Malam itu selepas solat Maghrib berjemaah, Imelda duduk di hujung katil sambil memegang telefon bimbitnya. "Ude?", tegur Ameer. "Eh?" "Sorry buat Ude terkejut... Umi ajak makan" "Erm...ok" Imelda tidak berganjak dari katilnya. Ameer yang melihat, perlahan-lahan duduk di sebelah Imelda. "Ude kenapa ni? Macam bingung je?" "Tak tahu nak cakap macam mana..." "Ude ada masalah ke? Ceritalah, mana tahu Ameer boleh tolong?" "Tak apa, Ude ok. Jom kita makan..." Tanpa Imelda sedar, telefon bimbitnya ditinggalkan di birai katil. Jam di dinding sudah menunjukkan ke angka 7.50 malam. &&&&&&&&&& Imran yang sudah bersiap-siap, memandu menuju ke rumah keluarga Imelda. Harapannya, Imelda mahu mengikutnya keluar makan malam bersama. Sejak keluar dari rumah tadi, hatinya sangat berdebar-debar dan senyuman tak pernah lekang dari bibir. Ada juga dia cuba mandail nombor tel...
Menulis dari hati... Berkongsi apa yang dilalui... Segalanya di sini...