Langkau ke kandungan utama

Hanya Dia - 9.

"Jom turun, Uncle?", ajak Ameer.
"Ameer turun dululah...Uncle ingat nak rest kejap"
"Ok then. Ameer turun dulu"

Imran mengangguk lalu ke balkoni melihat-lihat pemandangan di luar. Dia suka melihat matahari yang terbenam waktu senja dan segera mengambil kamera kesayangannya. Puas hatinya bila dia dapat mengambil gambar-gambar itu semua.

"Takkan ambil gambar pemandangan je?", tegur seseorang di balkoni sebelah biliknya.
"Eh? Ingat suara siapa tadi", jawab Imran yang masih memegang kamera kesayangannya sambil memandang ke arah Imelda di sebelah.
"Tak turun dengan Ameer tadi?", soal Imelda.
"Ingat nak rehat kejap...lupa yang dah hampir senja. Itu yang capture gambar sekejap...awak tak turun?"
"Kejap lagi kot"

Imran mengangguk tanda faham. Sesekali bila Imelda memandang ke arah yang lain, Imran cepat-cepat mengambil peluang dan merakam gambar Imelda.

"Oklah awak...saya masuk dulu. Dah Maghrib ni", kata Imelda.
"Ya...ok!"

Serentak dengan itu, Ameer pun masuk ke dalam bilik. Mereka bersiap-siap untuk menunaikan fardhu Maghrib berjemaah. Malam itu mereka makan malam di restoran hotel.

"Nanti lepas makan, kita jalan-jalan dekat tepi pantai eh?", cadang Adlin.
&&&&&&&&&&
Pagi itu seluruh ahli keluarga Farid dan Faridah awal-awal lagi sudah bangun. Adlin, Ameer dan Aimy sudah berjanji untuk sama-sama mandi di kolam renang hotel sebelum mereka pulang tengah hari ini.

"Kak Aimy tak nak join Ad mandi ke?"
"Kejap, ada call masuk"

Adlin yang tadinya teruja hendak membasahkan diri di dalam kolam dewasa itu hanya bermain-main dengan air. Sejak dia bertemu Aimy semalam, dia perasan akan perubahan pada kakak sepupunya itu.

"Uncle senang-senang, datanglah Bangi ye?", jemput Ameer bila mereka sudah berada di lobi hotel.
"InsyaAllah"
"Oklah Ameer, Uncle gerak dululah..."
"Ok. Ude kata, hati-hati...", bisik Ameer sambil memandang Imelda yang tidak jauh dari mereka.

Imran tersenyum memandang Imelda dan masuk ke dalam keretanya.

"Amboi cik Imelda ni...tak berkelip memandang, nampak?", usik Ameer.
"Mulalah abang Ameer tu kan?", kata Adlin.
"What?"
"Awak berdua ni kan...dah jom masuk kereta, nanti lambat pulak sampai rumah", tegur Humairah.

Sepanjang perjalanan pulang, Imelda terbuai dengan lamunannya sendiri. Tidak pernah dia terbayangkan yang dia akan bertemankan Imran. Pernah dia bencikan lelaki itu dulu, terlalu bencikan Imran. Tapi, kuasa Allah tak siapa mampu menidakkan.

Sampai di rumah, Imelda terus ke biliknya. Penat masih terasa sejak sebelum majlis Pertunangan Ibtisam dulu. Sekarang, dia sudah boleh melepaskan lelahnya setelah sekian lama.

"Im, keluar kejap...mama dengan papa ada hal nak bincang ni"

Imelda yang masih keletihan, bangun juga dan membuka pintu biliknya.

"Masuklah, mama...papa", jemput Imelda.
"Semalam Imran ada beritahu mama dengan papa. Dalam seminggu dua ni dia akan datang dengan keluarga dia untuk masuk meminang", papa memulakan bicara.

Imelda bingung. Buntu. Macam-macam yang dia rasakan sekarang. Tak sempat nak rehat panjang, sampai lagi berita terbaru. Dia duduk antara mama dengan papa. Dia cuba ambil semangat mama dan papa.

"Takkan secepat ini?", soal Imelda.
"Mama tahu semua ni macam tergesa-gesa tapi mama dan papa dah bincang habis-habis. Mama rasa dah tiba masanya. Lagipun dah lama korang berkenalan"
"Kalau dah macam tu, Im ikut je..."

Imelda dah tak mampu nak menolak permintaan mama dan papanya. Selama ini apa yang dibuat mama dan papa, dia selalu yakin dan tahu itu semua yang terbaik untuk dia. Teringat dia pada seorang penceramah satu ketika dulu yang menyebut tentang 'Manisnya Cinta Selepas Berkahwin'. Lagi-lagi perhubungan ini sudah lama direstui kedua orangtua dia dan Imran.

Pernah juga teman rapatnya berpesan, 'Jodoh Kita Dekat Dengan Kita Sebenarnya...' Dulu waktu dia dengan bekas kekasihnya, dia terlalu memberikan kasih dan sayangnya pada lelaki itu hingga dia lupakan keluarga dan teman-teman lain. Hinggalah satu hari, dia dikejutkan dengan berita kecurangan temannya itu. Sudahlah begitu, lelaki itu curang dengan teman baik Imelda sendiri.

Hancur luluh hati Imelda tika melihat kemesraan antara teman lelakinya dan teman baiknya. Kalau diikutkan hati, sudah lama dia hendak menyerang mereka berdua tapi ditenangkan sahabat baiknya Alyana yang kebetulan menemaninya ke satu tempat waktu itu.

"Macam mana Im? Mama dengan papa tanya, dia boleh termenung?"
"Ok, Im ikut je. Cuma nanti Im akan bincang dengan Imran dan minta dia datang minggu depan"
"Baiklah kalau macam tu. Yang penting mama dengan papa harap Im gembira. Kami dah penat tengok Im sedih macam dulu-dulu"
"Thanks mama, papa. Kalau bukan mama dengan papa yang bagi kekuatan pada Im, mungkin Im takkan setabah sekarang. Im bersyukur dapat mama dengan papa macam ni. Selalu ada untuk Im"

Mama dan papa sama-sama memeluk Imelda erat. Sejak Imelda putus kasih dulu sampailah sekarang, kedua insan mulia inilah yang selalu di sisi Imelda. Mereka terlalu sayangkan anak-anak mereka. Sejak kecil, apa saja yang dimahu anak-anak, pasti akan diadakan.

Malam itu Imelda berbual-bual dengan Imran di telefon. Banyak juga yang dibualkan mereka hingga tidak sedar sudah lewat pagi.

"Awak tak kerja ke esok?", soal Imelda.
"Kerjalah...kenapa? Awak dah mengantuk?"
"Biasa saya tidur pukul 12 ke atas..."
"Eloklah tu tidur lambat-lambat...", perli Imran.
"Dah biasa, awak. Lainlah kalau dah mengantuk sangat, awak call pun saya takkan dengar"
"Awak tak penat ke?"
"Taklah. Bukan buat apa pun...awak tu, kalau sakit siapa nak ubat?"
"Awak kan ada..."
"Setakat suruh makan ubat, mama dengan papa awak boleh suruh. Saya ni boleh buat apa je"
"Semangat awak yang akan ubatkan saya..."

Imelda terdiam. Banyak lagi yang Imran tak tahu tentang diri dia sepanjang mereka tidak berjumpa.

"Saya ada salah cakap ke?", Imran tidak mahu melukakan hati Imelda lagi.
"Eh, taklah. Tiba-tiba teringat kawan..."
"Kawan manalah agaknya tu ye", Imran cuba menduga.
"Aly..."
"Oh...ingat lelaki"
"I smell someone is jealous", usik Imelda.
"Mestilah, awak kan saya punya"
"Awak ni...belum sah, bukan awak punya. Mama dengan papa saya punya la..."
"Oh, dah pandai jawab sekarang ye? Tak apa, siap dia nanti..."
"Awak nak buat apa?", Imelda dan Imran tenggelam dalam gelak tawa masing-masing.

Imelda dan Imran sama-sama diam.

"Awak...tadi mama dengan papa cakap awak dengan family awak nak datang ye?", soal Imelda lepas masing-masing senyap.
"InsyaAllah"
"Bagi saya masa sikit boleh?"
"Kenapa? Tak sudi terima kedatangan kami semua ke?"
"Bukanlah...bagi saya ruang untuk bernafas kejap. Penat tak hilang lagi sejak Ibtisam bertunang... Tak lama, kejap je. Seminggu ni je"
"InsyaAllah. Boleh..."
"Saya bukan apa, banyak sangat benda yang jadi sampai saya terasa lelah..."
"Saya faham dan saya harap tak lamalah saya tunggu awak..."
"Kalau dulu awak boleh tunggu sampai ke hari ini, saya yakin awak mesti mampu tunggu lagi seminggu..."
"Kalau ikut hati, esok jugak saya datang"
"Awak jangan buat kerja gila..."
"Mama dengan papa lagi suka saya cepat-cepat. Katanya nak sambut menantu kesayangan"
"Pandailah awak... Sebenarnya saya masih tak sangka yang awak dengan saya?"
"Ini semua kerja Allah kan. Saya pun tak percaya yang bakal isteri saya adalah teman gaduh masa kecil dulu"
"Kan? Dulu pantang jumpa, gaduh. Saya tak tahu kenapa awak suka sangat usik saya. Nasib baik saya tak cengeng..."
"Itulah, awak tu ganas sangat. Baru usik sikit dah tumbuk-tumbuk orang... Tapi saya suka"
"Awak...itu dululah. Saya rasa saya perlu pertahankan diri saya tu sebab saya suka tumbuk orang kot"
"Pandai jaga diri ye... Awak, dah lah...pergilah tidur. Tak elok tidur lambat-lambat"
"Iyelah wahai doktor... Kalau ada masa, sebelum awak datang sini kita jumpa..."
"InsyaAllah"
&&&&&&&&&&
Pagi itu Imran seperti biasa melihat pesakit di bawah jagaannya. Tidak banyak yang berubah 2-3 hari ini tetapi dia masih mencuba dengan sedaya upayanya untuk merawat pesakit-pesakitnya.

Imelda pula sejak pagi sudah mula bermesyuarat dengan para pekerjanya. Dan bulan depan adalah bulan yang paling sibuk untuk dia dan semua staf di syarikatnya. Mereka akan mengadakan lawatan di sekolah-sekolah terpilih di seluruh negara hingga 2 bulan berikutnya.

Banyak yang perlu dia dan semua staf syarikat siapkan memandangkan hari sudah semakin dekat.

"Cik Im, lunch nanti dengan lembaga pengarah TTMC ye", Hani mengingatkan.
"Oh, thanks Hani. Nasib baik awak ingatkan saya..."
"Saya yang kena pergi dengan cik Im hari ni"
"Oh ye ke? Alamak...sibuk sangat sejak masuk tadi, sampai lupa P.A. kesayangan saya ni"
"Cik Im ni...sempat pulak melawak"
"Betullah saya cakap. Awak tak ada, saya susah...kelam kabut dibuatnya"
"Cik Im ada dengar pasal Rahim?"
"Aah...saya lupa nak tanya kawan saya tu..."
"Sibuk dating ye?", usik Hani.
"Manalah ada sempatnya. Semalam ke kenduri sebelah adik ipar pulak..."
"Apa kata lepas lunch kita jenguk dia?"
"Ok jugak tu. Nanti saya beritahu orang lain yang nak ikut kita pergi?"
&&&&&&&&&&
"Apa ni Idham?", marah Aimy yang masih berusaha melepaskan genggaman tangannya.
"I nak you ikut I sekarang jugak!", arah lelaki itu yang masih memegang kuat tangan Aimy.
"Kenapa I nak kena ikut cakap you?", getus Aimy lagi.

Aimy cuba menarik tangannya dan kali ini dia berjaya melepaskan diri. Ameer yang melihat dari jauh berlari anak mendapatkan kakaknya.

"Kenapa ni kakak?"

Aimy tak punya daya untuk bercerita lagi. Hanya airmata saja yang mampu mentafsirkan keadaan dirinya tika itu. Lelaki tadi yang memaksa Aimy masih tercegat di tempat yang sama. Ameer cuba untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan. Banyak mata yang memandang dia dan kakaknya.

"Ada apa sebenarnya ni Idham?", soal Ameer.
"Kau jangan sibuklah...ini antara aku dengan kakak kau je"
"Dia ni kakak aku dan aku perlu tahu apa jadi dengan dia"
"Kau diamlah Ameer...!", marah lelaki yang bernama Idham itu.
"Tak jantanlah kalau pukul perempuan", cabar Ameer.

Kawan-kawan Ameer cuba meleraikan pergaduhan tersebut tetapi dihalang Ameer. Belum sempat Ameer dipukul, tangan Ameer lebih pantas menangkap tangan Idham. Keadaan mulai kecoh bila mereka mula bergasak di tengah-tengah orangramai.
&&&&&&&&&&
"Ameer ingat Ameer tu dah besar sangat nak pukul-pukul orang?", soal Farid, serius.

Ameer tunduk tanpa sedikitpun cuba untuk mendongak. Aimy pula sejak pulang asyik menangis dan menangis.

"Apa sebenarnya yang jadi ni Aimy?", soal Faridah pula.

Aimy masih tersedu-sedan. Dia tahu semua yang jadi adalah silapnya. Aimy memulakan bicara sambil menahan sedu. Sesekali airmatanya tertumpah. Berkali-kali juga dia memohon ampun dari kedua orangtuanya, datuk dan nenek serta adiknya yang tersayang itu.

"Selama ni, Ummi dengan Abi tengok je perangai Aimy. Ummi ingat Ummi dah bagi kebebasan yang secukupnya pada Aimy, tapi Aimy ranapkan segala kepercayaan Ummi pada Aimy. Kenapa Aimy buat Ummi dengan Abi macam ni? Apa salah Ummi pada Aimy?", akhirnya Humairah bersuara sambil menangis.

"Along...dah tu, bangun...bangun.... Kenapa nak menangis sampai macam ni sekali? Sepatutnya kita bersyukur sebab Aimy belum sempat terjebak lagi dengan hal-hal yang lebih teruk. At least Aimy mengaku dia silap...sudah tu...", pujuk mama.

"Ummi, Aimy mintak maaf sangat-sangat. Aimy tak sengaja buat semua ni", Aimy melutut di kaki Humairah.
"Abi faham kenapa Aimy macam ni. Cuma, Aimy bagilah masa pada Ummi...dan tolong ingat, jangan ulang perkara yang sama. Tolong faham yang kami semua sayangkan Aimy"

Petang itu Imelda pulang awal selepas dihubungi Humairah tadi.

"Aimy...", panggil Imelda yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah.

Aimy perlahan-lahan berjalan ke arah ibu saudaranya itu.

"Cerita dengan Ude, apa jadi sebenarnya?", soal Imelda tegas.
"Im...Im kan baru balik, rehatlah dulu...nanti-nanti je tanya Aimy tu", tegur papa.
"Im tak penat sangat...tak apa, biar Im je yang selesaikan masalah Aimy"

Kini yang tinggal hanya Aimy dan Imelda. Aimy masih lagi tersedu-sedan menahan tangis. Imelda tak suka melihat Aimy menangis.

"Macam-macam Ude dengar pasal Aimy. Aimy lupa? Kawan Jidi ada kat kolej Aimy belajar tu? Apa-apa jadi semuanya kami tahu dulu... Apa sebenarnya yang jadi ni? Siapa Idham?"

Aimy terkedu. Tak ada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulutnya. Imelda kalau diikutkan perasaannya, lama dah tangan dia singgah ke pipi Aimy tapi dia tak mahu buat begitu. Aimy sudah besar sekarang. Bukan lagi anak kecil yang boleh digendong ke sana ke mari tiapkali menangis. Aimy sudah remaja depan matanya kini. Sudah boleh dibuat teman berkongsi susah dan senang bersama.

"Aimy...tak lupa semua tu. Tapi Aimy akui semuanya silap Aimy. Kalau Aimy tak ikut kata hati Aimy, semua ni mesti takkan jadi"
"Siapa Idham?", soal Imelda sekali lagi.
"Kawan sekelas Aimy"
"Kenapa dia paksa-paksa Aimy tadi?"

Aimy terkejut mendengar. Dia tidak menyangka setiap satu peristiwa yang jadi pada diri dia selama ini diketahui Imelda. Dia yakin tiada siapa yang diupah menjadi penyiasat upahan keluarganya.

"Aimy baru tahu dia sebenarnya orang yang tak baik. Selama ni, Aimy ingat dialah lelaki yang paling Aimy sayang tapi Aimy silap..."
"Jadi, sekarang ni apa yang perlu Aimy buat?"
"Aimy akan cakap dengan dia elok-elok. Dah ramai yang ingatkan Aimy pasal dia termasuklah Ameer tapi Aimy yang degil. Aimy minta maaf, Ude", airmata Aimy kembali laju mengalir.

Imelda menyapu-nyapu bahu anak buah sulungnya itu. Dia sangat sayangkan ketiga-tiga anak buahnya hingga sanggup lakukan apa saja untuk mereka. Dan sejak kecil lagi Imelda tegas dengan mereka dan disebabkan itulah kakak dan abang serta ipar duai Imelda tidak teragak-agak untuk membiarkan Imelda menjaga anak-anak mereka.

"Macam ni jelah... Aimy biar keadaan tenang sekejap. Pasal Idham tu, biar Ude je yang fikir macam mana nak selesaikan. Aimy muda lagi, Idham pun sama. Ude pernah lalui apa yang Aimy sedang hadapi sekarang. Jadi Ude harap apa yang Ummi, Abi, Jidi dengan Jiddah cakap, Aimy kena selalu ingat. Kalaulah kami semua tak sayangkan Aimy, ambil tahu pun kami tak mahu tau... Tolong ingat pesan Abi dengan Ummi. Kasihan pada diorang. Tak baik lukakan hati Ummi, kan?"

Aimy mengangguk berkali-kali. Dia menyesali apa yang telah berlaku. Kerana dia, Ameer dimarah datuk mereka. Sebab Aimy, Ameer bergaduh dengan lelaki yang pernah dia sayang... Jauh di sudut hati Aimy, dia bersyukur kerana tersedar lebih awal. Kalau tidak, mungkin dia sendiri tak tahu bagaimana keadaan dia sekarang.

Imran yang baru selesai melakukan satu pembedahan ke atas pesakitnya, melepaskan lelah di surau selepas solat Maghrib. Hari ini sekali lagi dia pulang lewat walaupun tidak ada 'On Call'. Pembedahan tersebut yang mengambil masa lebih 6 jam yang membuatkan Imran terpaksa pulang lambat. Adakala dia terfikir, andai sudah berumahtangga nanti, bagaimanakah dia nanti? Dia yakin Imelda pasti faham dengan kerjayanya sebagai seorang doktor.
&&&&&&&&&&
Pulang dari hospital, Imran mandi dan berehat di biliknya. Ingatan kembali kepada Imelda. Dia sudah jatuh cinta kembali rupa-rupanya. Tapi keadaan sekarang dengan yang dulu adalah sesuatu yang sangat berbeza. Dulu dia hampir kecundang kerana cinta. Dia yang dulu tak sama dengan dia yang kini.

Cinta yang dibina selama 3 tahun akhirnya berkubur bersama-sama insan yang dia cintai itu. Jodoh mereka tidak panjang bilamana wanita yang dipanggil Kamelia itu meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Terduduk Imran menerima perkhabaran tersebut. Luluh hatinya kala itu. Agak lama juga dia cuba menerima kenyataan yang kekasihnya itu takkan kembali padanya lagi sampai bila-bila.

Dan kini bila dia sudah punya cinta hati yang baru, dia sebenarnya masih trauma dengan peristiwa lalu. Tetapi bila dia selalu diingatkan yang jodoh pertemuan dan maut itu semua kerja Tuhan Yang Satu, dia kembali muhasabah diri. Dia perlu sedar walaupun dia sudah berkahwin dengan Imelda, bila-bila masa juga mereka akan berpisah dek kerana ketentuan Allah.

"Im, turun makan...", panggil mama Imran.

Imran tersedar dari lamunan yang panjang lalu bangun dari sofa di biliknya. Berlari-lari anak Imran menuju ke dapur.

"Im ni, dah nak jadi suami orang pun perangai masih macam anak-anak lagi...", tegur mama lagi.
"Sesekali je ma...bau masakan mama dari atas buat perut Im menyanyi-nyanyi dah ni..."
"Long dengan papa mana ma?"
"Papa dengan mummy kamu la...Long ada kerja katanya kat pejabat lagi"
"Oh...kita berdua lagilah yang tinggal malam ni ye?"
"As usual", jawab Mariya.

Sejak Imran berusia 12 tahun, papanya berkahwin kali kedua dengan izin mamanya. Pada permulaannya, mereka sekeluarga agak terasa hati dengan tindakan papanya tapi lama-kelamaan, mereka terima berita itu dengan hati yang terbuka. Mamanya juga akhirnya dengan senang hati cuba menerima madunya. Hingga sekarang hubungan antara mama dan ibu tiri yang dipanggil Mummy itu masih baik dan rapat. Adik-adik tiri Imran juga rapat dengan dia dan abangnya, Amran.
&&&&&&&&&&
"Aimy, makan jom", ajak Humairah.
"Aimy belum lapar lagi"
"Dari tadi Aimy belum makan..."

Aimy diam. Humairah juga senyap. Lalu Humairah keluar dari biliknya. Imelda pula datang memujuk. Imelda duduk di sebelah Aimy yang asyik termenung.

"Aimy kenapa tak nak makan?"
"Sebab Aimy belum lapar"
"Atau Aimy marah dengan siapa-siapa dalam rumah ni?"
"Kenapa Aimy nak marah pulak?"
"Manalah tahu kan. Aimy tak suka cara Jidi, Ude marah-marah Aimy?"
"Ude, tak ada sebab Aimy nak marah orang dalam rumah ni. Aimy perlukan masa untuk seorang diri..."
"Ok,  kalau macam tu Ude takkan kacau Aimy. Kalau ada apa-apa, panggil Ude?"

Aimy mengangguk. Sejak peristiwa tengah hari tadi, Aimy hilang upaya untuk bersuara lagi. Dia selalu rasa diri dia terlalu bodoh kerana percayakan lelaki yang bernama Idham itu. Idham memang terkenal di kalangan teman-teman sekolej dan apabila Idham ingin berkawan dengannya, Aimy terasa sungguh bahagia dan gembira walaupun dah banyak cerita-cerita yang tak enak didengarnya sebelum itu.

Kononnya niat asal Aimy ingin mengubah perlakuan Idham tapi sebaliknya pula yang jadi. Biarpun Aimy masih sempat mengelak dari diperlakukan dengan begitu hebat, Aimy tetap berasa bersalah dengan seluruh keluarganya.

"Masuklah...pintu tak kunci", kata Aimy bila pintu bilik diketuk.
"Aimy...?", panggil Hathim.
"Abi...", jawab Aimy lalu menangis semula.

Aimy menangis dalam pelukan Abinya. Teresak-esak dia seolah-olah ingin meluahkan semua yang terbuku di hatinya selama ini. Selama ini pun andai dia ada masalah, dengan Abinya yang dia akan berjumpa. Bukanlah Umminya tidak boleh memujuk hatinya tetapi sejak kecil lagi, Abi adalah orang yang tahu memanjakan dia.

"Jom, makan...semua orang tengah tunggu Aimy tu", pujuk Hathim lagi.
"Aimy...minta maaf..."
"Sudahlah. Semua orang tahu dan dah maafkan pun. Setiap orang pernah buat salah. Tak terkecuali Aimy. Jadikan semua ni sebagai pengajaran dan pengalaman hidup. Lepas ni kalau-kalau AImy ditakdirkan untuk berjumpa dengan insan yang lebih teruk lagi, Aimy dah ada pengalaman kan?"
"Tapi, Aimy malu...Abi"
"Tak apa, malu itu anugerah. Kalau Aimy malu, maknanya Aimy betul-betul dah sedar yang Aimy sepatutnya lebih berhati-hati...dah, jom turun makan. Kesian Jidi dengan Jiddah tengah lapar kat bawah tu"

Abinya menemani Aimy mencuci muka di bilik air lalu mereka turun sama-sama ke meja makan.

"Tengok tu, dengan Abi je dia nak", kata Humairah.
"Sama macam Ude dia jugak", celah mama.

Mereka semua gelak mendengar. Itulah kenyataannya. Kebanyakkan perangai Imelda dan Aimy lebih kurang saja. Cuma Aimy lebih lembut dan sesekali lemah bila berdepan dengan sesuatu masalah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hanya Dia - 10

Habis saja kelas, Adlin ke pondok bacaan sementara menunggu Adilla datang menjemput. Adlian mengambil kesempatan untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah yang cikgu beri tadi. "Eleh, buat kerja sekolah konon!", perli seorang kawan kelas Adlin. Adlin diam. Malas nak campur. "Korang ni kalau tak usik Adlin sehari, tak senang hidup eh?", sergah Aqilah. "Yang kau nak backing si Adlin ni apahal? Ada aku kacau hidup kau ke?", jawab Salina. "Dah lah Aqilah. Duduk je...", Adlin akhirnya bersuara. "Ok, senang cerita aku straight to the point je. Aku nak ingatkan kau Adlin, jangan cuba-cuba nak main api dengan aku", Salina memberi amaran. "Aku ada buat apa sebenarnya dekat kau sampai kau tak puas hati macam ni?", soal Adlin. "Buat-buat tak tahu pulak minah saleh celup ni", celah Samirah. Adlin bingung. Dia betul-betul tidak faham apakah maksud Salina dan temannya, Samirah. "Nama je pandai, benda senang macam ni

Mencari Konklusi - 5

Sebelum masuk ke bahagian Radiologi, Rauhah dan Hardee terserempak di depan kaunter. Masing-masing terkejut sebenarnya sampaikan Rauhah pula yang tak tahu nak buat apa. "Hi!", tegur Hardee. "Assalamualaikum", ucap Rauhah perlahan tidak segalak biasa. "Wa'alaikumsalam", jawab Hardee. "Saya masuk dulu ye, doc", sambung Rauhah cuba melarikan diri dari pandangan Hardee. Hardee ke biliknya lalu duduk di kerusi. Hatinya kembali bergetar. "Hai, Rauhah? Lain macam je aku tengok kau dengan abang kesayangan tu?", tegur Khairun. "Apa yang lainnya?" "Selalu kalau jumpa macam kucing dengan anjing...tadi dah macam kau ni tikus dia tu kucing..." "Orang tengah bahagialah tu", sambung Azmil pula. "Nasib aku baik hati hari ni...kalau tak lama dah aku cincang kau tau" "Beranilah sangat kan..." "Siapa kata aku tak berani?" Sedang sibuk membuat tugasan masing-masing, Hardee sem

Mencari Konklusi - 2.

Rauhah dan teman-teman barunya seramai 3 orang bertemu semula dengan Hardee. Pelajar-pelajar lain pula dengan doktor-doktor mereka seperti yang telah diarahkan sebelum ini. Sepanjang petang itu, tidak banyak perkara yang perlu dipelajari memandangkan hari itu adalah hari paling sibuk di bilik tersebut kerana terdapat banyak kes yang melibatkan X-Ray yang perlu diselesaikan segera oleh doktor yang bertugas serta juru X-Ray yang lain. "Jadi, saya harap awak semua dah faham dengan apa yang saya terangkan hari ini. Ada apa-apa soalan setakat ini?" Masing-masing mengangguk tanda faham. "Rauhah, saya nak jumpa awak sekejap" "Oh bulan...", usik Azmil. "Diamlah...", kata Rauhah geram. Rauhah mengikut Hardee masuk kebiliknya untuk kali yang kedua. "Doktor nak apa sebenarnya ni? Kenapa doktor buat saya macam ni?", tak semena-mena Rauhah bersuara. Hardee senyum melihat gelagat Rauhah. Rauhah pelik melihat Hardee. "Ap