Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2010

Hanya Dia - 7.

Tengah hari itu Imran begitu sibuk dan begitulah rutin hariannya sebagai Pegawai Perubatan atau lebih dikenali sebagai doktor. Selepas makan tengah hari dan solat Zuhur, dia tidak sempat untuk duduk walau sebentar.  Dia kini bertugas di Wad Pesakit Perempuan. Imran sepatutnya sudah boleh untuk berhenti dari terikat dengan Kementerian Kesihatan kerana Imran sudahpun tamat housemanship selama 2 tahun tetapi bila melihat pegawai perubatan semakin berkurangan, dia tekad untuk meneruskan perkhidmatan dengan kerajaan selagi dia terdaya.  Biarpun penat dan hanya sempat tidur 2-3 jam sahaja sehari dan kadangkala langsung tak tidur kerana perlu menyelesaikan kes-kes kecemasan, Imran redha dan inilah bidang yang serasi dengannya. Biarpun dulu minatnya terarah kepada Kejuruteraan tetapi selepas membuat rujukan dan mendapat maklumat di pameran Kerjaya, dia cuba untuk mengenal bidang Perubatan sampailah dia sendiri terasa cinta dan sayang untuk tinggalkan bidang ini. "Dr. Imran, ada kecema