Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2009

Hanya Dia - 4.

Malam itu selepas solat Maghrib berjemaah, Imelda duduk di hujung katil sambil memegang telefon bimbitnya.  "Ude?", tegur Ameer. "Eh?" "Sorry buat Ude terkejut... Umi ajak makan" "Erm...ok" Imelda tidak berganjak dari katilnya. Ameer yang melihat, perlahan-lahan duduk di sebelah Imelda. "Ude kenapa ni? Macam bingung je?" "Tak tahu nak cakap macam mana..." "Ude ada masalah ke? Ceritalah, mana tahu Ameer boleh tolong?" "Tak apa, Ude ok. Jom kita makan..." Tanpa Imelda sedar, telefon bimbitnya ditinggalkan di birai katil. Jam di dinding sudah menunjukkan ke angka 7.50 malam. &&&&&&&&&& Imran yang sudah bersiap-siap, memandu menuju ke rumah keluarga Imelda. Harapannya, Imelda mahu mengikutnya keluar makan malam bersama. Sejak keluar dari rumah tadi, hatinya sangat berdebar-debar dan senyuman tak pernah lekang dari bibir. Ada juga dia cuba mandail nombor tel

Hanya Dia - 3.

"Mama...nak masak apa?", tegur satu-satunya menantu perempuan keluarga itu, Adilla. "Mama tak larat nak buat apa-apa, panaskan je lauk-lauk baki semalam" "Biasalah ma, kenduri mana yang tak penat kan?" "Mana Adlin dengan Adam?" "Adam tengah mandi. Adlin ada dengan Aimy" &&&&&&&&&& "Aimy, Ad...bangun. Sarapan", kejut Imelda. "Hmmm..." Adlin menggosok-gosok matanya yang sepet dan duduk di birai katil. "Dah, bangun cepat. Tak elok anak dara bangun lewat" Aimy pula bangun lalu terus ke bilik air. Imelda yang sudah bersiap, mengemas tempat tidurnya. "Ad? Dah, bangun...basuh muka, gosok gigi lepas tu sarap" "Hmmm, ha???" "Bangun..." Selesai Aimy mandi, Adlin pula mengambil tempat. Imelda keluar ke dapur dan bersama-sama dengan mama dan papa serta kakak ipar dan abangnya. Sementara itu Humairah dan suaminya, Hathim sedang sibuk membersihkan

Hanya Dia - 2.

"Ameer...bangun cepat!", kejut Imelda. "Kalau bangun lambat tak boleh ke?" "Boleh..." Ameer, anak sulung Humairah segera menarik selimutnya tetapi Imelda lebih pantas merampas. "Lepas habis majlis Acu… Ameer tak nak tidur, tak nak bangun pun tak apa… Banyak kerja nak buat pagi ni...", sambung Imelda. "Bagilah Ameer relax dulu...penatlah", rungut Ameer. "Dah...bangun! Jidi dah tunggu dekat luar. Abi dengan Pak Ngah pun ada sekali" Ameer melangkah longlai. Matanya masih mengantuk tetapi dilawan juga rasa mengantuknya, memandangkan hari itu adalah hari penting buat seluruh ahli keluarga mereka. "Ameer!", panggil Hathim. "Ya, Abi...", jawab Ameer sambil berjalan mendapatkan ayahnya. "Dah sarap?" "Ameer baru je bangun" "Pergi makan dulu, lepas tu tolong Pak Ngah angkat barang-barang" "Yes, sir" Imelda membantu saudara-mara yang sedang sibuk di dapur. Ses