Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2010

Mencari Konklusi - 4

"Assalamualaikum!", ucap Rauhah dari luar rumah datuknya. Haji Ismail yang sedang sibuk memberi makan kepada ternakannya tidak perasan akan kehadiran anak dan cucu-cucunya. "Ada kat belakang tu agaknya Rahman", tegur seorang wanita yang sedikit muda dari bapanya. "Eh, Kak Senah. Apa khabar?" "Alhamdulillah sihat. Kamu dari mana?" "Dari rumah. Lama tak balik, anak-anak pun kebetulan semuanya ada..." Senah yang juga jiran sebelah rumah Haji Ismail hanya mengangguk dan meminta diri masuk ke dalam rumah dahulu. "Jom Rah, kita surprise Tok" "Dibuatnya pengsan orangtua tu nanti...aku tak masuk campur", Mahirah mengingatkan. "Alah, dia takkan pengsan punya...kurang-kurang pun melatah je" "Kau ni memang tak makan saman kan?" Rauhah dan Mahirah perlahan-lahan ke bahagian belakang rumah datuknya. Dari jauh sudah terdengar suara datuknya sibuk memberi makanan kepada itik-itik dan ayam-ayam yang dipeliha

Hanya Dia - 10

Habis saja kelas, Adlin ke pondok bacaan sementara menunggu Adilla datang menjemput. Adlian mengambil kesempatan untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah yang cikgu beri tadi. "Eleh, buat kerja sekolah konon!", perli seorang kawan kelas Adlin. Adlin diam. Malas nak campur. "Korang ni kalau tak usik Adlin sehari, tak senang hidup eh?", sergah Aqilah. "Yang kau nak backing si Adlin ni apahal? Ada aku kacau hidup kau ke?", jawab Salina. "Dah lah Aqilah. Duduk je...", Adlin akhirnya bersuara. "Ok, senang cerita aku straight to the point je. Aku nak ingatkan kau Adlin, jangan cuba-cuba nak main api dengan aku", Salina memberi amaran. "Aku ada buat apa sebenarnya dekat kau sampai kau tak puas hati macam ni?", soal Adlin. "Buat-buat tak tahu pulak minah saleh celup ni", celah Samirah. Adlin bingung. Dia betul-betul tidak faham apakah maksud Salina dan temannya, Samirah. "Nama je pandai, benda senang macam ni

Mencari Konklusi - 3.

Sudah seminggu Rauhah dan Mahirah menjalani praktikal di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Dan sudah seminggu juga Rauhah di bawah penilaian Hardee. Hardee semakin berpuas hati dengan perubahan yang ditunjukkan oleh Rauhah. Sekali sekali mereka bertekak juga bila apa yang diminta Hardee, tidak dilaksanakan Rauhah. Akhirnya Hardee mengalah kerana tak mahu memanjangkan perkara kecil. Teman-teman yang sekumpulan dengan Rauhah juga selalu melihat akan gelagat Rauhah yang nakal itu dan semakin faham akan kerenah wanita yang seorang itu. “Wei, kau ni berani kan? Aku tengok doktor Hardee dah habis tegas dengan kau”, tegur Khairun. “Asyik nak cari pasal je dengan aku, siapa suruh? Penat dengar dia membebel” “Dah tau tak nak dia membebel, kau ikut je lah arahan dia tu”, celah Shahrul pula. “Masalahnya sekarang, suruh aku buat kerja-kerja kerani, buat itu ini untuk dialah...bukan dalam tugasan kita kan?” “Tak ingat ke encik Arif kata apa? Buat apa saja pegawai penilai kita suruh”, sambung Khairu