"I have been waiting for you all these while but where have you been?", marah Zahra Malaeka. Di depan Zahra Malaeka berdirinya seorang lelaki berbadan tegap. Tunduk. Bisu. "Tell me now!", sekali lagi Zahra Malaeka menyoal dan sedikit keras suaranya. Zahra Malaeka sangat marahkan lelaki itu. Kemarahannya sudah tidak dapat dibendung lagi. Ditolak-tolak badan lelaki itu. Tetap juga lelaki tersebut tidak berganjak apatahlagi memberi apa-apa reaksi. Zahra Malaeka akhirnya mengalah. Dia kemudiannya terus menaiki kereta miliknya. Belum sempat dia menghidupkan enjin kereta, laju saja tangan lelaki tersebut membuka pintu kereta milik Zahra Malaeka. "Now...what do you want?", soal Zahra Malaeka dalam esak tangis yang ditahan-tahan. Lelaki tersebut menutup pintu kereta Zahra Malaeka, perlahan tanpa sebarang bicara. Dia berpusing dan berlalu pergi. Zahra Malaeka keluar dari kereta dan cuba mendapatkan lelaki itu. "Kaklong...kaklong!...
Petang itu, Rauhah bertemankan Mahirah membeli barang-barang hantaran untuk dirinya sendiri. Selepas berbincang dengan Hardee, bakal tunangnya itu Rauhah hanya membeli barang-barang yang bakal digunakan semasa majlis perkahwinan mereka nanti. Janji Rauhah, selepas selesai membeli apa yang perlu dia akan bertemu Hardee dan adik kedua Hardee yang baru pulang dari Jepun. Kebetulan sekarang adalah waktu cuti adiknya di sana jadi, sempatlah bersama-sama dengan semua ahli keluarganya meraikan hari bahagianya nanti. Sayang...dah habis beli barang ke? Satu pesanan ringkas masuk. Rauhah membaca pesanan tersebut yang datangnya dari Hardee. Ooo, perli I eh? Tinggal nak cari reben je ni... U kat mana? Im on the way to your place. Seremban 2 kan? Iye, Sayangku... Wait at the usual place tau. Alright then. I tak rush pun...tapi, ...