Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2013

Mencari Konklusi - 11

Petang itu, Rauhah bertemankan Mahirah membeli barang-barang hantaran untuk dirinya sendiri. Selepas berbincang dengan Hardee, bakal tunangnya itu Rauhah hanya membeli barang-barang yang bakal digunakan semasa majlis perkahwinan mereka nanti. Janji Rauhah, selepas selesai membeli apa yang perlu dia akan bertemu Hardee dan adik kedua Hardee yang baru pulang dari Jepun. Kebetulan sekarang adalah waktu cuti adiknya di sana jadi, sempatlah bersama-sama dengan semua ahli keluarganya meraikan hari bahagianya nanti.          Sayang...dah habis beli barang ke? Satu pesanan ringkas masuk. Rauhah membaca pesanan tersebut yang datangnya dari Hardee.           Ooo, perli I eh? Tinggal nak cari reben je ni... U kat mana?           Im on the way to your place. Seremban 2 kan?           Iye, Sayangku... Wait at the usual place tau.           Alright then. I tak rush pun...tapi, memang nak sampai dah...           Hamboi, drift ke? Careful dear, please! "Sengal abemu ni tau. Tadi kata on the way.