Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2011

Hanya Dia - 13

Sabtu yang dinanti, akhirnya tiba. Raihan, teman baik Imelda sudah lama sampai di biliknya ditemani Alyana, Ibtisam dan anak-anak buah Imelda. Majlis Pertunangan akan bermula selepas Zohor nanti. Sementara menanti tengah hari, Raihan sempat membetulkan sedikit baju yang bakal disarung Imelda nanti. "Kau ni kan Im, makin lama makin keding je aku tengok. Patut gembira nak jadi tunangan orang" "Aly, dia ni nama je makan banyak tapi...alahai" "Amboi mak hayam berdua ni...dah aku dilahirkan macam ni, wak guano" "Mulut tu cuba diajar untuk tidak terlalu open", tegur Alyana. "Yolah, makcik-makcik tersayang..." "Siapa makcik? Walaupun mak ni lembut, mak tetap lelaki sejati tau" "Dah kalau lelaki kenapa rela dipanggil mak hayam?" "Dengan korang je aku boleh layan bergurau. Dengan orang lain, siaplah aku cili-cili" "Ada hati nak cilikan orang", perli Imelda. Pintu bilik dikuak seseo