Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2010

Mencari Konklusi - 8

Malam itu selepas berpenat lelah di hospital, Rauhah dan keluarganya pulang ke kampung semula. Turut serta ialah teman baiknya, Mahirah. Sepanjang perjalanan, tak habis-habis dia memikirkan tentang keputusan yang bakal diberitahu kepada Haji Ismail nanti. Berkali-kali juga Mahirah bertanya, apakah dia benar-benar tekad dengan keputusan itu? "Kau ok, Hah?" "Macam apa yang kau nampak sekarang, kau rasa aku ok?" "Sorry, aku tanya je" Mahirah tidak berani untuk bertanya lagi bila mendengarkan jawapan Rauhah tadi. Sesekali dia juga gerun melihat Rauhah bila meradang. Sesampainya mereka di kampung, Rauhah dan Mahirah terus mengetuk pintu rumah Haji Ismail. Kebetulan Haji Ismail baru selesai menunaikan solat Isya'. "Wa'alaikumsalam...", jawab Haji Ismail.   Haji Ismail membuka pintu rumahnya lalu Rauhah terus menerpa dan memeluk datuknya erat-erat. Rauhah teresak menahan tangis. Berhenti sekejap, dia menangis semula. "Kenapa ni

Mencari Konklusi - 7

"Pagi, doc!", ucap Mahirah. "Pagi...", jawab Hardee perlahan, tidak seceria selalu. Lama Hardee berdiri memandang Mahirah hinggalah Mahirah memegang tombol pintu ilik tempat dia selalu berada. "Mahirah...", panggil Hardee.  "Yes, doc?" Hardee diam kembali. Hatinya serba salah untuk bertanya tetapi dia cuba untuk bertanya. "Ada apa, doc? Saya ada kerja ni", soal Mahirah pura-pura sedangkan dia tahu apa yang Hardee mahukan. "Hmmm...mana kembar awak?" "Eh? Sejak bila saya ada kembar pulak ni?" "Maksud saya... Rauhah. Mana dia?" "Lain kali, straight to the point je. Saya tak pandai berkias-kias ni" "Ok, saya minta maaf. Saya nak tahu mana dia?" "Dia ada hal kat kampung" "Serious?" "Do I look like a joker?", soal Mahirah, tegas. "Tolong sampaikan maaf saya pada dia", mohon Hardee. "Saya rasa, lebih baik doc sendiri minta maaf ka

Hanya Dia - 12

Hari Sabtu semakin hampir. Imelda dan Imran masih sibuk seperti selalu. Walaupun begitu, mereka masih ingat akan hari yang bakal menjadi titik tolak perhubungan mereka.  "Im, esok ambil cuti eh?", soal mama. "InsyaAllah ma. Sebab minggu depan dah mula nak bertolak ke sekolah-sekolah" "Mama tahu tu. Tapi Sabtu ni, jangan lupa...kalau boleh, mama nak habiskan semua cepat-cepat" "Ok, apa-apa hal Im akan beritahu mama" Imelda mematikan talian. Dia menyandarkan kepalanya ke kerusi. Macam-macam yang dia rasakan sekarang. Semakin hari, dia semakin berdebar-debar. Selalu juga dia terfikir, apakah dia sudah bersedia memikul tanggungjawab bila menjadi isteri orang nanti? Mampukah dia menjadi menantu yang baik di depan mata mama dan papa mertuanya?  Sedang termenung, telefon bimbitnya berbunyi dan tertera nama bakal tunangnya.