Langkau ke kandungan utama

Mencari Konklusi - 4

"Assalamualaikum!", ucap Rauhah dari luar rumah datuknya.

Haji Ismail yang sedang sibuk memberi makan kepada ternakannya tidak perasan akan kehadiran anak dan cucu-cucunya.

"Ada kat belakang tu agaknya Rahman", tegur seorang wanita yang sedikit muda dari bapanya.
"Eh, Kak Senah. Apa khabar?"
"Alhamdulillah sihat. Kamu dari mana?"
"Dari rumah. Lama tak balik, anak-anak pun kebetulan semuanya ada..."

Senah yang juga jiran sebelah rumah Haji Ismail hanya mengangguk dan meminta diri masuk ke dalam rumah dahulu.

"Jom Rah, kita surprise Tok"
"Dibuatnya pengsan orangtua tu nanti...aku tak masuk campur", Mahirah mengingatkan.
"Alah, dia takkan pengsan punya...kurang-kurang pun melatah je"
"Kau ni memang tak makan saman kan?"

Rauhah dan Mahirah perlahan-lahan ke bahagian belakang rumah datuknya. Dari jauh sudah terdengar suara datuknya sibuk memberi makanan kepada itik-itik dan ayam-ayam yang dipelihara untuk dijual itu.

"Nak boli ayam 50 ekor buleh Tok?", soal Rauhah yang berpura-pura bersuara seperti seorang lelaki.
"Limo puluh tak cukup... Limo ekor yo buleh"
"Kalau macam tu, den amik semuo lah yo Tok?"

Haji Ismail yang terkejut mendengar permintaan tersebut lalu memusingkan badan menghadap yang empunya suara tersebut.

"Botuah punyo cucu!"
"Memang den ni cucu yang botuah Tok... Tok sihat?"
"Nasib tak kono baling ngan dodak ha. Tok sihat. Bilo kamu sampai?"
"Lamo dah. Bagi salam, tak jawab-jawab tu yang Hah ke belakang ni. Jom Tok, abah dengan abang pun ado samo"
"Nasib Tok tak molatah tadi. Mahirah sihat?"
"Sihat, Tok", jawab Mahirah, tersenyum.
"Nak merajuklah macam ni, Rah je Tok nampak kan?"
"Kalau dah ngusik-ngusik orang tu, sihatlah namo eh"

Mereka bertiga ke halaman rumah Haji Ismail. 

"Man ingat abah keluar. Abah sihat?", soal Rahman sambil bersalaman dengan ayahnya.
"Sihat. Kau tak tipun dulu napo? Den kek bolakang bagi itik samo ayam makan ha"
"Tak dan nak tipun bah. Daro berduo ni tak soba-soba nak balik"
"Dah jom masuk"

Abang-abang Rauhah, Razlan, Raziq dan Raihan bersalam dengan datuk mereka lalu mereka semua masuk ke dalam rumah.
===============================================
"Along...", panggil Senah tidak sabar. 
"Ada apa, bu?"
"Tu, cucu Haji Mail dah balik. Bulehlah kona-kona yo?"
"Ibu ni, diorang kan baru je sampai. Tak sabar-sabar", celah adik ketiga Hardee, Hanisah.
"Ibu tak soba nak tengok Along kamu ni kona-kona ngan dio. Baik budak eh, cantik pulak tu"
"Macam mana ibu tahu dia baik?", soal Hanisah lagi.
"Dulu, konduri arwah nenek samo arwah omak eh, ibu ado tengok dio"
"Ada can la ibu nak kenal dengan ayah dia tu kan?"
"Alang?", tegur Hardee sambil memandang adiknya itu.
"Alang gurau je"

Hanisah ke dapur untuk menyidai pakaian yang sudah dibasuh pagi tadi. Dia membawa keluar bakul dan ke tempat menyidai pakaian. Sedang dia menyidai, dia terdengar hilai tawa keluarga jirannya.

"Rah, jom keluar nak?"
"Kau nak kemana? Tak penat ke makcik oi?"
"Dah lah jarang balik, terperuk je dalam rumah...boringlah"
"Petang-petang sikitlah. Kejap lagi nak memasak"
"Hari ni anda berdua yang cantik jelita... diberi cuti dari memasak dan mengemas sebab kami semua akan ambil alih tugas anda beruda"

Mahirah dan Rauhah ke belakang dan duduk di pangkin luar rumah. Mereka rancak berbual dan diselang-selikan dengan gelak tawa mereka berdua.

"Assalamualaikum", tegur Hanisah yang baru selesai menyidai pakaian.
"Wa'alaikumsalam...", jawab Mahirah dan Rauhah serentak.
"Maaflah kalau terkejut"
"Eh, tak adalah. Awak anak makcik Senah ye?", soal Rauhah, ramah.
"A'ah. Kenal ibu saya?"
"Baru kenal tadi"
"Akak, Rauhah Nazifa kan? Ex student kat SBP Jelebu?"
"Ya?", jawab Rauhah, terkejut.
"Saya, junior akak kat sana. Akak mungkin tak ingat saya"
"Hanisah?"
"A'ah..."
"Mana boleh tak ingat, awak kan olahragawati sekolah"
"Ish akak ni. Saya dah tak aktif lagi. Masuk U lagilah...sibuk dengan study"
"Tak sangka jumpa awak kat sini ye? Ini kawan baik akak"
"Oh, ingat kembar"
"Masuk Hanisah, lebih 10 orang cakap kitorang ni kembar", kata Mahirah.

Mereka mula berbual-bual mesra.

"Alang...!", panggil ibu Hanisah.
"Eh, ibu dah panggil tu. Saya masuk dululah ye kak Rauhah, kak Mahirah"
"Ok...kalau senang-senang nanti kita jumpa lagi"
"InsyaAllah"

Hanisah membawa bakul baju ke dalam rumah bersama.

"Borak dengan siapa tu Lang?"
"Kakak senior masa kat sekolah asrama dulu. Rupa-rupanya dia tu cucu Tok Mail"
"La yo ko? Kocik yo dunio ni an"
"Jadi, kak Rauhah tu yang ibu nak jadikan menantu ibu?", soal Hanisah teruja.
"A'ah"
"Alang setuju 100%. Dia tu baik ibu, cantik, pandai. Pendek kata, jadi idola kat semua orang masa sekolah dulu"
"Baguslah kalau macam tu. Ibu pun tak sangka yang Alang kenal dia"
"Cerita apa tu ibu? Along macam ada terdengar orang sebut-sebut nama orang lain tadi...", tegur Hardee yang baru saja masuk ke dapur.
"Amboi Along? Tajam pendengaran?", jawab Hanisah.
"Alang ni mengumpat je kan?"
===============================================
"Rah, kau perasan tak kereta kat depan rumah Hanisah tu?", soal Rauhah sambil tangannya bermain-main dengan rambut ikal Mahirah.
"Kenapa?"
"Bukan ke tu kereta doktor Hardee?"
"Hai? Sejak dah baik dengan dia, sampai kereta pun kau boleh cam?"
"Hello! Aku masih berpijak di bumi yang nyata tau. Masa mula-mula sampai lagi aku dah perasan kereta tu. Aku tahu tu kereta dia"
"Yakin sangat kau tu. Entah-entah kereta orang lain"
"Sejak bila pulak ada kereta yang sama jenis, sama warna boleh ada satu nombor plat?"
"A'ah ek? Pelik jugak tu. Nanti kau tanyalah Hanisah"
"Tengoklah kalau tak lupa"
"Adik, tolong Along petikkan daun kunyit dengan serai"
"Kata tadi kitorang cuti?"
"Tolong sikit pun berkira kan?"
"Merajuk pulak. Ye, adik nak pergilah ni wahai Along sayang..."
"Macam itulah adik Along"
===============================================
Hardee yang kehausan ke dapur untuk meneguk air di dalam peti sejuk. Dia terdengar suara dari rumah jirannya dan dia terasa seolah-olah dia tahu siapa yang empunya suara itu. Dia menjenguk keluar untuk memastikan apa yang sedang bermain di benaknya.
Rauhah dan Mahirah tertunduk-tunduk memetik daun kunyit dan serai dekat dengan pangkin yang dibuat datuknya. Hardee tidak dapat melihat wajah orang yang empunya suara itu kerana mereka membelakangkan Hardee. Hardee kembali masuk ke dalam rumah.

"Along...nah!", panggil Rauhah.
"Terima kasihlah adik-adik Along. Kalaulah selalu macam ni kan bagus"
"Sama-sama ye Along sayang...bukanlah adik ni kejam sangat kan"

Razlan masuk ke dalam dengan daun kunyit dan serai. Rauhah dan Mahirah masih duduk di pangkin berborak-borak. Bila mereka berdua tergelak macam ada 10 orang yang ada bersama-sama. 
===============================================
"Hello! Ya, saya...", jawab Hardee.

Senah memandang anak sulung yang juga satu-satunya anak bujang yang dia ada itu dalam-dalam sambil cuba mendengar perbualan Hardee.

"Oh...ok. Saya cuba datang secepat yang mungkin. Ok, thanks"
"Ada apa tu Long? Ibu tak gomar nak dongar cito-cito tak best ni"
"Hospital call suruh masuk malam ni jugak. Doktor ramai yang pergi kursus jadi, tak ramai doktor yang bertugas malam ni. Lagipun ada pembedahan lepas Maghrib nanti"
"Tak dapeklah ibu nak tengok kau berkonalan dongan cucu eh Haji Mail tu"
"Ibu...kalau ada jodoh dan ada masa, insyaAllah Along balik kenal dengan dia ye?"
"Nak buek cemano an? Kojo laei ponting. Yang penting Along selamat sampai sepita...hati-hati bawak keto. Balik kul bapo?"
"Lepas Asar"
"Yolah...makan dulu"
===============================================
"Along nak kemana siap-siap ni?", soal adik bongsu Hardee, Hamisya.
"Kerja dik. Ada emergency"
"Adik baru nak ajak Along teman pergi bandar kejap"
"Lain kali ye dik? Along betul-betul kena balik petang ni", Hardee cuba memujuk adik kesayangannya itu.
"Tapi Along dah janji kan...", ada getar di hujung suara Hamisya.
"Adik...kenalah faham kerja Along macam mana. Dah janji dengan ibu tak nak susahkan Along kan?"

Hamisya mengangguk tapi tak bersungguh. Sudah dipesan berkali-kali untuk tak berjanji dengan Hamisya kerana anak itu memang pegang pada janji. Hardee mengusap lembut ubun-ubun adiknya. Itulah adik yang selalu ada bila Hardee perlu. Dia paling suka manjakan Hamisya. Apa dia nak selalu saja cuba diadakan Hardee sampaikan ibunya mengingatkan dia jangan buat Hamisya terlalu manja, nanti payah.

"Adik, belajar sungguh-sungguh ye? Along balik dulu. Mungkin 2-3 hari lagi Along balik kampung. Jaga diri, jaga ibu. Jangan tinggal solat"
"Ok", sepatah saja yang termampu diucapkan Hamisya kerana terlalu sedih.
"Tak naklah macam ni. Dah tak comel adik Along"
"Along? Janganlah dimanjakan sangat adik ni. Jeles Alang tau"
"Alang jeles? Dengar dek Angah, kena bahan punyalah"
"Taklah...susah Alang dengan ibu kalau Adik ni merajuk. Along jugak dicarinya"
"Adik jangan asyik merajuk je tau? Ingat pesan Along"

Hamisya mengangguk. Hardee menghidupkan enjin keretanya. Sementara bersiap untuk keluar dari perkarangan rumah, dia membetulkan cermin pandang belakang dan sisi kanan serta kiri. 

Tiba-tiba dia ternampak kelibat seorang perempuan berlari anak menuju pangkin yang berbumbung itu menerusi cermin pandang belakang keretanya. Fikir Hardee itu mungkin cucu Haji Mail yang disebut-sebutkan ibunya. Hardee yang bermata rabun kebetulan tidak sempat memakai cermin mata tika itu dia tidak tergerak pula untuk merisik siapakah wanita itu.
===============================================
"Adik...bangun. Dah siang ni, apo anak daro bangun lambek?", tegur Haji Mail.
"Alah, tok...bukan selalu pun Adik balik, kan?"
"Mulo lah tu...bangun la. Tok ado buek lempeng tu. Kesian Rah sorang-sorang kek dapor tu"
"Ye ke Tok? Ini yang Adik sayang Tok sangat-sangat", kata Rayhah lalu memeluk datuknya erat.
"Dah, poei makan. Lopeh tu mandi. Ikut Tok..."
"Nak kemana Tok pagi-pagi ni?"
"Adolah..."
"Suka sangat rahsia kan..."

Rauhah sempat mencuit pinggang datuknya hingga membuat orangtua itu melatah kerana terkejut.

"Sorry Rah...kenapa tak kejut aku?"
"Sedap sangat aku tengok kau tidur. Eh, kau ada nampak Halim?"
"Amboi kau, tak lapik-lapik tanya ye?"
"Hehehe...yelah, katanya rindu kan"
"Kan betul aku cakap yang kau rindu dia?"
"Tak ada maknanya. Lama gila kot aku tak jumpa dia"
"Adalah agaknya kat rumah dia"
"Semalam tak nampak pulak dia jalan-jalan depan rumah?"
"Sibuk kot. Nanti aku tanya Tok"

Habis bersarapan, mereka bersiap-siap. Sampai di depan pintu masuk rumah datuknya, Haji Mail sudahpun duduk di tempat pemandu kereta.

"Tok, apa kata Adik je yang bawak?", Rauhah menawarkan diri.
"Takpolah. Tok buleh bawak"

Haji Mail walaupun sudah berusia lebih 80, masih kuat dan pandangan matanya juga tajam. Tidak seperti cucu-cucunya yang kesemuanya kini bercermin mata.

"Tak apalah Tok. Bukan selalu pun Adik balik", pujuk Rauhah lagi.
"Suko ati kau lah Dik. Elok-elok yo bawak keto"
"Kita nak kemana ni Tok?", soal Mahirah.
"Adolah...tunggu yo"
"Tok ni suko buek seprais an?"

Haji Mail hanya tersenyum.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mencari Konklusi - 5

Sebelum masuk ke bahagian Radiologi, Rauhah dan Hardee terserempak di depan kaunter. Masing-masing terkejut sebenarnya sampaikan Rauhah pula yang tak tahu nak buat apa. "Hi!", tegur Hardee. "Assalamualaikum", ucap Rauhah perlahan tidak segalak biasa. "Wa'alaikumsalam", jawab Hardee. "Saya masuk dulu ye, doc", sambung Rauhah cuba melarikan diri dari pandangan Hardee. Hardee ke biliknya lalu duduk di kerusi. Hatinya kembali bergetar. "Hai, Rauhah? Lain macam je aku tengok kau dengan abang kesayangan tu?", tegur Khairun. "Apa yang lainnya?" "Selalu kalau jumpa macam kucing dengan anjing...tadi dah macam kau ni tikus dia tu kucing..." "Orang tengah bahagialah tu", sambung Azmil pula. "Nasib aku baik hati hari ni...kalau tak lama dah aku cincang kau tau" "Beranilah sangat kan..." "Siapa kata aku tak berani?" Sedang sibuk membuat tugasan masing-masing, Hardee sem

Mencari Konklusi - 3.

Sudah seminggu Rauhah dan Mahirah menjalani praktikal di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Dan sudah seminggu juga Rauhah di bawah penilaian Hardee. Hardee semakin berpuas hati dengan perubahan yang ditunjukkan oleh Rauhah. Sekali sekali mereka bertekak juga bila apa yang diminta Hardee, tidak dilaksanakan Rauhah. Akhirnya Hardee mengalah kerana tak mahu memanjangkan perkara kecil. Teman-teman yang sekumpulan dengan Rauhah juga selalu melihat akan gelagat Rauhah yang nakal itu dan semakin faham akan kerenah wanita yang seorang itu. “Wei, kau ni berani kan? Aku tengok doktor Hardee dah habis tegas dengan kau”, tegur Khairun. “Asyik nak cari pasal je dengan aku, siapa suruh? Penat dengar dia membebel” “Dah tau tak nak dia membebel, kau ikut je lah arahan dia tu”, celah Shahrul pula. “Masalahnya sekarang, suruh aku buat kerja-kerja kerani, buat itu ini untuk dialah...bukan dalam tugasan kita kan?” “Tak ingat ke encik Arif kata apa? Buat apa saja pegawai penilai kita suruh”, sambung Khairu

Hanya Dia - 9.

"Jom turun, Uncle?", ajak Ameer. "Ameer turun dululah...Uncle ingat nak rest kejap" "Ok then . Ameer turun dulu" Imran mengangguk lalu ke balkoni melihat-lihat pemandangan di luar. Dia suka melihat matahari yang terbenam waktu senja dan segera mengambil kamera kesayangannya. Puas hatinya bila dia dapat mengambil gambar-gambar itu semua. "Takkan ambil gambar pemandangan je?", tegur seseorang di balkoni sebelah biliknya. "Eh? Ingat suara siapa tadi", jawab Imran yang masih memegang kamera kesayangannya sambil memandang ke arah Imelda di sebelah. "Tak turun dengan Ameer tadi?", soal Imelda. "Ingat nak rehat kejap...lupa yang dah hampir senja. Itu yang capture gambar sekejap...awak tak turun?" "Kejap lagi kot" Imran mengangguk tanda faham. Sesekali bila Imelda memandang ke arah yang lain, Imran cepat-cepat mengambil peluang dan merakam gambar Imelda. " Ok lah awak...saya masuk dulu. Dah Maghr