Langkau ke kandungan utama

Mencari Konklusi - 5

Sebelum masuk ke bahagian Radiologi, Rauhah dan Hardee terserempak di depan kaunter. Masing-masing terkejut sebenarnya sampaikan Rauhah pula yang tak tahu nak buat apa.

"Hi!", tegur Hardee.
"Assalamualaikum", ucap Rauhah perlahan tidak segalak biasa.
"Wa'alaikumsalam", jawab Hardee.
"Saya masuk dulu ye, doc", sambung Rauhah cuba melarikan diri dari pandangan Hardee.

Hardee ke biliknya lalu duduk di kerusi. Hatinya kembali bergetar.

"Hai, Rauhah? Lain macam je aku tengok kau dengan abang kesayangan tu?", tegur Khairun.
"Apa yang lainnya?"
"Selalu kalau jumpa macam kucing dengan anjing...tadi dah macam kau ni tikus dia tu kucing..."
"Orang tengah bahagialah tu", sambung Azmil pula.
"Nasib aku baik hati hari ni...kalau tak lama dah aku cincang kau tau"
"Beranilah sangat kan..."
"Siapa kata aku tak berani?"

Sedang sibuk membuat tugasan masing-masing, Hardee sempat merenung Rauhah dari kejauhan.

"Takkan tenung je?", tegur seorang jururawat yang juga rakan baik Hardee.
"Eh? Samirah...bila sampai?"
"Lama dah saya perhati doktor. Berkenan ke?"
"Ish awak ni. Pandai je..."
"Doc, saya perempuan...saya tahulah"
"Yelah tu. Sajalah nak pancing saya tu..."
"Pancing apanya. Ok lah doc, saya pergi dulu"
"Alright"
Hardee masuk ke biliknya. Itulah kali pertama dia kurang beri fokus pada kerjanya. Sekejap-sekejap dia memandang Rauhah.

"Rauhah, sekejap?", panggil Hardee.

Rauhah memandang Hardee sekilas lalu memberitahu teman sekumpulan.

"Ye, doktor?"

Hardee diam. Dia kaku di depan Rauhah. Kelu lidah nak berkata-kata.

"Doktor?", tegur Rauhah.
"Ya... Erm, tak apalah. Nanti saya panggil semula. Tiba-tiba lupa pulak apa nak cakap"

Rauhah kembali bersama-sama teman yang lain. Rauhah pelik melihat kelakuan Hardee hari itu.

"Amboi...jeling-menjeling pulak cik kak ni", tegur Mahirah.
"Ait...jangan serkap jarang..."
"Betullah aku cakap. Ye-yelah si Talha tu tegur kau dari jauh, kau buat tak tahu je aku tengok"
"Aku tak perasanlah. Kan aku tengah sibuk siapkan kerja abang kau ni..."
"Bukan abang kau ke? Wah, semakin bercahaya kalau sebut abang ye?", usik Mahirah lagi.
"Sudah-sudah le...geli telinga aku dengar. Kang dia ingat kita mengumpat dia pulak"

Hardee mendengar perbualan antara Mahirah dan Rauhah dari belakang.

"Patutlah pagi-pagi tersedak, ada orang sebut nama saya rupanya", gurau Hardee.
"Gulp!", Rauhah terkejut.
"Eh, doc...sejak bila ada kat belakang ni?"
"Adalah dalam 10 minit"
"Tak apalah, Ha...aku pergi dulu"
"La, tak apalah. Saja je saya tegur awak tadi"
"Tak ape, doc. Saya memang nak kena pergi pun"

Tinggal Hardee dan Rauhah kini. Rauhah cuba berlagak seperti biasa cuma Hardee saja yang tidak tentu arah bila berdua dengan Rauhah.

"Doktor ni, dari tadi asyik diam je kenapa? Selalu tu pantang nampak muka saya, ada je yang tak kena", ujar Rauhah.
"Erm, tak ada apa-apa. Takut nanti mengganggu pulak awak buat kerja"
"Alah doktor, semua yang saya buat pun atas arahan doktor jugak kan. Ada apa-apa yang perlu saya tolong ke?"
"Setakat ni, tak ada kot. Oklah, saya masuk bilik dulu. Kejap lagi ada meeting pulak"
"Alright"

Hardee pergi meninggalkan Rauhah. Rauhah menarik nafas sedalam yang mungkin. Dia juga sebenarnya berdebar-debar bila susuk tubuh itu dekat dengan dia. Dia pun tak pasti kenapa itu yang dia rasa.

"Eh, Hah...kau suka dia ye?", teka Talha.
"Eh? Kenapa kau cakap macam tu?", jawab Rauhah acuh tak acuh.
"Dari pandangan kau kat doktor Hardee, cara kau...nampak sesuatu"
"Tak adalah...aku biasa-biasa je. Mungkin sebab korang dah tak nampak kitorang bertekak macam selalu kot"
"Tak payah tipulah. Ye, aku bukan orang yang tahu semuanya tentang hati manusia tapi, pengalaman banyak ajar aku...eh, ok lah aku ada kerja"
"Ya...ya, ok!"

Rauhah terfikirkan kata-kata Talha tadi.

"Ah...dia saja tekalah tu...", detak hati Rauhah.

Mahirah keluar dari salah satu bilik X-Ray lalu mendapatkan Rauhah di bilik yang satu lagi. Buka saja pintu, yang ada hanya Rauhah seorang yang sedang termenung.

"Makcik...ni apahal termenung seorang ni?"
"Tak adalah...nanti aku cerita kat kau"
"Rauhah... Mahirah... nak rehat ke?", tegur Hardee.
"Ye, doktor. Kenapa? Nak pesan apa-apa ke?"
"Erm, tak apa...saja tanya"
"Atau doktor nak makan sekali dengan kitorang?", cadang Mahirah.
"Eh, tak apa ke? Nanti takut ada yang merajuk pulak"

Rauhah tersenyum.

"Hampeh betul doktor ni tau...sempat perli aku tu?", getus hati Rauhah.
"Boleh je. Jomlah join kitorang. Kalau Rauhah marah, saya cubit-cubit dia..."
"Amboi sedapnya nak mencubit orang ye cik Rah?"
"Sekejap saya nak ambil handphone"
"Wei...apehal kau ajak dia? Ada yang aku tak lalu nak makan pulak"
"Dah kenapa pulak? Suka dia ye?"
"Ke situ pulak kau...tak sedaplah dia ada sekali...nanti apa kata semua orang?"
"Lantaklah diorang nak kata apa pun. Kita makan dengan ramai orang kan... Eh, laju je dia aku ajak...dah ada tanda-tanda tu"
"Tanda apa?"
"Suka kat kau la..."
"What ever cik Rah"

Hardee keluar dari bilik dan berdiri di sebelah Rauhah.

"Ok, jom..."

Mereka berjalan didahului Hardee ke kafetaria hospital. Sesekali Rauhah ada di sebelah Hardee kerana Rauhah jenis yang selalu berjalan laju. Hampir saja Mahirah dan Hardee tertinggal di belakang.

"Makan, doktor?", tegur kakak di kafe itu.
"Ye, kak..."
"Awak pilih dulu...saya cari tempat duduk", kata Hardee pada Rauhah.
"Ok, doktor", jawab Rauhah dengan pandangan yang pelik.

Sementara Hardee mencari tempat duduk, Rauhah dan Mahirah memilih makanan.

"Apasal aku tengok doktor Hardee tu semacam je ni Rah?"
"Entahlah, aku pun pelik jugak. Tapi aku rasa dia tu nak baik dengan kau...sebab dia suka kau"
"Kau ni, takde lain kan? Aku risaulah...aku lagi rela macam dulu so no heart feeling"
"Bersyukurlah. Dia asyik panggil pun kau stres, ni dah takde...ok kan"
"Kadang aku rasa dia tu semacam dan sesuatu je"
"Relaks...tak ada apa kot"

Rauhah dan Mahirah ke meja tempat Hardee duduk. Rauhah kurang selesa sebenarnya makan tengah hari dengan orang yang menjadi penilainya. Mahirah kelihatan seperti biasa dan ramah seperti selalu.

"Kenapa tak makan, Rauhah?", soal Hardee yang baru hendak menyuap nasi ke mulut.
"Dia segan, doktor. Dulu marah-marah ye...", usik Mahirah.

Rauhah mencubit peha Mahirah.

"Auch!", jerit Mahirah perlahan.
"Kenapa? Ada lipas ke?", soal Hardee, terkejut.
"Eh, taklah doktor. Ada nyamuk hitam pakai tudung main cubit-cubit orang ni ha"

Hardee memandang Rauhah bila dia tersedar dia sedang dipermainkan. Mereka berdua saling tersenyum.

"Makanlah...ke awak tak sudi saya makan sekali dengan awak?"
"Eh...tak apa, doktor. Saya dengan Mahirah ok je ni. Ye, saya makan"

Terdetik rasa bersalah di hati Rauhah. Sudah sebulan dia marahkan lelaki itu tapi kini mereka makan semeja pula. Sesekali Rauhah mencuri pandang ke arah Hardee.

"Oklah, Rauhah...Mahirah. I've got to go now, meeting dah nak mula. Jumpa lagi nanti"

"Ok, doc!", jawab Mahirah.

Mata Rauhah mengikut Hardee pergi sampai bayang tubuh lelaki itu juga hilang dari pandangan.

"Amboi! Pandang orang tak berkelip. Kau apahal makcik?"
"Kau ni, suka serkap jarang kan. Aku pandang orang lain la..."
"Kau ingat aku baru kenal kau tadi eh? Ingat aku percaya kau cakap?"
"Yelah cik Rah. Kau kan bayang-bayang aku 24 jam"
"Hahaha...melampau la tu. Aku tengok kau orang ni kan asyik pandang-pandang jeling-jeling, apahal?"
"Itupun kau perasan eh"
"Mestilah perasan...tadi kata kembar?"
"Serius aku pun tak tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku sekarang. Tapi aku perasan sejak pagi-pagi tadi, dia memang semacam. Lepas dah baik ni, menjadi-jadi pulak dia sekarang"
"Akhirnya, buku bertemu ruas jugak, kan?"
"Tak sudah-sudah perli aku...kan?"

Selesai tugasan di hospital, Rauhah dan Mahie\rah berjalan kaki ke kereta milik Rauhah.

"Nak balik ke?", tegur seseorang dari belakang.
"Eh, doktor Hardee...a'ah, kitorang nak balik. Doktor tak balik ke?"
"Saya pun memang nak balik pun tapi tengah tunggu doktor Danish"
"Oh, ok..."
"Rumah awak berdua kat mana?"
"Dekat je..."
"Doktor?"
"Saya kat jalan nak ke PD"

Rauhah dan Mahirah mengangguk tanda faham.

"Masa nilah dia petah bercakap, selalu tu macam ada emas dalam mulut...peramah semacam ni apahal?", soal Rauhah berbisik.
"Aku pun keliru dengan dia la...Hah"
"Eh, oklah...saya balik dulu. Jumpa esok"
"Ok, doc! Careful!", pesan Rauhah dan Mahirah serentak.

===============================================

"Rah, kau ada kerja tak?"
"Kenapa?"
"Kau tahu tak nak buat benda alah ni?"
"Hai? Sejak bila kena buat kerja ni kat rumah?"
"Walaupun aku dah berbaik-baik dengan dia, aku kena jugak buat kerja-kerja lain"
"La...apahal?"
"Entahlah...sebelum balik sempat pesan lagi...esok nak tengok"
"Ok, aku cuba tolong tapi kalau tak boleh, sambung esok?"

Rauhah mengangguk.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hanya Dia - 10

Habis saja kelas, Adlin ke pondok bacaan sementara menunggu Adilla datang menjemput. Adlian mengambil kesempatan untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah yang cikgu beri tadi. "Eleh, buat kerja sekolah konon!", perli seorang kawan kelas Adlin. Adlin diam. Malas nak campur. "Korang ni kalau tak usik Adlin sehari, tak senang hidup eh?", sergah Aqilah. "Yang kau nak backing si Adlin ni apahal? Ada aku kacau hidup kau ke?", jawab Salina. "Dah lah Aqilah. Duduk je...", Adlin akhirnya bersuara. "Ok, senang cerita aku straight to the point je. Aku nak ingatkan kau Adlin, jangan cuba-cuba nak main api dengan aku", Salina memberi amaran. "Aku ada buat apa sebenarnya dekat kau sampai kau tak puas hati macam ni?", soal Adlin. "Buat-buat tak tahu pulak minah saleh celup ni", celah Samirah. Adlin bingung. Dia betul-betul tidak faham apakah maksud Salina dan temannya, Samirah. "Nama je pandai, benda senang macam ni

Mencari Konklusi - 2.

Rauhah dan teman-teman barunya seramai 3 orang bertemu semula dengan Hardee. Pelajar-pelajar lain pula dengan doktor-doktor mereka seperti yang telah diarahkan sebelum ini. Sepanjang petang itu, tidak banyak perkara yang perlu dipelajari memandangkan hari itu adalah hari paling sibuk di bilik tersebut kerana terdapat banyak kes yang melibatkan X-Ray yang perlu diselesaikan segera oleh doktor yang bertugas serta juru X-Ray yang lain. "Jadi, saya harap awak semua dah faham dengan apa yang saya terangkan hari ini. Ada apa-apa soalan setakat ini?" Masing-masing mengangguk tanda faham. "Rauhah, saya nak jumpa awak sekejap" "Oh bulan...", usik Azmil. "Diamlah...", kata Rauhah geram. Rauhah mengikut Hardee masuk kebiliknya untuk kali yang kedua. "Doktor nak apa sebenarnya ni? Kenapa doktor buat saya macam ni?", tak semena-mena Rauhah bersuara. Hardee senyum melihat gelagat Rauhah. Rauhah pelik melihat Hardee. "Ap