Langkau ke kandungan utama

Hanya Dia - 7.

Tengah hari itu Imran begitu sibuk dan begitulah rutin hariannya sebagai Pegawai Perubatan atau lebih dikenali sebagai doktor. Selepas makan tengah hari dan solat Zuhur, dia tidak sempat untuk duduk walau sebentar. 

Dia kini bertugas di Wad Pesakit Perempuan. Imran sepatutnya sudah boleh untuk berhenti dari terikat dengan Kementerian Kesihatan kerana Imran sudahpun tamat housemanship selama 2 tahun tetapi bila melihat pegawai perubatan semakin berkurangan, dia tekad untuk meneruskan perkhidmatan dengan kerajaan selagi dia terdaya. 

Biarpun penat dan hanya sempat tidur 2-3 jam sahaja sehari dan kadangkala langsung tak tidur kerana perlu menyelesaikan kes-kes kecemasan, Imran redha dan inilah bidang yang serasi dengannya. Biarpun dulu minatnya terarah kepada Kejuruteraan tetapi selepas membuat rujukan dan mendapat maklumat di pameran Kerjaya, dia cuba untuk mengenal bidang Perubatan sampailah dia sendiri terasa cinta dan sayang untuk tinggalkan bidang ini.

"Dr. Imran, ada kecemasan di katil 27!", panggil seorang jururawat, Hanim.
Imran segera ke katil yang disebutkan. 

Kelihatan 2 orang jururawat sedang membantu seorang ibu tua yang sedang menahan sakit. Imran mula membantu pesakit tersebut untuk bernafas dengan lebih mudah. Bacaan menunjukkan yang jantung pesakit semakin lemah, nadinya juga semakin perlahan berdenyut. 

Imran cuba untuk menyelamatkan penyakit. Itulah yang selalu dihadapi Imran sejak dia mula menjejakkan kaki ke alam kerjaya. Kalau ikut hati, lama dah dia putus asa tapi dia selalu ingat kata-kata seorang guru agamanya yang "Hidup dan Mati itu Urusan Dia". 
"Innalillahi wa inna ilaihiraji'un", ucap Imran perlahan bila usahanya tidak membuahkan sebarang hasil.

Terdengar tangisan hiba waris-waris meratapi pemergian jenazah yang setia menjaga jenazah hingga akhir hayatnya. Ibu tua itu ialah ibu kepada 10 orang anak yang semuanya sentiasa ada di sisi ibunya itu. 

Kesemua mereka nampaknya sangat bertanggungjawab dan tidak sekalipun mereka meninggalkan ibu itu walau sesaat. Begitu juga menantu-menantunya dan cucu-cucunya. 

"Saya minta maaf..."
"Jangan minta maaf doktor. Ini ketentuan Allah dan kami semua redha", kata anak sulung arwah ibu tua itu.

Imran berdoa di dalam hatinya moga-moga roh ibu tua itu dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama dengan orang-orang beriman yang telah dulu pergi dijemputNya. 

Dia kagum dengan ibu tua itu semasa hayatnya bilamana sejak suaminya pergi meninggalkan mereka selama-lamanya, dia seorang saja yang membanting tulang mencari rezeki membesarkan anak-anaknya sampailah mereka semua berjaya dan tidak pernah lupakan jasa dan pengorbanan ibu mereka.

Habis sahaja menguruskan kematian ibu tua itu, Imran memeriksa pesakit-pesakit lain sebelum waktu melawat bermula.
&&&&&&&&&&
Selesai memberikan sepatah dua kata kepada kaunselor-kaunselor yang dijemput, Imelda kembali duduk di tempatnya. Selepas itu mereka dijemput untuk menjamu makan tengah hari sambil Imelda berbual-bual dengan kaunselor dari negeri lain dan ada juga yang dijemput khas dari luar negara. Sedang berbual, Imelda disapa seseorang.

"Ye?", kata Imelda, tersenyum.
"Tak ingat ke?"

Dahi Imelda berkerut-kerut memikirkan gerangan siapakah yang menegurnya itu.

"Ija? Ruhaiza?", teka Imelda.

Wanita yang dipanggil Ija itu lantas mengangguk laju. Mereka berdua berpelukan lalu mengalirlah airmata kegembiraan keduanya.

"Mana kau menghilang selama ni Ija? Puas aku cari kau tau...selalu ingat sangat kat kau...rindu gile tau"
"Aku pun rindu sangat...sangat...sangat... kat kau. Aku tak hilang mana-mana pun... In fact, start last month aku pindah KL"
"What do you mean?"
"Dulu aku sambung study kat NZ lepas tu kahwin dan suami aku pun dah izinkan untuk duduk sini. Dia pun lagi suka duduk Malaysia"
"Really? Baguslah...bila kau kahwin? Sampai hati tau, aku tak tahu pun"
"Aku cuba jugak cari kawan-kawan lama tapi aku tak dapat jumpa sesiapa pun"
"Tak apalah, at least kita jumpa jugak akhirnya. Kau kaunselor ke sekarang?"
"Tak, husband aku. Dia sekarang dah jadi kaunselor kat kolej swasta. Lagipun dah tamat kontrak kat NZ. Kejap aku panggil"

Ruhaiza datang kembali dengan seorang lelaki.

"Ini suami aku Kevin Hadi. Dah 10 tahun convert"

Imelda dan Kevin sama-sama tunduk dan tersenyum.

"Oh inilah Kevin? Selama ni aku dengar je pasal Kevin, baru ni je dapat jumpa"
"Dia ni low profile orangnya. Kami kahwin pun orang yang kenalkan"

Imelda mengangguk tanda faham.

"Anak-anak mana? Dah berapa orang"
"Sepasang, kembar. Ada kat rumah, adik ipar aku jagakan. Jemputlah ke rumah. Aku tak mula kerja lagi ni, bolehlah kalau nak spend time"
"InsyaAllah...busy sikit sekarang ni"
"Katanya Pengarah sekarang kan... Bila dengar nama kau tadi, aku rasa macam familiar je dan bila tengok betul-betul...confirm it's you, babe"
"Tolong-tolong papa je ni. Semua adik-beradik aku dah kahwin dan ada kerja masing-masing, akulah yang ambil alih sementara ni"
"Terlanjur bercakap pasal family kau, diorang apa khabar? Ibti dah kahwin ke?"
"Sihat, alhamdulillah. A'ah, Ibti baru je nikah minggu lepas. Sabtu ni sebelah lelaki pulak. Jemputlah datang, kat Seremban"
"InsyaAllah. Hujung minggu ni ada hal family pulak...tak apalah, ada rezeki aku datang hari lain"

Mereka berdua berpisah di situ bila majlis pertemuan itu tamat. Kalau ada rezeki, mereka berjanji untuk bertemu semula.
&&&&&&&&&&
"Zam...kau busy ke?", soal Imran di dalam talian.
"Tak sangat. Apahal?"
"Jom keluar makan malam ni?"
"Aku dengan kau?"
"Bukanlah, aku...kau dengan wife kau..."
"Dengan kak Im?"
"Bijak kau ye?"
"Akak ipar aku tu bai..."
"Aku taulah tu akak ipar kau. Dia ok tak pagi tadi?"
"Entah...aku tak jumpa dia pun tadi"
"Tak apalah. So, boleh tak dinner ramai-ramai malam ni?"
"Nanti aku tanya Ibti. Manalah tahu dia dah janji dengan kak Im pulak"
"Ok, jangan lupa text aku"
"Alright"

Imran sudahpun tiba di rumah keluarganya di Damansara Utama selepas seharian berada di HKL. Kebetulan dia tidak on call malam itu jadi, dia punya masa untuk berehat panjang. Selepas mandi dan menunaikan solat Asar yang hampir ke penghujungnya itu Imran mengambil kesempatan untuk lelapkan mata seketika sebelum masuk waktu Maghrib. Terlalu penat rasanya dia hari itu.

Kira-kira jam menunjukkan ke pukul 7 malam, Imran terjaga lantas dia teringatkan Imelda. Dia berfikir-fikir untuk menjemput Imelda sama-sama menyertai dia dan sahabat baiknya Zameer juga Ibtisam makan malam ini.

"Salam...harap awak tak bz. Jom keluar makan", Imran menghantar pesanan tersebut kepada Imelda.

Beberapa minit kemudian, pesanan tersebut dibalas Imelda.

"Wa'alaikumsalam. Saya tak sibuk pun. Pukul berapa?"

Terbuntang mata Imran tatkala membaca jawapan Imelda yang dia sendiri tak menyangka Imelda sudi menerima pelawaannya itu.

"8 malam saya ambil awak"
 "Ok"

Imran tersenyum mengenangkan Imelda. Kadang-kadang dia sendiri buntu dengan perangai Imelda yang sering berubah-ubah itu. Kalau semalam dia marah-marah, hari ini dia sejuk. Tetapi kerana itu jugalah dia terpikat dengan Imelda. 

Imran menghantar pesanan ringkas kepada Zameer dan Zameer juga isterinya telah bersetuju untuk keluar makan malam itu. Masuk sahaja waktu solat, Imran menunaikan solat Maghrib dengan keluarganya dan kebetulan abangnya baru saja pulang dari Korea malam tadi juga turut serta berjemaah.

"Im? Dari tadi Long tengok kau ni asyik senyum je. Apahal?"
"Tak ada apalah"
"Yelah tu...kau jangan, senyum sorang-sorang...bahaya", usik Amran.
"Taklah, Im tak ada apalah Long. Ni, mana ole-ole Im?"
"Ole-ole? Kau nak apa? Cakap je..."
"Macam ada pulak kau ni Long?"
"Tak sempat nak beli apapun. Sibuk dengan kerja kat sana..."
"Gurau jelah. Aku tahu, kau tu bukan suka nak shopping ni kan...eh, aku nak siap-siap ni"
"Nak kemana? Tadi kan baru je balik?"
"Dinner. Nak ikut?"
"Dengan siapa? Makwe?", usik Amran.
"InsyaAllah"
"Patutlah asyik senyum je dari tadi...siapa dia?"
"Adik kawan kelas kau"

Amran terdiam sejenak dan cuba mengingatkan siapakah yang dimaksudkan.

"Imelda? Anak kawan baik mama dengan papa tu? Kakak dia Humairah tu ke?"
"Yes, Am...dialah tu", celah mama mereka.
"Eh, mama...bila masa pulak mama ada kat sini?", soal Amran hairan.
"Lama dah mama perhati kamu berdua... So, Im? Dah nak pergi ke?"
"Ye, ma... Kau nak ikut tak Long?"
"Nak jugak tapi tak apalah. Nanti kacau daun pulak"
"Kacau apanya. Pengantin baru pun ada"
"Tak apa. Kau pergilah, Long pun ada hal jugak"
"Dating ke?"
"Nak rehat, penat sangat..."

Imran memandu keretanya selepas bersalaman dengan mama dan papanya menuju ke Bangi untuk mengambil Imelda di rumahnya.
&&&&&&&&&&
Imelda yang baru habis solat Maghrib, memilih pakaian untuk dipakai malam itu. Selesai memilih, Imelda menata rias wajahnya seringkas mungkin. Ibtisam yang banyak membantu dalam menjaga imejnya sebagai seorang wanita yang berkerjaya dan sentiasa sibuk itu. 

Imelda yang sudah bersiap hanya duduk di birai katil sambil menanti kehadiran Imran.

"Masuklah, tak kunci", kata Imelda bila pintu biliknya diketuk seseorang.
"Amboi, cantiknya kakak Ibti ni..."
"Pandailah Ibti ni. Kak Im rasa buruk gile dah ni...", jawab Imelda, senyum.
"Oklah tu kak Im. Sesuai dengan kak Im pun...jomlah, abang Im dah sampai tu"
"Eh? Mana tahu kak Im nak keluar dengan Im?"
"Dia ajak abang Zameer tadi...so, dia pun decide lah nak ajak kak Im sekali"
"Oh, ok...jom"

Imelda mengikut Ibtisam dari belakang. Imran yang rancak berborak dengan papa dan mama mereka terpandangkan Imelda yang baru keluar dari bilik. 

Tidak keruan Imelda dibuatnya. Siku Imran dicuit Zameer bila melihat sahabatnya itu tidak berkelip memandang kakak iparnya.

"Awatlah hang ni...itu baru tengok sekejap", usik Zameer.
"Eh...hehehe"
"Makcik, pakcik, saya bawa Imelda keluar makan malam ye", pinta Imran.
"Yelah...hati-hati pandu kereta tu"
"InsyaAllah"
"Abang Im, maaf ye nak cakap sikit", kata Ibtisam bila mereka sudah berada di luar rumah.
"Ye, Ibti. Ada apa?"
"Abang Im dengan abang Zameer duduk depan ye?"

Imran seolah-olah kebingungan mendengar. Beberapa ketika kemudian, dia mengangguk tanda dia faham akan maksud Ibtisam. Dia terlupa yang dia masih belum ada apa-apa ikatan yang sah dengan Imelda. Sepanjang perjalanan, hanya Ibtisam dan Zameer yang rancak berbual dan sesekali Imelda mencelah dan kemudian senyap semula.

Sampainya mereka di hadapan restoran yang dipilih Imran, masing-masing keluar dari kereta milik Imran. Imelda masih cuba mengelak untuk berjalan di sebelah Imran seperti kebanyakkan pasangan-pasangan lain sementelah mereka juga tidak pernah menyatakan perasaan masing-masing. Imran menjemput mereka bertiga duduk di tempat yang telah dia tempah pada siang harinya.

"Korang ok kan dengan restoran ni?", soal Imran.
"Ok je...", jawab Zameer dan Ibtisam serentak, Imelda pula hanya mengangguk.

Imran nampak Imelda lain malam itu. Biasanya Imelda seorang yang agak banyak bercakap tetapi tidak pula malam itu.

Pelayan tiba membawakan makanan yang dipesan. Yang berbunyi hanya sudu dan garfu berlaga dan sesekali terhambur gelak tawa Zameer dan Ibtisam. Imelda memandang makanan kegemarannya dan sesekali dia termenung.

"Tak sedap ke Im?", soal Imran.
"Ha? Hmmm, taklah. Sedap..."

Imelda kembali jadi seperti tadi.

"Kak Im ok tak?"
"Ok...ok"

Ibtisam turut perasan akan perubahan pada diri Imelda. Hendak bertanya lanjut, dia bimbang Imelda akan marah dan dia biarkan Imelda tenang dahulu.

Selesai mereka menjamu selera, Imran mengeluarkan sesuatu dari poketnya lalu diunjukkan kepada Imelda. 

"Eh? Apa ni?"
""Untuk awak"


Imelda terpempan. Itu adalah apa yang dia impikan selama ini tetapi bukan dalam keadaan yang dia sendiri tidak bersedia.

"Imelda binti Farid Fahim...sudi tak awak jadi teman saya?"

Imelda terkejut mendengar permintaan Imran dan akhirnya jatuh jua manik-manik jernih yang bertakung sejak tadi.

"Eh...kenapa ni? Saya buat salah ke?", soal Imran serba salah.
"I'm speechless", kata Imelda.

Terpancar kelegaan di wajah Imran dan Ibtisam. Imran masih menanti jawapan dari Imelda. 

"Boleh saya tahu jawapan awak?"

Imelda tersenyum malu. Imran kebingungan.


"She's accepting you, congrats", ucap Zameer.

"Nanti pakai ye?", pesan Imran.


Angguk Imelda yang masih tidak percaya dengan apa yang baru dia lalui tadi.


"Tahniah kak Im, abang Im...eh? Macam kembarlah korang ni. Abang Im, ingat ye, jaga kak Im baik-baik tau. Dia kakak kesayangan Ibti, apa-apa jadi Ibti cari abang Im dulu", ucap Ibtisam sambil mengingatkan.
"Tahniah kak Im, Im...", ucap Zameer pula.
"Thanks...insyaAllah abang Im ingat... Abang Im janji akan jaga kak Im macam mana abang kamu semua sayangkan kak Im"
"Maaf, saya tak suka pada janji", kata Imelda pula.

Imran bersyukur di dalam hatinya bila Imelda akhirnya menerima dirinya walaupun belum dalam ikatan yang sebenarnya. Malam itu adalah malam yang paling dia nanti-nantikan selama ini. Dia sudah temui cinta hatinya yang selama ini cuba dia cari. 

Selepas putus kasih dengan teman sekuliah, dia tidak cuba lagi untuk memadu kasih dengan sesiapa lagi. Hatinya sangat kecewa ketika itu dan atas dorongan seorang teman, dia melakukan solat Istikharah, minta petunjuk Allah dan sejak itu dia cari dan terus mencari siapakah bakal suri yang bakal menghuni hatinya nanti. Bila dengan Imelda, dia sangat rasa tenang dan selesa.

Seketika kemudian, mereka bangun dan berjalan menuju ke kereta. Imran menghantar pasangan pengantin baru dan Imelda pulang ke rumah.

"Thanks Im..."

Imelda mengangguk malu.

Malam itu berlalu dengan satu rasa yang Imelda sendiri tidak dapat hendak tafsirkan. Tetapi hatinya kini lebih terbuka dan mudah untuk menerima kehadiran seorang lelaki selepas beberapa lama. Sebelum ini, dia sangat sedih bila tiba-tiba pertunangannya diputuskan tanpa sebab yang kukuh oleh bekas tunangnya. 

Selepas beberapa minggu, dia mendapat tahu yang seorang teman rapatnya satu ketika dulu telah menjadi isteri kepada bekas tunangnya itu. Hatinya sakit bagai dihiris-hiris bila dia tahu akan berita tersebut. Imelda bertuah dikurniakan keluarga yang sangat sayangkan dirinya. Papa terutamanya sekali, adalah orang selalu beri dia semangat dan sejak itu dia sibukkan diri dengan kerja-kerja di pejabat.

Harapan Imelda, biarlah kali ini kekal hingga ke mati.
&&&&&&&&&&
Pagi itu Imelda bangun awal dan bersarapan dengan keluarganya. Wajahnya sungguh berseri-seri dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya.

"Im? Ok ke?", soal papa.
"Ok...Im ok je"

Ibtisam dan Zameer kemudiannya menyertai mereka.

"Kenapa dengan kak Im tu Ibti?", soal mama pula.

Ibtisam berbisik kepada mamanya lantas mama pula yang tersenyum.

"Ye ke Im? Tahniah..."
"Ibti ni kan...sabarlah dulu...", kata Imelda.
"Berita gembira namanya pun kan", celah mama.
"Papa...kita nak terima menantu lagi tau"
"Iye? Bila?"
"Lambat lagi kot ma, pa", kata Imelda lagi.
"Kenapa pulak?", soal papa.
"Dia baru je lamar semalam...takkan nak kahwin esok kan?"
"Sebenarnya Imran ada bincang pasal hal ni pada papa dengan mama. Dia kata dia akan hantar rombongan meminang hujung bulan ni. Im ok kan?"

Tiada sepatah pun jawapan yang keluar dari mulut Imelda. Tetapi jauh di sudut hatinya, dia sudah pun setuju tetapi malu untuk emnyatakannya.

"Im?", tegur papa.
"Yes?"
"Orang tanya dia, dia senyum?"
"Papa ni macam tak faham pulak...itu tandanya dia setujulah tu", kata mama mewakili Imelda.

Pipi Imelda kemerah-merahan tanda malu. Selepas ini dia perlu persiapkan dirinya untuk menempuh alam baru dengan insan yang pernah menjadi teman gaduhnya itu.

Imelda bersalaman dengan papa, mama dan Ibtisam sebelum ke pejabat. Pagi itu dia lewat sedikit memandangkan dia tidak perlu hadiri apa-apa mesyuarat atau bertemu dengan sesiapa. Sepanjang perjalanan, Imelda asyik terkenangkan waktu dia kecil dahulu. Sejak dia bertemu dengan anak kawan baik mama dan papa itu, tidak sekalipun mereka tidak bergaduh. Ada saja yang buat Imelda sakit hati melihat budak lelaki tembam itu.

Baru sahaja melangkah masuk ke dalam biliknya, telefonnya berdering tanda pesanan ringkas baru masuk. Tertera nama 'Dr. Imran' di skrin telefonnya.

"Salam...pagi! Sibuk ke?"
"Wslm. Tak sibuk, baru sampai ofis"
"Oh ok. Oklah, saja tanya khabar. Have a nice day"
"Thanks"

Imelda memulakan kerja-kerja yang masih berbaki dari semalam. Minggu depan akan diadakan lawatan ke sekolah-sekolah terpilih untuk bertemu dengan guru-guru kaunselor. Imelda juga akan turut serta dalam lawatan tersebut memandangkan dia adalah wakil tetap kepada papanya.

"Masuk", kata Imelda.
"Pagi, cik Im", ucap Hani sambil membawa sebuah buku kecil.
"Esok saya ada apa-apa appoinment?"
"Setakat ni, ada satu mesyuarat dengan kaunselor dari Pahang Jumaat pagi"
"Kalau macam tu, tak apa"
"Cik Im ni ceria semacam kenapa?", tegur Hani.
"Kenapa? Selama ni saya garang ke?"
"Tidaklah tapi ceria cik Im hari ni macam orang yang sedang bahagia...ada apa-apa ke?"
"Pandai je awak ni. Taklah, saya macam biasa je..."
"Alalala, cik Im ni. Malu pulak dia"
"Nanti ada masa saya cerita, insyaAllah"
"Alright"

Hani adalah pembantu peribadi Imelda sejak Imelda mula berkhidmat di syarikat tersebut. Dia bukan sahaja pembantu peribadi malah telah menjadi teman akrab Imelda sejak itu. Apa jua masalah, mereka kongsikan bersama-sama walaupun Hani lebih berusia dari Imelda dan telah berkeluarga.

Sehari di pejabat tanpa perlu keluar ke tempat-tempat lain, Imelda mengambil kesempatan untuk makan tengah hari bersama-sama dengan staf-staf syarikat. Hani menempah beberapa meja di restoran berdekatan selepas diarahkan oleh Imelda.
&&&&&&&&&&
Di HKL, Imran masih sibuk dengan kes-kes yang datang kepadanya. Tetapi hari itu dia tidak sesibuk semalam, ada juga beberapa pesakit baru yang dimasukkan ke wad di bawah jagaannya itu. Sempat juga dia berbual-bual dengan pesakit-pesakit yang kebanyakkannya adalah sebaya mamanya. Ada juga beberapa remaja perempuan yang keracunan makanan di sekolah dimasukkan pagi tadi ke situ ditemani 2 orang guru.

"Bila kena cirit-birit ni?", soal Imran untuk direkodkan dalam laporannya.
"Malam tadi", kata seorang dari 5 orang pelajar tersebut.
"Ada muntah-muntah?"

Kesemua mereka mengangguk serentak. Masing-masing pucat dan keletihan.

"Ada lagi orang lain yang kena macam diornag ni tak, cikgu?"
"Tak ada pulak. Itu yang pelik tu...semua makan makanan di kafetaria malam tadi", kata salah seorang guru.
"Adik-adik ada beli makanan kat luar ke?'
"Semalam ibu datang bawak makanan. Tapi masa tu tak rasa apa-apa pun", kata pesakit remaja terbabit lagi.
"Doktor rasa mungkin jugak makanan tu dah tercemar sebelum ni tapi awak semua tak perasan. Tak apa, doktor masukkan air dulu, lepas tu kamu rehat", pesan Imran lagi.

Imran ke biliknya selepas membuat pemeriksaan ke atas semua pesakitnya. 
"Awak ni Hajar, tak habis-habis buat saya terkejut kan?"
"Lama tak jumpa doktor...rindu kat abang kesayangan katanya"
"Rindulah sangat kan. Dah jumpa Shaq langsung lupa abang awak ni...dating ye semalam?"
"Sejak bila jadi mata-mata ni doktor?"
"Tak mainlah mata-mata, mata saya ni dah cukup 4...hehehe"
"Eh doktor? Doktor buat apa semalam ha?", soal Hajar.
"Buat apa?", Imran cuba mengelak.
"Dia yang dating, kita pulak yang dia kata ye? Saya dengan Aina nampak tau..."
"Kalau awak dengan Aina pergi kenduri doktor Zameer, nanti saya kenalkan"
"Alright, saya pegang janji doktor tu... Oklah doktor, saya ada kes ni"
"Ceh...macam polis pulak dia... Ok, ada masa kita jumpa lagi"
"Yes, sir"

Imran keluar dari bilik dan berlari anak menuju ke wad lain bila jururawat bertugas memanggilnya. Walaupun dia ditempatkan di wad biasa, dia tetap perlu membantu doktor-doktor lain di wad-wad lain bila diminta memandangkan setiap masa ada sahaja kes yang perlu diselesaikan segera dan bilangan doktor adalah kurang berbanding pesakit-pesakit yang masuk.

Tengah hari itu Imran hanya sempat menjamah roti yang dibeli pagi tadi. Cukuplah bagi dia untuk mengalas perut yang dah terbiasa jarang makan tengah hari sejak hari pertama bergelar houseman hinggalah ke hari ini. Akhir bulan ini dia akan bertukar ke Wad Obstetric & Gyneacology kerana permohonannya telah diluluskan.
&&&&&&&&&&
"Mama, papa, Ibti dengan Zameer akan balik Seremban petang ni. Nak siap-siap untuk majlis Sabtu ni", kata Ibtisam.
"Nak gerak pukul berapa?", soal mama.
"Lepas Asar kot. Papa, mama nak pergi sana bila?", soal Zameer pula.
"Jumaat petang, kami gerak dan tidur kat Seri Malaysia semalam"

Kedua pasangan pengantin baru itu mengangguk.
&&&&&&&&&&
"Awak balik dengan husband ke?", tanya Imelda.
"Tak, dia kursus sampai Ahad ni"
"Tumpang saya, jom?"
"Seganlah cik Im. Asyik tumpang cik Im je"
"Apalah awak ni? Dengan saya pun nak segan-segan...tak ada maknanya. Lagipun bukan jauh kan, sekali jalan dengan saya je"
"Ok tapi cik Im kena singgah rumah?"
"Kena singgah ke? Anak-anak ada kat mana?"
"Duduk dengan jiran sebelah rumah. Sebab husband pergi pun baru pagi tadi"
"I see...insyaAllah"

Usai solat Asar, Imelda bersiap-siap untuk pulang.

"Assalamualaikum", ucap Imelda bila dia menjawab panggilan dari Imran.
"Wa'alaikumsalam. Awak nak balik ke?"
"On my way. Awak?"
"Saya, on call hari ni"
"Oh...ok"

Imelda tak tahu apa yang mahu dibualkan dengan Imran. Imran juga begitu cuma dia mahu bercakap-cakap dengan Imelda kerana teringatkan wanita itu.

"Awak dah makan?", soal Imelda akhirnya.
"Lunch tadi dah. Maaf ye, saya asyik kacau awak je"
"Tak apa, kalau tak sibuk...saya jawab call. Kalau tak jawab tu, faham-faham jelah eh"

Mereka berdua berbual-bual dan semakin rancak hingga hampir terlupa yang Imelda perlu pulang sebentar lagi.

"Eh awak, sorry ye. Saya dah nak balik ni. Kalau free kita borak lagi...take care!"
"Oh ok...ok! You too take care ya?"
"Amboi-amboi cik Im? Rancaknya borak eh? Macam akan makan nasi minyak lagi je tak lama lagi ni", usik Hani.
"Doakan sajalah...eh, jomlah balik. Ramai dah balik ke?"
"Tinggal kita berdua dengan Rahim kat pantry tengah minum air. Dia tu nampak pucat je dari lepas makan tadi, cik Im"
"Dia tak cakap apa-apa ke?"
"Tak pulak"

Imelda dan Hani menjenguk ke pantry dan dilihatnya Rahim sudahpun terbaring di sebelah peti air.

"Ya Allah... Hani, call ambulance!", arah Imelda.

Tidak lama kemudian, jaga yang bertugas segera membantu mengangkat Rahim yang pengsan. Hani dan Imelda sama-sama ke HKL menaiki kereta milik Imelda. Imelda cuba untuk tidak panik dan cuba menghadapi kes yang sedang berlaku di depan matanya kini. Sampainya mereka di Kecemasan HKL, Imelda terserempak dengan Imran.

"Eh? Awak dari mana?", soal Imran, pelik melihat Imelda di depannya kini.
"Staf saya pengsan"
"Sekejap saya tengokkan"

Imran segera mendapatkan doktor yang mengambil kes staf Imelda itu. Kini kes itu dikendalikan Imran dan rakan sekerjanya. Imelda dan Hani menanti dengan sabar di lobi hospital. Hani mendaftarkan Rahim di kaunter pendaftaran dan segera menghubungi isteri Rahim.

"Wife Rahim dah tahu?"
"Dia tengah meeting"
"So?"
"Dia kata dia datang sekarang"
Imelda mengangguk.
"Yes, ma..."
"Im dekat mana ni? Balik lambat ke?"
"Dah nak balik tadi tapi Rahim pengsan pulak"
"Rahim mana?"
"Staf syarikat"
"Kenapa dengan dia?"
"Tak pasti lagi ma... Im mungkin lewat sampai rumah kot. Ibti dengan Zameer dah balik Seremban ke?"
"Baru je gerak. Diorang tunggu Im tadi tapi papa suruh balik je dulu"
"Oh ok. Ini pun tak tahu habis pukul berapa pulak"
"Ok, hati-hati"
"InsyaAllah"

Imelda masuk semula ke dalam lobi hospital. Di sisi Hani ada seorang wanita tersedu-sedu menahan tangis dan Imelda yakin itu pasti isteri stafnya.

"Oh ye, puan Kamilah...ini cik Imelda, pengarah syarikat. Cik Im, ini isteri Rahim, Kamilah"
"Imelda", Imelda memperkenalkan diri sambil menghulur tangan.
"Kamilah...terima kasih cik Imelda. Tadi kat rumah lagi saya dah suruh dia jangan pergi kerja, pergi jumpa doktor tapi dia degil"
"Kebetulan kami tak balik lagi tadi. Mungkin dia pun tak sangka dia akan jadi macam ni. Dia ada cakap dia sakit apa ke?"
"Dia cakap dia demam je. Sakit dada tu biasa sebab dia memang ada lelah", terang Kamilah teresak-esak.
"Sabar ye puan. Ada hikmah tu...", Imelda cuba tenangkan Kamilah yang semakin teresak-esak itu.

Imran menghubungi telefon bimbit Imelda untuk memberitahu keadaan Rahim. Imelda membawa Kamilah bersama-sama untuk mendengar perkembangan suami Kamilah.

"How's Rahim, Imran?", soal Imelda di hadapan Kecemasan.
"Dia stabil buat masa ni. Nasib baik awak bawa dia cepat tadi. Doktor suspek dia mungkin demam denggi dan darah dia sekarang sedang diuji bagi mengesahkan"
"Sebenarnya dah 2-3 hari dia demam tapi on off jelah. Dah suruh pergi periksa kat klinik, dia tak mahu"
"Saya minta maaf sebab tak betul-betul pastikan staf-staf syarikat sihat atau tidak", mohon Imelda.
"Tak perlu salahkan diri, cik Im. Dia sendiri yang tak mahu, kalau paksa nanti dia kata dia belum nak mati lagi"
"So, bila kita boleh tahu keputusan ujian darah Rahim, Imran?"
"Dalam 1 jam lagi"
"Kalau macam tu, saya ke surau dulu. Dah Maghrib ni", kata Imelda.

Imran mengangguk dan dia juga hendak ke surau untuk menunaikan solat. Hani menanti di lobi kerana dia 'cuti' dari solat hari ini. Imelda dah Kamilah sama-sama ke surau dan menunaikan solat Maghrib. Sedu-sedan masih berbaki tapi Kamilah semakin tenang kini dan dia berdoa agar suaminya tidak apa-apa.

Selesai solat, mereka berdua kembali ke lobi dan menyertai Hani. Kamilah lebih banyak diam selepas terlalu banyak menitiskan airmata sejak dia datang tadi. Yang tinggal hanya matanya yang bengkak kerana menangis. Imran datang mendapatkan Imelda semula dengan keputusan darah di tangannya tetapi wajah Imran membuatkan Imelda terasa sesuatu.

"Kenapa?", bisik Imelda untuk tidak buat Kamilah terkejut.
"Dia tak ada denggi tapi..."

Imelda menanti jawapan seterusnya dari mulut Imran.

"Dia ada kanser"
"Kanser? Stage berapa?"
"3rd stage", jawab Imran perlahan.
"Sekarang ni macam mana?"
"Saya akan terangkan pada puan Kamilah"

Imran menghampiri Kamilah yang sudah bersiap sedia mendengar apa juga kepurusan dari pihak hospital. Imran cuba mengumpul kekuatan yang ada untuk bercakap dengan isteri pesakitnya. Bukan dia tidak biasa dengan situasi begini tetapi ada kalanya dia sendiri tidak kuat untuk menghadapinya.

"Puan, saya harap puan sabar banyak-banyak ye. Encik Rahim sekarang stabil tapi keputusan yang saya baru ambil ni menyatakan yang encik Rahim ada kanser di ususnya dan sekarang sudah sampai ke peringkat ke 3"

Kamilah cuba menerima berita tersebut dengan tabah dan untuk kesekian kalinya, airmatanya tumpah lagi. Dia mesti kuat kerana dia punya anak-anak yang sedang membesar sekarang ini. Imelda dan Hani sama-sama menenangkan Kamilah dan dipujuk supaya sentiasa bersabar.

"Jadi sekarang ni dia perlu admit?", soal Imelda bila dilihatnya Kamilah sudah tidak berupaya untuk bercakap kerana terlalu sedih.
"Ye dan saya dah beritahu kawan saya, sekejap lagi encik Rahim akan dipindahkan ke sana. Kita jumpa kat sanalah"

Imelda mengangguk.

"Sorry Hani, lewat awak balik hari ni"
"Tak apa, cik Im. Lagipun ini urusan kita bersama. Nasib baik kita tak balik lagi tadi kan? Terkejut saya dengar pasal Rahim tadi. Tak sangka pulak eh?"
"Itulah namanya ketentuan Allah, Hani"
"Puan Kamilah, jom kita ke wad?", ajak Imelda.

Kamilah mengikut Imelda. Airmata semakin deras mengalir di pipinya. Banyak yang dia fikirkan sekarang ini lebih-lebih lagi suaminya kini yang sedang terlantar. Dia kebuntuan dan tidak tahu apa yang hendak dia buat. Dia terasa yang dia seperti hilang sebelah kaki kerana suami adalah segala-galanya bagi dia dan ayah kepada anak-anaknya.

Tiba di hadapan wad, Imelda dan Hani menanti di luar sahaja memandangkan waktu melawat sudahpun tamat dan hanya waris sahaja yang dibenarkan untuk masuk. Imran di dalam wad dimana Rahim ditempatkan dan masih menerangkan kepada Kamilah. Setakat ini keadaan Rahim agak stabil tetapi dia masih perlu dijaga dengan rapi. Kemudian datang sepasang suami isteri yang agak berusia mendekati Imran, Kamilah dan Rahim yang masih tidak sedarkan diri itu.

"Macam mana dengan anak saya ni doktor?"
"Buat masa ini, dia stabil dan kami akan pantau keadaan encik Rahim dari semasa ke semasa"
"Bila dia jadi macam ni Mila?", soal wanita yang hampir sebaya mama Imran.
"Tadi bos abang yang telefon beritahu Mila. Katanya masa nak balik tadi, diorang jumpa abang dah terbaring kat pantry"

Ibu tua itu mengangguk. Selepas berbincang dengan kedua orang tua itu yang juga ibu dan bapa kepada Rahim, mereka keluar bersama-sama dan bertemu Imelda dan Hani yang masih menanti.

"Inilah bos abang dengan pembantunya, cik Imelda dan Hani", Kamilah memperkenalkan kepada kedua mertuanya.
"Imelda"
"Hani"

Mereka berdua bersalaman dengan ibu Rahim. Wajah ibu tua itu sugul mengenangkan nasib anak lelakinya itu. Sesekali ada juga makcik Aisyah bercerita tentang anaknya dan sebelum ini anak sulungnya juga menghidap kenser tetapi sudah tiba ke tahap 4 dan akhirnya dia menghembuskan nafas terakhir 5 tahun yang dulu. Tinggallah menantu dan cucu-cucunya seramai 4 orang itu.

"Tak sangka pulak Rahim pun ada kanser jugak"
"Sabarlah makcik. Takdir Allah, tak siapa pun tahu. Doakan saja"
Kamilah setia duduk di sebelah ibu mertuanya. Diusap-usap tangan tua itu dan sama-sama memeluk meluahkan rasa sedih.
"Awak, thanks...", ucap Imelda pada Imran yang baru keluar dari wad dan duduk di sebelahnya.
"Ini dah jadi tanggungjawab saya. Kalau bukan saya terserempak dengan awak tadi, mungkin saya pun tak tahu. Yang penting kita doakan Rahim sembuh"
"Awak rasa ada harapan?"
"InsyaAllah. Semua tu bergantung pada usaha..."
"Dah banyak saya dengar orang yang kena kanser ni..."
"Tak hidup lama?", sambung Imran.

Imelda mengangguk.

"Kalau Allah nak ambil, itu tandanya Dia sayang kita semua"
"Hmmm...oklah, saya dengan Hani balik dulu. Kalau ada apa-apa tolong telefon saya ye?", pesan Imelda.
"InsyaAllah. Hati-hati memandu tu, dah malam ni"
"Ok..."

Selepas bersalaman dengan isteri dan orangtua Rahim, Hani dan Imelda ke tempat letak kereta.

"Harap cepatlah sembuh Rahim tu", kata Hani.
"Itulah kan...kita mengharap dan berdoa, Allah jua penentu segala..."

Sepanjang perjalanan, mereka sesekali berbual bagi menghilangkan rasa mengantuk.

"Nak singgah mana-mana tak?"
"Tak apalah kot cik Im. Dah malam sangat ni. Nanti lambat pulak cik Im sampai rumah"
"Saya ok je"
"Tak apa. Saya tak lapar sangat pun tapi kalau cik Im lapar, saya temankan"
"Kalau teman je, saya balik jelah"
"Terpulang...kesian cik Im nanti"
"Saya tak kisah jugak"
"Cik Im...tadi tu ke bakalnya?"
"Hehehehe"
"Senyum pulak dia...saya tanya ni"
"InsyaAllah..."
"Amin...hensem, baik pulak tu. Bertanggungjawab"
"Sudah-sudah tu memuji. Kalaulah dia dengar, mesti kembang"
"Saya cakap yang betullah cik Im. Beruntung cik Im. Macam mana kenal dia?"
"Anak kawan lama mak ayah saya"
"Kiranya ini cinta kecil-kecil cili padi la ni? Wow!"
"Maksud awak?"
"Yelah, sejak kecik lagi dah kenal-kenal..."
"Dulu saya dengan dia musuh ketat. Saya pun tak pasti kenapa dia suka cari gaduh dengan saya. Asal datang rumah je, mulalah dia nak sakitkan hati saya. Saya lawan balik apa dia buat kat saya"
"Oh, I see. Mungkin dia dah lama sukakan cik Im"
"Entahlah. Tapi sejak dia muncul kembali, saya rasa senang, tenang. Mula-mula tu memang macam dulu jugak, asyik cari pasal"
"Oh ye, baru saya teringat. Masa kenduri adik cik Im, dia pun ada kan?"

Imelda mengangguk.

"Tahniah in advance dari saya dan harapan saya hubungan ini akan berkekalan sampai mati"
"Thanks...beruntung saya ada kawan sebaik awak. Terima kasih banyak-banyak"
"Saya ni pembantu je cik Im", kata Hani merendah diri.
"Awak kan kawan baik saya...lupa ye? Sebab awak jugalah saya senang nak buat apa pun. Banyak yang awak mudahkan untuk saya"
"Itu dah kerja saya"

Imelda memberhentikan keretanya di hadapan rumah Hani.

"Jom"
"Jom?"
"Masuk rumah la...lupa ke?"
"Saya rasa dah lewat sangat ni. Lain kalilah Hani. Awak pun dah penat"
"Betul taknak masuk? Tak sudi ke?"
"Bukan tak sudi, tapi saya betul-betul dah lambat ni. Nanti papa pulak call"
"Ok, lain kali mesti datang tau cik Im?"
"InsyaAllah. Ok, saya balik dulu...selamat malam"
"Ok, thanks cik Im. Hati-hati! Assalamualaikum"
"Sama-sama. Wa'alaikumsalam"

Imelda memandu pulang ke rumah seorang diri di dalam pekat malam. Sambil dia memandu, dia terkenangkan stafnya yang seorang itu. Rahim adalah antara staf yang sangat berdisiplin, tak pernah timbulkan masalah. Imelda sendiri senang bekerja dengan dia.
&&&&&&&&&&
"Habis tu macam mana dengan Rahim, Im?", soal papa ketika mereka bertiga bersarapan.
"Imran kata, masih perlukan pemeriksaan lanjut"
"Kesian pulak papa dengar. Tak sangka"
"Itulah kan? Im pun tak sangka dia sakit sampai macam tu sekali"
"Muda lagi dia tu kan?"
"A'ah. Anak dia paling tua pun nak UPSR katanya. Paling bongsu 4 tahun"
"Berapa orang semuanya"
"3"
"Dah besar-besar jugaklah..."
"Oklah mama, papa. Im gerak dulu"
"Petang ni jangan lambat. Angah sekeluarga nak konvoi ke Seremban"
"InsyaAllah. Lagipun Aimy dengan Ameer kata nak datang ofis lunch nanti"
&&&&&&&&&&
Imran baru saja pulang dari HKL selepas tamatnya on call pukul 7 pagi tadi. Masuk sahaja ke rumah, dia terus berbaring di atas sofa di ruang tamu.

"Ramai patient malam tadi?", soal papa Imran, Daniel.
"Boleh tahanlah. Tak sempat pun nak lelap mata ni. Ada masa...pack, ada masa biasa-biasa je"
"Dah sarap?"
"Belum. Tak laratlah papa. Ni, mama mana?"
"Ke pasar, lepas tu nak terus ke butik"
"Oklah, pa. Im naik bilik dulu, penat"
"Hmmm..."
&&&&&&&&&&
Pagi ini, Imelda ada meeting dengan kaunselor-kaunselor dari negeri Pahang dan sejak tiba di pejabat, Imelda dan staf-stafnya sibuk menyiapkan bahan-bahan untuk mesyuarat yang bakal berlangsung tidak berapa lama lagi.

"Cik Im, kaunselor-kaunselor dari Pahang dah tiba", kata Hani.
"Baik, jemput diorang semua terus ke bilik mesyuarat?", pinta Imelda.
"Baik, cik Im"

Tidak lama selepas semua sudah berkumpul dan bertemu, Imelda mempengerusikan mseyuarat tersebut.

"Hi kak Hani...", tegur Ameer dan Aimy yang baru tiba.
"Hi...tak ada kelas ke hari ni?"
"Hari ni kebetulan ada program kat kolej so, kami boleh balik awal", jawab Aimy.
"Ude ada meeting dan dia pesan suruh kamu tunggu dalam bilik"
"Alright kak...thanks!", ucap Ameer pula.

Setelah menanti selama setengah jam, Imelda muncul.

"Assalamualaikum", ucap Imelda.
"Wa'alaikumsalam. Sorry, tercepat sangat sampai sini", kata Aimy.

Aimy dan Ameer salam dan mencium kedua belah pipi Imelda. Itulah rutin yang telah diajar sejak kecil, mesti cium tangan orang yang lebih dewasa dan mencium pipi mereka.

"Don't have a class?"
"Ada, tapi lecturers bagi balik awal sebab ada program. Ude dah habis meeting ke?"
"Dalam 1 jam lagi baru habis, kenapa?"
"Biasalah Ude, bosanlah tu"
"Ish kakak ni...macam tahu-tahu pulak...hehehe"
"Kalau boring sangat, pergilah mana-mana tapi dengan syarat sebelum Ude habis meeting mesti ada dalam bilik"
"Yes, madam!"

Imelda keluar selepas berjumpa kedua anak buahnya dan menyambung kembali mesyuarat yang tertangguh. Aimy dan Ameer membuat keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar Pavillion. Bukan tidak biasa berjalan di sana tetapi mereka tidak berapa gemar dengan keadaan di sana. 

Dan mereka jarang keluar berjalan-jalan dengan kawan-kawan memandangkan kebanyakkan kawan-kawan mereka juga lebih suka bersiar-siar di tempat yang tidak ramai orang. Dan Aimy mahupun Ameer lebih suka keluar bersama-sama berdua atau dengan Ummi dan Walid mereka kerana terasa lebih selamat dan terjamin. Kadang-kadang ada juga mereka keluar dengan Adlin, sepupu mereka.

"Kakak...tak nak beli apa-apa?"
"Tak rasa nak beli apa-apa kot. Kita makan nak?"
"Kalau makan, Ameer nak. Ameer pun dah penat jalan-jalan"
"Tapi tak best la tak makan dengan Ude? Dah lama tak lunch dengan Ude kan?"
"Ye tak ye jugak. Kita tunggu Ude jelah"

Mereka kembali ke pejabat datuk mereka. Bila bosan duduk di dalam bilik, mereka keluar dan duduk di lobi syarikat. Akhirnya mereka kembali ke bilik Imelda kerana terlalu mengantuk.

"Let's have a lunch!", kata Imelda bila mesyuarat tamat pada jam 12.45 tengah hari tadi.
"Mengantuklah Ude...", lemah saja suara Ameer.
"Hari ni Ude balik pukul berapa?"
"Awal sikit sebab lepas lunch Ude nak pergi HKL kejap"
"HKL? Buat apa? Nak dating dengan uncle Im eh?"
"Dia off hari ni. Uncle Rahim admit semalam"
"Wah! Siap tahu lagi jadual uncle?", usik Ameer.
"Uncle Rahim? Dia sakit apa?", soal Aimy.
"Kanser usus"
"Oh ye ke?"
"Dah, pergi basuh muka, kita lunch. Nak lunch kat mana hari ni?"
"Ayam Penyet?", cadang Aimy.
"Oklah kalau macam tu"

Sementara menanti Aimy dan Ameer ke tandas, Imelda duduk di lobi sambil berbual-bual dengan Hani dan staf yang kebetulan ada di situ.

"Tak apalah cik Im. Bagi peluang cik Im dengan anak-anak buahlah pulak. Petang nanti, habis kerja kami pergi HKL nak melawat Rahim", kata Adham.
"Oklah. Saya pun ingat nak pergi lepas makan tengah hari nanti"
"Kirim salam kat Rahim, kata pada dia kami semua doakan dia"
"Dah, Ude...", panggil Ameer dari jauh.
"InsyaAllah. Saya pergi dulu"

Imelda memandu keretanya menuju ke tempat makan yang dicadangkan Aimy tadi. Lepas memesan dan menanti makanan tiba, mereka rancak berborak dan tiba-tiba Imelda disapa seseorang.

"Wa'alaikumsalam", jawab Imelda dan kedua anak saudaranya serentak.
"Imelda kan?", soal lelaki tersebut.
"Ya, saya"
"Tak ingat saya? Zamri. Satu kelas dengan awak dulu"
"Zamri? Zamri...hmmm...kelas yang mana ye?"
"3T8 dulu? Tak ingat ke?"
"Oh...ye, ye! Maaf, tak perasan pulak. Awak dah lain sekarang"
"Tak apa. Saya pun tak berapa cam tadi tapi bila tengok betul-betul barulah saya perasan"
"Dah lama? Awak dah makan ke? Kenalkan ini Aimy, ini Ameer"
"Zamri...", lelaki itu memperkenalkan diri.
"Aimy..."
"Ameer"
"Saya baru lepas habis makan. Nak kejarkan solat Jumaat..."
"Oh ok. So, sekarang buat apa?"
"Berniaga kecil-kecil je. Awak?"
"Saya? Berniaga jugak, tolong-tolong family"

Makanan dipesan sudahpun tiba lalu Zamri minta diri untuk beredar dulu.

"Ini kad saya, ada apa-apa bolehlah call saya", hulur Zamri.
"Oh ok, thanks", kata Imelda sambil menghulurkan kadnya pula.

Aimy dan Ameer menanti ibu saudaranya untuk sama-sama makan tengah hari.

"Kenapa tak makan lagi?"
"Sibuk sangat berborak dengan pakwe baru...", usik Aimy.
"Itu kawan lama Ude la. Dah lama Ude tak jumpa dia, alih-alih dah berisi sekarang?"
"Sukalah tu kan?", kata Ameer pula.
"Suka apa pulak? Dulu dia penolong ketua kelas...mana boleh suka-suka nak suka orang... Cannot...cannot"

Mereka bertiga sama-sama ketawa. 

"Ude, Ameer pergi masjid dulu"
"Ok"

Sementara itu Aimy dan Imelda ke surau berdekatan untuk menunaikan solat Zuhur.

Selesai solat, mereka menanti Ameer di dalam kereta yang diletakkan di hadapan masjid. Kelihatan ramai umat manusia keluar dari masjid menuju ke destinasi masing-masing. Dari jauh Imelda perasan ada orang lain sedang berjalan di sebelah Ameer sambil berbual-bual dengan anak saudaranya itu.

"Itu uncle Imran kan, Ude?"
"A'ah"

Terkejut Imelda melihat lelaki tersebut. Dalam minggu ini saja dah 3 hari berturut-turut dia bertmeu Imran. Mungkin benar ianya hanya kebetulan semata.

"Hi Im..."
"Hi... I thought today is your off day"
"Sepatutnya tapi saya ada hal sikit tadi. Lepas tu dah terlanjur ke sini, solat Jumaat kat sini. Tak sangka jumpa Ameer pulak"
"Diorang memang janji nak balik dengan saya minggu ni. Esok kenduri kat Seremban. I bet you mesti ada esok kan?"
"InsyaAllah. Katanya kawan baik...hehehe"
"So awak bertolak pukul berapa?", soal Imran.
"Petang ni kot tapi tidur kat Seri Malaysia semalam. Esok tengah hari baru ke rumah Zameer"
"I see"
"Tengoklah tu, kalau dah baik...anak sedara pun dah tak nampak"
"Alahai, merajuk pulak dia... Uncle Im mintak maaf ye, Aimy, Ameer?"
"Dia gurau je tu, Uncle. Mengada tau Ameer ni"
"Ni nak kemana pulak?"
"HKL, melawat Rahim"
"Kalau macam tu, jumpa kat sanalah. Sebab saya nak kena tengok perkembangan Rahim hari ni"
"Ok"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hanya Dia - 10

Habis saja kelas, Adlin ke pondok bacaan sementara menunggu Adilla datang menjemput. Adlian mengambil kesempatan untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah yang cikgu beri tadi. "Eleh, buat kerja sekolah konon!", perli seorang kawan kelas Adlin. Adlin diam. Malas nak campur. "Korang ni kalau tak usik Adlin sehari, tak senang hidup eh?", sergah Aqilah. "Yang kau nak backing si Adlin ni apahal? Ada aku kacau hidup kau ke?", jawab Salina. "Dah lah Aqilah. Duduk je...", Adlin akhirnya bersuara. "Ok, senang cerita aku straight to the point je. Aku nak ingatkan kau Adlin, jangan cuba-cuba nak main api dengan aku", Salina memberi amaran. "Aku ada buat apa sebenarnya dekat kau sampai kau tak puas hati macam ni?", soal Adlin. "Buat-buat tak tahu pulak minah saleh celup ni", celah Samirah. Adlin bingung. Dia betul-betul tidak faham apakah maksud Salina dan temannya, Samirah. "Nama je pandai, benda senang macam ni

Mencari Konklusi - 2.

Rauhah dan teman-teman barunya seramai 3 orang bertemu semula dengan Hardee. Pelajar-pelajar lain pula dengan doktor-doktor mereka seperti yang telah diarahkan sebelum ini. Sepanjang petang itu, tidak banyak perkara yang perlu dipelajari memandangkan hari itu adalah hari paling sibuk di bilik tersebut kerana terdapat banyak kes yang melibatkan X-Ray yang perlu diselesaikan segera oleh doktor yang bertugas serta juru X-Ray yang lain. "Jadi, saya harap awak semua dah faham dengan apa yang saya terangkan hari ini. Ada apa-apa soalan setakat ini?" Masing-masing mengangguk tanda faham. "Rauhah, saya nak jumpa awak sekejap" "Oh bulan...", usik Azmil. "Diamlah...", kata Rauhah geram. Rauhah mengikut Hardee masuk kebiliknya untuk kali yang kedua. "Doktor nak apa sebenarnya ni? Kenapa doktor buat saya macam ni?", tak semena-mena Rauhah bersuara. Hardee senyum melihat gelagat Rauhah. Rauhah pelik melihat Hardee. "Ap

Mencari Konklusi - 5

Sebelum masuk ke bahagian Radiologi, Rauhah dan Hardee terserempak di depan kaunter. Masing-masing terkejut sebenarnya sampaikan Rauhah pula yang tak tahu nak buat apa. "Hi!", tegur Hardee. "Assalamualaikum", ucap Rauhah perlahan tidak segalak biasa. "Wa'alaikumsalam", jawab Hardee. "Saya masuk dulu ye, doc", sambung Rauhah cuba melarikan diri dari pandangan Hardee. Hardee ke biliknya lalu duduk di kerusi. Hatinya kembali bergetar. "Hai, Rauhah? Lain macam je aku tengok kau dengan abang kesayangan tu?", tegur Khairun. "Apa yang lainnya?" "Selalu kalau jumpa macam kucing dengan anjing...tadi dah macam kau ni tikus dia tu kucing..." "Orang tengah bahagialah tu", sambung Azmil pula. "Nasib aku baik hati hari ni...kalau tak lama dah aku cincang kau tau" "Beranilah sangat kan..." "Siapa kata aku tak berani?" Sedang sibuk membuat tugasan masing-masing, Hardee sem