Langkau ke kandungan utama

Hanya Dia - 4.

Malam itu selepas solat Maghrib berjemaah, Imelda duduk di hujung katil sambil memegang telefon bimbitnya. 

"Ude?", tegur Ameer.
"Eh?"
"Sorry buat Ude terkejut... Umi ajak makan"
"Erm...ok"

Imelda tidak berganjak dari katilnya. Ameer yang melihat, perlahan-lahan duduk di sebelah Imelda.

"Ude kenapa ni? Macam bingung je?"
"Tak tahu nak cakap macam mana..."
"Ude ada masalah ke? Ceritalah, mana tahu Ameer boleh tolong?"
"Tak apa, Ude ok. Jom kita makan..."

Tanpa Imelda sedar, telefon bimbitnya ditinggalkan di birai katil. Jam di dinding sudah menunjukkan ke angka 7.50 malam.
&&&&&&&&&&

Imran yang sudah bersiap-siap, memandu menuju ke rumah keluarga Imelda. Harapannya, Imelda mahu mengikutnya keluar makan malam bersama. Sejak keluar dari rumah tadi, hatinya sangat berdebar-debar dan senyuman tak pernah lekang dari bibir. Ada juga dia cuba mandail nombor telefon Imelda tetapi tidak dijawab. Fikir Imran, Imelda sedang bersiap-siap.

"Hati-hati memandu tu. Jangan nak berangan je...", pesan mamanya sewaktu dia hendak melangkah keluar dari rumah.
"InsyaAllah"
"Bawa anak dara orang tu baik-baik..."
"Mama?", soal Imran pelik.
"Mama tahu anak mama"
"Pray for me..."
"Always..."

Mariya tersenyum mendengar. Dia tahu Imran sudah lama memendam perasaan pada Imelda cuma Imran saja yang belum pernah mengakuinya.

Imran menekan loceng rumah lalu pagar dibuka orang di dalam rumah tanda kedatangannya dialu-alukan. Imran masuk dan memberi salam.

"Imran...masuk...masuk...", jemput Humairah.
"Mana yang lain?"
"Kitorang baru je habis makan malam. Semua ada kat dapur"
"Oh..."
"Imran dah makan?"
"Ingat nak bawak Imelda keluar"
"Ok, kejap Along panggilkan Im"

Humairah terkejut mendengar kata-kata Imran sebenarnya. Imelda pula tidak memberitahu dia yang Imran mahu mengajaknya keluar.

"Im...kejap"
"Kenapa? Siapa yang datang tu?"
"Imran. Dia ajak Im keluar eh?"

Imelda terdiam.

"Kenapa?"
"Tak...hmmm"
"Im tak nak keluar dengan dia?"
"Bukan...tapi Im..."
"Takut?"

Imelda mengangguk.

"Macam ni lah Im. Along tak nak paksa Im tapi Im fikirlah mana yang baik. Along tahu Imran baik orangnya. Tapi bukan sebab dia anak kawan baik papa dengan mama, Along puji dia...tak. Im pun kenal dia kan?"
"Tapi, Along... Im tak sedialah"
"Pergilah siap-siap. Kalau Im tak suka tak apalah...yang penting Im dah buat yang sepatutnya"

Di ruang tamu, Ameer dan datuknya melayan Imran berbual. Beberapa minit kemudian, Imelda keluar dan berdiri di sebelah papanya.

"So, kamu berdua nak kemana?"
"Dekat-dekat je Uncle...Aimy ada?"
"Kakak dah balik petang tadi. Esok ada kelas..."
"I see... Ameer ikut teman Ude, boleh?", pinta Imran.
"Ameer? Takkanlah Uncle ni? Segan Ameer"
"Kalau Aimy ada lagi bagus. Tak elok kan kalau Uncle dengan Ude je?"

Imelda hanya tunduk dan mendengar. Ada benarnya kata-kata Humairah tadi tapi dia tak mahu buat kesimpulannya sendiri. Memang dulu dia pernah jadi teman yang baik dan musuh ketat zamal kecilnya dengan Imran tapi sekarang segalanya sudah berubah. Imran bukan lagi budak tembam yang selekeh dan suka mengusik dia.

Imran, Imelda dan Ameer ke kereta milik Imran. Belum sempat Imran membukakan pintu untuk Imelda, tangan Imelda lebih pantas mencapai pintu keretanya. Imran memandu meninggalkan perkarangan banglo tersebut.

"Senyap je Ameer?"
"Ameer tak tau nak borak apa?"
"Ameer ceritalah pasal Ameer, pasal study Ameer"
"Hmmm, Ameer tengah tunggu panggilan U..."
"Ameer sekarang umur berapa?"
"18..."
"Oh, I see... Ameer nak ambil course apa?"
"Mungkin medic"
"Kenapa mungkin?"
"Ameer kurang minat nak membaca, menghafal ni...even, Bio Ameer pun cukup-cukup makan je. Umi dengan Abi yang cadangkan"
"Tak apa, lama-lama insyaAllah minat tu datang... Pak Ngah dengan Pak Cu Ameer kan ada? Dulu Uncle pun tak berapa suka dengan bidang ni. Tapi, Uncle cuba juga sampailah terasa sayang sangat nak tinggalkan bidang ni"
"InsyaAllah. Eh, asyik kita je yang borak...takkan Ude senyap je?"
"Ha...?", Imelda terkejut bila dicuit Ameer.
"Ude Ameer ni manalah sudi nak borak-borak dengan Uncle... Entah-entah ajak keluar ni pun terpaksa je...", luah Imran.

Imelda terpempan dengan kata-kata yang keluar dari mulut Imran. Tidak disangka-sangka yang Imran sebenarnya menyimpan rasa di dalam hati.

"Ude? Dah sampai ni..."
"Hmmm..."
"Ude ok ke tidak?"
"Ude ok...don't worry"
"Asyik termenung je Ameer tengok..."
"Mana ada... Ude teringat pasal kerja je"

Imran berjalan di sebelah Ameer dan Imelda perasan yang Imran seolah-olah mahu menjauhkan diri darinya. Sedikit sebanyak telah membuatkan hati Imelda sedikit terbuka untuk lelaki itu. Imelda duduk di tempat Imran duduk sementara Ameer menawarkan diri untuk memesan makanan.

Imran dan Imelda sama-sama diam. Imelda cuba untuk bersuara tetapi dia malu untuk memulakan perbualan. Bila Imelda curi-curi memandang Imran dan Imran perasan akan hal itu, cepat-cepat Imelda memandang ke tempat lain. Imran pula cuba untuk tidak mengalah. Tetapi sesekali dia juga seperti Imelda, curi-curi memandang Imelda.

"Makanan dah sampai ni..."

Ameer membahagi-bahagikan makanan yang dibelinya tadi. Tiada reaksi dari kedua-duanya. Dipandang Imelda, wajahnya mencuka. Imran pula asyik termenung.

"Hello...", tegur Ameer sambil memetik jarinya.

Imran dan Imelda sama-sama tersentak. Imelda mengambil air dan diletakkan di depannya. Imelda hanya minum sikit-sikit memandangkan dia sendiri sudah kenyang. Imran masih seperti tadi dan dia rancak berbual-bual dengan Ameer. Imelda buat tidak peduli dengan tindakan Imran.

"Ameer, tolong Ude ambilkan plastik"
"Kenapa?"
"Dah lewat, esok Ude keje"
"Biarlah Ameer habiskan makan tu dulu", Imran menyampuk.
"Sekarang, Ameer!", suara Imelda sedikit keras tanpa mempedulikan Imran.

Ameer menurut kata Imelda. Dia tahu Imelda benar-benar sedang marah. Imelda merampas plastik dari tangan Ameer lalu membungkus semua makanan yang masih belum terusik lagi. Imran sebenarnya sangat terkejut dengan tingkahlaku Imelda. Dia tahu Imelda memang seorang yang tegas tetapi tidak disangka pula Imelda dulu dan sekarang jauh berbeza. Dengan langkah yang berat, Imran mengikut kehendak Imelda tanpa bantahan.

"Ameer duduk depan..."
"Tapi..."
"Ameer...masuk je", kata Imran pula, memujuk.

Ameer sekali lagi menurut permintaan ibu saudaranya dan Imran. Sepanjang jalan, masing-masing membisu dan sesampainya mereka di hadapan rumah, Imelda cepat-cepat keluar dari kereta Imran dan masuk ke dalam rumah.

"Ameer minta maaf bagi pihak Ude... Tak sangka akan jadi macam ni", luah Ameer dengan nada kesal.
"Tak apalah. Salah Uncle jugak tadi. Biarlah Ude cool dulu"
"Thanks Uncle. Hati-hati"
"Welcome. InsyaAllah... Ni, favourite burger Ude...bagi kat dia dengan kotak ni sekali"
"Alright...thanks again"
"Ok... Jumpa lagi ye?"

Ameer masuk ke dalam rumah lalu ke bilik Imelda. Dia terdengar sayup-sayup suara orang sedang menangis. Pintu bilik Imeldq dikuak perlahan-lahan dan terlihat Imelda sedang tersedu-sedan menahan tangis.

"Sorry Ude..."
"Bukan Ameer ada buat salah pun"

Ameer meletakkan bungkusan makanan dan hadiah pemberian Imran di atas meja solek Imelda. Sebaik pintu bilik ditutup, Humairah menegur Ameer.

"Astaghfirullah... Umi ni...terkejut Ameer"
"Sorry... Ude tu kenapa?"
"Entahlah... Tengah borak-borak dengan Uncle Im, tiba-tiba Ude ajak balik... Alasan Ude sebab esok keje"
"Tak apalah, nanti Umi tanya Ude sendiri. Ameer pergi masuk tidur"
"Assalamualaikum Umi..."
&&&&&&&&&&

Imelda menatarias wajahnya seringkas mungkin dan tiba-tiba matanya tertumpu pada sebungkus plastik makanan dan sebuah kotak kecil berwarna hijau. Di buka plastik dan di dalamnya ada makanan kegemarannya dan dibungkus semula plastik itu. Kotak kecil itu dibuka pula dan terdapat seutas rantai tangan berwarna perak di dalamnya. Selama ini rantai tangan itu memang menjadi idamannya. Dicuba rantai tangan itu ditangannya beberapa kali. Nota kecil yang datang bersama dengan kotak itu dibaca Imelda.

Kalau dah terima, give me a call ye? Harap awak suka dengan hadiah yang tak seberapa ni dari saya. Saya minta maaf sebab selalu sakitkan hati awak.



Love,
Imran...
Imelda menanggalkan rantai tangan itu cepat-cepat dan disimpan di dalam kotaknya semula. Berat hati Imelda hendak menerima pemberian Imran itu. Dia berasa bersalah dengan tindakannya malam tadi.

"Ude kamu dah bangun ke?", soal Farid.
"Dah kot. Ude kata, Ude keje hari ni"

Imelda duduk di sebelah Ameer lalu menuang air Milo ke dalam cawannya, dihirup air itu perlahan-lahan.

"Apa jadi malam tadi Im?"
"Tak...ada apa-apa...", jawab Imelda sambil memandang Ameer.

Ameer menggeleng-gelengkan kepalanya tanda bukan dia yang beritahu datuknya tentang apa yang terjadi semalam.

"Papa tengok Im balik semalam terus je masuk bilik...?"
"Im...ha... Im sakit perut"
"Betul?"
"Betul...", jawab Imelda sambil mengangguk.
"Ok lah, papa... Im pergi ofis dulu. Dah lambat ni"

Imelda bersalaman dan cium tangan papa dan mamanya. Dia berlalu meninggalkan kedua orang tuanya kerana tidak mahu disoal dengan bermacam-macam pertanyaan.

"Tengok Ude Ameer tu...belum sempat Jidi nak tanya, dia cabut pulak"
"Mungkin Ude perlukan masa untuk sendirian"
"Ameer tahu apa-apa?"
"Tak..."

Ameer pula cuba mengelak. Dia rasa tersepit antara ibu saudara dan datuknya. Mahu berterus-terang, bimbang Udenya pula terasa hati. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri, itu lebih baik fikirnya.
&&&&&&&&&&
"Pagi, cik Im", ucap staf Imelda.
"Pagi...", jawab Imelda sedikit serius.

Imelda terus masuk ke bilik dan cuba menenagkan fikiran. Selepas beberapa ketika, Imelda memanggil pembantu peribadinya, Hani masuk ke biliknya.

"Cik Im nampak stress? Kenapa?"
"Penat dengan kenduri agaknya..."
"Biasalah cik Im, kenduri semuanya penat. Apatahlagi ini kenduri keluarga sendiri. Cik Im nak minum apa-apa?"
"It's ok. Saya dah breakfast kat rumah tadi"
"Erm...ok"
"Tolong beritahu agenda saya sepanjang hari ni..."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mencari Konklusi - 1.

Pagi itu Rauhah bangun awal kerana hari ini dia akan memulakan praktikal di Bahagian Radiologi. Selepas meneguk milo kegemaran buatan air tangannya sendiri, Rauhah keluar dari rumah dan menanti teman yang telah berjanji untuk mengambilnya di rumah. "Hello! Kau dah siap-siap ke?", soal temannya. "Aku baru je kunci pagar ha... Kau kat mana?" "Aku pun baru je keluar ni. Lagi 5 minit aku tiba...tunggu tau" "Kau lambat, siap kau...", Rauhah memberi amaran, gurauan biasa dia dan teman-temannya. 5 minit telah berlalu, bayang kereta Kancil milik temannya iaitu Mahirah tidak juga kelihatan. Selepas 1/2 jam, barulah Mahirah tiba dan dari dalam kereta lagi dia tersenyum simpul. "Kau punya 5 minit macam rumah kau kat KL je kan? Apa hal?" "Tadi, masa aku call tiba-tiba je enjin tak nak hidup. Nasib baik abang aku belum gerak lagi" "Ada je masalahnya. Dah jom gerak. Lambat nanti, tak pasal-pasal nama kita blacklist" ...

Pencarian - 1

"I have been waiting for you all these while but where have you been?", marah Zahra Malaeka. Di depan Zahra Malaeka berdirinya seorang lelaki berbadan tegap. Tunduk. Bisu. "Tell me now!", sekali lagi Zahra Malaeka menyoal dan sedikit keras suaranya. Zahra Malaeka sangat marahkan lelaki itu. Kemarahannya sudah tidak dapat dibendung lagi. Ditolak-tolak badan lelaki itu. Tetap juga lelaki tersebut tidak berganjak apatahlagi memberi apa-apa reaksi. Zahra Malaeka akhirnya mengalah. Dia kemudiannya terus menaiki kereta miliknya. Belum sempat dia menghidupkan enjin kereta, laju saja tangan lelaki tersebut membuka pintu kereta milik Zahra Malaeka. "Now...what do you want?", soal Zahra Malaeka dalam esak tangis yang ditahan-tahan. Lelaki tersebut menutup pintu kereta Zahra Malaeka, perlahan tanpa sebarang bicara. Dia berpusing dan berlalu pergi. Zahra Malaeka keluar dari kereta dan cuba mendapatkan lelaki itu. "Kaklong...kaklong!...

Mencari Konklusi - 4

"Assalamualaikum!", ucap Rauhah dari luar rumah datuknya. Haji Ismail yang sedang sibuk memberi makan kepada ternakannya tidak perasan akan kehadiran anak dan cucu-cucunya. "Ada kat belakang tu agaknya Rahman", tegur seorang wanita yang sedikit muda dari bapanya. "Eh, Kak Senah. Apa khabar?" "Alhamdulillah sihat. Kamu dari mana?" "Dari rumah. Lama tak balik, anak-anak pun kebetulan semuanya ada..." Senah yang juga jiran sebelah rumah Haji Ismail hanya mengangguk dan meminta diri masuk ke dalam rumah dahulu. "Jom Rah, kita surprise Tok" "Dibuatnya pengsan orangtua tu nanti...aku tak masuk campur", Mahirah mengingatkan. "Alah, dia takkan pengsan punya...kurang-kurang pun melatah je" "Kau ni memang tak makan saman kan?" Rauhah dan Mahirah perlahan-lahan ke bahagian belakang rumah datuknya. Dari jauh sudah terdengar suara datuknya sibuk memberi makanan kepada itik-itik dan ayam-ayam yang dipeliha...