Langkau ke kandungan utama

Hanya Dia - 6.

"Salam... Dah tengok hadiah tu?"
Pesanan ringkas dari Imran membuatkan Imelda sedikit terkejut. Ingatannya kembali kepada gelang tangan yang diberikan Imran.
"I'm sorry... Saya dah tengok, thanks but... saya tak dapat terima hadiah ni... Sorry!
Dengan tidak disangka-sangka, Imelda membalas pesanan Imran. Bila Imelda tersedar, pesanan itu sudahpun selamat sampai diterima Imran. Imran yang sedang bersiap untuk makan malam bersama mama dan papanya terus membaca pesanan dari Imelda itu. Dia yang asyik memandang telefonnya tanpa sedar gelagatnya sedang diperhatikan Mariya.

"Kenapa ni Im?"
"Eh? Mama... Sejak bila mama spy Im ni?", usik Imran.
"Tak kuasalah mama nak spy anak mama... Kebetulan je mama nak panggil Im makan"
"So...apa perkembangan terbaru tentang Imelda?", sambung Mariya bila Imran diam.
"Tak ada apa-apa. Lagipun dia tu kan dah macam adik Im"
"Adik? Apa Im buat, mana Im pergi as a mother, mama tahu apa anak-anak mama buat"
"Im sendiri bingung dengan apa yang Im rasa sekarang"
"I'll always be where you want me to"
&&&&&&&&&&
Imelda yang sudah bersiap-siap keluar dan menanti di ruang tamu rumah. Selepas beberapa ketika, Imelda, Zameer dan Ibtisam, Humairah dan anak-anaknya juga mama papa mereka sama-sama keluar dari rumah menaiki kereta keluarga dipandu Zameer untuk kali pertamanya selepas bergelar suami Ibtisam.

"Kita nak kemana ni Ibti?", soal Farid.
"Just wait and see"
"Sejak pagi tadi bila di tanya itu je jawapan yang dia bagi", Faridah mencelah.
"Ibti ni kan...kami ni bukan suka suprise sangat... Yang berahsia sangat tu kenapa?", sampuk Humairah pula.

Imelda tidak menyertai perbualan keluarganya. Fikirannya melayang ke tempat lain. Ameer dan Aimy yang perasan seperti biasa menegur Imelda perlahan, bimbang dimarahi kerana mengejutkan Imelda tiba-tiba.

"Yes Aimy... Ameer?"
"Er... Ude busy ke?"
"Tak jugak, kenapa ye?"
"Termenung saja?", soal Aimy.
"Itukan hobi Ude...", jawab Imelda sinis.
"Itulah kakak...kan kena kita balik"
"Ude gurau jelah. Ude penat sikit hari ni..."

Sesampainya mereka di hadapan sebuah restoran, mereka disambut oleh pelayan restoran tersebut. Selepas ditunjukkan meja yang sudah ditempah, masing-masing menanti pelayan-pelayan membawakan makanan-makanan yang juga telah ditempah Ibtisam dan Zameer. Kata Ibtisam, ini adalah hadiah daripada dia dan suami untuk keluarga yang banyak membantu. Sementara menanti Adam sekeluarga, masing-masing hanya berbual-bual kosong.

Imelda masih seperti tadi. Sekejap dia membelek-belek telefon bimbitnya, sekejap dia duduk termenung sahaja. Dan kemudian dia sesekali menyampuk dengan cerita-cerita dari keluarganya. Bila abang tunggalnya tiba, dia bersalam-salam dengan Adam, Adilla dan Adlin dan kemudiannya dia kembali macam dia yang tadi.

"Im... come here", kata Farid.
"Yes, papa?"
"Im kenapa? Sejak balik jumpa Imran, papa tengok Im semacam je? Im ada apa-apa masalah ke?"
"Taklah, Im ok je", Imelda cuba berselindung.
"No, Im ada apa-apa ni. Kongsilah dengan papa... Mungkin boleh melegakan hati Im?"
"Trust me papa... Im ok setakat ni. Kalau Im dah sedia, Im jumpa papa...?"
"Ok, tapi papa tak nak tengok Im macam ni lagi"
"InsyaAllah"

Imelda kembali ke tempatnya semula. Hatinya sedikit tenang bila dapat berbicara dengan Farid walau hanya sekejap. Sejak kecil, Farid saja yang tahu mengambil hati Imelda. Bukanlah bermakna dia tidak rapat dengan mamanya tapi bila tiba bab hati dan perasaan, ternyata Farid yang berkelulusan dalam bidang kaunseling adalah seorang yang bijak menangani masalah anak-anaknya terutama sekali Imelda.

"Ameer, baca doa", pinta Farid bila semua makanan yang dipesan sudah tiba.

Masing-masing menikmati makan malam sambil rancak berkongsi cerita. Telefon Imelda berbunyi dan tertera nama Imran. Lantas Imelda mematikan telefonnya.

"Kenapa tak jawab Im?", soal Farid.
"Tak penting pun"

Sekali lagi telefonnya berbunyi tetapi belum sempat Imelda menekan butang di telefonnya, Farid memberi isyarat supaya panggilan itu dijawab. Imelda meminta izin untuk menjawab panggilan Imran di luar.

"Ya... Ada apa ya?"
"Awak sibuk ke?"
"Saya ada makan malam dengan family saya. Ada apa-apa yang penting ke?"
"Tak...takpelah, nanti saya telefon awak semula..."
"Alright", jawab Imelda ringkas.

Imelda kembali semula ke dalam ruang makan. Dia cuba berpura-pura dan tidak mahu merosakkan malam itu hanya kerana kerenahnya. Dia seronok melihat keluarganya yang sentiasa rapat dan bebas untuk bercerita apa sahaja dengan mereka cuma Imelda saja kadang-kadang tidak berapa selesa untuk terlalu terbuka bila tiba soal hatinya.

"Macam nilah yang mama nak tengok. Ceria je..."
"Mama ni... Im ok je lah. Don't worry"
"Yelah, kalau dengan mama selalu je Im kata Im ok..."
"Alalala...merajuk pulak Datin Faridah ni...?", uasik Imelda.

Faridah menguntum senyum. Biarpun Imelda lebih dekat dengan Farid, tetapi dia bijak mengambil hati.

"Oklah papa, mama, Angah balik dulu"
"Ok, baik-baik bawak kereta tu...", pesan Farid seperti biasa.
&&&&&&&&&&
"Mama, papa, Im gerak dululah"
"Tak sarap dulu ke?", tegur Faridah.
"Tak kot, Im dah lewat sangat ni... Lagipun staf kat office kata nak buat jamuan pukul 10 nanti"
"Yelah, jangan rush sangat nak ke office tu"
"Im pergi dulu, Assalamualaikum"
"Wa'alaikumsalam"

Imelda memandu menuju pejabat. Tengah hari ini dia perlu menghadiri pertemuan dengan kaunselor-kaunselor seluruh Malaysia di PWTC. Sebelum ke sana, ada beberapa perkara yang perlu dia selesaikan sebelum perhimpunan itu bermula. Belum sempat dia masuk ke dalam pejabat, telefonnya berdering.

"Assalamualaikum Im..."

Imelda terdiam dan terkedu. Suara itu yang di harapkan sejak selepas dia pulang ke rumah malam tadi tapi pagi ini dalam keadaan dia yang sibuk, membuatkan hatinya berdebar semula. Lama Imelda terkedu.

"Awak ok?", di hujung talian suara Imran kedengaran.
"Ya.. I'm fine...sorry. Awak ada hal penting ke call saya?"
"Mungkin tidak untuk awak tapi saya memang perlu sangat-sangat untuk jumpa dengan awak dan kalau boleh hari ini jugak"
"Takkan tak boleh postponed hari lain?"
"Lebih cepat, lebih bagus"
"Macam ni, petang ni saya ada di PWTC. Kalau awak tak berapa sibuk, datanglah"

Kali ini giliran Imran pula yang terdiam. Tidak pernah dia menyangka Imelda masih sudi bertemu dengannya. Dia sedar yang dia juga selalu mengguris perasaan wanita itu tetapi dia sendiri tidak dapat menahan dari rasa sayang kepada Imelda.

"Hello...are you still there?"
"Ada...saya ada ni"
"Yang awak tiba-tiba senyap tu kenapa?"
"Tak...tak ada apa-apa. Saya rasa hari ni saya tak sempat nak jumpa awak kot, banyak sangat kerja. Nanti saya cari hari lain..."
"Oklah. I really got to go now, let me know when we can meet up again? Assalamualaikum"

Belum sempat Imran menjawab salam, talian telahpun diputuskan. Imran mula menguntum senyum seolah-olah dia baru tahu makna senyuman yang sebenar.

"Wah gitu kan, senyum sampai nak terkoyak muka tu saya tengok?", tegur Aqlimah.
"Eh awak... Taklah, saya gembira sebab kerja saya dah tak berapa nak banyak hari ni"
"Iyelah tu kan..."

Imran masih lagi tersenyum. Dia terasa sangat bahagia pagi itu...

"Assalamualaikum...", tegur Hajar.
"Wa'alaikumsalam..."
"Ni yang senyum je kenapa?", soal Hajar.
"Sebab saya suka...saya senyumlah"
"Doktor punya senyuman ni boleh jadi banyak sebab tau... Adakah ada kena-mengena dengan si dia?", usik Hajar tersenyum.
"Awak ni pun, cakap tu slow le...bahaya tau kat sini", bisik Imran.
"Apa pulak? Betullah saya cakap kan?"
"I didn't say that"
"Dah tu?"
"Awak tahu kan, mulut tempayan boleh tutup?", Imran berkias.
"Ok...cerita waktu rehat nanti? Itupun kalau saya sempat turun"
"Alright...macam inilah adik kesayangan..."
"Tiba-tiba rasa nak pitam pulak...", seloroh Hajar sambil tersenyum.
"Blahlah awak Hajar...", Imran pula tergelak.
&&&&&&&&&&
"Sedaplah bihun Singapore ni. Siapa masak?", puji Imelda yang asyik menikmati jamuan pagi itu.
"Hakim, cik Im"
"Oh ya? Tak sangka..."
"Jangan tak tahu cik Im, Hakim ni kalau masak apa je insyaAllah menjadi je", puji staf Imelda, Amirah.
"Tinggi sangat pujian tu Rah... Biasa-biasa je, ada mood jadilah. Bila datang mood malas, masak nasi pun boleh keras"
"At least Hakim, awak tahu masak. Saya ni, jarang nak memasak dan tak ada masa sangat. Akhirnya jadi malas... Segan saya dengan awak", kata Imelda merendah diri.
"Alah cik Im ni. Saya ni minat dengan bidang ni je...kadang-kadang kalau berani dan yakin, campak-campak pun sedap"
"Hani, berapa orang akan ikut saya tengah hari ni?"
"Saya, Amirah, Hakim dan Karmila"

Habis bersarapan dengan staf-staf syarikat, Imelda dibantu beberapa orang staf lain menyiapkan beberapa dokumen penting yang akan dibawa ke PWTC nanti.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mencari Konklusi - 2.

Rauhah dan teman-teman barunya seramai 3 orang bertemu semula dengan Hardee. Pelajar-pelajar lain pula dengan doktor-doktor mereka seperti yang telah diarahkan sebelum ini. Sepanjang petang itu, tidak banyak perkara yang perlu dipelajari memandangkan hari itu adalah hari paling sibuk di bilik tersebut kerana terdapat banyak kes yang melibatkan X-Ray yang perlu diselesaikan segera oleh doktor yang bertugas serta juru X-Ray yang lain. "Jadi, saya harap awak semua dah faham dengan apa yang saya terangkan hari ini. Ada apa-apa soalan setakat ini?" Masing-masing mengangguk tanda faham. "Rauhah, saya nak jumpa awak sekejap" "Oh bulan...", usik Azmil. "Diamlah...", kata Rauhah geram. Rauhah mengikut Hardee masuk kebiliknya untuk kali yang kedua. "Doktor nak apa sebenarnya ni? Kenapa doktor buat saya macam ni?", tak semena-mena Rauhah bersuara. Hardee senyum melihat gelagat Rauhah. Rauhah pelik melihat Hardee. "Ap

Hanya Dia - 10

Habis saja kelas, Adlin ke pondok bacaan sementara menunggu Adilla datang menjemput. Adlian mengambil kesempatan untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah yang cikgu beri tadi. "Eleh, buat kerja sekolah konon!", perli seorang kawan kelas Adlin. Adlin diam. Malas nak campur. "Korang ni kalau tak usik Adlin sehari, tak senang hidup eh?", sergah Aqilah. "Yang kau nak backing si Adlin ni apahal? Ada aku kacau hidup kau ke?", jawab Salina. "Dah lah Aqilah. Duduk je...", Adlin akhirnya bersuara. "Ok, senang cerita aku straight to the point je. Aku nak ingatkan kau Adlin, jangan cuba-cuba nak main api dengan aku", Salina memberi amaran. "Aku ada buat apa sebenarnya dekat kau sampai kau tak puas hati macam ni?", soal Adlin. "Buat-buat tak tahu pulak minah saleh celup ni", celah Samirah. Adlin bingung. Dia betul-betul tidak faham apakah maksud Salina dan temannya, Samirah. "Nama je pandai, benda senang macam ni

Mencari Konklusi - 5

Sebelum masuk ke bahagian Radiologi, Rauhah dan Hardee terserempak di depan kaunter. Masing-masing terkejut sebenarnya sampaikan Rauhah pula yang tak tahu nak buat apa. "Hi!", tegur Hardee. "Assalamualaikum", ucap Rauhah perlahan tidak segalak biasa. "Wa'alaikumsalam", jawab Hardee. "Saya masuk dulu ye, doc", sambung Rauhah cuba melarikan diri dari pandangan Hardee. Hardee ke biliknya lalu duduk di kerusi. Hatinya kembali bergetar. "Hai, Rauhah? Lain macam je aku tengok kau dengan abang kesayangan tu?", tegur Khairun. "Apa yang lainnya?" "Selalu kalau jumpa macam kucing dengan anjing...tadi dah macam kau ni tikus dia tu kucing..." "Orang tengah bahagialah tu", sambung Azmil pula. "Nasib aku baik hati hari ni...kalau tak lama dah aku cincang kau tau" "Beranilah sangat kan..." "Siapa kata aku tak berani?" Sedang sibuk membuat tugasan masing-masing, Hardee sem