Langkau ke kandungan utama

Hanya Dia - 11

"Wa'alaikumsalam...Han, eh sorry sangat-sangat tak pergi butik"
"Kau tu asyik busy je apahal? Jenuh aku tunggu kau. Kalau kau ni customer aku, memang aku bahankan kau cukup-cukup"
"Aku bukan apa, kenduri Ibti kan tak habis lagi last month, tu yang sibuk mengalahkan pengantin"
"Kau sibuk-sibuk...kau bila lagi?"
"Ini yang aku nak cerita. Sebab kau adalah kawan baik aku sejak dulu lagi...aku tak agak-agak nak kongsi dengan kau"
"Apahal?"
"Segan pulak nak mulakan cerita"
"Mengada-ngada je nak malu dengan aku. Apa dia yang?"
"InsyaAllah hujung bulan ni I will be someone's fiancee"
"Alhamdulillah...tahniah! Serius?"


Imelda mengangguk perlahan. Hanya Raihan yang benar-benar memahami dirinya selain Alyana. Raihan juga satu-satunya teman lelaki yang dia ada. Sejak mereka bertemu di kolej, hingga hari ini mereka tetap rapat.


"Mak terharu dik non..."
"Eceh! Kau ni...sentimental pulak dia. Kau tak sibuk ke?"
"Biasalah aku ni. Dekat nak lunch barulah sibuk sikit. Dah alang-alang kau ke sini, apa kata aku belanja kau sarap nak?"
"Kau ni asal jumpa aku, belanja makan...dah naik lemak dah aku ni ha"
"Yelah, sapelah mak ni kan. Nak belanja benda lain, mak tak mampu...makan jelah"
"Merajuk pulak. Ok, aku ikut kau. Tapi, nak makan kat mana?"
"Tempat biasa. Kakak kedai tu asyik tanya mana kau. Jenuh mulut aku nak menjawab"
"Dia ingat aku lagi?"
"Mahu tak ingat? Kaulah yang selalu teman aku kat butik ni masa mula-mula aku buka butik ni. Masa tu kau malas nak kerja kan? Tapi, sekarang dah jadi Pengarah Urusan lagi...mak bangga dengan kau nok..."
"Eleh, nak emo-emo ni apahal? Pagi-pagi tak elok nak keluar-keluar airmata tau. Dah-dah...kakak tu dah panggil kau tu"
"Aku kan hati tisu..."


Selepas selesai sarapan dengan Raihan, Imelda terus ke pejabat. Memang hari itu sengaja dia lewat masuk ke pejabat. Baru masuk ke ruang depan pejabat, dia disapa pembantunya.


"Ye, Hani..."
"Ada orang datang nak jumpa cik Im"
"Siapa?"
"Katanya kawan lama cik Im"
"Mana dia?"
"Tu tengah duduk kat sofa depan..."
"Muka macam kenal tapi lupa siapa dia. Erm, tak apa...dalam 10 minit lagi awak panggil dia masuk bilik saya"
"Nak saya temankan cik Im nanti?"
"Saya rasa tak apa kot. Kalau ada apa-apa hal, saya panggil awak cuma jangan lupa jeling-jeling dari tempat awak"
"Ok, cik Im"


Imelda cuba mengingati lelaki yang datang ke pejabatnya itu. Setelah puas mencuba, Imelda mengarahkan Hani untuk memanggil lelaki tersebut masuk.



"Wa'alaikumsalam... Encik... Khairil?"


Lelaki itu mengangguk.


"Ok, silakan duduk. Maaf, saya masih cuba ingat balik siapa awak. Muka awak macam pernah tengok cuma tak berapa perasan sangat"
"It's ok. Lagipun, saya sekolah kat PJ sampai darjah 4 je. Awak sihat?"
"Alhamdulillah...hmmm, I think I remember you... Khairil Hafizi?"
"Aah...sorry, muka saya lain sikit dari dulu. Lepas accident, muka jadi teruk dan terpaksa buat plastic surgery. Alhamdulillah semakin pulih"
"Sorry to hear that. Sekarang buat apa?"
"Saya kerja kat KLCC. Dah 4 tahun jugak. Sebelum tu belajar je..."
"I see. Lama kan tak jumpa? Semua orang pun entah kemanalah sekarang. Rindu zaman kecik-kecik dulu"
"Kalau boleh diputarkan kembali kan... So, how's your life?", soal Khairil.
"Macam ni la life saya. Sibuk dengan kerja-kerja pejabat. Bulan ni nak mula ke sekolah-sekolah untuk program kaunseling"
"Wah...impresif! Seronok saya dengar...so, awak dah kahwin ke? Sorry, tak malu je tanya-tanya"
"Hahaha...awak agak-agak saya dah kahwin ke?"
"Entah, saya ni mana tahu teka-teka"
"InsyaAllah bakal...doakan saya ye?"


Khairil yang mendengar terdiam seketika. Tidak di sangka, dia akan dikejutkan dengan berita seperti ini. Tetapi, jauh di sudut hatinya, dia turut gembira dengan sahabat lamanya itu.


"Eh, kenapa ni? Saya ada salah cakap ke?"
"Eh, tak...tak. Saya ok. So, siapa gerangan bakal suami tu? Bertuah dia dapat awak..."
"Kawan lama...kira macam family's' friend..."
"I see. bolehlah saya berkenalan dengan dia ye? Mana tahu saya pun boleh jumpa jodoh saya?"
"Eh, I thought you dah kahwin"
"Dah but I'm divorced. Anak perempuan seorang"
"Sorry to hear that again"
"It's ok, jodoh tak panjang je"
"Hari ni awak off?"
"Saja ambil half day...tiba-tiba nampak nama awak dalam paper semalam. Tengok macam kenal, bila baca nama awak then saya ingat... What a small world"
"Masa kat perhimpunan tu ada jugak saya jumpa kawan lama kita... Ruhaiza. Ingat dia?"
"Ingat sikit-sikit kot. Apa cerita eh dia dengan yang lain?"
"Dia ok, sihat walafiat. Anak kembar, sepasang"


Imelda dan Khairil berbual-bual panjang...berkongsi segala cerita sepanjang belasan tahun tidak ketemu dan hari ini dengan takdir Allah, mereka bersua akhirnya.


"Eh, awak...saya rasa syaa minta diri dululah. Dah lambat ni. Kacau je awak kerja"
"Tak apalah...bukan selalu pun. Kebetulan sangat yang hari ni saya memang tak sibuk...tak ada appoinment pun. Atau awak ada kerja lain?"
"Ada sikit hal petang ni...macam ni jelah. Apa kata, lain kali kita plan lunch sama-sama? Dengan your future husband?", cadang Khairil.
"Ok jugak tu. Tak kisahlah asal tak bertindih dengan jadual saya...kalau-kalau ada budak-budak kita yang masih contact dengan awak, bolehlah ajak sekali. Small reunion..."
"InsyaAllah...thanks ya... Sorri, pagi-pagi ambil amsa awak je"
"It's ok, dah lama tak jumpa kan...take care ye"


Imelda menghantar Khairil sehingga ke lobi pejabat. Tersenyum dia bila terkenangkan waktu-waktu semasa dia sekelas dengan temannya itu. Itulah kawan lelaki yang paling rapat dengan dia dulu.
  ===============================================
"Hello, wa'alaikumsalam..."
"Awak sibuk ke?"
"Tak sangat. Ada kawan lama datang tadi"
"Kawan lama? Siapa?"
"Kawan masa sekolah rendah. Saya pun terkejut tiba-tiba dia datang. Awak ni telefon saya tengah hari ni, tak sibuk ke?"
"Mana pernah tak sibuk...ada sikit je masa ni..."
"Alahai...dah tu, sempat pulak call saya...?"
"Nak call makwe sendiri tak boleh ke?"
"Siapa makwe awak?", gurau Imelda.
"Sampai hati awak ye...huhuhu..."
"Tak sudah-sudah merajuk ye?"
"Dengan awak je saya tahu merajuk...eh, oklah awak. Nak masuk kerja balik. Take care ye... Assalamualaikum"
"Ha, ok...ok. Wa'alaikumsalam"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hanya Dia - 10

Habis saja kelas, Adlin ke pondok bacaan sementara menunggu Adilla datang menjemput. Adlian mengambil kesempatan untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah yang cikgu beri tadi. "Eleh, buat kerja sekolah konon!", perli seorang kawan kelas Adlin. Adlin diam. Malas nak campur. "Korang ni kalau tak usik Adlin sehari, tak senang hidup eh?", sergah Aqilah. "Yang kau nak backing si Adlin ni apahal? Ada aku kacau hidup kau ke?", jawab Salina. "Dah lah Aqilah. Duduk je...", Adlin akhirnya bersuara. "Ok, senang cerita aku straight to the point je. Aku nak ingatkan kau Adlin, jangan cuba-cuba nak main api dengan aku", Salina memberi amaran. "Aku ada buat apa sebenarnya dekat kau sampai kau tak puas hati macam ni?", soal Adlin. "Buat-buat tak tahu pulak minah saleh celup ni", celah Samirah. Adlin bingung. Dia betul-betul tidak faham apakah maksud Salina dan temannya, Samirah. "Nama je pandai, benda senang macam ni

Mencari Konklusi - 5

Sebelum masuk ke bahagian Radiologi, Rauhah dan Hardee terserempak di depan kaunter. Masing-masing terkejut sebenarnya sampaikan Rauhah pula yang tak tahu nak buat apa. "Hi!", tegur Hardee. "Assalamualaikum", ucap Rauhah perlahan tidak segalak biasa. "Wa'alaikumsalam", jawab Hardee. "Saya masuk dulu ye, doc", sambung Rauhah cuba melarikan diri dari pandangan Hardee. Hardee ke biliknya lalu duduk di kerusi. Hatinya kembali bergetar. "Hai, Rauhah? Lain macam je aku tengok kau dengan abang kesayangan tu?", tegur Khairun. "Apa yang lainnya?" "Selalu kalau jumpa macam kucing dengan anjing...tadi dah macam kau ni tikus dia tu kucing..." "Orang tengah bahagialah tu", sambung Azmil pula. "Nasib aku baik hati hari ni...kalau tak lama dah aku cincang kau tau" "Beranilah sangat kan..." "Siapa kata aku tak berani?" Sedang sibuk membuat tugasan masing-masing, Hardee sem

Mencari Konklusi - 2.

Rauhah dan teman-teman barunya seramai 3 orang bertemu semula dengan Hardee. Pelajar-pelajar lain pula dengan doktor-doktor mereka seperti yang telah diarahkan sebelum ini. Sepanjang petang itu, tidak banyak perkara yang perlu dipelajari memandangkan hari itu adalah hari paling sibuk di bilik tersebut kerana terdapat banyak kes yang melibatkan X-Ray yang perlu diselesaikan segera oleh doktor yang bertugas serta juru X-Ray yang lain. "Jadi, saya harap awak semua dah faham dengan apa yang saya terangkan hari ini. Ada apa-apa soalan setakat ini?" Masing-masing mengangguk tanda faham. "Rauhah, saya nak jumpa awak sekejap" "Oh bulan...", usik Azmil. "Diamlah...", kata Rauhah geram. Rauhah mengikut Hardee masuk kebiliknya untuk kali yang kedua. "Doktor nak apa sebenarnya ni? Kenapa doktor buat saya macam ni?", tak semena-mena Rauhah bersuara. Hardee senyum melihat gelagat Rauhah. Rauhah pelik melihat Hardee. "Ap