Langkau ke kandungan utama

Mencari Konklusi - 1.

Pagi itu Rauhah bangun awal kerana hari ini dia akan memulakan praktikal di Bahagian Radiologi. Selepas meneguk milo kegemaran buatan air tangannya sendiri, Rauhah keluar dari rumah dan menanti teman yang telah berjanji untuk mengambilnya di rumah.

"Hello! Kau dah siap-siap ke?", soal temannya.
"Aku baru je kunci pagar ha... Kau kat mana?"
"Aku pun baru je keluar ni. Lagi 5 minit aku tiba...tunggu tau"
"Kau lambat, siap kau...", Rauhah memberi amaran, gurauan biasa dia dan teman-temannya.

5 minit telah berlalu, bayang kereta Kancil milik temannya iaitu Mahirah tidak juga kelihatan.

Selepas 1/2 jam, barulah Mahirah tiba dan dari dalam kereta lagi dia tersenyum simpul.

"Kau punya 5 minit macam rumah kau kat KL je kan? Apa hal?"
"Tadi, masa aku call tiba-tiba je enjin tak nak hidup. Nasib baik abang aku belum gerak lagi"
"Ada je masalahnya. Dah jom gerak. Lambat nanti, tak pasal-pasal nama kita blacklist"
"Yelah cik Rauhah sayang..."

Perjalanan menuju hospital hanya mengambil masa 10 minit jika menggunakan kenderaan memandangkan jarak antara taman perumahan dengan hospital tidaklah begitu jauh. Sesampainya kedua-dua sahabat baik itu, masing-masing berlari anak menuju ke tempat yang telah diarahkan sebelum ini.

Sedang berlari-lari anak, Rauhah dengan tidak sengaja telah melanggar seorang lelaki yang sedang bercakap dengan seorang perempuan di sebelahnya. Rauhah yang jarang mengaku kesalahnnya itu terus menghadap lelaki tersebut lalu dengan tidak ada rasa bersalah memarahi lelaki itu.

"Tak nampak ke orang nak cepat ni?"
"Maaf cik, rasanya cik yang langgar saya..."
"Huh!"

Mahirah yang sama-sama menyaksikan kejadian tersebut lantas menarik tangan Rauhah.

"Apa hal dengan kau ni? Kau yang langgar orang, nak salahkan orang pulak"
"Aku nak cepat lagi dia nak terhegeh-hegeh..."
"Kau ni kan cubalah belajar faham orang lain. Kita ni kan orang baru kat sini... Dibuatnya orang yang kau langgar tadi tu doktor ke, M.A. ke? Nanti kalau dia yang conduct kita macam mana?"
"Tak macam doktor pun aku tengok? Dah, jom masuk"

Itulah sikap Rauhah yang paling tidak disukai oleh Mahirah. Walau dah bertahun-tahun mereka bersahabat, Rauhah bukan jenis orang yang mudah terima teguran orang lain.

"Assalamualaikum...", Rauhah dan Mahirah sama-sama mengucap salam sambil pintu dibukakan seseorang tanpa diminta.
"Wa'alaikumsalam..."

Sewaktu mereka masuk ke dalam, ada 4 orang lelaki dan seorang wanita sedang memberikan penerangan di hadapan sekumpulan pelajar yang mereka agak akan sama-sama menjalankan latihan praktikal dengan mereka. Mahirah perasan sekumpulan pelajar tersebut asyik memandang mereka berdua lalu cuba menyelit antara semua pelajar sambil menarik tangan Rauhah.

"Cik berdua yang lewat tadi tu, sila ke depan perkenalkan diri masing-masing. Ramai rasanya nak kenal dengan kamu"
"Ni semua kau punya pasal kan? Aku dah cakap kan tadi kita dah lewat tapi kau sempat nak marah-marah orang pulak", Mahirah mengomel.
"Kau diam sekejap boleh tak?", marah Rauhah.
"Ye, kamu yang tinggi ni sila perkenalkan diri", seorang daripada lelaki yang memberi arahan tadi.
"Er...aaa... Sa... Sa..."
"Sa...Sa...Saya apa?", gertak lelaki tersebut.

Seluruh bilik bergema dengan tawa dari sekelian yang ada.

"Kamu yang lain pun nak kena jugak ke?", soal lelaki itu.

Keadaan senyap dan sunyi.

"Nama saya Rauhah Nazifa, umur 21 tahun", Rauhah menyebut namanya selepas disergah lelaki itu.
"Awak pulak?"
"Na...nama saya, Mahirah Kiranah, sebaya dengan Rauhah"
"Ok, masuk kumpulan semula..."

Rauhah dan Mahirah berasa lega lalu berjalan dan menyertai kumpulan pelajar tadi. Tiba-tiba nama mereka dipanggil seseorang.

"Kenapa awak lambat?"
"Alamak... Macam mana ni Rah?", bisik Rauhah.
"Aku dah cakap tadi kan?"

Rauhah dan Mahirah sama-sama tunduk. Masing-masing tidak betah bila terasa ramai yang memandang mereka seolah-olah mereka adalah pesalah jenayah yang bakal dihukum dengan hukuman yang sangat berat.

"Pandang saya bila saya bercakap", gertak lelaki itu lagi.

Rauhah dan Mahirah mengangkat kepala dan memandang ke arah yang punya suara tersebut. Merah padam wajah Rauhah bila memandang ke arah suara yang memberi arahan tadi. Rauhah amat mengenali wajah itu.

"Awak berdua lambat kenapa?", sengaja lelaki tersebut meninggikan sedikit suaranya.
"Ka...ka..."
"Jawab soalan saya kenapa awak berdua lewat?"

Baik Rauhah mahupun Mahirah, masing-masing membisu tanpa satu ayat pun yang keluar dari mulut mereka.

"Baik, awak tak nak jawab ye? Awak berdua tunggu sini sampai saya panggil. Dan kamu yang lain sila ikut Encik Amir, dia akan tunjukkan bilik-bilik X-Ray kepada kamu semua. Lepas Zohor masuk ke sini semula"
"Terima kasih, doktor Hardee", ucap pelajar-pelajar tersebut lalu meninggalkan bilik tersebut.

Rauhah tersedak bila mendengar perkataan 'doktor' yang keluar dari mulut teman-teman barunya yang lain. Benar apa yang Mahirah katakan padanya pagi tadi tapi tidak diendahkannya. Rauhah memandang Mahirah pinta simpati tetapi Mahirah pula menjeling Rauhah tajam. Rauhah tahu Mahirah tidak berniat untuk menyakiti hatinya tapi Mahirah sebenarnya marah dengan perbuatan Rauhah pagi tadi.

"Babe, takkan marah aku lagi kot?"

Mahirah diam kerana terlalu marahkan Rauhah.

"Amboi? Relakslah, macam tak biasa pulak?"
"Sebab aku dah biasalah, aku cakap dekat kau awal-awal lagi tadi"
"Sorry lah. Aku tak sengajalah..."
"Cakap dengan aku tak guna..."
"Dah habis bercakap?", tegur Hardee.

Rauhah mengangguk perlahan. Mahirah pula terus tunduk memandang lantai.

"Seronok marah orang pagi-pagi?", perli Hardee lagi.

Rauhah mengangguk lagi tapi lantas dia menggeleng bila jawapannya tidak betul.

"Jadi, apa awak nak buat sekarang ni?", soal Hardee lagi.
"Saya dengan kawan saya nak minta maaf dengan doktor atas kelakuan saya pagi tadi", jawab Rauhah tanpa befikir-fikir lagi.
"Itu je?"
"Habis tu, doktor nak kami buat apa lagi?"

Rauhah rasa dirinya pula sedang dicabar Hardee.

"Macam ni jelah. Awak tolong asing-asingkan kertas-kertas ni semua lepas tu stapler. Boleh?", kata Hardee.

Mahirah mengangguk. Rauhah pula hanya mengikut Mahirah tanpa berkata apa-apa. Hardee masuk ke biliknya untuk menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh.

"Apahal kita pulak yang kena buat? Bukan ke ada kerani yang buat?", Rauhah tidak puas hati seperti biasa.

"Buat jelah Hah..."

Selesai menyiapkan kerja yang diberi Hardee, Mahirah masuk ke bilik Hardee. Hardee yang sedang sibuk dengan kerja-kerjanya menyuruh Mahirah memanggil Rauhah masuk berjumpa dengan dia.

"Hah...doktor Hardee panggil"
"Dia nak apa?"

Mahirah mengangkat bahu tanda dia tidak tahu. Rauhah mengetuk pintu bilik perlahan. Pintu dikuak bila mendengar Hardee menyuruh Rauhah masuk.

"Awak tahu kenapa saya panggil awak masuk?"
"Tak", jawab Rauhah perlahan.
"Tadi bukan main lagi awak?", perli Hardee.

Rauhah tersentak mendengar. Terkumat-kamit dia marahkan Hardee.

"Apa awak cakap tadi?", soal Hardee lagi.
"Tak, saya tak tahu kenapa doktor panggil saya masuk", sengaja Rauhah menguatkan suaranya.
"Saya cuma nak ingatkan, kalau terlanggar siapa pun tolonglah... jangan ikut suka hati awak nak marah-marah orang. Dan kalau orang langgar awak sekalipun, jangan ikut hati nak marah orang", suara Hardee mula perlahan.
"Apahal pulak?", getus hati Rauhah.
"Saya ni bercakap bukan saja-saja tapi sebab saya ni pegawai penilai awak, jadi awak kena dengar cakap saya. Boleh?"

Rauhah hanya mengangguk.

"Jawab bila saya tanya, bukan angguk ke, geleng ke..."
"Boleh, doktor"
"Ok, awak boleh pergi sekarang. Tengok senarai sebelah pintu awak masuk masa awak lewat tadi, ada nama-nama pegawai penilai yang akan menilai prestasi setiap kerja-kerja yang akan diberikan sepanjang latihan praktikal kat sini", sambung Hardee lagi.

Rauhah keluar dari bilik itu tanpa berkata apa-apa. Di luar bilik, Mahirah sedang membaca nama-nama pegawai dan pelajar-pelajar seperti yang diberitahu oleh Hardee tadi.

"Jom..."
"Jomlah...dah Zuhur kan?"

Rauhah mengangguk lesu.

"Dia cakap apa dekat kau tadi?"
"Hal pagi tadi"
"So concern?"
"Aku kan bawah dia sekarang, so kenalah pandai jaga nama baik dia kot?"
"Baiklah kau jaga diri elok-elok. Kita ni lain-lain kumpulan, takut-takut nanti kalau rekod buruk...mengamuk lecturer", Mahirah mengingatkan.
"Aku ni bukan saja-saja nak buat perangai pun"
"Ada je jawab kau kan..."

Mereka berdua pergi ke surau berhadapan dengan blok Kecemasan untuk menunaikan solat Zuhur. Selepas selesai, Rauhah mengambil kesempatan untuk melelapkan mata beberapa ketika.

"Hah...dah jom!", ajak Mahirah.
"Aku baru nak tidur tau..."
"Tidur je kan...kau nak kena denda lagi ke?"

Rauhah bangun dengan rasa yang sangat malas, apatahlagi terpaksa berdepan dengan orang yang paling buat dia rasa menyampah.

"Tunggulah aku", kata Hanim pula.

Semasa di dalam surau Rauhah dan Mahirah sempat berkenalan dengan pelajar-pelajar dari kolej lain yang dihantar untuk membuat latihan praktikal dia hospital yang sama.

Sampai di kafetaria, pegawai-pegawai penilai yang dipanggil doktor itu ingin meraikan kedatangan mereka dengan membelanja mereka makan tengah hari itu.

"Siapa Rauhah?", soal salah seorang pekerja di kafe tersebut.
"Hah...kakak tu panggil", kata Hanim.
"Saya, kak...kenapa?"
"Doktor Hardee pesan, ambil apa saja kamu nak nanti dia bayar"
"Eh? Kenapa pulak?"
"Wah...diam-diam sudah ada apa-apa ye, Rauhah?", usik Amin.
"Sorry...! Kata belanja semua?"
"Doktor kitorang tak sebaik doktor engkaulah...bertuah kau ye?"

Rauhah diam. Dia juga pelik dengan kata-kata yang keluar dari mulut pekerja kafe itu. Bencinya kepada doktor muda itu semakin meluap-luap. Rauhah cuma mengambil air kotak dan pinggan yang berisi sedikit nasi, sambal petai dan sedikit tempe dan kuah lemak.

"Sikit je kau makan Hah?", tegur Mahirah.
"Sakit hati..."
"Kau kenapa pulak ni?", Mahirah sedikitpun tidak boleh melihat sahabat baiknya itu terguris perasaan.
"Sengaja nak buat aku geram tau..."
"Siapa?"
"Doktor sengal tu la..."
"Kau jangan marah-marah sangat. Nanti jatuh sayang pulak?", usik Zahirah pula.

Rauhah menyuap nasi sikit-sikit ke mulutnya tetapi dia lebih banyak bermain dengan nasi-nasi itu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mencari Konklusi - 5

Sebelum masuk ke bahagian Radiologi, Rauhah dan Hardee terserempak di depan kaunter. Masing-masing terkejut sebenarnya sampaikan Rauhah pula yang tak tahu nak buat apa. "Hi!", tegur Hardee. "Assalamualaikum", ucap Rauhah perlahan tidak segalak biasa. "Wa'alaikumsalam", jawab Hardee. "Saya masuk dulu ye, doc", sambung Rauhah cuba melarikan diri dari pandangan Hardee. Hardee ke biliknya lalu duduk di kerusi. Hatinya kembali bergetar. "Hai, Rauhah? Lain macam je aku tengok kau dengan abang kesayangan tu?", tegur Khairun. "Apa yang lainnya?" "Selalu kalau jumpa macam kucing dengan anjing...tadi dah macam kau ni tikus dia tu kucing..." "Orang tengah bahagialah tu", sambung Azmil pula. "Nasib aku baik hati hari ni...kalau tak lama dah aku cincang kau tau" "Beranilah sangat kan..." "Siapa kata aku tak berani?" Sedang sibuk membuat tugasan masing-masing, Hardee sem

Mencari Konklusi - 3.

Sudah seminggu Rauhah dan Mahirah menjalani praktikal di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Dan sudah seminggu juga Rauhah di bawah penilaian Hardee. Hardee semakin berpuas hati dengan perubahan yang ditunjukkan oleh Rauhah. Sekali sekali mereka bertekak juga bila apa yang diminta Hardee, tidak dilaksanakan Rauhah. Akhirnya Hardee mengalah kerana tak mahu memanjangkan perkara kecil. Teman-teman yang sekumpulan dengan Rauhah juga selalu melihat akan gelagat Rauhah yang nakal itu dan semakin faham akan kerenah wanita yang seorang itu. “Wei, kau ni berani kan? Aku tengok doktor Hardee dah habis tegas dengan kau”, tegur Khairun. “Asyik nak cari pasal je dengan aku, siapa suruh? Penat dengar dia membebel” “Dah tau tak nak dia membebel, kau ikut je lah arahan dia tu”, celah Shahrul pula. “Masalahnya sekarang, suruh aku buat kerja-kerja kerani, buat itu ini untuk dialah...bukan dalam tugasan kita kan?” “Tak ingat ke encik Arif kata apa? Buat apa saja pegawai penilai kita suruh”, sambung Khairu

Hanya Dia - 9.

"Jom turun, Uncle?", ajak Ameer. "Ameer turun dululah...Uncle ingat nak rest kejap" "Ok then . Ameer turun dulu" Imran mengangguk lalu ke balkoni melihat-lihat pemandangan di luar. Dia suka melihat matahari yang terbenam waktu senja dan segera mengambil kamera kesayangannya. Puas hatinya bila dia dapat mengambil gambar-gambar itu semua. "Takkan ambil gambar pemandangan je?", tegur seseorang di balkoni sebelah biliknya. "Eh? Ingat suara siapa tadi", jawab Imran yang masih memegang kamera kesayangannya sambil memandang ke arah Imelda di sebelah. "Tak turun dengan Ameer tadi?", soal Imelda. "Ingat nak rehat kejap...lupa yang dah hampir senja. Itu yang capture gambar sekejap...awak tak turun?" "Kejap lagi kot" Imran mengangguk tanda faham. Sesekali bila Imelda memandang ke arah yang lain, Imran cepat-cepat mengambil peluang dan merakam gambar Imelda. " Ok lah awak...saya masuk dulu. Dah Maghr