Langkau ke kandungan utama

Hanya Dia - 2.

"Ameer...bangun cepat!", kejut Imelda.
"Kalau bangun lambat tak boleh ke?"
"Boleh..."

Ameer, anak sulung Humairah segera menarik selimutnya tetapi Imelda lebih pantas merampas.

"Lepas habis majlis Acu… Ameer tak nak tidur, tak nak bangun pun tak apa… Banyak kerja nak buat pagi ni...", sambung Imelda.
"Bagilah Ameer relax dulu...penatlah", rungut Ameer.
"Dah...bangun! Jidi dah tunggu dekat luar. Abi dengan Pak Ngah pun ada sekali"

Ameer melangkah longlai. Matanya masih mengantuk tetapi dilawan juga rasa mengantuknya, memandangkan hari itu adalah hari penting buat seluruh ahli keluarga mereka.

"Ameer!", panggil Hathim.
"Ya, Abi...", jawab Ameer sambil berjalan mendapatkan ayahnya.
"Dah sarap?"
"Ameer baru je bangun"
"Pergi makan dulu, lepas tu tolong Pak Ngah angkat barang-barang"
"Yes, sir"

Imelda membantu saudara-mara yang sedang sibuk di dapur. Sesekali dia menjenguk Ibtisam yang juga sibuk mengemas biliknya untuk kali terakhir sebelum Majlis Ijabkabul bermula.
"Assalamualaikum...", ucap Alyana yang berjanji untuk datang awal pagi itu.
"Wa'alaikumsalam", jawab Farid dan Hathim.
"Masuk Aly, Ary. Im ada dalam bilik rasanya", Hathim iaitu abang ipar Imelda mempersilakan kedua beradik itu masuk ke dalam rumah.

Aryana akan menatarias Ibtisam seperti malam sebelumnya. Selain bergelar pendidik, Aryana juga turut menjadikan hobi ini sebagai sumber pendapatan sampingannya. Sejak dia berusia 12 tahun lagi, dia memang suka berniaga. Biasanya dia antara pelajar sekolahnya yang sibuk bila tiba Hari Kantin. Cikgu-cikgu sekolah juga selalu meminta dia membantu membuat jualan.

"Nikah pukul berapa Ibti?"
"Dalam 11 pagi macam tu... Nervous la"
"Selawat banyak-banyak. Aku tak tahu nak cakap apa sebab aku pun bukan pernah lalui benda-benda ni kan"
"Thanks a lot Ary. Tak sangka kan, dah lama kita berkawan... Kau dah banyak tolong aku selama ni", Ibtisam menggenggam tangan Aryana, kemas.
"Apalah kau ni...kau pun banyak jugak tolong aku dengan family. Aku sayang sangat dengan persahabatan kita. Ingat tak janji kita dulu?"
"Nak sanding sama-sama...", sambung Ibtisam
"Tapi jodoh kau sampai dulu... Aku gembira sangat"
"Aku doakan lepas ni kau pulak ikut jejak aku ye?"
"InsyaAllah"

Sambil membantu dan memantau, Imelda termenung memikirkan sesuatu. Aimy yang melihat dari jauh cuba mendekati ibu saudaranya itu.

"Ude? Kenapa ni?"
"Tak...tak ada apa-apa"
"Are you crying?"
"No, I'm not. Kenapa Aimy tanya tiba-tiba?", Imelda cuba berpura-pura.
"Dari jauh Aimy nampak Ude termenung..."
"Tak payah risaulah, Ude ok je"

Aimy sebenarnya sudah tahu apa yang sedang difikirkan oleh Imelda walaupun Aimy tahu ibu saudaranya itu kuat semangat cuma adakalanya Aimy terlupa yang Imelda tetap juga manusia biasa yang ada kelemahan tersendiri. Kira-kira 10 pagi, Ibtisam sudah siap dirias oleh Aryana. Sementara menanti ketibaan rombongan pengantin lelaki, Aryana ke khemah mengambilkan makanan untuk Ibtisam.

"Kak Im? Amboi...sibuknya dia hari ni?", tegur Aryana.
"Tak menang tangan dibuatnya kak Im... Ary dah makan ke?"
"Biar Ibtisam makan dululah. Kesian dia, lapar kat dalam tu..."

Tetamu yang dijemput semakin memenuhi ruang tamu dan juga khemah-khemah yang disediakan. Imelda masuk ke dalam untuk bersiap-siap kerana Ibtisam sempat memberitahunya tadi, Zameer dan keluarganya akan tiba pada bila-bila masa dari sekarang. Farid dan Faridah yang sudah bersiap sibuk melayan tetamu-tetamu di dalam rumah dan juga di pintu masuk ke khemah.

"Jidi... Acu cakap Pakcu dah nak tiba", Ameer menyampaikan pesan Ibtisam.
"Panggil Abi, Jiddah, Ummi, Ude dengan Pak Ngah. Nak sambut diorang"
"Ok", jawab Ameer, tersenyum.

Zameer dan rombongan keluarganya tiba di hadapan rumah dan bersalaman dengan bakal keluarga barunya itu. Rombongan keluarga Zameer sama-sama masuk ke dalam rumah. Zameer duduk di atas bantal besar yang telah disediakan. Selepas khutbah nikah dibacakan, Farid mengambil tempat di hadapan Zameer.

Ibtisam yang diiringi oleh Aryana pula duduk di ruang tamu kedua dan dikelilingi sanak-saudara dan teman-teman rapat yang bertandang ingin menyaksikan penyatuan dua hati antara Ibtisam dan Zameer. Sepanjang majlis berlangsung, Ibtisam erat menggenggam tangan Aryana.

"Zameer Fayruz...", sebut Farid.
"Saya...", jawab Zameer tenang.
"Saya nikahkan kamu dan saya kahwinkan kamu dengan anak saya, Ibtisam bt. Farid dengan mas kahwinnya, RM 1001 tunai"

Zameer menarik nafas dalam-dalam dan setenang yang mungkin dia melafazkan akad.

"Saya terima nikah Ibtisam bt. Farid dengan mas kahwinnya RM1001 tunai"

Terpancar kelegaan di wajah Zameer bila dia kini sah menjadi suami kepada wanita yang amat disayangi selepas ibunya. Para hadirin mengaminkan bacaan doa yang dibaca oleh Imam yang dijemput Farid.

"Congratulations, Zameer", ucap ibunya.
"Thanks, mummy"

Airmata kegembiraan mengalir di pipi ibuya. Terharu dia melihat anak bujangnya itu kini sudahpun melangkah ke alam yang baru. Zameer lantas bersalam dengan semua tetamu dan selepas itu dia ke tempat Ibtisam duduk untuk acara membatalkan air sembahyang.
Selesai majlis, masing-masing memenuhkan ruang khemah untuk menjamu hidangan yang tersedia. Pasangan mempelai juga tidak ketinggalan. Ameer dan Aimy setia berada di samping pengantin muda tersebut.

"Sorry...", kata Imelda bila terlanggar seorang lelaki di hadapannya.

Lelaki itu sengaja menghalang dia dari terus berjalan dari meja ke meja untuk melayan para jemputan.

"Excuse me..."

Susuk tubuh tegap itu masih tidak berganjak. Ditenung Imelda dalam-dalam, sampai Imelda sendiri rasa menyampah dan tidak keruan.

"Maafkan saya..."
"Saya tetamu awak jugak?"
"Maaf, tolong layan diri"
"Tapi saya nak awak yang layan saya...boleh kan?"
"Saya ada banyak benda nak diuruskan so saya harap awak tak ganggu saya"

Lelaki yang tidak Imelda kenali itu hampir-hampir sahaja mahu menggenggam tangan Imelda tetapi Imelda lebih pantas menarik tangannya hingga menyebabkan Imelda terjatuh di tepi meja makan.

"Ouch!", jerit Imelda menahan kesakitan.
"I'm so sorry...saya tak sengaja...", pohon lelaki itu.
"Don't touch me!", suara Imelda sedikit kuat bila lelaki itu cuba membantu.

Tetamu yang sedang enak menjamu tidak perasan akan kejadian tersebut memandangkan suasan majlis sangat bising dengan bermacam-macam bunyi. Hanya orang-orang yang terdekat sahaja yang perasan tetapi bila melihat Imelda sudah kembali berdiri, mereka sibuk berbual semula.

"Sukalah dapat tengok saya jatuh depan orang ramai?", perli Imelda.
"Saya minta maaf sangat-sangat, tak sangka pulak akan jadi macam ni"
"Senang awak kan? Ingat boleh baikkan siku saya dengan maaf awak tu?", soal Imelda lagi sambil memegang sikunya yang sedikit tercalar.

Farid dan Faridah menggamit Imelda dari jauh. Belumpun sempat lelaki tersebut menyambung kata-kata, Imelda pergi mendapatkan papa dan mamanya lantas meninggalkan lelaki itu seorang diri.

“Im ok?”
“I’m fine…”
“Mama tengok Im macam lain je?”
“Don’t worry ma… Im ok je”
"I hope so… Mama kenalkan ini kawan lama mama dengan papa…Aunty Mariya, Uncle Daniel", kata Faridah memperkenalkan.
"Aunty dan Uncle sihat?", soal Imelda sambil bersalam dengan wanita yang sebaya mamanya itu.
"Sihat, alhamdulillah... Ini Imelda? Sekejap je masa berlalu, dah anak dara pun…”

Tiba-tiba lelaki tadi datang dan berdiri di antara Mariya dan Daniel, masih tetap memandang Imelda.

"Oh ye, ini anak Aunty, Imran"
"Imran", Imran memperkenalkan dirinya.
"Imelda", kata Imelda pula, mengangguk walaupun dia sebenarnya terkejut.

Imelda lalu meminta diri untuk menyertai Ibtisam dan Zameer bila dipanggil anak-anak Humairah untuk merakamkan foto di dalam rumah.

"Kak Im, jom tangkap gambar", Ibtisam mempelawa.
"Takpelah, kak Im nak jumpa kawan kejap", Imelda mengelak.
"Kejap je kak Im?", pujuk Ibtisam.
"Takpe-takpe..."
"Kak Im?", Zameer pula mengajak.

Kaki Imelda terhenti.

"It's ok. Kejap lagi kita tangkap gambar ramai-ramai", Imelda tetap berkeras.
"Kak Im? Jomlah, bukan selalu kita dapat jumpa kan?", Talha, adik bongsu Zameer pula memujuk.

Akhirnya Imelda kalah dengan permintaan Talha. Dia bukan mahu dipujuk-pujuk begitu tetapi dia masih tidak boleh menipu diri dia yang luka di hatinya sudah hilang tetapi demi adik tersayang, Imelda cuba untuk tidak terlalu ikut perasaan.

"Hi, awak?", tegur Imran.
"Hi", jawab Imelda seringkas mungkin lalu ke khemah untuk bertemu teman-temannya.

Imran memerhatikan gelagat Imelda. Hati Imran semakin terpikat dengan Imelda walaupun Imelda tidak memberi sebarang respon.

"Sorry sangat-sangat. Layan diri tau? Sibuk sikit hari ni"
"Biasalah Im, nama pun kenduri kahwin... Ini baru Ibtisam punya majlis, kau esok agaknya nak sembang pun tak sempat kot?", usik Ruhil, salah seorang rakan di universiti dulu.
"Entahlah... Eh, malam ni jangan lupa datang pulak..."
"Ini yang aku nak beritahu kau. Aku memang tak dapat nak datang malam ni. Tu sebab aku datang pagi ni. Aku memang ada hal yang betul-betul tak dapat nak elak"
"Yeke? Tak apalah kalau macam tu"

Imran masih memandang Imelda. Imelda pula yang lemas dengan perlakuan Imran, sesekali cuba berselindung sebalik kawan-kawannya.

"Kau kenapa Im?", soal Raihan.
"Tak ada apa..."
"Aku tengok dari tadi mamat tu asyik pandang kau... Kenapa eh?", soal Raihan lagi.
"Kau ni kan Han, takkan tak faham kot?", celah Ruhil sambil mencuit siku Raihan.
"Ooooo, ok. Aku faham dah..."
"Lambatlah kau ni", kata Alinas pula.

Ameer dan Aimy menuju ke dalam rumah untuk berehat sementara menanti majlis bersanding malam ini. Ameer memandang ke luar dan dilihatnya Imelda seolah-olah sedang bercakap seorang diri.

"Ude?", jerit Ameer sambil berjalan ke arah Imelda.
"Ude...", Ameer mencuit bahu Imelda.
"Astaghfirullah hal 'azim... Ameer ni kenapa?"
"Ude tu kenapa?"
"Kenapa pulak?"
"Tadi Ameer tengok Ude cakap sorang-sorang?"
"Tak ada apa la...", Imelda menjawab acuh tak acuh.
"Ude...???"
"Ude tengah marah dengan anak kawan Jidi dengan Jiddah. Entah apa yang dia nak entah...menakutkan je"
"Uncle Im?"
"Macam mana Ameer kenal?"
"Ummi yang cerita. Abang Uncle tu kawan sekelas Ummi dulu"

Imelda tersentak mendengar. Patutlah perlakuan Imran agak pelik sepanjang pertemuan mereka pagi itu. Imelda lupa lelaki yang bernama Imran itu yang pernah dia kenal satu masa dulu. Waktu itu mereka sama-sama kecil dan pernah bermain sama-sama.
&&&&&&&&&&
Imran baring di atas sofa melepaskan lelah. Fikirannya masih teringatkan Imelda. Dulu sewaktu masih kecil, mereka selalu bergaduh setiapkali berjumpa. Ada sahaja hal yang akan buat mereka bertengkar. Imelda sejak kecil agak sedikit kasar perangainya dan dia juga adalah anak paling garang dan tegas di dalam adik-beradiknya.

"Im?", tegur Mariya.
"Yup..."
"Senyum sorang-sorang, kenapa?"
"Saja je"
"Saja?"

Imran terus tersenyum.
&&&&&&&&&&
Petang itu, seluruh ahli keluarga Farid dan Faridah sibuk membuat persiapan untuk Majlis Persandingan Ibtisam dan Zameer pada malam ini yang akan diadakan di dewan besar sebuah hotel terkemuka di Bangi. Imelda di dalam bilik cuba untuk merehatkan badan yang semakin penat dek kerana terlalu teruja meraikan hari bahagia adiknya. Selesai solat Asar, Alyana, Nashreen dan Aryana kembali ke rumah besar itu.

"Letihnya...", keluh Imelda.
"Standard la tu Im. Kalau dah penat tu, biar penat habis...", komen Alyana.
"Nanti kita pergi awal sikit eh?"
"Mestilah, nanti tetamu pulak yang tiba dulu...parah kita"
"Hahahaha...", Imelda tertawa walaupun dia masih penat.

Di luar rumah, khemah yang dipasang telahpun siap dikemaskan. Segala urusan untuk majlis yang berlangsung tadi juga hampir selesai.

"Im...malam ni, minta tolong jadi emcee dengan Imran?", pinta Humairah tiba-tiba.
"Im? Dengan Imran?", Imelda menjawab dengan pertanyaan.
"Yes. Please? Orang yang sepatutnya ada hal pulak... Please?", rayu kakak sulungnya.
"Nanti Im fikirkan"
"Jangan lama-lama ye?"
"InsyaAllah"

Humairah menutup pintu bilik Imelda.

"Kenapa nak fikirkan lagi?", soal Alyana.
"Sebab tiba-tiba suruh aku jadi pengacara... dengan mamat tu pulak? Huh!"
"What to do? Bukan suka-suka Along tu nak suruh kau kan?"
"Itu aku faham tapi..."
"Im, buat je... Mana tahu kan, tiba-tiba dia tu jodoh kau?", usik Alyana.
"Ish kau ni, ke situ pulak"

Tiba di dewan, Imelda dan Alyana melihat kerja-kerja akhir yang sedang dilakukan pekerja-pekerja hotel tersebut. Setelah berpuas hati, mereka berdua yang ditemani Nashreen mula mengedit ucapan yang sempat ditulis di rumah tadi. Imran menyertai mereka beberapa minit kemudian.

"Sorry, lambat", kata Imran.
"Jemput duduk, abang Im", Alyana segera menyuruh bila dilihat tiada sebarang tindakan daripada Imelda.
"Dah sampai mana?", soal Imran.

Imelda tetap membisu. Alyana pula yang rasa bersalah. Dia menguis-nguis kaki Imelda di bawah meja.

"Aduh!", Imelda menjerit perlahan lalu memandang Alyana.
"Apa hal tendang-tendang ni?", soal Imelda.

Alyana tidak menjawab tetapi matanya memberi isyarat supaya menjawab pertanyaan Imran tadi. Imran pula hanya melihat perlakuan kedua-dua teman baik itu sambil tersenyum.

"Baru nak mula", jawab Imelda selamba.
"Oh, ok..."

Mereka bertiga ke bilik persalinan yang terletak di aras yang sama dengan dewan tersebut. Di dalamnya sudah ada beberapa orang ahli keluarga yang akan mengiringi kedua mempelai ke pelamin nanti.

"Ibti...nak minum? Nak makan?", soal Imelda.
"Tak apalah kak Im. Ibti masih kenyang lagi... Kak Im rehatlah, nampak penat sangat"
"Kak Im masih boleh bertahan lagi..."

Hati Imelda sangat gembira dengan Ibtisam dan harapannya, Ibtisam akan tetap jadi dirinya sendiri sama seperti kali pertama Imelda mendukung adik kecilnya itu. Sejak dilahirkan, Ibtisam sangat rapat dengan Imelda. Apa jua masalah mereka pasti kongsikan bersama. Dan sekarang Imelda sedar yang dia tidak akan punya teman rapat yang amat memahami dirinya seperti mana adiknya itu lagi.

Sejak jam 8 malam, kehadiran tetamu mula memenuhi ruang di dalam dewan besar hotel tersebut. Di bilik persalinan, pasangan mempelai dan beberapa orang ahli keluarga kedua belah pihak sudah sedia menanti untuk memulakan acara.

"Kak Im...thanks", Ibtisam menggenggam erat tangan kakaknya.

Imelda membalas genggaman tangan Ibtisam.

"Kenapa ni Ibti?"
"Sebab kak Im selalu ada bila Ibti perlukan..."
"Jangan nak emo-emo eh", pesan Imelda yang hampir saja menitiskan airmata.

Ibtisam tersenyum kembali. Mereka semua mula bersedia dan menanti di luar bilik persalinan. Aimy dan Ameer berdiri di sebelah Ibtisam dan Zameer sementara Adlin, anak tunggal Adam dan Adilla pula berdiri di hadapan pasangan pengantin tersebut.

Turut serta ialah Alyana dan Aryana di belakang pengantin. Nashreen pula berdiri paling hadapan sambil memegang sebakul bunga. Sementara itu Imelda dan Imran sudahpun menanti di rostrum untuk memulakan acara.

"Sirih berlipat sirih pinang, 
sirih dari Pulau Mutiara, 
pemanis kata Selamat Datang, 
awal Bismillah pembuka bicara", Imelda membacakan beberapa rangkap pantun tanda majlis bakal berlangsung.

"Tetak buluh panjang suluh, 
mari jolok sarang penyengat, 
angkat doa jari sepuluh, 
doa minta biar selamat", sambung Imran pula.

"Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh dan selamat datang kami ucapkan kepada semua tetamu jemputan yang sudi hadir pada malam ini. Kami selaku perantara majlis, mohon perkenan untuk memperkenalkan diri. Saya, Imelda Farid dan pasangan perantara saya..."

"Imran Daniel. Kami mengalu-alukan kedatangan para jemputan bagi meraikan pasangan mempelai iaitu Ibtisam Bt. Farid dan Zameer Fayruz B. Ikhwan. Bagi menyempurnakan lagi majlis dan semoga perjalanan majlis diberkati, majlis dengan ini ingin menjemput Ustaz Luqman Al-Hafiz untuk membacakan doa...dipersilakan..."

Sepanjang majlis berlangsung, Imelda dan seluruh ahli keluarganya sibuk melayan para tetamu. Tidak kurang juga Imran dan keluarganya, turut melayan tetamu yang hadir. 

"Hai, Imran? Macam kenduri family kau pulak...kau punya busy tu?", tegur sesorang.
"Hahaha... Kan kebetulan yang telah ditakdirkan, we have known each other since our parents are still young...katanya", jawab Imran.
"Ada je jawapannya kau ni. Hmmm...ok dah tu. Mula-mula, jadi partner emcee. Lepas ni dok ataih pelamin la pulak ye", kata temannya itu lagi yang dipanggil Wak.
"Doakanlah. Bertuah sangat aku nak dapat dia. Sombong memanjang. Dari kecik sampai la tak berapa nak besar tu asyik nak cari gaduh dengan aku"
"Segan agaknya"
"So, bila nak jemput kenduri?", soal Imran cuba mengubah tajuk perbualan.
"Dan-dan je kau kan. Cik Mastura, silalah nyatakan bila ye", sambung Wak lagi.
"InsyaAllah end of December, our Solemnization. Datang ye. Wajib bawa pasangan"
"Memang I will take my mother as well", gurau Imran.
"Klise sangat jawapan you. I think you should ask Imelda to accompany you?", cadang Mastura, tunang Wak atau nama sebenarnya Bob Hazwan.
"Cabar I ke?"
"Take it or leave it... Kau jangan tak tau, tunang aku memang suka cabar orang. Ala, sebenarnya itulah cara dia nak motivate orang. Lupa ke, tunang aku ni kan kaunselor sama macam Imelda"
"Ok, aku anggap itu motivasi aku. Sebulan je lagi, kan? Doakan aku"

Sesorang mencuit bahu Imran dari belakang.

"Oklah, aku dengan Mas balik dulu. Thanks so much. Nak jumpa pengantin kejap", Wak meminta diri bila dia lihat Imelda di belakang Imran.
"Ok. Jumpa lagi"

Imran menoleh memandang ke arah gerangan yang mencuitnya tadi.

"Your mom panggil"
"What?", Imran bertanya dan kebetulan mereka berdiri di sebelah pembesar suara yang baru mula memainkan lagu.

Imelda mengarahkan Imran menundukkan sedikit badannya supaya Imelda boleh berbisik padanya.

"Aunty call you"
"My mom?"
"Kenapalah kau ni blur sangat ni?", soal Imelda dalam hati.
"Iya doktor Imran. Your mom la. Takkan my mom pulak", Imelda sedikit menjerit.
"Fuh! I belum pekak lagi, cik Imelda"
"Can you see where we are?"

Imelda berlalu. Malas nak bertekak. Bila sudah mula, susah nak berhenti.

Imran hanya memerhati. Sesekali, Imran sekadar tersenyum melihat gelagat Imelda.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mencari Konklusi - 5

Sebelum masuk ke bahagian Radiologi, Rauhah dan Hardee terserempak di depan kaunter. Masing-masing terkejut sebenarnya sampaikan Rauhah pula yang tak tahu nak buat apa. "Hi!", tegur Hardee. "Assalamualaikum", ucap Rauhah perlahan tidak segalak biasa. "Wa'alaikumsalam", jawab Hardee. "Saya masuk dulu ye, doc", sambung Rauhah cuba melarikan diri dari pandangan Hardee. Hardee ke biliknya lalu duduk di kerusi. Hatinya kembali bergetar. "Hai, Rauhah? Lain macam je aku tengok kau dengan abang kesayangan tu?", tegur Khairun. "Apa yang lainnya?" "Selalu kalau jumpa macam kucing dengan anjing...tadi dah macam kau ni tikus dia tu kucing..." "Orang tengah bahagialah tu", sambung Azmil pula. "Nasib aku baik hati hari ni...kalau tak lama dah aku cincang kau tau" "Beranilah sangat kan..." "Siapa kata aku tak berani?" Sedang sibuk membuat tugasan masing-masing, Hardee sem

Mencari Konklusi - 3.

Sudah seminggu Rauhah dan Mahirah menjalani praktikal di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Dan sudah seminggu juga Rauhah di bawah penilaian Hardee. Hardee semakin berpuas hati dengan perubahan yang ditunjukkan oleh Rauhah. Sekali sekali mereka bertekak juga bila apa yang diminta Hardee, tidak dilaksanakan Rauhah. Akhirnya Hardee mengalah kerana tak mahu memanjangkan perkara kecil. Teman-teman yang sekumpulan dengan Rauhah juga selalu melihat akan gelagat Rauhah yang nakal itu dan semakin faham akan kerenah wanita yang seorang itu. “Wei, kau ni berani kan? Aku tengok doktor Hardee dah habis tegas dengan kau”, tegur Khairun. “Asyik nak cari pasal je dengan aku, siapa suruh? Penat dengar dia membebel” “Dah tau tak nak dia membebel, kau ikut je lah arahan dia tu”, celah Shahrul pula. “Masalahnya sekarang, suruh aku buat kerja-kerja kerani, buat itu ini untuk dialah...bukan dalam tugasan kita kan?” “Tak ingat ke encik Arif kata apa? Buat apa saja pegawai penilai kita suruh”, sambung Khairu

Hanya Dia - 9.

"Jom turun, Uncle?", ajak Ameer. "Ameer turun dululah...Uncle ingat nak rest kejap" "Ok then . Ameer turun dulu" Imran mengangguk lalu ke balkoni melihat-lihat pemandangan di luar. Dia suka melihat matahari yang terbenam waktu senja dan segera mengambil kamera kesayangannya. Puas hatinya bila dia dapat mengambil gambar-gambar itu semua. "Takkan ambil gambar pemandangan je?", tegur seseorang di balkoni sebelah biliknya. "Eh? Ingat suara siapa tadi", jawab Imran yang masih memegang kamera kesayangannya sambil memandang ke arah Imelda di sebelah. "Tak turun dengan Ameer tadi?", soal Imelda. "Ingat nak rehat kejap...lupa yang dah hampir senja. Itu yang capture gambar sekejap...awak tak turun?" "Kejap lagi kot" Imran mengangguk tanda faham. Sesekali bila Imelda memandang ke arah yang lain, Imran cepat-cepat mengambil peluang dan merakam gambar Imelda. " Ok lah awak...saya masuk dulu. Dah Maghr