Malam itu selepas berpenat lelah di hospital, Rauhah dan keluarganya pulang ke kampung semula. Turut serta ialah teman baiknya, Mahirah. Sepanjang perjalanan, tak habis-habis dia memikirkan tentang keputusan yang bakal diberitahu kepada Haji Ismail nanti. Berkali-kali juga Mahirah bertanya, apakah dia benar-benar tekad dengan keputusan itu? "Kau ok, Hah?" "Macam apa yang kau nampak sekarang, kau rasa aku ok?" "Sorry, aku tanya je" Mahirah tidak berani untuk bertanya lagi bila mendengarkan jawapan Rauhah tadi. Sesekali dia juga gerun melihat Rauhah bila meradang. Sesampainya mereka di kampung, Rauhah dan Mahirah terus mengetuk pintu rumah Haji Ismail. Kebetulan Haji Ismail baru selesai menunaikan solat Isya'. "Wa'alaikumsalam...", jawab Haji Ismail. Haji Ismail membuka pintu rumahnya lalu Rauhah terus menerpa dan memeluk datuknya erat-erat. Rauhah teresak menahan tangis. Berhenti sekejap, dia menangis semula. "Kenapa ni...
Menulis dari hati... Berkongsi apa yang dilalui... Segalanya di sini...