Langkau ke kandungan utama

Hanya Dia - 3.

"Mama...nak masak apa?", tegur satu-satunya menantu perempuan keluarga itu, Adilla.
"Mama tak larat nak buat apa-apa, panaskan je lauk-lauk baki semalam"
"Biasalah ma, kenduri mana yang tak penat kan?"
"Mana Adlin dengan Adam?"
"Adam tengah mandi. Adlin ada dengan Aimy"
&&&&&&&&&&
"Aimy, Ad...bangun. Sarapan", kejut Imelda.
"Hmmm..."

Adlin menggosok-gosok matanya yang sepet dan duduk di birai katil.

"Dah, bangun cepat. Tak elok anak dara bangun lewat"

Aimy pula bangun lalu terus ke bilik air. Imelda yang sudah bersiap, mengemas tempat tidurnya.

"Ad? Dah, bangun...basuh muka, gosok gigi lepas tu sarap"
"Hmmm, ha???"
"Bangun..."

Selesai Aimy mandi, Adlin pula mengambil tempat. Imelda keluar ke dapur dan bersama-sama dengan mama dan papa serta kakak ipar dan abangnya. Sementara itu Humairah dan suaminya, Hathim sedang sibuk membersihkan kawasan luar rumah.

"Along, abang Hathim... Mama, papa panggil sarap sekali"
"Sikit lagi, Im", jawab Humirah.
"Kejap lagi kita buat sama-sama. Sepatutnya pengantin baru yang buat ni...", seloroh Imelda.

Kaki Imelda terhenti bila ternampak Zameer baru keluar dari bilik. Baru sahaja Imelda hendak berpaling, Zameer menegurnya.

"Kak Im? Sarap sekali?", tegur Zameer yang lebih tua setahun darinya.
"Oh...kak Im tunggu Along dengan budak-budak tu semua. Ibti mana?", Imelda tidak keruan bila mata mereka bertentangan.
"Kejap lagi keluarlah tu"

Di dapur, masing-masing mengambil tempat dan mula bersarapan. Selesai sarapan, mereka berkumpul di ruang tamu. Tiada apa yang dilakukan hari itu, memandangkan ianya adalah hari minggu. Semua saudara-mara yang datang sudahpun pulang selepas Subuh tadi. Ramai yang akan mula bekerja kesokkan hari.

"Abang nak minum apa?", soal Ibtisam, manja.
"Teh O"

Imelda sesekali memandang dari jauh tetapi cepat-cepat dia buang perasaan iri yang bertandang. Zameer kini hakmilik Ibtisam. Bukan jodoh Imelda untuk bersuamikan lelaki yang kini menjadi adik iparnya. Imelda cuba sibukkan diri supaya tidak berfikir yang bukan-bukan.

"Kak Im...", tegur Ibtisam.
"Ibti cuti lama?"
"2 minggu je. Banyak kerja pulak kat pejabat"
"Ok lah tu... Honeymoon bila-bila boleh kan?"
"Entahlah kak Im. Abang tu macam susah je nak dapat cuti sementara ni sebab kat hospital banyak sangat kes"
"Namanya pun doktor kan? Tak ingat Angah macam mana dulu-dulu masa baru jadi doktor?"

Ibtisam tersenyum mendengar. Adam, abang tunggal mereka yang juga seorang doktor pernah mengalami hal yang sama. Waktu mula-mula bertugas sebagai doktor, macam-macam yang terpaksa dilaluinya sampaikan satu masa Adam hampir berputus asa dan ingin berhenti dari berkhidmat tapi lepas di nasihatkan oleh Farid, Adam kembali bersemangat. Menjadi seorang doktor memang menjadi impian dan cita-cita Adam sejak di bangku sekolah lagi.

"Termenung pulak dia... Jom pergi depan..."
"Yelah, hadiah pun tak sempat bukak lagi", ajak Ibtisam.

Sedang sibuk mereka membantu Ibtisam dan Zameer membuka hadiah hari perkahwinan mereka, loceng rumah berbunyi.

"Biar Ameer buka...", Ameer menawarkan diri.
"Siapa tu Ameer?", soal Farid dari dalam rumah.
"Jemput masuk, Uncle?"
"Thanks..."
"Uncle Im, Jidi...", jawab Ameer sambil mempelawa Imran masuk ke dalam rumah.
"Jemput duduk Imran?"

Imelda terkejut melihat Imran yang sudah berada di hadapannya kini.

"Apahal mamat ni ada kat sini, pagi-pagi?", bisik Imelda kepada Ibtisam.
"Ibti pun tak tahu. Tapi abang dengan papa yang jemput"
"Papa? Tiba-tiba pulak?"
"Itulah pasal..."

Ibtisam membuka satu sampul surat yang juga sebahagian daripada hadiah yang dia dan suaminya terima semalam.

"Eh, thanks kak Im", ucap Ibtisam.
"Thanks?"
"Sebab bagi kitorang tiket..."
"Tiket?", Imelda semakin keliru.
"Yes, flight ticket to China...", jawab ibtisam.
"For you info, kak Im cuma bagi kek je..."
"Ha? Pulak...", Ibtisam terkejut.
"Sayang...cuba baca bagi habis...", Zameer mencelah.
"Abang Im? Bagi pihak kak Im? Thanks abang Im...susah-susah je", ucap Ibtisam lagi walaupun dia juga sebenarnya keliru.
"Sebenarnya tak tahu nak cari hadiah apa untuk Ibti dan Zameer..."
"Ini pun dah lebih dari cukup..."

Imelda tersentak mendengar. Hatinya bagai disiat-siat dengan perbuatan Imran yang dianggap telah melampaui batas.

"Macam nak cari gaduh dengan aku je ni...", hati Imelda berkata-kata.

Tanpa Imelda sedar, Imran memandangnya.

"Ude ni kan, kebelakangan ni asyik mengomel sorang-sorang je...kenapa?", tegur Aimy.
"Eh...mana ada. Ude waras lagi tau..."
"Yelah tu. Habis mulut terkumat-kamit tu apa?"

Imelda tersenyum simpul, tetapi cepat-cepat Imelda berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Selesai membuka hadiah, Farid mengajak Imran turut serta makan tengah hari bersama-sama.

"Ah, sudah...apa hal dengan papa hari ni?"
"Along pun pelik tengok papa..."
"Jidi nak jadikan menantu kot?", celah Ameer.
"Ameer?!", jerit Humairah dan Imelda serentak.

Adilla, Humairah, Imelda, Ibtisam, Aimy, Adlin dan Faridah sama-sama ke dapur untuk mula memasak makan tengah hari.

"Apa kata, mama duduk depan je? Kitorang boleh buat semua", cadang Imelda.
"Betul?"
"Betullah, ma. Mama bagitahu apa nak masak je. Mama kan penat lagi"

Masing-masing memulakan tugas memasak seperti hujung minggu kebiasaannya cuma yang berbeza kali ini, ada ahli keluarga baru yang bertambah dan tetamu istimewa keluarga tersebut.

"Jidi, Uncle Im, pak Ngah, Abi, Pakcu...jemput makan", kata Ameer.
"Makan apa kita tengah hari ni?", soal Farid.
"Lauk-lauk kampung je...", jawab Faridah.

Semuanya sudah disediakan di atas meja makan, yang tinggal hanya untuk menjamahnya sahaja. Imelda yang sibuk menuangkan nasi, tercari-cari tempat untuk dia duduk dan menyertai keluarga besarnya itu.

"Kenapa Im?"

Imran dan Imelda sama-sama memandang Farid.

"Sorry Imran. Uncle lupa yang Im ada 2 orang kat sini, hari ini"

Seluruh isi rumah tergelak mendengar.

"It's ok, Uncle"
"Come, duduk sebelah papa"

Imelda seperti biasa mengikut apa saja permintaan papanya yang sangat-sangat dia sayangi itu tetapi sekarang dia sedang berhadapan dengan situasi yang membuatkan dia berbelah bahagi.

"Apa lagi yang dimenungkan tu Im?"

Hanya ada 1 saja kerusi yang tidak bertuan tetapi ianya di tengah-tengah antara Imran dan Farid. Mahu tidak mahu, Imelda terpaksa merelakan dirinya duduk di sebelah Imran walau hatinya sakit melihat Imran seolah-olah sedang mentertawakannya.

"Tambah lauk Imran"
"Thanks uncle. Sedap lauk-lauk ni", puji Imran.
"Agak-agak mana satu yang paling sedap tu?", soal Humairah tersenyum.
"Hmmm... Dah tentulah my favourite Ayam Masak Kicap ni", jawab Imran, ikhlas.

Dan seluruh ahli keluarga besar itu berdehem sambil memandang Imelda penuh makna.

"Kalau Imran nak tau, inilah signature dish Imelda", Farid memberitahu tanpa disoal.

Imran mengangguk dan di dalam hatinya, dia memuji wanita yang berada di sebelahnya kini. Hatinya semakin terpaut pada seorang wanita yang bernama Imelda itu. Walaupun satu masa dulu, mereka sering bergaduh biarpun hanya kerana berebutkan bola di padang sekolah.

"Letak je, nanti kitorang basuh", kata Imelda.
"Bukan susah pun...", jawab Imran selamba.

Kalau diikutkan hati Imelda, mahu sahaja dia menjerit pada Imran tetapi dia tidak mahu membuat kecoh di rumah sendiri.

"Malam ni, saya ambil awak"

Terkejut Imelda mendengar pelawaan dari Imran. 

"Kenapa pulak saya kena ikut awak?", soal Imelda, spontan.

Imran terdiam. Dia sendiri kurang pasti kenapa dia terlalu berani bertanyakan soalan itu kepada Imelda. Imran ke ruang tamu semula, menyertai keluarga yang satu ketika dulu terlalu rapat dengan dirinya.

"Jemput minum, semua..."
"Along dengan abang Hathim duduk mana sekarang?", Imran memulakan bicara.
"Damansara Height. Imran?"
"Dengan mama, papa. Lagipun dah dekat sangat dengan hospital"
"I see...", sambut Hathim pula.

"Oklah, Uncle...Aunty...thanks for the invitation. Pagi-pagi lagi saya dah menyibuk kat sini..."
"Ada pulak cakap macam tu Imran ni. Kami yang jemput kamu, tentulah kami berbesar hati terima kedatangan kamu ke sini. Kirim salam mama dengan papa. Ajaklah diorang datang sama... Lama dah tak borak-borak panjang", kata Farid, merendah diri.

Imelda memandang dari jauh. Hatinya tiba-tiba tersentuh melihatkan Imran. Imelda terlalu ego dengan perasaannya sendiri. Sedangkan Imran itu adalah kenalannya juga tetapi dek kerana masa berlalu dengan pantas, mereka sendiri tidak sedar yang mereka pernah kenal satu masa dulu.

Imelda berlari anak ke biliknya bila terdengar bunyi telefon bimbitnya menandakan ada pesanan masuk.

Jangan lupa date kita malam ni. Saya jemput awak pukul 8.

Hati Imelda yang begitu teruja tadi jadi hampa tatkala membaca mesej yang kunjung tiba. Dia semakin tidak faham dengan apa yang diinginkan Imran. Tapi hatinya tidak menolak terus permintaan Imran dan dengan tidak disangka-sangka, dia merelakan sahaja kehendak Imran.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mencari Konklusi - 1.

Pagi itu Rauhah bangun awal kerana hari ini dia akan memulakan praktikal di Bahagian Radiologi. Selepas meneguk milo kegemaran buatan air tangannya sendiri, Rauhah keluar dari rumah dan menanti teman yang telah berjanji untuk mengambilnya di rumah. "Hello! Kau dah siap-siap ke?", soal temannya. "Aku baru je kunci pagar ha... Kau kat mana?" "Aku pun baru je keluar ni. Lagi 5 minit aku tiba...tunggu tau" "Kau lambat, siap kau...", Rauhah memberi amaran, gurauan biasa dia dan teman-temannya. 5 minit telah berlalu, bayang kereta Kancil milik temannya iaitu Mahirah tidak juga kelihatan. Selepas 1/2 jam, barulah Mahirah tiba dan dari dalam kereta lagi dia tersenyum simpul. "Kau punya 5 minit macam rumah kau kat KL je kan? Apa hal?" "Tadi, masa aku call tiba-tiba je enjin tak nak hidup. Nasib baik abang aku belum gerak lagi" "Ada je masalahnya. Dah jom gerak. Lambat nanti, tak pasal-pasal nama kita blacklist" ...

Hanya Dia - 10

Habis saja kelas, Adlin ke pondok bacaan sementara menunggu Adilla datang menjemput. Adlian mengambil kesempatan untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah yang cikgu beri tadi. "Eleh, buat kerja sekolah konon!", perli seorang kawan kelas Adlin. Adlin diam. Malas nak campur. "Korang ni kalau tak usik Adlin sehari, tak senang hidup eh?", sergah Aqilah. "Yang kau nak backing si Adlin ni apahal? Ada aku kacau hidup kau ke?", jawab Salina. "Dah lah Aqilah. Duduk je...", Adlin akhirnya bersuara. "Ok, senang cerita aku straight to the point je. Aku nak ingatkan kau Adlin, jangan cuba-cuba nak main api dengan aku", Salina memberi amaran. "Aku ada buat apa sebenarnya dekat kau sampai kau tak puas hati macam ni?", soal Adlin. "Buat-buat tak tahu pulak minah saleh celup ni", celah Samirah. Adlin bingung. Dia betul-betul tidak faham apakah maksud Salina dan temannya, Samirah. "Nama je pandai, benda senang macam ni...

Mencari Konklusi - 2.

Rauhah dan teman-teman barunya seramai 3 orang bertemu semula dengan Hardee. Pelajar-pelajar lain pula dengan doktor-doktor mereka seperti yang telah diarahkan sebelum ini. Sepanjang petang itu, tidak banyak perkara yang perlu dipelajari memandangkan hari itu adalah hari paling sibuk di bilik tersebut kerana terdapat banyak kes yang melibatkan X-Ray yang perlu diselesaikan segera oleh doktor yang bertugas serta juru X-Ray yang lain. "Jadi, saya harap awak semua dah faham dengan apa yang saya terangkan hari ini. Ada apa-apa soalan setakat ini?" Masing-masing mengangguk tanda faham. "Rauhah, saya nak jumpa awak sekejap" "Oh bulan...", usik Azmil. "Diamlah...", kata Rauhah geram. Rauhah mengikut Hardee masuk kebiliknya untuk kali yang kedua. "Doktor nak apa sebenarnya ni? Kenapa doktor buat saya macam ni?", tak semena-mena Rauhah bersuara. Hardee senyum melihat gelagat Rauhah. Rauhah pelik melihat Hardee. "Ap...