Langkau ke kandungan utama

Hanya Dia - 8.

Mereka sekeluarga tiba di hotel Seri Malaysia hampir Maghrib. Selepas check-in, masing-masing masuk ke bilik dan solat. Malam itu, mereka ke restoran yang telah dicadangkan Zameer lama dahulu untuk menikmati makan malam.

"Wa'alaikumsalam...dah sampai mana?"

"Baru tiba kat rumah Zameer. Dia ajak makan"

"Oh ok..."

"You kat mana?"

"Nak makan malam"

"Alright"

"Come and join us?", jemput Imelda.

"Thanks. Apa pulak kata Zameer nanti"

"Ok"

Imelda menekan butang End Call di telefon bimbitnya. Aimy dan Ameer seperti biasa mengusik ibu saudara mereka yang seorang itu.

"Kenapa anak-anak Ude tengok Ude macam ni?"

"Tak ada apa. Bila marah, muncung je kami tengok. Bila suka, senyum sampai ke telinga"

"Amboi budak-budak berdua ni. Dah cepat pilih nak makan apa?", tegur ibu mereka.

"Adlin, sihat ke tak? Senyap je dari tadi?", tegur Imelda.

"Biasalah Ad tu, moody je sekarang ni"

"Kenapa ni Ad?"

"Tak ada apalah, Ude"

Imelda dan keluarganya makan malam bersama-sama. Terserlah kebahagiaan di wajah Imelda. Sekarang ini, kemana dia pergi pasti ada bayang jejaka yang telah berjaya menempatkan hatinya di dalan hati Imelda.

"Tengoklah Im tu ma...senyum je", kata Adam.

"Orang tengah bahagia. Mama harap Im tak kecewa lagi lepas ni"

"InsyaAllah. Allah dah janjikan yang terbaik untuk orang-orang yang sabar"

"Ude, malam nanti kalau bosan-bosan, kita pergi A&W nak?", soal Ameer.

"Ameer?", Aimy, Imelda dan Humairah sama-sama menjerit.

"What?", soal Ameer, terpinga dan terkejut.

"Dah malam-malam nak berjalan pulak dia. Esok kalau bangun lambat, tinggal"

"Ameer bosanlah Ummi...kalau depan tu ada laut, takpelah jugak"

"Jiddah dah tempah bilik kat PD so esok lepas kenduri Uncle Zameer, kita duduk sana semalam"

Ameer gembira mendengar perkhabaran tersebut.

"Balik ni, tidur awal...", Farid mengingatkan.

"Yes, sir!", kata anak-anaknya sambil ketawa.

Malam itu, Imelda tidak dapat untuk melelapkan matanya. Dia teringatkan Rahim dan keluarganya. Bagaimana agaknya keadaan isteri dan anak-anak Rahim tika ini? Hati Imelda tak putus-putus berharap agar keluarga itu dikurniakan kesabaran yang tinggi dan dipermudahkan segala urusan. Dan wajah lelaki yang kini sedang bertakhta di hatinya mencuri tempat di benaknya. Tersenyum dia sendiri mengenangkan Imran dan masih tak percaya yang jejak itu berjaya akhirnya menawan hati Imelda.

"Ude...termenung apa tu?", tegur Adlin.

"Tak tidur lagi? Tak ada apa"

"Ad mintak maaf sebab Ad tadi Ad jawab macam tu kat Ude"

"La...kenapa ni? Tak apa, Ude faham. Ude pun pernah lalui umur macam Ad. Tapi Ude tengok Ad macam ada masalah, kenapa?"

"Tadi kat sekolah, ada orang hantar surat kat Ad"

"So?"

"Ad tak selesalah Ude. Baru dapat surat, dah ada yang warning Ad"

"Buat tak tahu jelah Ad. Kalau Ad fikir-fikir, lagi Ad sakit kepala nanti"

"Memang Ad buat tak tahu tapi orang yang bagi surat tu asyik ikut je mana Ad pergi. Sampai Ad rasa dia dah jadi bayang-bayang Ad pulak sekarang ni"

"Mummy dengan daddy tahu?"

"Dah. Mummy kata selagi tak melampaui batas, biar je. Lama-lama nanti ok lah tu"

"Daddy cakap apa?"

"Daddy senyum je..."

"Kalau cakap dengan daddy memang macam tu. Tak apa, Ad mesti boleh. Kalau perlu berdepan, Ad terus terang je kat orang tu"

"Ad cuba...kalau ikut hati, mungkin Ad akan bergaduh dengan diorang tapi Ad tak nak. Dari Ad layan diorang baik Ad fikir pasal exams... Thanks Ude"

"Sama-sama"

"Ad dengar Uncle Im dah propose Ude... Tak sabar nak panggil Uncle Im, Pak De...hehehehe..."

"Yup, tapi belum tahu lagi akhirnya nanti macam mana. Kita hanya merancang dan perancangan Allah itu lebih baik"

"Ad doakan Ude dengan Uncle Im bahagia sampai akhir hayat..."

"Thanks..."

"Ude!", tegur Ameer.

"Ameer kenapa tak tidur lagi?"

"Tak mengantuk lagi. Ude dengan Ad pulak kenapa masih berjaga?"

"Ini hal perempuanlah, lelaki mana boleh dengar"

"Entahnya abang Ameer ni. Kalau mak Long tahu, siap abang Ameer nanti"

"Apa pulak...bukan abang Ameer buat apa-apa pun"

"Kak Aimy dah tidur ke, abang?"

"Belum...tengah bergayut dengan mamat mana entah"

"Eh? Bukan dengan that guy yang kita pernah jumpa dulu?"

"Bukan. Dah tukar pulak...abang Ameer pun tak pasti sangat"

"Kadang-kadang Ude tak faham dengan perangai Aimy tu"

"Ameer pun, Ude. Kalau tegur lebih-lebih nanti kena marah pulak"

"Tak apa, pandailah Ude nak slow-talk dengan Aimy nanti"

"Jomlah tidur, Ude", ajak Adlin.
&&&&&&&&&&
Pagi itu, seluruh ahli keluarga itu bersarapan di kafetaria hotel. Sebelum ke rumah keluarga Zameer, beberapa ahli keluarga yang lain akan datang ke hotel tersebut untuk sama-sama memeriahkan majlis.

"Bangun... Ad, Aimy"

"Hmmm...", Aimy bersuara sambil menggeliat.

"Ad...bangun", kejut Aimy.

"Haaa...kejaplah"

"Lambat nanti kena tinggal. Jidi dengan Jiddah dah tunggu kat bawah", Adilla mencelah.

"Tak awal sangat ke mummy?"

"Dah pukul 10 pagi, Ad. Nanti takut terkocoh-kocoh nak pergi rumah Uncle Zameer"

"Alright"

Selepas bersiap dan mengemas barang-barang, mereka turun ke bawah menyertai Farid dan Faridah. Imelda dan Imran akan menjadi pengapit Zameer dan Ibtisam hari ini dan selepas ini Imelda akan mengikut pasangan pengantin untuk ditatarias di sebuah butik yang telah ditempah Zameer. Selepas keluarga itu bersarapan, tiba beberapa buah keluarga Farid dan Faridah yang sudah berjanji untuk menyertai mereka ke rumah keluarga Zameer.

"Jom, kak Im", ajak Ibtisam yang juga baru sampai.

"Butik tu kat mana?"

"Senawang"

Ibtisam yang memandu kereta milik Zameer membawa kakaknya yang akan menjadi pengapitnya kali ini untuk ditatarias bersama-sama dengannya. Imran dan Zameer pula menanti di butik tersebut. Tangan dan kaki Imelda sedingin ais dengan tiba-tiba. Hatinya turut berdebaran untuk naik ke butik itu. Imran yang sudahpun duduk di sebuah kerusi terkesima bila Imelda dan Ibtisam masuk.

"Assalamualaikum", ucap Ibtisam dan Imelda.

"Wa'alaikumsalam", jawab mereka yang ada dalam butik itu.

"Jemput duduk...", kata pemilik butik tersebut.

"Ada dua pengantin ke?", soal juru solek.

"Lagi sepasang ni...bakal pengantin", jawab Ibtisam.

"Amboi-amboi pengantin baru ni, pandai dah usik-usik orang ye?", Imran menambah.

"Diorang ni memang...siaplah dia nanti...", Imelda pula mencelah.

"Abang, dengar tu?"

Selesai dimekap, jurusolek itu menunjuk ajar Imelda yang akan bertindak sebagai pengapit perempuan dan Imran, pengapit pengantin lelaki. Sesudah itu, Imran dan Imelda masing-masing memandu menuju ke rumah Zameer. 

Setelah berkumpul dengan ahli keluarga Imelda dan Ibtisam juga pemain kompang, mereka sudah bersedia untuk melangkah. Serentak dengan paluan kompang yang pertama, pasangan pengantin dan pengapit sama-sama berjalan dan dari kejauhan sudah kelihatan tetamu-tetamu yang sedia menanti perarakan pasangan mempelai. Mereka dibawa ke pelamin untuk disandingkan.

Pasangan mempelai dijemput untuk acara makan beradab di bawah khemah yang telah disediakan. Ramai juga kawan-kawan Zameer dan Imran yang datang.

"Ibti nak lauk apa?", bisik Imelda.

"Apa-apa pun tak apa tapi sikit je", jawab Ibtisam yang tidak lekang senyuman di wajahnya.

Mama dan papa Imran yang baru tiba dengan abangnya, berjumpa dengan orangtua Imelda yang sedang makan di sebuah meja.

"Eh? Awat lambat mai?", soal Faridah.

"Jammed pulak kat bandar..."

"Jom, makan..."

"Mana menantu to be I?"

"Amboi, tak sabaq na? Ada dengan Imran"

Faridah menggamit Imelda dari jauh. Imelda bercakap sesuatu dengan Imran lalu keduanya bertemu dengan Mariya dan Daniel.

"Makin cantik Im sekarang"

"Bukan hensem ke ma?", Imran mencelah.

"Perasan pulak Im ni kan... Imelda yang cantik la..."

"Biasa je lah Aunty...inipun jurusolek yang mekap", Imelda merendah diri.

Sedang Imran bersama-sama keluarganya dan keluarga Imelda, telefon Imran berbunyi.

"Ye, Hajar...awak kat mana?"

"On the way ni...dah nak sampai. Doktor pulak kat mana?"

"Tengah mengapit abang kesayangan awak ni ha"

"Bukan doktor seorang je ke abang kesayangan saya"

"Dia pun kan abang kesayangan awka jugak...lupa ke? Merajuk dia nanti"

Belumpun sempat Imran menyambung percakapan, bahunya dicuit seseorang. Imran memusingkan badannya ke belakang.

"Bertuah betul budak-budak ni"

"Saja buat gempak..."

"Awak dah makan?"

"Awal-awal tadi dah makan. Tunggu pengantin dengan pengapit lama sangat, nasib baik tak balik lagi...nampak doktor dari jauh tadi", jawab Hajar.

"Awak, Aina?"

"Dah jugak. Sebenarnya dah agak lama jugak kitorang sampai sini. Sempatlah tengok pengantin bersanding"

"Tak nampak pun tadi?", soal Imran, bingung.

"Yelah, dia sibuk mengapit orang, mana nak nampak kita ni kan, Na?"

"Katanya kawan baik kan... Mana Shaq?"

"Dia ada kelas pulak hari ni...So, where is the beautiful women?"

"Siapa?"

"Buat tak tahu pulak dia..."

"Kejap ye...saya panggil"

Imran ke meja tempat Imelda duduk bersama-sama dengan keluarganya. Imran membisikkan sesuatu ke telinga Imelda yang terselindung di sebalik selendang birunya. Seketika kemudian, Imelda bangun dan mengikut Imran.

"Inilah dia, Imelda..."

"Imelda...", Imelda perkenalkan dirinya.

"Hajar"

"Aina"

Mereka bertiga bersalaman dan berkenalan.

"Ok, dah lulus. Memang bagai pinang dibelah dua dah"

"Kak Hajar? Sempat kan nak usik-usik doktor?"

"Im, sorry...dia ni memang macam ni. Tak habis-habis nak usik orang je. Tapi bila dah serius, saya pun takut nak dekat", usik Imran kembali.

"Amboi doktor? Main balas-balas pulak..."

"Tengok oranglah...oh ye, by the way...Imelda ni adik-beradik dengan isteri doktor Zameer. Kira doktor Zameer tu adik ipar Imelda"

"I see. Patutlah ada iras-iras. Dua-dua cantik..."

Sedang sibuk berbual-bual, pengantin baru tiba dan menyertai mereka berempat. Zameer pula memperkenalkan isterinya kepada rakan sekerja mereka berdua itu.

"Cun betullah pengantin dengan kakak pengantin ni...untung doktor-doktor sekalian...hehehe"

"Kat hospital, I dengan Imran memang kawan rapat dengan Hajar ni. Bukan kitorang yang buli dia, dia yang buli kitorang lagi ada..."

"Kalah dah kak Hajar macam ni, Aina"

Masing-masing ketawa mendengar.

"Oklah doktor berdua yang baik hati, kitorang nak balik dululah"

"Kejap je?", soal Zameer.

"Lama dah kitorang kat sini. Sempat jumpa ibu dengan ayah doktor, tengok both of you bersanding lagi tau"

"Tak perasan pun tadi"

"Siapalah kitorang kan?"

"Kejap saya panggilkan adik saya, hantarkan awak"

"Eh, tak apalah doktor. Pakcik teksi dah suruh kitorang call dia kalau nak balik"

"Macam ni je, saya hantarkan awak", kata imran.

"Tak apa...kitorang boleh balik sendiri. Susahkan doktor je"

"Tunggu je...jom Im temankan saya", ajak Imran.

"Takkan berdua je?"

"Nanti, saya panggilkan Ad dengan Aimy"

Sementara Imran memanggil anak-anak saudara Imelda, Imelda pula meminta izin dari Farid dan Faridah untuk menemankan Imran. Imelda berjalan di belakang Imran dan masih malu-malu untuk beruda dengan Imran.

"Ad duduk depan...", pinta Imelda.

"Kenapa pulak? Ude jelah duduk depan"

"Awak duduklah depan, Im"

Imelda menurut kata Imran. Dia yang sekarang bukan dia yang dulu. Dia malu dengan Imran. sangat malu kerana Imran adalah seseorang di dalam hatinya kini.

"Akak berdua nurse kan? Kat bahagian mana?", soal Adlin, ramah.

"Sama dengan doktor Imran, doktor Zameer tapi kadang-kadang ada jugak kena pergi bahagian-bahagian lain"

"Adlin dengan Aimy sekarang belajar lagi ke?"

"Ad study lagi kat sekolah Sri Suria. Tahun ni PMR"

"Saya kat kolej, tahun 2"

Imelda bijak membawa diri dan mengawal perasaan gemuruhnya di depan Imran. Sampai di komuter, mereka semua turun untuk mengucapkan Selamat Tinggal kepada kedua tetamu istimewa mereka hari itu.

"Thanks for coming...elok-elok kat komuter. Jangan dingorat, sudah", pesan Imran.

"Sama-sama. InsyaAllah, tak ada siapa nak saya ni. Kalau Aina tu mungkin kot"

"Ok lah doktor, lagi lama kitorang kat sini, lagi banyak kak Hajar ni mengarut...terima kasih hantarkan kitorang"

"Ok. Kakak kamu ni memanglah kan. Ada je benda dia nak usiknya. Jaga diri baik-baik. Jumpa kat hospital nanti"

Imelda melambai ke arah Hajar dan Aina sehinggalah mereka berdua menaiki keretapi tersebut. Masuk sahaja kereta, Imelda diam seribu bahasa. Imran pelik kerana tadi ada juga terdengar suaranya. Yang banyak berbual hanya Adlin sahaja. Aimy pula asyik dengan telefon tangannya sejak dia datang tengah hari tadi.

"Kenapa diam ni Im?"

"Tak ada apa. Tak tahu nak borak apa"

"Tadi macam rancak je..."

"Tadi...lagipun diorang tu rajin borak terutama sekali Hajar. Diorang tu baik, kan?"

"Memang diorang baik pun. Dan dengan diorang je saya dan Zameer boleh bergurau. Orang lain, jangan haraplah. Ada je yang terasalah...apalah. Dah macam adik kami berdua kalau kat hospital"

"Oh...patut rapat semacam je. Baguslah kalau macam tu. At least tak adalah tension menghadap kerja. Pandai Hajar tu mengusik"

"Kitorang kalau kerja sama-sama pun selalu tak boleh nak tension sebab Hajar ni la. Aina tu junior Hajar. Saya kenal Hajar ni sejak tahun pertama saya housemanship lagi. Dulu-dulu orang gosip jugak tapi lama-lama orang tahu yang saya dengan Hajar dah macam adik-beradik pun"

Imelda terasa sesuatu dengan cerita Imran. Dia tahu dia iri dengan kemesaraan antara Imran dan Hajar. Tapi cepat-cepat dia sangkal fikiran negatifnya itu. Dia tidak mahu memikirkan yang bukan-bukan.

"Hajar tu tak lama lagi nak kahwin pun. Tunang dia pun dah kenal saya", sambung Imran.

"I see... Aina pulak?"

"Saya tak rapat sangat dengan Aina. Jarang-jarang jumpa dia"

"Oooo..."

Imran tahu dari percakapan Imelda, ada nada cemburu di situ. Dan perasaan sayang Imran makin menebal dalam diri. Dia tahu Imelda juga kasihkan dia tetapi sebagai wanita, sudah pasti Imelda malu untuk menyatakannya. Sepanjang perjalanan, hanya radio yang menjadi peneman. Sampai di rumah keluarga Zameer, kelihatan tetamu semakin meninggalkan kawasan perumahan tersebut dan pekerja-pekerja katering sedang sibuk mengemaskan meja-meja makan.

"Oklah Idah, Farid...kami balik dulu la. Bila-bila free, mailah rumah..."

"InsyaAllah...you all pun jemputlah datang. Kata orang merapatkan ukhuwah"

"InsyaAllah"

Mama dan papa Imran bersalaman dengan orangtua Zameer meminta diri untuk pulang dahulu.

"Aunty dengan Uncle balik dulu. Tahniah... Senang-senang datang rumah", ucap Mariya.

"Thanks, Aunty...Uncle. InsyaAllah"

"Mama dengan papa nak balik ke?", soal Imran.

"A'ah. Malam nanti anak Uncle Ramzi pulak bersanding"

"Oh ye? Sampaikan salam Im kat diorang"

"Im tak join ke?"

"Im ada hal sikit"

"Hmmm, yelah"

"Aunty dengan Uncle balik dulu. Jaga diri baik-baik", pesan Mariya pada Imelda yang berdiri di sebelah anak bongsunya itu.

"Aunty, Uncle take care ye..."

Imelda dan Imran melambai hingga kereta dipandu hilang dari pandangan.

"Oklah Ibti, Zameer. Mama, papa dengan semua balik dulu"

"Cepatnya?", kata Ibtisam dalam getar suara yang mulai sayu itu.

"Yelah...sekarang Ibti dah ada family sendiri, tak boleh nak manja-manja dengan kak Im lagi tau...nanti Zameer cemburu...", usik Imelda.

"Tak ada maknanya...tapi takkan sekejap je?"

"Dah lama kami kat sini. Lain kali kami datang lagi, insyaAllah"

"Thanks ma, papa...", ucap Zameer sambil bersalaman dengan ibu dan bapa mertuanya.

"Jaga diri baik-baik", pesan Huamirah pula.

Kedua pengantin baru itu mengangguk. Ibtisam yang sayu itu cuba untuk tidak melayan perasaannya. Dia kini sudah punya teman paling setia yang sudah berjanji akan bersama-sama dengannya susah dan senang. Apa-apa pun dia mesti mendahulukan suaminya terlebih dahulu, kini.

"Imran? jom join kami ke PD?", ajak Farid.

"Ish...tak apalah kot...", Imran menolak.

"Apa nak malu? Kami semua ada ni...", pelawa Adam pula.

Imelda yang berada di sisi Faridah hanya tertunduk dan tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.

"Awak, tak apa ke saya ikut ni?", pesanan ringkas diterima daripada Imran yang tidak jauh darinya.

"Dekat macam ni pun nak text saya? Ikut awaklah, diorang ajak awak tu..."

"Awak macam tak suka je?"

"Siapa kata saya tak suka?"

"So, awak memang nak saya ikut sekali ke?"

"Hai? Kat sini pun nak sms jugak ke cik dan encik berdua?", tegur Humairah, mengusik.

Imelda cepat-cepat sembunyikan telefon bimbitnya dan sekaligus wajahnya kemerah-merahan menahan malu. Imran akhirnya mengikut keluarga itu bermalam dia Port Dickson. Ameer menaiki kereta Imran untuk menemani Imelda ke sebuah hotel di Port Dickson.

"Ingat Uncle tak sudi join kitorang..."

"Uncle sudi je. Ude kamu ni ha, macam tak suka je", usik Imran.

"Bukan tak suka tapi malu lah Uncle..."

Mereka ketawa bersama-sama sambil menelusuri perjalanan menuju destinasi. Perjalanan hanya mengambil masa selama 45 minit dari rumah keluarga Zameer. Nasib mereka baik kerana itu adalah waktu hujung minggu dan orang ramai kebanyakkannya sudah pulang.

"Ok, kita dah sampai...", kata Imran sewaktu memasuki perkarang hotel.

"Nanti kalau ada masa, kita lepak kat bawah ye Uncle?", cadang Ameer.

"Ok"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hanya Dia - 10

Habis saja kelas, Adlin ke pondok bacaan sementara menunggu Adilla datang menjemput. Adlian mengambil kesempatan untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah yang cikgu beri tadi. "Eleh, buat kerja sekolah konon!", perli seorang kawan kelas Adlin. Adlin diam. Malas nak campur. "Korang ni kalau tak usik Adlin sehari, tak senang hidup eh?", sergah Aqilah. "Yang kau nak backing si Adlin ni apahal? Ada aku kacau hidup kau ke?", jawab Salina. "Dah lah Aqilah. Duduk je...", Adlin akhirnya bersuara. "Ok, senang cerita aku straight to the point je. Aku nak ingatkan kau Adlin, jangan cuba-cuba nak main api dengan aku", Salina memberi amaran. "Aku ada buat apa sebenarnya dekat kau sampai kau tak puas hati macam ni?", soal Adlin. "Buat-buat tak tahu pulak minah saleh celup ni", celah Samirah. Adlin bingung. Dia betul-betul tidak faham apakah maksud Salina dan temannya, Samirah. "Nama je pandai, benda senang macam ni

Mencari Konklusi - 5

Sebelum masuk ke bahagian Radiologi, Rauhah dan Hardee terserempak di depan kaunter. Masing-masing terkejut sebenarnya sampaikan Rauhah pula yang tak tahu nak buat apa. "Hi!", tegur Hardee. "Assalamualaikum", ucap Rauhah perlahan tidak segalak biasa. "Wa'alaikumsalam", jawab Hardee. "Saya masuk dulu ye, doc", sambung Rauhah cuba melarikan diri dari pandangan Hardee. Hardee ke biliknya lalu duduk di kerusi. Hatinya kembali bergetar. "Hai, Rauhah? Lain macam je aku tengok kau dengan abang kesayangan tu?", tegur Khairun. "Apa yang lainnya?" "Selalu kalau jumpa macam kucing dengan anjing...tadi dah macam kau ni tikus dia tu kucing..." "Orang tengah bahagialah tu", sambung Azmil pula. "Nasib aku baik hati hari ni...kalau tak lama dah aku cincang kau tau" "Beranilah sangat kan..." "Siapa kata aku tak berani?" Sedang sibuk membuat tugasan masing-masing, Hardee sem

Mencari Konklusi - 2.

Rauhah dan teman-teman barunya seramai 3 orang bertemu semula dengan Hardee. Pelajar-pelajar lain pula dengan doktor-doktor mereka seperti yang telah diarahkan sebelum ini. Sepanjang petang itu, tidak banyak perkara yang perlu dipelajari memandangkan hari itu adalah hari paling sibuk di bilik tersebut kerana terdapat banyak kes yang melibatkan X-Ray yang perlu diselesaikan segera oleh doktor yang bertugas serta juru X-Ray yang lain. "Jadi, saya harap awak semua dah faham dengan apa yang saya terangkan hari ini. Ada apa-apa soalan setakat ini?" Masing-masing mengangguk tanda faham. "Rauhah, saya nak jumpa awak sekejap" "Oh bulan...", usik Azmil. "Diamlah...", kata Rauhah geram. Rauhah mengikut Hardee masuk kebiliknya untuk kali yang kedua. "Doktor nak apa sebenarnya ni? Kenapa doktor buat saya macam ni?", tak semena-mena Rauhah bersuara. Hardee senyum melihat gelagat Rauhah. Rauhah pelik melihat Hardee. "Ap