Langkau ke kandungan utama

Mencari Konklusi - 3.

Sudah seminggu Rauhah dan Mahirah menjalani praktikal di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Dan sudah seminggu juga Rauhah di bawah penilaian Hardee. Hardee semakin berpuas hati dengan perubahan yang ditunjukkan oleh Rauhah.

Sekali sekali mereka bertekak juga bila apa yang diminta Hardee, tidak dilaksanakan Rauhah. Akhirnya Hardee mengalah kerana tak mahu memanjangkan perkara kecil. Teman-teman yang sekumpulan dengan Rauhah juga selalu melihat akan gelagat Rauhah yang nakal itu dan semakin faham akan kerenah wanita yang seorang itu.

“Wei, kau ni berani kan? Aku tengok doktor Hardee dah habis tegas dengan kau”, tegur Khairun.
“Asyik nak cari pasal je dengan aku, siapa suruh? Penat dengar dia membebel”
“Dah tau tak nak dia membebel, kau ikut je lah arahan dia tu”, celah Shahrul pula.
“Masalahnya sekarang, suruh aku buat kerja-kerja kerani, buat itu ini untuk dialah...bukan dalam tugasan kita kan?”
“Tak ingat ke encik Arif kata apa? Buat apa saja pegawai penilai kita suruh”, sambung Khairun lagi.
“Tak kuasa aku. Itu bukan kerja aku pun”, protes Rauhah.

Teman yang 2 orang lagi hanya mendengar sambil menyiapkan kerja-kerja yang diberikan Hardee. Petang nanti mereka akan diberi tunjuk ajar cara-cara melakukan proses sinaran-X terhadap pesakit.

Rauhah membantu rakan-rakannya menyiapkan tugasan kumpulan mereka. Hardee sudah meminta untuk dibentangkan di depannya pagi Jumaat minggu ini sebelum dipersembahkan kepada pegawai-pegawai lain pada hari Jumaat depan.

Tengah hari itu seperti biasa Rauhah akan makan bersama-sama Mahirah. Sedang enak menjamu selera sambil berbual-bual, datang seorang lelaki yang sangat Rauhah kenal walaupun lelaki itu membelakangkan Rauhah. Rauhah memandang sekilas dan kembali berborak dengan Mahirah seolah-olah sudah seminggu tidak bersua.

“Boleh saya join kamu?”, soal Hardee.

Rauhah diam. Mahirah hanya mengangguk dan senyum. Hardee masih lagi berdiri di sebelah meja sahabat baik itu.

“Duduklah doktor...jangan layan si Rauhah ni”

Hardee masih tetap berdiri dan menanti Rauhah mempersilakan dia duduk. Rauhah masih juga senyap dan malas mahu melayan kerenah Hardee yang tiba-tiba itu.

“Hah, kau ni...jemputlah doktor duduk... Penat dah berdiri ni”, bisik Mahirah.
“Yang dia sibuk-sibuk nak join apahal pulak? Nak menggatal pun dengan orang lainlah...”, getus Rauhah.

Akhirnya bila melihat Rauhah masih tidak membuka mulut, Hardee ke meja di depan Rauhah dan Mahirah dan menghadap mereka berdua. Tidak keruan Rauhah dibuatnya bila asyik ditenung Hardee.

“Itulah kan, siapa suruh mengada-ngada...hadaplah kau dengan dia Hah...”
“Jom, blah!”, ajak Rauhah, geram.
“Aku tak habis makan lagi ni...kau duduk je la depan aku ni ha”

Rauhah terus ke kaunter agar dapat melepaskan diri dari pandangan Hardee. Hati dia resah gelisah melihatkan Hardee yang begitu. Habis saja makan, Mahirah mencuci tangan dan menyertai Rauhah yang sedang menantinya. Hardee pula asyik menikmati makan tengah hari.

“Kesian pulak aku tengok abang kesayangan kau tu”
“Aku siku kang. Apa abang-abang kesayangan?”
“Wo! Relakslah wei, sensitif pulak sekarang”

Rauhah dan Mahirah berjalan keluar meninggalkan kafetaria dan ke surau untuk solat Zuhur.
===============================================
“Rauhah, masuk bilik saya sekejap”, panggil Hardee di muka pintu biliknya.

Rauhah yang sibuk membantu teman-teman yang lain mendengus...

“Pergi je Hah, nanti tak pasal-pasal kena jeling...”, tegur Khairun.
“Pantang nampak muka aku, mulalah...”
“Aku rasa dia suka kau tu”, sempat juga Talha menyampuk.
“Oppppssss!!!”, kata Khairun lagi.

Rauhah terasa sakit hati mendengar kata-kata Talha tetapi dia hanya diamkan saja lalu ke bilik Hardee.

“Ye doktor...”
“Awak tolong saya bawak keputusan X-ray ni pada encik Zul kat bilik nombor 5”, arah Hardee.

Rauhah mengambil keputusan X-ray tersebut dan keluar dari bilik Hardee tanpa sedikitpun bersuara.

“Kejap...kejap...”, panggil Hardee.
“Ye, doktor?”, Rauhah menghadap Hardee kembali.
“Awak ok?”
“Ok, kenapa?”
“Serius je?”
“Doktor nak saya jujur atau pura-pura?”
“Maksud awak?”
“Saya nak tahu jugaklah, sepatutnya sebagai pelajar praktikum...apa tugas saya sebenarnya?”

Hardee diam.

“Kenapa doktor diam?”, Rauhah menyoal lagi.
“Awak keluar sekarang...!”, arah Hardee yang masih duduk di kerusinya.

Walaupun kata-kata Hardee agak perit bagi orang lain yang mungkin mendengar tetapi tidak untuk Rauhah. Itu belum dapat membuatkan dia untuk tunduk pada kata-kata Hardee selepas ini.

Mahu saja Rauhah menghempas pintu bilik Hardee tetapi memandangkan pintu itu adalah pintu automatik, Rauhah hanya menggenggam tangannya tanda dia sangat geram dan sakit hati dengan perbuatan Hardee.
===============================================
Hardee pulang ke rumah yang disewa bersama teman-teman sekerjanya. Hati dia begitu sakit bila teringat akan soalan Rauhah tadi. Ikut hati, mahu saja dia menampar Rauhah tapi dia cuba untuk bersikap profesional. Pada dia, Rauhah sama seperti adik-adiknya.

“What’s up, Har?”, tegur Kevin yang bertugas di hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.
“Tak ada apalah...penat”
“Aku dengar gosip...apa cerita bro?”
“Gosip apa pulak dah?”
“Ada budak praktikal buat masalah?”
“Mana kau tahu?”
“Dah ramai yang cakap...apasal dengan budak tu?”
“Mana ada masalah. Biasa je. Aku yang conduct budak-budak tu...”
“Amboi? Back up nampak? So, betullah rumours yang orang cakap pasal kau ada hati kat budak tu?”
“Wo...wo... Relaks... Nama pun rumours, kau percaya ke?”
“Manalah tahu kan...kalau baik budaknya, oklah”
“May I ask you something?”

Kevin mengangguk.

“Apa sebenarnya yang kau nak tanya ni? Tadi gosip, lepas tu rumours pulak”
“Sumber-sumber yang boleh dipercayai itu jugak ada kata, kami semua bakal makan nasi minyak tak lama lagi”
“Ah sudah...dapat orang yang buat cerita ni, siaplah... Aku ni pegawai penilai je...nak menilai kerja bukan nak cari jodoh”
“Yelah tu...eh, tadi mak kau call aku. Dia kata dia call kau tapi tak dapat”
“Ok, thanks...”

Hardee masuk ke dalam biliknya, bersiap-siap untuk mandi dan menunaikan solat Maghrib. Jarang dia dapat solat di rumah memandangkan kerjanya yang sentiasa sibuk tak kira masa itu.

“Har mana?”, soal Zainol yang baru pulang dari kerja.
“Sembahyang kot. Awal pulak kau balik?”
“Orang lain dah gantikan On Call aku. Kau tak ada locum ke malam ni?”
“Tak larat aku. Esok kot, itupun kalau tak ada On Call”

Hardee keluar dari biliknya bila dia sudah siap memakai pakaian.

“Kau nak kemana?”, soal Zainol.
“Ada locum, ganti Azli”
“Dia kemana?”
“Entahlah...kata budak kat klinik, ada emergency”
“Emergency?”, soal Kevin pula.
“Tapi tadi, aku ada dengar mak dia masuk hospital Melaka semalam”, sambung Zainol lagi.
“Oh I see...eh, oklah...aku gerak dulu. Nak kirim apa-apa?”
“Tak apalah...tunggu kau, kebulur kita ni ha”, seloroh Kevin yang sedang asyik menonton televisyen.

Hardee memandu keretanya keluar dari perkarangan rumah bujang itu. Sepanjang perjalanan, dia masih teringatkan Rauhah dengan soalannya tadi. Terdetik di hatinya untuk lebih mendekati Rauhah. Dia tahu dan yakin Rauhah sebenarnya berselindung di sebalik karakter yang agak kasar sedangkan dia adalah sebaliknya.

“Assalamualaikum, doktor”, ucap pembantu klinik tatkala Hardee buka pintu dan masuk ke dalam klinik.
“Wa’alaikumsalam...ada patient?”
“Ada tapi keluar sekejap”

Hardee terus menuju bilik doktor. Sambil menanti pesakit masuk, Hardee membuka komputer ribanya dan melayari internet.

“Doktor, patient dah masuk”
“Ok, panggil”
===============================================
“Wa’alaikumsalam ibu...ibu sihat?”
“Sihat. Along tengah locum ke?”
“Lagi 10 minit nak balik. Adik-adik mana?”
“Tengah belajar. Angah kirim salam, tadi dia call”
“Wa’alaikumsalam. Dia sihat ke?”
“Sihat. Dia pesan, doakan dia nak exam Isnin ni. Kata dia, sekarang musim sejuk”
“InsyaAllah. Ada jugak Along sms dia, tapi lambat dia balas. Sibuk agaknya”
“Agaknya...macam mana Long?”
“Apa?”
“Nak ke kenal-kenal dengan cucu Haji Mail sebelah rumah tu?”
“Tengoklah macam mana ibu. Mungkin Along balik Jumaat ni lepas kerja”
“Kalau Along tak berkenan tak apa. Ibu nak Along kenal-kenal je dulu. Dia sekarang praktikal kat tempat Along”, kata ibu Hardee lagi.
“Praktikal? Siapa nama dia?”, soal Hardee berminat.
“Ibu lupa pulak siapa nama dia...tapi Haji Mail kata, nurse”
“Oh...yelah. Ibu jaga diri, jangan lupa makan ubat”
“Ye, doktor. Ibu tak lupa pun makan ubat”
“Assalamualaikum”
===============================================
“Rauhah, Mahirah...turun makan”, Rahman mengetuk pintu bilik anak daranya.
“Ok, bah...nanti kitorang turun”, kata Mahirah dari dalam bilik yang sedang bersiap-siap.
“Rah, aku rasa malas nak pergi hospital hari ni”
“Apasal? Kau demam ke?”, soal Mahirah lantas meletakkan belakang tangan ke dahi Rauhah.
“Tak, tapi malas...”
“Kau nak kena denda dengan abang kau tu eh?”
“Banyak kau punya abang. Kalau aku jumpa dia hari ni, memang gaduh besarlah”
“Apa jadi semalam? Aku dengar dia mengamuk teruk? Habis budak-budak kumpulan kau kena marah?”
“Lantaklah dia. Malas aku nak ambil tahu. Eh, hujung minggu balik kampung, nak?”
“Nak...nak!”
“Laju je kau kan? Rindu Halim la tu?”
“Pandailah kau. Rindu sangat kat atok la”
“Sangat...”
“Dah, baik siap cepat. Nanti lambat, kena denda pulak”
“Malaslah...”
“Asyik malas je kau ni. Cepatlah, hari ni Jumaat, lama rehat”
“Yelah, tuan puteri”

Selepas bersiap, Mahirah turun dulu ke dapur. Rauhah pula baru nak mandi.
===============================================
Pagi itu, Mahirah dan Rauhah tiba agak awal berbanding hari biasa. Dari jauh, Rauhah nampak kelibat Hardee yang baru sahaja memasuki Bahagian Radiologi. Rauhah tahu, Hardee nampak dia yang memandang Hardee tetapi Hardee buat tidak tahu saja.

“Kau pergilah masuk dulu, abang kau dah sampai tu”, usik Mahirah.
“Kau ni tak sudah-sudah kan? Siku kang”
“Garangnya mak tiri ni. Relaks la”
“Kau tak masuk?”
“Tunggu budak-budak grup aku”
“Tiba-tiba aku rasa semacam pulak hari ni...macam bakal gaduh besar dengan dia”
“Pulak dah. Kau tu kan berani orangnya?”
“Oklah, aku masuk dulu”

Mahirah mengangguk. Rauhah menanti di luar bilik sambil menanti teman-teman sekumpulan dengannya.

“Rauhah, apasal tak masuk lagi?”, tegur Khairun yang baru saja tiba.
“Saja tunggu korang semua”
“Semua dah ada kat dalam. Aku pergi tandas kejap tadi”
“La, ye ke?”
“Jom...tadi aku tengok doktor semacam je pandang semua orang”

Rauhah tidak membalas kata-kata Khairun kerana dia tahu sebabnya Hardee begitu.

Buka sahaja pintu, Rauhah nampak Hardee sedang berdiri di satu sudut bilik itu. Memang benar seperti dikata Khairun tadi, wajah Hardee mencuka. Sesekali Rauhah menjeling ke arah Hardee tetapi Hardee pula pandang ke tempat lain.

“Ok, kamu semua boleh mula bentangkan kertas kerja yang saya suruh kamu buat tu sekarang”

Rauhah dengan Khairun yang bertugas dalam 1 kumpulan mula menyiapkan bahan-bahan untuk dibentangkan nanti.

Hardee pula sebenarnya tidak terlalu fokus terhadap tugasan-tugasan yang sedang dia lihat sekarang. Fikirannya hanya tertumpu kepada Rauhah sahaja.

“Next!”, arah Hardee.

Rauhah dan Khairun ke depan untuk memulakan persembahan tugasan mereka. Rauhah memulakan pembentangan. Sepanjang pembentangan, Hardee asyik memandang Rauhah hingga Rauhah terpaksa melarikan diri ke belakang Khairun sesekali. Bila tersedar akan perbuatannya, Hardee cepat-cepat memandang ke arah pelajar lain.

“Sekian, terima kasih”, ucap Rauhah.
“Baiklah, lepas ni kamu semua boleh sambung belajar macam mana nak buat sinaran-X pada pesakit”, arah Hardee.
“Thanks, doc”, ucap semua pelajar serentak, tidak terkecuali Rauhah.

Sepanjang pagi itu, tidak sekalipun Rauhah dipanggil oleh Hardee untuk membantunya seperti hari-hari biasa. Rauhah terasa lebih tenang dengan keadaan itu. Senang hatinya, tidak perlu buat kerja-kerja yang tidak ada kaitan dengan praktikumnya.

“Senyap je doktor Hardee hari ni, Rauhah?”, soal teman sekumpulannya.
“Entah. Demam kot?”
“Amboi, tahu pulak dia kalau abang tersayang tu tak sihat?”, sambuk Talha yang suka mengusik itu.
“Kau nampak siku aku ni? Lama tak makan orang ni...”, balas Rauhah lalu tertawa.
“Kesian dowh, aku tengok dia hari ni. Macam hilang apa je...semalam beria-ia marah, mengamuk. Hari ni, nak bercakap pun macam tak bermaya...apahal?”, Amirul mencelah.
“Nak tahu sangat kan? Tolong tanya dia sendiri”
“Adalah dia masalah peribadi kot”, sambung Khairun lagi.

Selepas makan tengah hari bersama-sama sekumpulan, yang lelaki menuju ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, manakala yang perempuannya pula berehat-rehat di surau sementara menanti untuk solat Zuhur.

“Rah...aku rasa kan, betul-betul dia marahkan aku la”
“Aik? Baru nak sedar ke?”
“Aku ingat aku boleh kuat kalau dia tak panggil aku hari ni”
“Dia? Tak panggil kau sehari ni?”
“Yelah...marah betul dia kat aku. Ni yang aku tak gemar, nak terasa-terasa pulak dengan aku”
“Hah, manusia ni setiapnya dijadikan Allah berlainan dan ada batas-batas kesabaran masing-masing. Sekarang ni, kau dah melampau, memanglah dia terasa. Kalau kau pun, I bet you’ll be the same like him”
“Sorry...aku ni Rauhah Nazifa ok. Tak mainlah macam dia. Lembik!”
“Aku cakap sikit pun kau dah bising, kau kata tak macam dia? Kau yang langgar dia dulu tu pun kau dah melenting masih jugak kau kata tak macam dia? Dia tu dah habis sabar tau! Itupun nasib baik dia tak mengamuk depan semua orang”

Rauhah terpempan dengan kata-kata Mahirah yang baring di sebelahnya. Terasa seperti petir yang menyambar dan dia baru sedar yang Hardee juga seperti dia, manusia biasa yang tak mungkin boleh bersabar dengan segala kerenah dia selama ini.

Usai solat Zuhur, mereka kembali berkumpul di dalam bilik seperti tadi. Rauhah cuba untuk mencari masa untuk minta maaf daripada Hardee.

“Kau ni kenapa Hah? Dari tadi aku tengok macam ayam berak kapur je?”, soal Amirul.
“Kau diam kejap boleh tak? Menyibuk je”
“Tanya pun tak boleh ke?”
“Boleh tapi bukanlah sekarang”

Sedang mereka berbual-bual, Hardee melintasi mereka.

“Doktor...”, panggil Rauhah perlahan.

Hardee berhenti di sebelah Rauhah.

“Ye, ada apa?”, soal Hardee tanpa memandang Rauhah.
“Boleh saya jumpa doktor sekejap?”

Hardee membatu. Angguk tidak, geleng pun tidak, apatahlagi bersuara. Hardee masuk ke biliknya.

“Apa yang kau tercegat lagi tu Rauhah?”, tegur Talha.
“Takut pulak aku”
“Dia suruh kau masuk tu”
“Mana kau tahu?”
“Ada ke dia marah kau?”

Rauhah menggeleng lalu mengetuk pintu bilik Hardee. Terdengar suara Hardee memanggilnya masuk.

“Duduk”, arah Hardee.

Rauhah menurut perintah. Kelakuannya hari ini memang tak sama dengan kebiasaannya.

“Cakaplah apa awak nak cakap”, dalam sungguh kata-kata Hardee.
“Sa...sa...saya, n...na...nak mmm...min...tak...”
“Mintak apa?! Sejak bila awak gagap ni?”, sergah Hardee.
“Saya nak mintak maaf sebab tanya soalan macam semalam. Saya tak sengaja”
“Tak sengaja kata awak? Ikut hati panas saya ni, lama dah tangan saya ni sampai ke muka awak tau”

Sedu-sedan mula kedengaran saat Hardee mengeluarkan kata-kata tersebut. Airmata mula mengalir di pipi Rauhah. Makin lama, ianya makin deras. Terbit rasa salah di hati Hardee tika itu. Dia sendiri tak menyangka yang dia akan marahkan Rauhah sampai begitu sekali.

“Saya maafkan awak kali ini”
“Terima kasih doktor”, ucap Rauhah menahan sendu.

Baru saja hendak bangun dari kerusi, Hardee pula bersuara.

“Saya pun nak mintak maaf jugak”

Terkesima Rauhah dibuatnya, terus berhenti airmatanya yang laju mengalir macam paip pecah tadi! Dia tak pernah terbayang yang Hardee akan memintaa maaf darinya.

“Saya keluar dulu, doktor”
“Pergi basuh muka awak tu. Nanti orang ingat saya dera awak pulak”

Rauhah mengangguk.
Dan kini mata mereka bertentangan. Rauhah senyum dan dibalas Hardee.
Selama ini Hardee memang seorang yang susah untuk mengukir senyum di depan orang. Dia lebih suka untuk merenung orang yang didepannya.
===============================================
“Berseri-seri kawan aku seorang ni. Apa cerita?”
“Kau ni, dah macam diari aku pulak. Tak ada apa and everything is settled now. Lega aku, tak payah nak menghadap muka dia yang lebih masam dari cuka tu. Tak pasal-pasal aku kena marah dengan lecturers”
“Alhamdulillah, akhirnya sedar diri jugak kawan aku ni. Tapi kan, bagus jugak kau kat bawah penilaian doktor Hardee tu. kalau tak, aku tak tahulah bila kau akan berubah”
“Aku ni jahat sangat ke?”
“Aku tak kata pun kau jahat tapi, susah nak tengok kau behave macam sekarang ni. Yang tak panas baran”
“Aku pun tak tahulah kenapa aku boleh berubah tiba-tiba. Serius wei, aku takut tengok muka dia tadi. Macam nak makan orang. Kau tahu jelah dia tu, kalau tenung orang macam dia boleh tahu apa ada dalam hati orang. Bila senyum tak pandang orang”
“Wah, dah kenal half of him ke?”
“Kebetulan je aku dengan dia, kalau tak...takkan tahu jugak kan”
“Nak balik kampung bila?”
“Esok pagi-pagi. Tak menyabar kan kau ni? Halim tu tak lari kemana punya”
“I’m blushing, ok”, akui Mahirah.

Petang itu semua pulang bila jam sudah menunjukkan ke pukul 5 petang. Dari jauh Hardee memandang Rauhah yang berjalan bersama-sama dengan Mahirah.

“Balik, doktor?”, tegur Talha.
“Ha, ye...awak tak balik?”
“Tunggu Danish kejap”
“Dia On Call kan?”
“Tak jadi, mama call suruh balik cepat. Atok sakit”
“I see”

Tidak ramai yang tahu Danish itu adalah abang Talha, juga teman sekerja Hardee. Sebenarnya Talha sudah lama mengenali Hardee kerana pernah beberapa kali Hardee datang ke rumah terbuka yang diadakan keluarganya. Danish dan Hardee juga adalah bekas teman sekuliah.

“Asyiknya pandang Rauhah tu? Suka dia?”
“Ish, kamu ni...mana adalah”
“Tak payah pura-puralah. I know”
“Taklah. Saya anggap dia macam adik-adik saya je”
“Iyelah tu. Saya tahulah doktor, sayakan perempuan”

Hardee diam. Apa yang dikatakan Talha itu benar. Dia memang suka pada Rauhah sejak kali pertama melihat Rauhah.

“Oklah doc, Danish dah sampai”
“Ok...”

Benarlah kata ibu Hardee selama ini yang Hardee memang tidak pandai sembunyikan perasaan dalam hatinya. Semuanya pastikan terpancar di wajahnya.

Petang itu, dia terus pulang ke kampung kelahirannya dia Gemas. Perasaannya semakin berdebar tiapkali teringatkan Rauhah. Esok pula dia ada temujanji dengan kenalan baru yang juga cucu kepada jirannya.

Dia memang anak yang taat, tak mahu mengecilkan hati ibunya, dia cuba untuk berkenalan dengan wanita yang tak pernah dia kenal sebelum ini.
===============================================
“Lain macam abah tengok kamu malam ni? Sihat tak?”, soal Rahman.
“Hah ok jelah abah. Kenapa pulak?”
“Tiba-tiba rajin je ni?”
“Adalah dia nak apa-apa tu bah”, celah abang sulung Rauhah.
“Anak dara abah yang seorang ni, hatinya dah disentuh seseorang”, kata Mahirah.
“Tak lama lagi makan nasi minyaklah kita ye?”, sorak abang Rauhah yang paling bongsu.
“Achik ni...sibuk je kan? Cayolah cakap Rah ni ha”
“Eleh, malu pulak Adik ni. Relaks dik, kami mesti sokong je tapi nak jugak tahu siapa lelaki yang malang tu?”
“Achik!!!”, jerit Rauhah lalu mengejar abangnya itu.
“Sudah-sudahlah kamu ni. Dari kecik sampai besar asyik bergaduh je”
“Kitorang tak gaduhlah bah. Gurauan secara kasar je ni”
“Dah, cepat siap...nak keluar makan ni”
“Wah! Yelah, orang dah naik pangkat kan...”, usik abang keduanya.
“Abah dapat rezeki lebih je...berkat doa anak-anak semua”
“Tahniah bah...bolehlah belanja selalu lepas ni”, kata Mahirah.
“InsyaAllah”

Malam itu, mereka menikmati makan malam di restoran pilihan Rauhah sendiri.


“Balik ni, tidur cepat. Esok pagi-pagi nak balik rumah Tok”
“Alright, bos!”
“Thanks, abah...belanja kitorang makan sedap-sedap ni”
“Sama-sama...”

Rahman yang bertugas sebagai Penolong Pengurus selama 25 tahun telah dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Bahagian semalam. Selama 15 tahun dia tidak punya teman hidup yang sebelum ini banyak menyokong dia tika susah dan senangnya. Kebetulan semalam juga adalah tarikh ulangtahun pemergian arwah isterinya yang tersayang, Rahimah.
===============================================
“Aku tengok abah sedih je, kenapa?”
“Teringat arwah mak. Semalam kan harinya”
“La, ye ke? Aku lupa...sorry!”
“Tak ada apalah. Sedekah Al-Fatihah je. Kadang kesian aku tengok abah tu. Walaupun dia gembira kat luar, tapi dalaman dia aku tahu dia sunyi. Pernahlah kitorang suruh dia kahwin tapi dia yang beria-ia tak nak. Dia sayang arwah mak sangat-sangat. Kitorang tak kisah pun asal abah tak sunyi dan yang paling penting orang tu tahu jaga abah elok-elok”
“Tak apalah, mungkin dia tak tergerak nak kahwin sekarang kot?”
“Aku cuma nak abah gembira dengan kitorang. Aku takut kalau-kalau abah menangis pasal kitorang. Nampak je tough tu tapi touching lebih tau”
“Sempat lagi nak mengusik abah kan?’
“Aku kan suka gurau macam tu dengan dia...masa abang-abang aku kat asrama dulu, memang terasa sunyi. Bila diorang dah habis belajar, kerja...aku pulak tinggalkan abah. Hari-hari aku call abah”
“Tu sebablah kau tak terima tawaran belajar kat luar negara tu?”
“A’ah. Aku tak nak jauh dari abah. Dia dah banyak bersusah payah pasal kitorang semua selama ni”
“Kau kahwin nanti macam mana? Asyik duduk bawah ketiak abah je? Makan hati laki kau nanti”
“Aku nak letak syarat kalau nak kahwin dengan aku, mesti tahu yang aku sayang abah sangat-sangat. So, tak boleh halang aku nak jumpa abah bila-bila aku nak”
“Suka hati kau je nak bagi syarat-syarat bagai”
“Hahaha...dah, tidur. Nanti lambat bangun”
“Aku ke kau yang lambat?”

Rauhah tersengih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mencari Konklusi - 1.

Pagi itu Rauhah bangun awal kerana hari ini dia akan memulakan praktikal di Bahagian Radiologi. Selepas meneguk milo kegemaran buatan air tangannya sendiri, Rauhah keluar dari rumah dan menanti teman yang telah berjanji untuk mengambilnya di rumah. "Hello! Kau dah siap-siap ke?", soal temannya. "Aku baru je kunci pagar ha... Kau kat mana?" "Aku pun baru je keluar ni. Lagi 5 minit aku tiba...tunggu tau" "Kau lambat, siap kau...", Rauhah memberi amaran, gurauan biasa dia dan teman-temannya. 5 minit telah berlalu, bayang kereta Kancil milik temannya iaitu Mahirah tidak juga kelihatan. Selepas 1/2 jam, barulah Mahirah tiba dan dari dalam kereta lagi dia tersenyum simpul. "Kau punya 5 minit macam rumah kau kat KL je kan? Apa hal?" "Tadi, masa aku call tiba-tiba je enjin tak nak hidup. Nasib baik abang aku belum gerak lagi" "Ada je masalahnya. Dah jom gerak. Lambat nanti, tak pasal-pasal nama kita blacklist" &quo

Mencari Konklusi - 5

Sebelum masuk ke bahagian Radiologi, Rauhah dan Hardee terserempak di depan kaunter. Masing-masing terkejut sebenarnya sampaikan Rauhah pula yang tak tahu nak buat apa. "Hi!", tegur Hardee. "Assalamualaikum", ucap Rauhah perlahan tidak segalak biasa. "Wa'alaikumsalam", jawab Hardee. "Saya masuk dulu ye, doc", sambung Rauhah cuba melarikan diri dari pandangan Hardee. Hardee ke biliknya lalu duduk di kerusi. Hatinya kembali bergetar. "Hai, Rauhah? Lain macam je aku tengok kau dengan abang kesayangan tu?", tegur Khairun. "Apa yang lainnya?" "Selalu kalau jumpa macam kucing dengan anjing...tadi dah macam kau ni tikus dia tu kucing..." "Orang tengah bahagialah tu", sambung Azmil pula. "Nasib aku baik hati hari ni...kalau tak lama dah aku cincang kau tau" "Beranilah sangat kan..." "Siapa kata aku tak berani?" Sedang sibuk membuat tugasan masing-masing, Hardee sem

Mencari Konklusi - 2.

Rauhah dan teman-teman barunya seramai 3 orang bertemu semula dengan Hardee. Pelajar-pelajar lain pula dengan doktor-doktor mereka seperti yang telah diarahkan sebelum ini. Sepanjang petang itu, tidak banyak perkara yang perlu dipelajari memandangkan hari itu adalah hari paling sibuk di bilik tersebut kerana terdapat banyak kes yang melibatkan X-Ray yang perlu diselesaikan segera oleh doktor yang bertugas serta juru X-Ray yang lain. "Jadi, saya harap awak semua dah faham dengan apa yang saya terangkan hari ini. Ada apa-apa soalan setakat ini?" Masing-masing mengangguk tanda faham. "Rauhah, saya nak jumpa awak sekejap" "Oh bulan...", usik Azmil. "Diamlah...", kata Rauhah geram. Rauhah mengikut Hardee masuk kebiliknya untuk kali yang kedua. "Doktor nak apa sebenarnya ni? Kenapa doktor buat saya macam ni?", tak semena-mena Rauhah bersuara. Hardee senyum melihat gelagat Rauhah. Rauhah pelik melihat Hardee. "Ap