Langkau ke kandungan utama

Hanya Dia - 10

Habis saja kelas, Adlin ke pondok bacaan sementara menunggu Adilla datang menjemput. Adlian mengambil kesempatan untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah yang cikgu beri tadi.

"Eleh, buat kerja sekolah konon!", perli seorang kawan kelas Adlin.

Adlin diam. Malas nak campur.

"Korang ni kalau tak usik Adlin sehari, tak senang hidup eh?", sergah Aqilah.
"Yang kau nak backing si Adlin ni apahal? Ada aku kacau hidup kau ke?", jawab Salina.
"Dah lah Aqilah. Duduk je...", Adlin akhirnya bersuara.
"Ok, senang cerita aku straight to the point je. Aku nak ingatkan kau Adlin, jangan cuba-cuba nak main api dengan aku", Salina memberi amaran.
"Aku ada buat apa sebenarnya dekat kau sampai kau tak puas hati macam ni?", soal Adlin.
"Buat-buat tak tahu pulak minah saleh celup ni", celah Samirah.

Adlin bingung. Dia betul-betul tidak faham apakah maksud Salina dan temannya, Samirah.

"Nama je pandai, benda senang macam ni pun tak faham", Salina menyambung lagi.
"Wei...jangan sibuk nak dekat-dekat dengan si Akim tu...dia tu Salina yang punya", Samirah menerangkan.
"Oh... ye ke? Tak tahulah pulak aku yang kau orang berdua ni bodyguard dia. Lagipun aku tak kenal dia. Macam ni jelah. Apa kata korang jaga dia baik-baik. Sebab aku rimaslah dengan dia...dah macam bayang-bayang aku pulak"
"Eh perempuan ni... Aku tengok kau ni makin lama makin kecik je... Eiii", Salina melepas geram.
"Habis, korang nak Adlin ni buat apa? Korang ingat si Akim tu hensem sangat ke nak direbut?"


Belum sempat Salina dan Samirah bercakap lagi, Adilla memanggil Adlin dari jauh.

"Oklah, kami balik dulu...tak payah risaulah sebab aku tak minat nak bercinta-cinta ni..."

Adilla terus meninggalkan kedua temannya itu. Dia sudah malas mahu bertekak sebab dia tahu dia takkan dapat faedah pun kalau terus melayan perangai mereka.

"Ad ok?"
"Ok je..."
"Diorang nak apa berdiri depan Ad?"
"Biasalah mummy. Hal remaja..."
"Hope so...oh ye, petang ni mummy ingat nak balik Bangi. Ad nak ikut?"
"Nak...tapi Ad kena siapkan kerja sekolah dulu"
"Alright"

Lepas makan tengah hari, Adlin menyiapkan kerja-kerja sekolah yang cikgu beri tadi. Selesai semuanya, Adlin bersiap-siap untuk ke rumah datuk dan neneknya. Ada Adilla beritahu pasal kakak sepupunya tapi tak lengkap sangat maklumat yang dia terima.

"Wa'alaikumsalam... Ad pergilah tengok kak Aimy tu. Puas dah Jidi dengan Jiddah pujuk. Tadi keluar jugaklah dengan Jiddah tapi balik, jadi semula macam tadi", terang Faridah.
"Kenapa sebenarnya, ma?", soal Adilla.

Faridah menceritakan kisah sebenar kepada Adilla dan Adlin. Adlin ke bilik Aimy dan cuba mendekati kakak sepupunya itu.

"Assalamualaikum kak Aimy...boleh Ad masuk?"

Aimy tidak menjawab tetapi tidak pula dia menolak untuk menerima kehadiran Adlin.

"Kak Aimy sihat?"

Aimy hanya mengangguk.

"Ada apa-apa nak cerita pada Ad?"

Aimy masih diam. Sikit pun dia tidak bergerak.

"Ad sentiasa sedia nak dengar apa pun keluhan kak Aimy. Ad dah tahu semuanya. Jiddah dah cerita tadi. Pak Long pun dah tahu semuanya kan kak Aimy?"

Sedu sedan mula kedengaran dan ianya semakin kuat lalu dipeluknya Adlin di sebelah. Adlin membalas pelukan Aimy sambil mengusap-usap bahu Aimy perlahan. Dibiar Aimy menangis agar dia lebih tenang.

"Kak Aimy bodoh...Ad! Kak Aimy tak patut ikut dia...", Adlin dipeluk erat Aimy.
"Siapa dia tu? Apa dia buat pada kak Aimy?"

Aimy mula ceritakan semuanya pada Adlin, satu-satunya saudara perempuan yang sangat rapat dengannya, bagai adik sendiri. Tak ada satu pun yang Aimy sembunyikan dari Adlin. Dia sendiri sudah tak tahan untuk menahan rasa di dalam jiwa.

"Kak Aimy...menangislah. Semoga kak Aimy lebih lega lepas ni. Ad tak nak tengok kak Aimy sedih-sedih lagi lepas ni. Biarlah apa yang dah jadi. Kak Aimy tak salah tapi tersilap pilih kawan je. Dia mungkin bukan yang baik untuk kak Aimy"

Aimy mengangguk lemah sambil sedu-sedan. Dia cuba ambil semangat dan kekuatan dari Adlin. Selama inipun banyak kisah dia yang dikongsi bersama dengan Adlin cuma kali ini ianya lebih serius.

"Thanks, Ad. Kak Aimy pun tak tahu nak buat apa dah...kalau ikut hati, mungkin kak Aimy tak ingat dunia lagi"
"Ingat Allah kak Aimy. Allah Maha tahu semuanya..."
&&&&&&&&&&
"Macam mana dengan kak Aimy, Ad?", Farid bertanya.
"Ok, semuanya under controlled. Kak Aimy dah ceritakan semuanya pada Ad. Ad rasa ada benda yang dia tak boleh nak kongsikan dengan semua orang. Ad dah nasihatkan kak Aimy. Ad harap kak Aimy ok lepas ni cuma, kita semua kena selalu tengok-tengokkan dia"
"Tu dia...bolehlah ganti tempat Ude tak lama lagi", celah Imelda.
"Manalah Ad mampu nak ganti Ude...setakat nak tolong sikit-sikit, insyaAllah"
"Jidi harap lepas ni keadaan kembali pulih. Tak sanggup tengok Aimy asyik menangis je"
"Ad, papa, Im...jom minum petang. Ad panggilkan kak Aimy", kata Humairah.
"Ok, maklong..."
&&&&&&&&&&
"Apa khabar kak Aimy, Ad?", soal Adam.
"Ok dah. Kesian dengan kak Aimy, tak pasal-pasal jadi mangsa. Nasib baik tak jadi apa-apa yang lebih teruk"
"Apa sebenarnya masalah dia, Ad?"
"Secreto...private and confidential. Yang pasti semuanya selamat. Sorry daddy, Ad dah janji pada kak Aimy yang dia boleh percaya Ad untuk cerita apa saja...kaunselor kena pandai simpan rahsia kan daddy?"
"Mummy pun tak tahu jugak, daddy...", celah Adilla.
"Tak apalah as long as semuanya ok"
"Alhamdulillah. Oklah, Ad naik tidur dulu..."
"Ok...jangan lupa solat", Adam mengingatkan.

Adlin mengangguk dan mencium tangan serta pipi kedua orangtuanya.

"Mummy rasa kan, Ad mungkin boleh warisi papa dengan Im"
"Daddy pun rasa yang sama. Daddy ada tanya Ad, nak jadi lawyer"
"Kalau dia boleh buat dua-dua ok jugak..."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mencari Konklusi - 5

Sebelum masuk ke bahagian Radiologi, Rauhah dan Hardee terserempak di depan kaunter. Masing-masing terkejut sebenarnya sampaikan Rauhah pula yang tak tahu nak buat apa. "Hi!", tegur Hardee. "Assalamualaikum", ucap Rauhah perlahan tidak segalak biasa. "Wa'alaikumsalam", jawab Hardee. "Saya masuk dulu ye, doc", sambung Rauhah cuba melarikan diri dari pandangan Hardee. Hardee ke biliknya lalu duduk di kerusi. Hatinya kembali bergetar. "Hai, Rauhah? Lain macam je aku tengok kau dengan abang kesayangan tu?", tegur Khairun. "Apa yang lainnya?" "Selalu kalau jumpa macam kucing dengan anjing...tadi dah macam kau ni tikus dia tu kucing..." "Orang tengah bahagialah tu", sambung Azmil pula. "Nasib aku baik hati hari ni...kalau tak lama dah aku cincang kau tau" "Beranilah sangat kan..." "Siapa kata aku tak berani?" Sedang sibuk membuat tugasan masing-masing, Hardee sem

Mencari Konklusi - 3.

Sudah seminggu Rauhah dan Mahirah menjalani praktikal di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Dan sudah seminggu juga Rauhah di bawah penilaian Hardee. Hardee semakin berpuas hati dengan perubahan yang ditunjukkan oleh Rauhah. Sekali sekali mereka bertekak juga bila apa yang diminta Hardee, tidak dilaksanakan Rauhah. Akhirnya Hardee mengalah kerana tak mahu memanjangkan perkara kecil. Teman-teman yang sekumpulan dengan Rauhah juga selalu melihat akan gelagat Rauhah yang nakal itu dan semakin faham akan kerenah wanita yang seorang itu. “Wei, kau ni berani kan? Aku tengok doktor Hardee dah habis tegas dengan kau”, tegur Khairun. “Asyik nak cari pasal je dengan aku, siapa suruh? Penat dengar dia membebel” “Dah tau tak nak dia membebel, kau ikut je lah arahan dia tu”, celah Shahrul pula. “Masalahnya sekarang, suruh aku buat kerja-kerja kerani, buat itu ini untuk dialah...bukan dalam tugasan kita kan?” “Tak ingat ke encik Arif kata apa? Buat apa saja pegawai penilai kita suruh”, sambung Khairu

Hanya Dia - 9.

"Jom turun, Uncle?", ajak Ameer. "Ameer turun dululah...Uncle ingat nak rest kejap" "Ok then . Ameer turun dulu" Imran mengangguk lalu ke balkoni melihat-lihat pemandangan di luar. Dia suka melihat matahari yang terbenam waktu senja dan segera mengambil kamera kesayangannya. Puas hatinya bila dia dapat mengambil gambar-gambar itu semua. "Takkan ambil gambar pemandangan je?", tegur seseorang di balkoni sebelah biliknya. "Eh? Ingat suara siapa tadi", jawab Imran yang masih memegang kamera kesayangannya sambil memandang ke arah Imelda di sebelah. "Tak turun dengan Ameer tadi?", soal Imelda. "Ingat nak rehat kejap...lupa yang dah hampir senja. Itu yang capture gambar sekejap...awak tak turun?" "Kejap lagi kot" Imran mengangguk tanda faham. Sesekali bila Imelda memandang ke arah yang lain, Imran cepat-cepat mengambil peluang dan merakam gambar Imelda. " Ok lah awak...saya masuk dulu. Dah Maghr