Rauhah dan teman-teman barunya seramai 3 orang bertemu semula dengan Hardee. Pelajar-pelajar lain pula dengan doktor-doktor mereka seperti yang telah diarahkan sebelum ini.
Sepanjang petang itu, tidak banyak perkara yang perlu dipelajari memandangkan hari itu adalah hari paling sibuk di bilik tersebut kerana terdapat banyak kes yang melibatkan X-Ray yang perlu diselesaikan segera oleh doktor yang bertugas serta juru X-Ray yang lain.
"Jadi, saya harap awak semua dah faham dengan apa yang saya terangkan hari ini. Ada apa-apa soalan setakat ini?"
Masing-masing mengangguk tanda faham.
"Rauhah, saya nak jumpa awak sekejap"
"Oh bulan...", usik Azmil.
"Diamlah...", kata Rauhah geram.
Rauhah mengikut Hardee masuk kebiliknya untuk kali yang kedua.
"Doktor nak apa sebenarnya ni? Kenapa doktor buat saya macam ni?", tak semena-mena Rauhah bersuara.
Hardee senyum melihat gelagat Rauhah.
Rauhah pelik melihat Hardee.
"Apa yang saya buat? Saya panggil awak sebab nak mintak awak tolong saya ambilkan hasil ujian X-Ray dari encik Azmi kat bilik no. 5"
Merah padam muka Rauhah mendengar jawapan Hardee lalu keluar meninggalkan bilik tersebut menuju ke bilik yang dikatakan Hardee tadi. Sapaan kawan-kawan juga tidak dipedulikan Rauhah.
Sekembalinya Rauhah dari bilik X-Ray itu, dia membawa laporan ujian yang diminta Hardee. Hardee tersenyum melihat Rauhah tetapi Rauhah tidak pedulikan semua itu.
"Awak marah?", soal Hardee.
"Doktor ingat saya suka dengan semua yang jadi pada saya sehari ni?"
Hardee terdiam dan senyumannya tadi bertukar kepada wajah yang serius. Dia tahu andai dipancing kemarahan Rauhah lagi, mungkin dia tidak dapat menilai kerja-kerja Rauhah nanti.
"Ok, awak boleh..."
Belum sempat Hardee menyuruh Rauhah keluar, pintu sudahpun ditutup Rauhah dari luar.
"Apahal tadi?"
"Tak ada apa lah...biasalah doktor tu kan suka susahkan orang", selamba Rauhah berkata-kata.
Sementara menanti waktu pulang, Rauhah berbual-bual dengan teman-temannya sambil berbincang tentang hari esok. Tidak lama selepas itu, Mahirah dan kawan-kawan yang lain pula menyertai mereka semua. Encik Azmi sempat memberikan sedikit peringatan dan penerangan kepada mereka semua sebelum dibenarkan pulang.
"Doktor sengal tu buat hal lagi", adu Rauhah pada Mahirah.
"Apa yang lagi yang dia buat?"
"Dia suruh aku ambil laporan dari encik Azmi"
"So?"
"So?", soal Rauhah kembali.
"Yes...jadi, kenapa?"
"Entahlah Rah...aku pun tak faham kenapa aku perlu marahkan dia sebab dia suruh-suruh aku..."
"Wah...semacam je ayat kau ni?", usik Mahirah.
Ada sesuatu yang lain sedang bermain dalam hati Rauhah kini. Satu rasa yang aneh dan tak pernah dia rasakan sebelum ini.
"Dah! Jom balik..."
Sepanjang perjalanan, Rauhah diam seribu batu. Mahirah yang melihat tidak sepatah pun menegur sebab dia tahu Rauhah benar-benar sedang marah.
"Ok...dah tiba"
Rauhah keluar dari kereta dan membuka pintu pagar.
"Hah, aku balik amek baju-baju dulu...", jerit Mahirah dari dalam kereta.
"Apasal kau tak bawak sekali tadi?"
"Dah packing tapi terlupa nak amek. Kau tunggu aku kejap"
"Jom, aku temankan. Kang tak pasal mamat-mamat Bangla tu kacau pulak"
"Tu sebab aku sayang kau"
"Ah, engkau...ada je kan"
Dari jauh, mereka berdua sudah nampak beberapa orang lelaki duduk-duduk di tepi rumah mereka.
Rauhah menunggu di dalam kawasan rumah keluarga Mahirah sementara Mahirah masuk dan mengambil beg pakaiannya.
"Dah ke makcik?"
"Sabar le..."
"Amboi? Macam nak balik kampung pulak?"
"Katanya seminggu? Abah tak kisah aku tumpang rumah kan?"
"Banyak soal pulak budak kecik ni...Abah lagi suka kau datang, ada..."
Malam itu Mahirah dan Rauhah sama-sama menyiapkan makan malam dibantu oleh abah Rauhah, Rahman.
"Adik, panggil abang-abang turun makan..."
"Abang-abang tersayang, turun makan!"
Dari dapur terdengar derapan kaki abang-abang Rauhah yang berempat itu menuju ke dapur.
"Abah masak apa, bah?", soal si Along.
"Bukan abah yang masak semua makanan-makanan ni, adik dengan Irah"
"Kalau adik, confirm tak sedap", usik abang Rauhah yang keempat itu.
"Diorang ni bukan ape Rah, bila kau ada...mulalah mengada-ngada datang"
Rauhah tidak seceria biasa malam itu bilamana nasi disuap sedikit demi sedikit. Apa yang berlaku siang tadi banyak mempengaruhi mood Rauhah malam itu.
"Rauhah? Kenapa tak makan?", soal abah.
"Tak seleralah bah...", perlahan suara Rauhah.
Rahman memandang Mahirah minta diberi kepastian tetapi Mahirah hanya merenung Rauhah.
"Kalau dah kawan baik tu, sama je perangainya", kata abah lagi.
"Bukan apa, bah...biasalah Hah ni, hal perempuan", Mahirah cuba membantu.
"Baik kamu makan Irah, kalau tunggu Hah ni nanti kamu lapar. Ni amek lauk-lauk ni"
Mahirah mengangguk. Dia gembira dengan layanan yang diberi keluarga Rauhah. Sejak kecil lagi, itulah tempat Mahirah mendapatkan kasih sayang selain keluarganya sendiri. Selesai makan, Rauhah dan Mahirah mengemas lalu naik ke bilik. Rauhah masih seperti tadi.
"Kau ni kenapa Hah? Muram je aku tengok?"
"Tak ada apalah...mood swing kot"
"Kau ni...mood swing ke, teringat doktor tu?"
"Dah, good night"
Mahirah memandang Rauhah yang telah berselimut. Dia tahu Rauhah cuba mengelak darinya.

Ulasan
Catat Ulasan