun selalu harap dapat tengok saya kahwin tapi dah ajal dia kan"
"Oh...tak apalah doc, dah sampai masa nanti...adalah tu"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hanya Dia - 10

Habis saja kelas, Adlin ke pondok bacaan sementara menunggu Adilla datang menjemput. Adlian mengambil kesempatan untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah yang cikgu beri tadi. "Eleh, buat kerja sekolah konon!", perli seorang kawan kelas Adlin. Adlin diam. Malas nak campur. "Korang ni kalau tak usik Adlin sehari, tak senang hidup eh?", sergah Aqilah. "Yang kau nak backing si Adlin ni apahal? Ada aku kacau hidup kau ke?", jawab Salina. "Dah lah Aqilah. Duduk je...", Adlin akhirnya bersuara. "Ok, senang cerita aku straight to the point je. Aku nak ingatkan kau Adlin, jangan cuba-cuba nak main api dengan aku", Salina memberi amaran. "Aku ada buat apa sebenarnya dekat kau sampai kau tak puas hati macam ni?", soal Adlin. "Buat-buat tak tahu pulak minah saleh celup ni", celah Samirah. Adlin bingung. Dia betul-betul tidak faham apakah maksud Salina dan temannya, Samirah. "Nama je pandai, benda senang macam ni

Mencari Konklusi - 5

Sebelum masuk ke bahagian Radiologi, Rauhah dan Hardee terserempak di depan kaunter. Masing-masing terkejut sebenarnya sampaikan Rauhah pula yang tak tahu nak buat apa. "Hi!", tegur Hardee. "Assalamualaikum", ucap Rauhah perlahan tidak segalak biasa. "Wa'alaikumsalam", jawab Hardee. "Saya masuk dulu ye, doc", sambung Rauhah cuba melarikan diri dari pandangan Hardee. Hardee ke biliknya lalu duduk di kerusi. Hatinya kembali bergetar. "Hai, Rauhah? Lain macam je aku tengok kau dengan abang kesayangan tu?", tegur Khairun. "Apa yang lainnya?" "Selalu kalau jumpa macam kucing dengan anjing...tadi dah macam kau ni tikus dia tu kucing..." "Orang tengah bahagialah tu", sambung Azmil pula. "Nasib aku baik hati hari ni...kalau tak lama dah aku cincang kau tau" "Beranilah sangat kan..." "Siapa kata aku tak berani?" Sedang sibuk membuat tugasan masing-masing, Hardee sem

Mencari Konklusi - 2.

Rauhah dan teman-teman barunya seramai 3 orang bertemu semula dengan Hardee. Pelajar-pelajar lain pula dengan doktor-doktor mereka seperti yang telah diarahkan sebelum ini. Sepanjang petang itu, tidak banyak perkara yang perlu dipelajari memandangkan hari itu adalah hari paling sibuk di bilik tersebut kerana terdapat banyak kes yang melibatkan X-Ray yang perlu diselesaikan segera oleh doktor yang bertugas serta juru X-Ray yang lain. "Jadi, saya harap awak semua dah faham dengan apa yang saya terangkan hari ini. Ada apa-apa soalan setakat ini?" Masing-masing mengangguk tanda faham. "Rauhah, saya nak jumpa awak sekejap" "Oh bulan...", usik Azmil. "Diamlah...", kata Rauhah geram. Rauhah mengikut Hardee masuk kebiliknya untuk kali yang kedua. "Doktor nak apa sebenarnya ni? Kenapa doktor buat saya macam ni?", tak semena-mena Rauhah bersuara. Hardee senyum melihat gelagat Rauhah. Rauhah pelik melihat Hardee. "Ap